6 Mei 2008 – permulaan aku MENJERUMUSKAN diri ke alam penulisan blog nih.. diperkenalkan oleh sahabat tersayang *kaklong* (kalau korang ikut blog aku dari dulu sampai sekarang, ada je nama dia nih.. tapi jangan la korang nk pi kat link nama dia yg previous dulu.. nan adooo... dh berapa dah blog dia create, tutup, bukak, create, tutup bukak.. kalau kena charge, aku rasa, banyak dia kena charge nih.. kehkehkeh... hahahaha... sorry dear, gurau jer...)..
Mula2 niat cuma nak tulis KISAH HARIAN, INGATAN KENANGAN SERTA NAK LUAHKAN SEGALA ISI PERUT bagi MELEPASKAN LELAH dan BEBANAN PERASAAN dek alam realiti yg sekali sekala MEMBOSANKAN nih.. (life must go on kan kan kan).. AKU TULIS APA SAHAJA... SEMBORONO!!! (mcm ala2 tulis diari la kononnya!!...)..... tapi, lama2 baru aku tau adanya "taktik" dan "teknik" “menulis blog nih” (dan tetiba ada jugak aku temui rules and regulation.. blweaaakkk!!)..
Paling aku TAK PERNAH TAHU (duluuu) bahawasanya buleh main tinggalkan komen dan berkenalan ngan member2 blog nih.. hahaha... (aku ingat sekadar buleh baca jer.. mcm "curi-curi" baca diari org, takkan ko nk ulas komen kat diari org nok.. gilo ko??!!.. hahahaha).. dan PALING AKU TAK SANGKA, buleh plak BERSAHABAT DENGAN KAWAN2 di ALAM MAYA nih (jadik kawan realiti doh!!).. hihii... aku suka.. aku suka!!... hahaha..
... tapi... betul kata bidalan... LANGIT TAK SENTIASA CERAH.... “MARRIAGE LIFE WOULD ALWAYS HAVE ITS HICCUPS”… (motip plak aku berfalsampah pasai hal kawen??.. tak dak kaitan poonngg.. ni bab Ustazah Norba’ayah nih.. hehehe…)
Ada sesuatu yang aku “pelajari” dalam dunia blog ini… SIFAT BERLAWANAN... ADA LAWANNYA TIADA.. Begitu juga dunia blog ini rupanya... Blog buleh buat kita jumpa kawan, dapat kawan, seronok dgn kawan.... pada masa yg sama juga boleh buat kita hilang kawan... (huhuhuhu... yg aku nampak laaaa.... bukan korang, atau korang atau korang tau tau tau...)
Ada yang memula ada.. pastu diam terus tiada – aku penah HILANG seketika dalam dunia blog ini... kerana HICCUP itu!!.. tapi aku pinjam cara dan gaya yang semua org aplikasikannya:
- BLOG AKU, AKU PUNYA SUKA LA... APA AKU KESAH -
Namun, apabila "terbabit" dgn 'kemalangan' atau 'pertembungan' di alam realiti.... aku adakalanya tak boleh nak aplikasikan "ADA AKU KESAH (AAK)" itu.. kerana "ADA SESUATU PERKARA YANG AKU MESTI AMBIL KISAH!!!!!!"...
Rasullullah SAW bersabda:
”Perumpamaan bagi seorang soleh yang duduk dan seorang jahat yang duduk adalah seperti seorang pembawa kasturi dan seorang peniup alat untuk menghidupkan api; Pembawa kasturi sama ada memberimu atau kamu membeli (kasturi) daripadanya, atau kamu mendapat bauan harum daripadanya, manakala peniup alat untuk menghidupkan api pula samada baju kamu hitam, terbakar (akibat percikan apinya) atau kamu mendapat bauan yang busuk.”
.... dalam bab ni, aku mohon kepada kalian, seandainya penulisanku (dan aku sendiri) seperti pembawa kasturi, maka jadikanlah tulisanku sebagai penambahan ilmu kalian... (dan aku sebagai kawan kalian), tapi, jika tulisanku (atau aku sendiri setelah kalian mengenali aku secara realiti), seperti peniup alat menghidupkan api, maka TOLONG... TEGUR kesalahan penulisanku ataupun JAUHI AKU (agar aku lebih bermuhasabah diri!!).
YANG BAIK DATANG DARI ALLAH... YANG TAK BAIK DATANGNYA DARIPADA KELEMAHAN KITA MANUSIA sebab tak mahu menggunapakai hikmah dan kebijaksanaan yang Allah anugerahkan kepada kita yakni AKAL dan IMAN.. terlalu menurut HATI dan NAFSU, makanya tu yang jadik tunggang langgang terbalik kuang tuh.. (termasuk jugak la perangai2 aku ni.. huhuhu... risau nih!!..)
”Dan sungguh (syaitan-syaitan itu) menghalangi mereka dari jalan yang benar sedang mereka mengira bahwa mereka beroleh bimbingan” – Surah Az-Zukhruf 43 : 37 –
"Azab itu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan sesungguhnya Allah tidak menganiaya hamba-hambaNya" - Surah Ali 'Imran 3 : 182 -
...andai sahaja 2 tahun ini ada bahasa penulisanku yang membuat anda jelik, meluat, menyampah, dan bosan.. ampunkan aku.. maafkan kekhilafan diriku....
Aku menulis dengan jari yang menaip, ilham dari mata yang memerhati, deria yang merasa, suara jiwa yang ingin ku dengarkan dan bacakan untuk diri di masa-masa senggang dan di masa-masa terluang... sebagai kenangan, sebagai peringatan, kepada diri, kepada anak-anak, kepada generasi.. bahawa di sini.. WUJUDNYA INSPIRASI nukilan "KAKTINY"!!...
Aku suka kata-kata AXIM (suatu ketika duluuuu).. tentang mengapa dia terus menulis dan bercerita di blognya... " If you ever wonder why i have to do this, and very committed with it- The reason is SIMPLE- This is my E-Diaries, this is the journey of my life.. everything about me is all in here (probably not everything, but most of them). At least when i grow old- This page could be something that will lead me back to all of the Memories..:) " *kredit to axim..
TERIMA KASIH KALIAN... kerana sudi berkunjung di sini.. menemani masa-masa 'blogging' seorang 'blogger amatur' bernama KAKTINY... samada secara nyata, secara maya, secara sambil lewa atau menjengah sebelah mata termasuk secara tak sengaja, singgah dan berbicara atau sekadar menjeling manja...
Anak rusa Nani
Baru kembang ekor
Apa salah kaktiny
Jangan tidak tegur...
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru 2 tahun belajar
Salah silap tolong tegurkan..
TERIMA KASIH... kerana SINGGAH DI SINI!!...
.