Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, May 06, 2010

Sudah 2 tahun..


6 Mei 2008 – permulaan aku MENJERUMUSKAN diri ke alam penulisan blog nih.. diperkenalkan oleh sahabat tersayang *kaklong* (kalau korang ikut blog aku dari dulu sampai sekarang, ada je nama dia nih.. tapi jangan la korang nk pi kat link nama dia yg previous dulu.. nan adooo... dh berapa dah blog dia create, tutup, bukak, create, tutup bukak.. kalau kena charge, aku rasa, banyak dia kena charge nih.. kehkehkeh... hahahaha... sorry dear, gurau jer...)..

Mula2 niat cuma nak tulis KISAH HARIAN, INGATAN KENANGAN SERTA NAK LUAHKAN SEGALA ISI PERUT bagi MELEPASKAN LELAH dan BEBANAN PERASAAN dek alam realiti yg sekali sekala MEMBOSANKAN nih.. (life must go on kan kan kan).. AKU TULIS APA SAHAJA... SEMBORONO!!! (mcm ala2 tulis diari la kononnya!!...)..... tapi, lama2 baru aku tau adanya "taktik" dan "teknik" “menulis blog nih” (dan tetiba ada jugak aku temui rules and regulation.. blweaaakkk!!)..

Paling aku TAK PERNAH TAHU (duluuu) bahawasanya buleh main tinggalkan komen dan berkenalan ngan member2 blog nih.. hahaha... (aku ingat sekadar buleh baca jer.. mcm "curi-curi" baca diari org, takkan ko nk ulas komen kat diari org nok.. gilo ko??!!.. hahahaha).. dan PALING AKU TAK SANGKA, buleh plak BERSAHABAT DENGAN KAWAN2 di ALAM MAYA nih (jadik kawan realiti doh!!).. hihii... aku suka.. aku suka!!... hahaha..

... tapi... betul kata bidalan... LANGIT TAK SENTIASA CERAH.... “MARRIAGE LIFE WOULD ALWAYS HAVE ITS HICCUPS”… (motip plak aku berfalsampah pasai hal kawen??.. tak dak kaitan poonngg.. ni bab Ustazah Norba’ayah nih.. hehehe…)

Ada sesuatu yang aku “pelajari” dalam dunia blog ini… SIFAT BERLAWANAN... ADA LAWANNYA TIADA.. Begitu juga dunia blog ini rupanya... Blog buleh buat kita jumpa kawan, dapat kawan, seronok dgn kawan.... pada masa yg sama juga boleh buat kita hilang kawan... (huhuhuhu... yg aku nampak laaaa.... bukan korang, atau korang atau korang tau tau tau...)

Ada yang memula ada.. pastu diam terus tiada – aku penah HILANG seketika dalam dunia blog ini... kerana HICCUP itu!!.. tapi aku pinjam cara dan gaya yang semua org aplikasikannya:
- BLOG AKU, AKU PUNYA SUKA LA... APA AKU KESAH -
Namun, apabila "terbabit" dgn 'kemalangan' atau 'pertembungan' di alam realiti.... aku adakalanya tak boleh nak aplikasikan "ADA AKU KESAH (AAK)" itu.. kerana "ADA SESUATU PERKARA YANG AKU MESTI AMBIL KISAH!!!!!!"...

Rasullullah SAW bersabda:
”Perumpamaan bagi seorang soleh yang duduk dan seorang jahat yang duduk adalah seperti seorang pembawa kasturi dan seorang peniup alat untuk menghidupkan api; Pembawa kasturi sama ada memberimu atau kamu membeli (kasturi) daripadanya, atau kamu mendapat bauan harum daripadanya, manakala peniup alat untuk menghidupkan api pula samada baju kamu hitam, terbakar (akibat percikan apinya) atau kamu mendapat bauan yang busuk.”

....
dalam bab ni, aku mohon kepada kalian, seandainya penulisanku (dan aku sendiri) seperti pembawa kasturi, maka jadikanlah tulisanku sebagai penambahan ilmu kalian... (dan aku sebagai kawan kalian), tapi, jika tulisanku (atau aku sendiri setelah kalian mengenali aku secara realiti), seperti peniup alat menghidupkan api, maka TOLONG... TEGUR kesalahan penulisanku ataupun JAUHI AKU (agar aku lebih bermuhasabah diri!!).

YANG BAIK DATANG DARI ALLAH... YANG TAK BAIK DATANGNYA DARIPADA KELEMAHAN KITA MANUSIA sebab tak mahu menggunapakai hikmah dan kebijaksanaan yang Allah anugerahkan kepada kita yakni AKAL dan IMAN.. terlalu menurut HATI dan NAFSU, makanya tu yang jadik tunggang langgang terbalik kuang tuh.. (termasuk jugak la perangai2 aku ni.. huhuhu... risau nih!!..)

”Dan sungguh (syaitan-syaitan itu) menghalangi mereka dari jalan yang benar sedang mereka mengira bahwa mereka beroleh bimbingan” – Surah Az-Zukhruf 43 : 37 –

"Azab itu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan sesungguhnya Allah tidak menganiaya hamba-hambaNya" - Surah Ali 'Imran 3 : 182 -

...andai sahaja 2 tahun ini ada bahasa penulisanku yang membuat anda jelik, meluat, menyampah, dan bosan.. ampunkan aku.. maafkan kekhilafan diriku....

Aku menulis dengan jari yang menaip, ilham dari mata yang memerhati, deria yang merasa, suara jiwa yang ingin ku dengarkan dan bacakan untuk diri di masa-masa senggang dan di masa-masa terluang... sebagai kenangan, sebagai peringatan, kepada diri, kepada anak-anak, kepada generasi.. bahawa di sini.. WUJUDNYA INSPIRASI nukilan "KAKTINY"!!...

Aku suka kata-kata AXIM (suatu ketika duluuuu).. tentang mengapa dia terus menulis dan bercerita di blognya... " If you ever wonder why i have to do this, and very committed with it- The reason is SIMPLE- This is my E-Diaries, this is the journey of my life.. everything about me is all in here (probably not everything, but most of them). At least when i grow old- This page could be something that will lead me back to all of the Memories..:) " *kredit to axim..

TERIMA KASIH KALIAN... kerana sudi berkunjung di sini.. menemani masa-masa 'blogging' seorang 'blogger amatur' bernama KAKTINY... samada secara nyata, secara maya, secara sambil lewa atau menjengah sebelah mata termasuk secara tak sengaja, singgah dan berbicara atau sekadar menjeling manja...

Anak rusa Nani
Baru kembang ekor
Apa salah kaktiny
Jangan tidak tegur...

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru 2 tahun belajar
Salah silap tolong tegurkan..

TERIMA KASIH... kerana SINGGAH DI SINI!!...



.

29 comments:

Yunus Badawi said...

Salam Tiny,

Selamat menyambut ulangtahun kedua. Awak kalau bukan pembawa kasturi pun setidak2nya pembawa One Drop Perfume hehehe

Cabonara jgn lupa. c u this afternoon.

Yunus Badawi said...

Walawei aku firstlah!

Sah nak merasa cabonara hari ini ngeh3x

KAKTINY said...

YB> takdak maknanya aku nk usung carbonara kat tempat tuh weih.. nak carbonara kalu, kena usung anak bini hang mai umah aku la weih.. baru betuuulll....
hihihihi....

S.C.H.A said...

kak
appy bloggerday yang ke 2 yerrr..

Uncle Lee said...

Hi Kaktiny, wow! 2 years! Well done, and keep on blogging....
I love your use of coloured fonts....
Have a nice day Kaktiny, stay young, Lee.

kak ina kl said...

wah..dah 2 tahun ek..mesti banyak pengalaman..


semalam jumpa mek jah tu..teringin nak jumpa dia..kamu selalu date dgn dia ada hal aper ek..bzzz body skt.

sebelum kamu ke melaka..akak gi dulu minggu ni..

TOKMA said...

Blogging nih adalah tempat terapi minda atau stor minda kita yg colourful. Rambut jer sama hitam ...hati lain2.

Apa yg kita buat kat blog pun tak ada kena mengena ngan yg hidup atau pun yg dah 'pergi'.

Ini semua akan menjadi kenangan buat anak2 kita kalau kita dah tiada esok2.

zue said...

selamat ulangtahun yg ke 2...'INSPIRASI' dah semakin matang.

teruskan berblog...kami di alam maya sentiasa sudi membacanya.

kakpah said...

Selamat menyambut ulangtahun menulis di blog. Menjadi penulis blog ni ada baik ada buruknya. Kita pilih yang baik.
Salam.

iina said...

Aku rasa sesiapa yg mula2 berblog.. mmg excited.. klu boleh semua nak cite nak luah..tapi bila makin lama.. (aku dah lama ke?? idaklah baru jek hahaha) makin kita perasan tidak semua kita boleh tulis.. samalah cam kita bercakap dengan org pun.. walau ari2 jumpa ada gak yg boleh cakap dan ada gak kena tapis.. adakala terpaksa di simpan benda yg rahsia hati nie sebab org baca boleh tafsir dengan fahaman dan kesimpulan sendiri tanpa sikit pun sama dengan tafsiran kita..

Semalam aku jumpa satu email pasal adab menulis di facebook dan juga di blog.. kadang berblog ini juga membuka ruang untuk kita mengutuk sesama sendiri dan membuka ruang untuk membuat dosa terbuka.. insaf kejaplah bila baca tuh sebab ada juga yang kena pada diri sendiri..

Konsep AAK itu dah takleh pakai dah.. sedangkan buat bahan e-learning pun ada standard guideline ( ini aku ye research yg tengah duk pulun sakan nie). Ini pulak menulis blog.. yg pada aku dah ada pun guideline dia..

Satu lagik.. bila makin lama.. makin slow nak nulis hehehe aku ler tuh.. last2 letak gmbr jek ;)

blackcardomompods said...

as salam kak tiny

so far kita layan ok je blog kak tiny,sonok pe,hilang tensen.lain org lain pandangan tp kita memang takde masalah baca tulisan kak tiny yg ROCKsss bebeh!!!

teruskan penulisan mu itew ya!Buatla peraduan sikit..nk join ni

xiiinam said...

Selamat ulang tahun DIK TINY!

Tijah said...

tu lah. skrg kena lebih hati2 plak bila nulis. silap2 kang org misinterpret. tu yg susah. bukan senang nak puaskan hati sumer org.

kongklusyen..

marilah puaskan napsu perut & tekak saja lepas nihhh...

kayteeze said...

Salam Tiny,

Kak tie dah komen kelmarin tapi hilang pulak. Tulis berjela-jela lak tu, hihi...

Cuma nak ucap tahniah kerana terus blogging walaupun agak lama menghilang sebelum ni. Tak pe laa.. memang dah lumrah kehidupan. Langit tak selalu cerah. Ada saja cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi.

Yang penting kita dapat kawal diri, emosi dan tanganinya dengan bijaksana. Insyaallah.

@xiM said...

salam kak tiny..

thanks sebab buh quote from my blog suatu ketika dulu..terkuat jugak tengok kak tiny buh ayat tu..

tapi betul kan..my objectives in writing bog cuma satu jer,just nak compile kan apa yang terjadi dalam hidup..memang tak semua yang kita boleh share but at least tu pun dah sedikit sebanyak menggambarkan siapa diri kita..dan yang paling saya belajar sepanjang berblog,tulis lah dengan Ikhlas..bila kita tulis dengan Ikhlas pembaca akan dapat apa yag kita cuba sampaikan..

cuma lately tak kesempatan nak tulis banyak banyak ..busy ngan kerja kot..kalau tak banyak lagi nak di coretkan..tambah pulak ada gambar lagi la malas,rasa macam nak letak gambar jeer..

actually satu kepuasan sangat dalam diri bila baca balik kisah lalu dalam blog..nak nak tang family dan tang travel..memang menggamit memori sangat..and that;s another reason why i keep writing dalam blog..sayang rasanya kalau memori yang ada just goes to waste..memang kita boleh ingat dalam minda tapi kita banyak lagi mebde lain nak ingat..so buh dalam blog boleh la nak baca dan visualized skali..

:)

apa apa pun,selamat ulangtahun kelahiran blog kak tiny yang dah mencecah 2 tahun..sealamat berkarya dan teruskan berkarya..kalau tak untuk orang lain,at least untuk diri sendiri..

jazakallahukhoir..

KAKTINY said...

S.C.H.A > hepi hepi.. jgn tak hepi… hahahaha…


Uncle Lee > hahaha… mine only colours… yours, truly great.. hihihi…
You stay young as well.. have a nice weekend..


kak ina kl > banyak apa la sangat kak ina oii… banyak merajuk jer.. kehkehkeh..
Hal tentang pelaburan dan penjagaan diri dan masa depan kak ina.. hihihi...
Ala kak.. cepatnya akak terjah melaka.. tak sempat nak potong akak.. hahahaha..


TOKMA > tapi paling real punya terapi jiwa adalah sembang ngan akak di tepi kolam renang dgn ikan-ikan koi yg dah bolat bolat gumoks tuh.. hahahaha...
Betul kak.. moga2 esok2 kalau dah tak der, anak2 buleh tgk ’karakter’ dan tinggalan (penulisan) ibu dia nih.. hihihi..

KAKTINY said...

zue > terima kasih kak zue.. matang??.. hmm.. entahler... hihihi...
Terima kasih kerana sudi bertandang ke sini kak.. terima kasih seribu.. hihihi..



kakpah > betul kak.. setuju sangat.. hihihi..



iina > BETUL BETUL BETUL.. SETUUUJUUUUUKK!!! (itu jer aku nk tulis bagi komen ko yg panjang lebar nih.. sbb ko lebih TAHU dan sangat tahu kisah aku..!! Hahahahaha)..

KAKTINY said...

blackcardomompods @ CT > thanks sayang. And thanks sebab menjejak kasih kembali dgn kaktiny nih… suka sangat.. hihihihi…
Peraduan??.. teka silang kata ker teka teki teka tekuk?.. hahahha..



CkLah > TERIMA KASIH CIKGU!!... hihihihi..



Tijah > yang tu aku setuju.. baik kita melantak penuhkan perot.. lagik best.. kehkehkeh…

KAKTINY said...

kayteeze > terima kasih sebab sudi bertandang ke sini kak tie… betul apa yg kak tie ckp.. kena bijak tangani apa juga situasi… hihihi…



@xiM > thanks to axim coz ‘ayat’ tu ler yg bagi kaktiny semangat utk tulis balik dlm blog nih yg telah “BEKU” seketika.. hihihi..
Thanks dik..

KAMATO said...

Teruskan menulis....

blackcardomompods said...

kak tiny,jika sudi ambillah kuntuman bungar dari ct buat kak tiny di hari ibu

Uncle Lee said...

Hello Kaktiny, happy mother's day to you. Have a wonderful day, and stay beautiful, Lee.

Yunus Badawi said...

Aku setuju cakap Tijah dan ko tu.

psst - berapa round makan ikan bakar?

Masy said...

selamat berblog kak, alaaaa org3 yg dengki tak tentu pasal tu - lantak la dia kat situ. soh dia bukak blog sendiri, kompem kang dia yg meroyan apdet ari2 nk kompol duit nuffnang ngahaahhahahahhahaha

n selamat hari ibu jugek utk ibu tiny. hehehehheeh

tunbegia said...

kita kawan kanns,

salamm,

KAKTINY said...

KAMATO > terima kasih... hihihi..


blackcardomompods @ CT > thanks adikku sayang…



Uncle Lee > thank U my dear.. thanks 4 d lovely roses.... luv it so much..

KAKTINY said...

Yunus Badawi > ko mmg le setuju jer ngan kitaorng ni bab makan2 nih..

Ikan bakar?.. satu round je la.. tapi ada janahak, terubuk, udang, ketam, sotong, lokan, kepah, kalian, otak-otak, nasi lemak, fresh orange 2 jag!!... kehkehkeh…


Masy > rasanya yang ni mmg aku setuju ngan ko baby…. Nk jer aku suh diorang bukak blog sendiri.. sure lagik tak hangkat kepala kanzzz.. kehkehkeh…


tunbegia > yer yer… kita kawan (tetiba terbayang ada org bawak belon cam dlm iklan tv dulu tuh.. hahaha)… salam..

Khairul Idzwan said...

Sebab blog kak tiny lah sya dapat sorg akak yg byk bantu saya tempuhi alam kampus :)

KAKTINY said...

khai > dan... sebab blog ni jugakla kaktiny dapat adik yg namanya bakal tersenarai dalam BAR COUNCIL - LEGAL DIRECTORY LIST!!... amiiinnn...
hihihi...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.