Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, August 01, 2008

Kisah UiTM 7 : PART 6 LLB

pada yang ikut siri kisah aku nih.. TIMA KASIH BEBANYAK.. aku seronok sangat bila dapat share kenangan aku bersama korang semua.. I LOVE YOU ALL... ni episod penghabisan di ITM tapi bukan episod terakhir lagi.. ada lagi... (cheh!!.. cam buat drama tv plak.. poyo aku nih.. hihihi)

Aku pulun habis SEM nih.. sementelaah lagi result ku yang JATUH MERUNDUM sem lepas.. aku pasang niat.. aku MESTI BANGUN semula....

Naik Sem 6, aku TEKAD….. AKU NAK CLASH NGAN ABANG…

SEM NI GAK ADA ADENGAN CERITA HINDUSTAN.... ACARA KEJAR-MENGEJAR ANTARA ABANG NGAN AKU.. (kah kah kah.. poodah tul...)



Subject dan Lecturernyer

1) Commercial Law II – ngadap Companies Act, 1965.. tak minat sgt.. tapi masa ni aku tahu sesuatu iaitu – separate entity – maknanya kalau bukak syarikat Sdn Bhd / Berhad – pengarah dan syarikat adalah 2 entiti yang berbeza dan pengarah boleh sue or to be sued by the company and vice versa. (oooo.. baru aku tahu…masa tu ler… sekarang ni, semua tu hujung jari aku jer.. hihihi)

2) Evidence II – aku minat tapi tough and killer subject tuh..

3) Jurisprudence II – masih bukan pemikir aku nih.. hihihi

4) Family Law II – masih Datin Vohrah dan mmg aku minat giler… dan mmg semua kes dan fact of the case dlm tangan aku sbb aku sgt2 meberi tumpuan pada ‘kisah kekeluargaan’ yang berlaku.. sedih ada, geram ada, sakit hati pun ada.. (aku terbayang nak jadi peguam mahkamah syariah jer masa nih.. hihihi)

5) Company Sec. Practice – sbb tak minat maka aku tak ingat..

Kesimpulan utk subject semester ni.. mmg memenatkan otak..


Cerita Fakulti:

Sem ni aku banyak study ngan abang (ooo.. satu perkara aku kagum ngan abang.. NOTA dia.. abang jenis yang suka buat nota gak rupenyer.. walaupun tak RONA-RONI cam aku punyer nota.. tapi.. COOL.. aku senang paham.. kengkadang aku cilok jer nota dia.. dan buat balik jadi nota aku yang BERONA-RONI tuh… hihihi)


Citer Kolej:

Alhamdulillah.. sehingga Sem terakhir – Part 06 aku masih dapat kolej.. (bukan senang oo... nak kekalkan rekod dapat kolej sampai Part 06... syukur betul...) so, takyah pening kepala nak menyewa rumah sewa dll.. (makan tido ditanggung.. jimat skit.. ikan jaket pun ikan jaket lah..)

Sem ni level aku conduct minggu persembahan.. aku ngan E ditugaskan buat skrip utk slot pementasan kolej D2... E yang buat banyak skrip tu (gara2 aku byk ‘berdating’ ngan abang), aku cuma tambah dan edit skit2 jer. Tapi BAB BELI BARANG untuk buat prop, dok masuk kuar kolej 80 kali tu, aku le yang uruskan – SBB AKU ADA “SUPIR” yang “ON CALL”… kah kah kah… so, barang2 utk prop, aku ler yang beli (dan aku tak claim pun – sbb terasa bersalah coz ‘ngular’ byk sgt..)

Dan pada malam persembahan (persembahan malam kemerdekaan) di Padang Kawat Delima, aku jadi “music conductor” untuk persembahan tuh.. dan sehingga kini lagu “AKULAH PENYAMBUNG WARISAN” nyanyian Allayarham Sudirman ‘terkesan dijiwaku”.. WAAAA WAAA WAAA!!!.. (time kasi E dan adik2 kerana ‘persembahan kita’ BERJAYA!! CREDIT utk ko.. ‘E’)

Satu lagi cerita lucu, walaupun sem ni aku jadi Ketua Level (LAGI!!), tapi aku dan E BYK MENGELAT terutamanya MASA GOTONG-ROYONG CUCI TOILET.... HAHAHHA.. Ini semua E punyer idea... aku dah senarai baieeekkk duty roster bilik mana utk cuci apa.. tak sampai waktu cuci tu.. AKU NGAN E SEMBUNYI DALAM BILIK!!!... alasan E, kami kan dah Part 06, so, kalau kena denda pun bukan ‘terkesan’, sbb dendanya TAK DAPAT KOLEJ sem depan.. kami kan PART 06.. so, kami tak perlukan kolej Sem depan.. kah kah kah..(E mmg ‘cerdik’ bab2 nih.. mmg selayaknya dia bergelar PEGUAM… hihihi)

Dan pernah jugak.. (sbb malas nak turun), masa orang warning FOGGING.. aku dan E berkampung dlm bilik E dan kami tutup lubang pintu dengan selimut dan kami duduk diam2.. sampai time bilik E kena fogging.. mcm nak muntah hujau aku menahan asap.. kami bukak tingkap.. bebudak yang berkumpul kat bawah dok gelakkan kami – diorang jerit : “TOLONG!!.. ada 2 mangsa kebakaran terperangkap” sambil tunjuk bilik E.... siot tul..

Dan ada sekali (masa Sem lepas sebenarnya..), time birthday aku.. E berpakat ngan bebudak bilik aku semua suh turun bawah.. kami lepak bilik achik (HN).. dalam dok cit cat baieeekkkk punyer.. E kuar bilik… tak lama pastuh… aku dengar E jerit suh aku kuar dari bilik achik.. sedang aku elok berjalan lenggang mak limah.. SRUSSHHHH…. AKU KENA SIMBAH NGAN AIR!!!... PASTUH BERKUMANDANG LAGU HAPPY BIRTHDAY… (OIT… TEPAT TENGAH MALAM 31.12….) SEJUKKKK GILER OIIII… E amik air water cooler tuh.. sebaldi aku kena air sejuk tgh2 malam… GILOS!!!.. Gamat gak ler dalam 5 minit.. dan oleh kerana aku berada di tingkat bawah.. makanya aku nampak ler berkerumun bebudak dok menjenguk.. sampai ke tingkat 6 (yang rata2nya mmg geng2 aku!!!)… tima kasih semua... (masih kurasai kesejukannya... grrrrr....) DAN AKU SAYANG E…


Cerita Lain :

KES AKU TEKAD NAK CLASH NGAN ABANG!!!...

Aku SMS abang (masa ni semua org pakat dok gila beli handphone second hand.. maklumler baru “MAMPU”… masa ni aku pakai handphone Philip.. kakak aku bagi sbb dia dpt free sbb apply credit card.. dan abang pun pakai handphone – Motorola tebal yang kalau baling kat anjing boleh patah kaki tuh.. kahkahkah…), aku bagitau abang yang aku nak CLASH dgn dia.. aku taknak KAWAN dah.. pastu dia keep on call and sms aku.. AKU TAK JAWAB.. dia bagi pesanan kat E pun AKU TAK LAYAN.. dan aku BENAR2 TEKAD.

Masa kelas Commercial Law II (bertempat di DK1), abang AMIK KESEMPATAN utk jumpa aku.. TAPI AKU CARI TEMPAT YANG JAUH DARI DIA.. bebudak lelaki kan suka duduk belakang dan kuar ikut pintu belakang.. aku plak DUDUK DEPAN sekali (dan pastinya peluang utk sembang dan menoleh amat tipis sbb depan mata lecturer).. abang try utk ‘tarik perhatian’ aku.. TAPI AKU HARAM TAK PANDANG DIA- AKU BUAT BOLAYAN jer..

Time Class habis.. aku cepat2 keluar pintu depan dengan harapan dpt jalan selaju mungkin utk balik kolej.. MASA NI ABANG KEJAR AKU.. (KAH KAH KAH..) dan kat LUAR KEBETULAN HUJAN YANG LEBAT SGT… (masa kat dalam Dewan Kuliah, tak perasan yang kat luar hujan.. Chess..) dan langkah aku TERMATI tetiba.. dan “STUCK”.. aku tak tau nak buat apa.. (MASAK KICAP AKU!!!).. dah KENA TAHAN ngan abang.. CHESSSSS!!!!!....

Oleh kerana hujan lebat sangat , dan aku dah tak dapat lari ke mana2… abang datang kat aku.. tahan aku (masa ni dah ada kat area class bebudak account… kat pintu depan tuh.. hihihi) dan TANYA AKU KENAPA AKU LARIKAN DIRI DARI DIA.. (masa ni aku rasa cam budak kecik kena marah ngan ayah dia sebab main hujan plak.. kecik jer aku rasa kat depan abang yang KURUS KERING tuh… hihihi)

Masa abang tahan aku tu.. ada BEBUDAK CLASS yang jalan saing ngan aku JELING KAT AKU.. AKU NAMPAK ler… macam aku tak tahu.. (mesti ada yang menyampah gila kat aku masa tuh kan kan kan... hihihi)

LEPAS ABANG TAHAN DAN TANYA AKU KENAPA AKU LARIKAN DIRI DARI DIA.. AKU CAKAP LER.. AKU NAK CLASH!!!...

Abang berkeras TAK SETUJU..

dan AKU PUN.. TAK MELAWAN (MMG AKU MANGKUK TINGKAT, MANGKUK TOILET, MANGKUK HAYUN, MANGKUK JAMBAN.. segala mangkuk ler…) BOLEH AKU DIAM.. dan kata abang.. DIAM TANDA SETUJU.. SETUJU UTK TAK CLASH... sekali lagi pernyataan MANGKUK2 dalam kurungan di atas LAYAK utk AKU!!!... (galak + gatai ‘merelah’ jugak aku rupanya.. hish hish hish.. kalaulah ayah tahu.. jadi sambal tumis petai aku..)


Cerita Lain lagi..

Sebenarnya masa hujung Sem 5 lagi dah rahsia aku ngan abang TERBONGKAR...
Bermula bila kami KANTOI ngan Z/S dan A (yang juga couple class kami) kat Sunway Piramid..(aku pi makan kat Mc. D tu..) chess.. esoknya kecoh BEB!! Bebudak jantan Sek. 9 mengecohkannya… Geram aku..

Cerita kami lebih dikuatkan dan terus menjadi CONFIRM pada umum oleh satu peristiwa lain.. Peristiwa ni jadi masa aku sedang baik jer tengah buat group discussion kat library utk exam, tetiba Abang N (komando) datang kat meja aku (bebudak lain pun dah start berkerumun meja aku masa tuh..).. pastu dia kuarkan sehelai kertas.. aku ni mati2 lah ingat dia nak ajar kami macam selalu...

Dia lukis pelan ala2 latihan komando.. katanya ada 2 mangsa.. dan ada 4 check point iaitu : Delima 2, Seksyen 11, Stesyen Komuter Shah Alam (masa dia sebut ni, aku terasa cuak lain macam dah..), dan Sunway Piramid!. GULP!!!.. masa habis dia tulis perkataan SUNWAY PIRAMID tu kat check point No. 4, AKU RASA CAM NAK LARI DARI SITU – sbb aku DAH TAHU DAH.... SURE AKU KENA PUNYER!!!.. tapi aku tak leh pegi mana2 sbb aku duduk kat kerusi sedangkan kawan2 lain berdiri sekeliling meja..

Lepas daripada tu semua mata TERTUMPU kat batang idung aku (yang takdak batang nih....) TENSION SIOT!!!.. aku dah tak leh mengelak dah.. HAMPESS tul.. (aku lupa dlm kelas aku ada komando dan askar2 yang aktif.. mana boleh aku nak sembunyikan apa2 daripada mereka nih.. ) – tapi hubungan aku ngan abang SANGAT-SANGAT mendapat RESTU daripada abang2 askar / pelajar matang nih.. especially abang H dan Abang S.. sampai sekarang kalau jumpa mesti diorang pesan kat abang suh abang jaga aku baik2.. hihihi…. (sayang kat abang2 ‘askar’ tu semua..)

Pssstttt…. Ada satu kisah yang aku takleh nak lupa.. dan abang akan CUBIT aku kalau aku keep on cerita.. (abang.. ampun yer.. leen nak citer gak.. kahkahkah..)

Lepas daripada peristiwa kejar-mengejar tuh.. aku rapat balik ngan abang.. dah takder kuar dating kat TANJUNG GILA dah.. dah berani makan kat PKNS, Seksyen 11, Seksyen 24, (seksyen 2 tak pegi ngan abang.. crowded sgt..hihih)..

Masa awal2 sem, aku byk lari daripada abang.. kononnya sebab nak clash.. so.. abang kerap gak ler bagi aku lagu2 (ala2 tuju lagu ler tuh.. poodddaaaahhh...) – di antara lagu yang dia bagi kat aku masa tuh.. (time nak memujuk ler ni..):
- I need to know (Marc Anthony)
- Keroncong Untuk Ana (M.Nasir)
- Suatu Masa (M.Nasir)

Jadinya.. ada pada suatu hujung bulan di Sem 6 nih.. (masa ni aku ngan abang dah b’couple semula ler..), di RADIO kebetulannya sangat tengah ‘TERKELUAR’ LAGU KERONCONG UNTUK ANA (M.NASIR) – masa ni abang CALL aku.. aku yang tengah “hanyut layan blues tahap tenuk lali” ni, PERASAN yang abang call aku sbb nak bagitau LAGU AKU berkumandang di RADIO… TAPI RUPA-RUPANYA… KAH KAH KAH KAH KAH..

(aku gelak golek2 bila ingat balik.. dan abang akan cubit dan geletek aku sampai rasa nak patah pinggang aku kalau aku cerita BAB nih.. TAK TAHAN SIOT!!!)..

(aku masih tengah gelak golek-golek.. sorry boss.. I can’t control myself..)

Rupa kisahnya abang TEPON MASA TU SEBAB dia NAK PINJAM RM90 utk bayar duit sewa umah.. ADOILAR… aku nak pengsan dengar.. bukan sebab dia nak pinjam duit, tapi sbb mengenangkan AKU YANG PERASAN JIWANG BLUES KARAT.. (aku ingat sgt masa tu aku panjat meja study sbb line tak clear sgt, so, kepala aku dah melekat kat cermin tingkap – punyer nak dapatkan coverage sambil muka senyum-senyum kambing gurun dapat tengok cahaya matahari…. Bila abang sampaikan hajatnya menelepn aku tuh… chesss…. rupanya “tipah-terperasan bang..” kah kah kah…) terus aku turun dari meja dan duduk atas katil sambil jawab… “hmm.. iyelah.. datang kul 5.. Bye”.. penat jer aku jadi ala2 Sarimah dengar P.Ramlee main sexsofon dlm Ibu Mertuaku tuh.. kuang kuang kuang.. adeh lah sakit perutku..

TAPI SEKARANG SETIAP KALI AKU BUKAK CERITA TU.. ABANG AKAN CAKAP.. “TU RUMAH YANG ABANG BELI TU HARGANYA RM xxx,990-00, kan abang dah letak atas nama leen!!!.. so ABANG BAYAR LEBIH dari RM90 yang abang pinjam dari leen dulu tuh tau..!!” OK.. explanation accepted.. THANK YOU….. tapi aku masih lagi nak cerita dan masih lagi nak gelak gak.. KAH KAH KAH..


NOTA : SEM NI AKU CLEAR PAPER JUGAK… ALHAMDULILLAH… ada peningkatan dalam CGPA aku.... DAN FOR SURE AKU GRAD ON TIME!!!!... AKU LEGA SANGAT… SYUKUR.. TERIMA KASIH SEMUA YANG MEMBANTU!!!..

32 comments:

ahmoi said...

HAHAHHAA...AKAK WAT MOVIE KUCH2 HOTA HEI VERSI MELAY YER KAK.HEHEHE...PAS TULAK TKR JADI SALOMA N P.RAMLEE..HEHE..PAPER PUN TAHNIAH AKAK DPT CLEAR PAPER N BAHAGIA SMPAI NOW NGAN ABG..

KAKTINY said...

tu ler.. dah 6 semester blaja law kot.. otak pun suku biol jadinyer.. hihihihi..

mmg syukur sgt sbb clear paper.. ramai yang extend.. hmmm...

mama ranggie said...

sekali tipah tertipu ooo..hehehe...ingatkan nak ape,rupanya nak pinjam duit lor!

Miim said...

waa kak tiny, mcm cerita hindustan tul la part kejar2 tue...
respect la kaktiny leh ingat satu2 semua yg berlaku...kuat tul ingatan, byk mkn kismis ke? hik3

kamar hati said...

wahhhhh....berjaya jg akak menamatkan citer yg tak tamat2 ni lg eek...hihihi....

dr citer hindustan membawak ke zaman P.Ramlee ngan Saloma tu...dasyat tul penangan org bercintan cintun ni eek...hihihihi....

congrat sbb clear paper & grad on time...congrat...

amirhisham said...

X ku sangka dlm cengei2(garang) atiny, pandai jugak jiwang2 yer. Nasib baik kat ofis, kalu kat umah nak amir tergelak sambil guling2 sampai bawah ajak ngan aqil n dini sekali gelakan mak ngah dier... hahahaha.

Sempoi2... Best.

Mak Su said...

tentu kiut ek masa gaduh2 manja tu

KAKTINY said...

miim > byk makan maggie masa nih.. hihiih

kamarhati > dasat?.. rasa cam BODO jer.. kui kui kui...

amir > YA AMPUUUNNNNN!!!! AKU LUPA ADIK AKU BACA SIOT!!!.. SEMINGGU TAKMAU PI UMAH AKAK.. MALU OITTTT....

(psstt... amir.. hang jgn bocoq rahsia kat fatin, dini ngan aqil.. mampuih depa tak takut kat mak ngah depa nih dah nanti…kah kah kah)

Maksu > kiut kebenda.. org lalu-lalang tengok mesti menyumpah seranah.. kahkahkah..

KAKTINY said...

mamaranggie > mama.. mmg tipah tertipu betul.. penat jer feeling meeling.. hihihihi

iina said...

tiny aku gelak sakan baca cite ko.. siap leh bayang camna muka n gaya ko jawab tepon tu.. camna leh jiwang karat nie hehehe.. bercinta masa study xsalah sebenonya.. sepatutnya jadikan ianya positif.. utk kuatkan semangat.. ingat lagi pesan cikgu biologi masa zaman sekolah dulu.. bercinta boleh masa study tapi.. kena ingat tanggungjawab n mesti success.. ;)

ikmalhmt said...

Kak Tiny,

Tahniah grad on time walaupun berchenta juga...i'm proud of ahkak..bukan sng tau nak grad on time esp zaman2 tue...

Al-BIMA SAKTI said...

semoga terus ada peningkatan... alhamdulillah...

Princess Liyana said...

Uhuhu..cewah!adegan hindustan plak.:)btol tu, diam tu tanda setuju.huhu:)

Cik Puan Kesum said...

kak tiny

sebut pasal ikan jaket tuh kan..memang femes kan kt uitm.hehe..kita selalu buang ikan jaket tuh..sb bau hanyir..jahat kan kita...bila kenang kembali,rasa mcm bersalah pulak..

kak tiny,nape tak mo turun masa fogging?ct kan masa fogging,lum sempt dia kasik arahan suh kuar,ct awal2 dh larik.takut aa sedut asap tuh.hehe

eh,memang betul la kak tiny ckp,deme suk aduk blkg sb senang nk bla.hehe

bila baca kisah kak tiny ni kan,bru kita pasan kan,kalau dh jodoh..lari camna pun tetap bersama.

Ungku Nor said...

cehhh..buat penat jer panjat-panjat meja nak kasik feel mari..
ahahaha

Intan Rosnitta said...

Kekekeke...lawak tul Tiny ni tau!

Kalau dah cintan tu, segala jenis mangkuk pun dah x kisah...

Bagi pinjam rm90, dapat sebijik rumah tu...berbaloi!

Hehehe :P

ad3ck said...

salam kenai. saya pong bekas student uitm ehehe. tp sem 2 da tak leh dok kolej sebab kad aktiviti tak cukup! ;p.

CikguZue said...

tahniah dah nak grad, on time pulak tu...

tasikmerah said...

air water cooler tu sejuk giler tu weh....

Mr penyubiru said...

ade lagik.ingatkan dah abis dah...hehe

cikgooden said...

ada lagi he..he..he..!
bila nak sampai konvo ni?
kira hang bernasib baik...dapat gak jodoh ngan abang....
ada org yang tak kesampaian....ahakkkssssss

nadahahs said...

lepas cerita itm ni.. cerita zaman sekolah pulaklah yer..

Tie said...

Adoi..bila sebut ikan jaket..gelihati bila teringat kat itm dulu..ada yang dapat sampai terjulur ekor dari tray..he he.. Kisah hubby tu pun kelakar gak. Kenangan manis kan...

zino said...

selamat berhujung minggu tak sempat nak baca.. nak pi kenduri ni hehe

Kak Teh said...

kaktiny banyak betui kenangan di UiTM. Kak teh pun teringat kisah semasa UiTM masih ITM. Seronoknya. Kenangan mengusik jiwa.

Danielle_Corleone said...

yeay! dah nak grade! (gembira tonton drama realiti ni!) hehe.

Sri Diah said...

Tiny; amboi... seronok baca kisah tiny masa study, ada drama hindustan. rajin ya dia menulis... teruskan, akak tetap baca.

Abang Long said...

Hubby tahu tak tentang 'kewujudan' blog ini ?

KV said...

salam kenal. Lucu gak baca crita kaktiny.;)

KAKTINY said...

iina > ko yang baca pun rasa nak gelak.. ko bayangkan aku yang “alaminya’.. cam senak bila mengenangkan semula.. kah kah kah.. (bab bercitna masa study.. aku nyaris2 terbabas repeat paper masa part 5 bila bercinta nih.. aku tak pandai ler nk bahagi masa...)


ikmal > time kasih... ooo.. susah ooo bercinta masa belajar.. nyaris2 LINGKUP study kaktiny dik oiii... dan mmg bukan senang nak grad ON TIME kan.. hanya kita yang faham kan ikmal kan… hihihi..


al-bima sakti > alhamdulillah dapat grad ON TIME.. syukur sangat..


Princess Liyana > yana suka ler tuh bab2 diam tanda setuju tuh.. hihihii


Cikpuankesum > satu malaya itm tahu bila time ‘ikan jaket’ – ramailer yang tak makan kat dewan makan tu kan ct kan.. hihihi
Takmau turn masa fogging sbb malas nak turun naik tangga.. tingkat 5 tuh.. hihihi
Betul ct.. kalau dah jodoh.. lari ke UK pun balik kawin gak.. hihihihi


Ungku Nor > ituler akak.. penat je tiny feeling meeling.. sekali nak pinjam duit daaa… kah kah kah…


Intan Rosnitta > betullah kak.. masa bercinta.. beruk ungka pun kitalah sebenarnyer.. hihihihi… itulah kan.. bagi pinjam RM90, dpt umah sebijik.. kalau bagi pinjam RM200… dapat Jaguar kot.. kah kah kah…


Ad3ck > salam.. mmg SAH budak ITM.. sbb TAK DAPAT KOLEJ gara2 KAD AKTIVITI tak cukup… kah kah kah.. salam kenai.. hihihihi


Cikguzue > time kasih.. ooo.. takut gak ooo sebenarnya… sbb ramai yang extend..


Tasikmerah > tahu tak per.. ko bayangkan aku kena simbah dgn air water cooler yang SEJUK GEDING tuh.. TEPAT JAM 12 tengahmalam.. tak ker menggigil macam kena DEMAM KEKURA aku masa tuh..


Mrpenyubiru >selagi tak citer pasal convo..selagi tu ler ada sambungannya... hihihihi...


Cikgooden > pas nih nanti ada la plak bab convo... hihihi


Shahadan > kalau nak cerita dari kecik sampai la ni.. baik kaktiny tulis buku ler pas nih.. hihihi


Tie > betul tie.. tu tak kira ikan yang berbau.. eeee…. Pasai tu ler bebudak ni malas nak turun time ikan jaket.. hihhi.. kenangan tie.. hihihi


Zino > selamat.. takper.. kenduri lebih utama.. blog saya ni meraban jer lebih.. hihihi


Kakteh > namanya pun kenangan KakTeh.. mmg mengusik jiwa raga kan.. hihihihi


Danielle > mmg dh nak grad dah ler tuh.. hihih ( kita semua kan pelakon di pentas dunia.. pegang watak yang berbeza.. kan kan kan..)


Kak Sri Diah > time kasih akak sbb baca cerita tiny.. (tiny selalu baca ‘tulisan’ akak.. dan tiny pun ada koleksi buku2 akak.. hihihi)


Abang Long > BLOG NI?... HUBBY TAK TAU… JGN BAGI TAU!!!!...


KV> salam kenal.. time kasih jenguk ke sini.. time kasih baca citer kaktiny… hihihi

chinta said...

lama dah tak jenguk blog kak tiny nie sbb cuti2 summer..huhuuhu...slamat lah tak bnyk ketinggalan episod UiTM kak tiny nie..

hahah...kejar mengejar dlm hujan...waduh..sgt romantik gituh..yg kelakarnye mcm tekad nak clash tapi tak clash gaks...ha ha

sy pon suka ngelat cuci toilet..buat keje plg senang..cuci cermin toilet..haha

KAKTINY said...

chinta > ooo... bercuti sakan yer..
romantik?.. kaktiny rasa cam 'hampess' jer.. org sekeliling memandang cam meluat jer.. heheh
cuci cermin toilet?.. ko mmg betul punyer mengelat.. kahkahkah...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.