Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, November 17, 2008

Kena Belajar

Banyak yang aku tak tahu rupanya..

Banyak lagi yang aku kena belajar...

Rasanya lagi susah dari subjek STATISTIK..

takperlah.. itukan rencah kehidupan.. tak belajar maka TAK TAHU..

tapi kena betul caranya.. macam kata kaklong (masa nak exam statistik dulu..)
"BELAJAR CARA BELAJAR.."

hmm.. betullah tu.. aku kena belajar cara belajar dan ambil iktibar atas pengajaran..

kekadang aku leka dan terlupa.. terima kasih kerana sedarkan aku..


UNTUK ITU.. AKU NAK PEGI BELAJAR..

dan BILA AKU DAH MAHIR AKU AKAN KEMBALI..

dengan itu..

TERIMA KASIH DAUN KELADI...
PANJANG JODOH JUMPA LAGI...


blog milik peribadi.. (itu yang aku tahu duuullluuuuuuuu....) tapi oleh kerana ia boleh dikunjungi, maka ia seolah-olah HAK BERSAMA.... AKU LUPA.. mungkin sebab AKU ALPA...

tapi bagi aku.. "Sapa baca dgn nada positif.. maka positiflah jadinya... sapa baca dgn nada negatif.. check balik hasad dan imannya... dosa pahala ditangan sendiri.. suka hatilah nak pilih yang mana.."

- dan aku adalah antara manusia yang paling CEPAT TERASA.. (susah giler nak buang perasaan ni... mungkin faktor aku anak no.2, dan pompuan bongsu kot.. AGAKNYE LAH.. mungkin tu BIDAAH aku jer kot..)

Oleh itu - menurut kata MAK AKU.. "Hang tu toksah dok kawan ngan orang.. pi kawan ngan BUKU.. hang kalau kawan ngan orang.. sungguh2.. tapi telinga nipis.. bila org cakap sikit, cepat terasa hati..."

Aku rasa mujur aku ni ANAK MAK dan AYAH.. kalau ANAK ORANG LAIN.. mesti dah lama mak hantar aku balik ke KELUARGA ASAL.. kan kan kan... aku sendiri susah nak faham perangai aku...

Dan aku perlukan KAKLONG ketika ini... huhuhuhu....

No comments:

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.