Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday

Hari Ini : Salin Kulit

Minggu ni adalah minggu aku menyalin kulit ular @ MENGULAR lagik.. wakakakkakahkahkahkah... (hamboi.. aku dok tersedak jer dari minggu lepas.. banyaknyer lah daging aku yang dibuat rendang cicah ngan ketupat.. nak nak plak org yang kat soromban nuh.. weh.. raya lambat lagik ler.. toksah dok mengayam ketupat banyak sangat... hohohohoho)

Exam Statistik?.. JANGAN TANYA.. dan aku TAK MAU SEBUT / CERITA!!!!...

Aktiviti aku sepanjang minggu nih?..

Isnin - PI GENTING
Selasa - PI BALIK PERMATANG PAUH
Rabu - PI SHAH ALAM
Khamis (Hari ni ler..) - PI KLIA
Jumaat (Esok) - PI SPA..

Ada sesapa nak ikut aku?.. CANNOT!!.. aku ada URUSAN SERI PADUKA BAGINDA "SENDIRI"..... hahahaha... dan aku mungkin tak dapat DIHUBUNGI di mana2 talian.. hihihihi....

Jadinya itu telah menjawab dan bakal menjawab kenapa dan mengapa aku "BERTAPA" dalam GUA aku dan tak kuar jengok donia blog ini..

Aku akan kembali aktif bermula minggu hadapan.. kan puasa.. 'setan bertanduk berjambul' semua kena rantai.. jadinya aku akan jadi "ANGEL" ler.. wakahkahkahkah...

Sesapa nak kutuk aku kaw kaw punyer.. dipersilakan.. minggu ni aku bagi chance.. dan oleh kerana ular tedung sela ni tak dpt nak mengadap PC sgt.. makanya aku tak dapat nak 'mengular' dan patuk bisa kat tempat2 kengkawan... tak pa tak pa... TUNGGU LER!!!..

Wednesday

Hari Ini : KERJA KOSONG

Ada company member aku kat KL nih nak carik :

1) Account Executive
- job spec : report management account, payment etc..
- starting salary : RM3,000
- qualification : Degree in Accounting

2) Account Officer
- job spec : payment, settlement, etc..
- starting salary : RM2,000
- qualification : Diploma in Accounting


Sesapa berminat (atau ada adik, kawan, sedara, musuh, sahabat, atau kenalan) - sila e-mail kat aku resume dan contact number.. so that aku leh bagi directly (priority) kat kawan aku.. (aku sah sah tak leh mintak.. pasai "ACCOUNT".. wakahkahkahkah... aku cuma tau statement gaji dan payment hutang2 aku jer.. dan balance gaji utk beli barang.... hihihi)

(mana tau nak jadik rezeki sesapa yang terbaca blog aku nih kan kan kan...)

e-mailkan contact number (e-mail address) kat ciktiny@gmail.com
so aku leh forwardkan alamat company nih (bagi sesapa yang berminat sahaja ok.. dan pada sesiapa yang rasa 'layak' utk jawatan tuh.. kalau ada 'Degree' cam aku, tak yah ler mintak.. hahahhaha....)

panjang2kan lah yer info nih..


Hari Ini : Persediaan..

OOOOO...... sabtu ni mid-term exam statistik pukul 9.00pagi.. TAKUUUTTTTT nyer...

Esok dan lusa aku and kaklong amik cuti (kengkonon utk study ler... tapi sebenarnya nak 'perabih' assignment statistik yang terbenkahalai tuh.. adoilarrr...)

Risaunyer aku weh.. STATISTIK... (baca pengalaman abahnajwa bab statistik ni.. aku rasa aku paham sgt... wawwaaa waaa waaaa.. camner otak ain si mama najwa tu BRILLIANT sgt yek pasai m3 nih?.. hadoilarrr.... aku tabik spring roll betui lar..)

Aku dah tak leh nak tulih apa dah .. otak aku dok teringat kat exam sabtu nih..

TOLONG LER DOAKAN AKU AND KAKLONG LULUS PAPER NI (dan semua paper lain gak..)

KAMI NAK GRAD ON TIME.. and nak baris sama-sama amik scroll dan nak kengkawan blog reramai dtg masa kami convo nanti.. hihihihi..

Aku yang tensen!!! (oleh kerana aku cuti esok dan lusa, makanya aku rehat n3 sampai senin minggu depan.. tapi kekalau ada komen2 aku pada hari2 cuti aku nih.. makna kata.. AKU PINJAM WIRELESS BROADBAND KAKLONG UTK "MENGULAR" dan MENGELAT jalan2 ke blog kenkawan masa tgh study tuh... hahahahhaha....)

Tuesday

Hari Ini : Nak Mengular.. hahahhahaha

BOSS TAKDAK!!!!
(nampak tak tanduk kecik dan ekor berjuntai tumbuh sikit2 nih?.. hihihahhahahohohoho)

Hari ni aku nak jadi ular tedung sela.. (sapa komen lebih2, aku zasss kang.. hihihi)..

Nak pi mana yek?.. oh ya.. hari ni aku nak pi jumpa lecturer.. nak tanya pasal tajuk project paper aku tuh.. langsung leh discuss ngan Dr.Ismi pasal proposal aku tuh.. (kaklong, hang dah email proposal hang kat Dr.Kidin lom?..)

Pastu aku nak pi jalan-jalan cari makan.. SAPA NAK IKUT????.. aku nampak dah ada org yang angkat tangan tuh.. hahahhah.... jom jom... (sapa nak ikut, sms aku yer.. hihihihi.. sbb hari ni aku takdak kat opis... hahahhaha)

(- mujur kak ungku kat soromban.. kalau tidak - maunyer dia dolu2 terpacak kat opis aku nih.. wakakkakak... - kak sepi.. setakat makan kat tesco jer.. TAK MAIN ler.. panjang2kan lah skit langkah tu..)

p/s : walaupun aku nak 'mengular' harini tapi aku dah mintak izin Boss aku dah semalam weh.. DAH DAPAT GREEN LIGHT OK!!... so, jgn dok menganyam ketupat palas dan makan daging aku masak rendang.. wikikihkihkihkih... hihihi

Monday

Hari Ini : Berjumpa dan Terjumpa

15/8/08 - Jumaat

Seperti yang dijanjikan, kak ungku and batalionnya sampai sebelum waktu yang di'nyata'kan.. dan aku sampai 'terlepas' waktu yang aku 'tetap'kan.. 8.30pm... (masak lomak cili padi ler aku weh.. wakakakka...) - mana tak lambatnyer.. seperti biasa, kalau aku nak kuar 'bukan time pejabat', si nureen akan jadi pegawai kastam + pegawai parol yang byk 'songeh' bersoal jawab dan pastinya nak mengikut aku.. aduhaiii... (abang lak balik lambat.. kalau tidak leh aku pass batton kat abang suh bawak nureen pi ronda2 alam damai tu sat.. hadoilarrr...)

Dah plak tuh.. kul 8.00pm baru aku leh 'terlepas kandang' dari nureen dan pi jemput tokma yang rumahnya sekangkang kera dari umah aku tu.. pastu pi jemput kaklong plak kat BTS.. pastu patah balik naik amik si 'tentangseseorang' (ady) plak kat BTS (sian mamat tuh tunggu aku depan klinik.. kalau lambat skit aku sampai, maunya dia masuk klinik amik julap... nak bagi kat aku kot.. hihihihi)

Jemput si ady tuh dah kul 8.25pm.. (aku 'syak' kak ungku dah berbakol 'mengayam ketupat' masa ni kot.. wakakakkakakah... ) - sampai alamanda dah kul 9.00pm.. AMPUN BERIBU RIBU AMPUN wahai kak ungku and batalion sekalian.. (tapi korang dah 'santaaappp' baieekk punyer yer.. kak ungku posa rupenyer.. sian dia.. hihihi)

Dan si aliff pun ada sama... Happy Advance birthday aliff..

HAPPY GILER aku bila berkumpul reramai camtuh.. naik kejang urat perut aku duduk ngan kak ungku weh..

dan budak sorang tu.. aku respect giler kat dia.. 14 titik air mata gelak aku meleleh, 84 titik peluh aku mengalir di tambah plak ngan 47 titik wap sup stimbot tu melekat kat peluh aku... nak tengok dia gelak.. Ya Rabbi punyalah payah.. aku ngan kak ungku dah tergolek2 dok dah... tapi aku kagum betul ngan budak tuh.. dia boleh maintain 'skima' yang aku rasa 'ilmu' tu aku takkan dapat khatam walau 44 tahun aku belajar.. TABAH tul ler..

tapi aku kagum sgt sebenarnya kat dia.. sbb sepanjang hayat aku ni, aku tak pernah lagi jumpa orang yang bagi aku HEBAT cam dia.. mmg aku tak pernah jumpa.. dan paling aku kagum, di zaman belajar dia.. dia budak PALAPES (ROTU) dan dia manage to GRAD ON TIME!!.. (bukan senang ooo...)..mmg unik budak nih.. aku seronok kenal ngan dia..

Dan aku happy sangat malam tu..

***********************************
16/8/08 - Sabtu

aku ngan kaklong pi wedding abang wafa kat seremban (mampuih kak ungku bising kalau tau sampai seremban tapi tak habaq kat dia.....hohohoho)

SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG WAFA dan MAS.. TAHNIAH.. semoga kekal bahagia hendaknya..

tak tersangka2.. aku ternampak kelibat seseorang.. macam penah nampak.. aku tunjuk kat kaklong.. kaklong pi tanya abang wafa.. dan.. SAH.. MMG BETUL itu ORANGNYA..

aku jumpa ABANG BEAR (beruangmadu) dan Dr.Shah (shahramblings)... hahahahah.. kecik nyer dunia.. hadoilar... sungguh2 aku tak sangka weh.. hihihihi.. (comei gak abang bear ni in-person rupenyer... ) hihihihi...


***********************************

17/8/08 - Ahad

tokma bagitau nak buat mee kari .. akak (Kak Pah) nak datang.. sukernyer aku.. aku kata kat tokma aku contribute sate jer.. hajat hati nak tolong tokma.. tapi hari tu aku ngan abang ngan nureen gak.. seharian dok kat c****** dok cari perabot.. abang tu biasalah dia.. kalau benda yang dia dah "KOMPEM" nak beli.. mmg "SAKIT" ler salesman tuh.. buleh2 dia mintak nak 2 free gift and berpeluh2 sales person perabot tuh memikirkan apa nak bagi.. sampai last sekali dia surrender mintak maaf sbb tak leh bagi apa2 kat kitaorang.. aku terus amik PO, sign dan bayar.. malasnyer aku nak tunggu lama2 kat dalam kedai tu.. so, minggu depan barang sampai.. leh ler aku pakai alas meja yang akak (Kak Pah) bagi kat aku tuh... hihihi

Malamnyer, lepas maghrib aku pi beli sate dan masa balik, nampak kete plate J.. sah akak (Kak Pah) dah sampai.. terus aku suh abang berhenti depan umah tokma.. (abang balik terus sbb nak tgk badminton 'FINAL' tuh..).

Akak datang dengan kakak, anak dan anak2 sedara dia.. riuh-rendah umah tokma.. (Kak Sepi taknak datang plak yer.. tak per, tak per.. nak merajuk ler camni... hah!!.. tu nak nagis ler tu kak sepi tuh.. bila aku tulis camnih... dah dah dah... jgn nangis... gurau jer.. hihihi)

Dan aku ngan tokma lead diorang sampai KL Sentral.. lepas hantar tokma, aku pi jemput abang kat BTS.. dia pi main badminton..

Balik umah.. seronok sangat.. sbb dah makin bertambah kenalan aku.. syoknyer.. dunia blog yang menarik..

Again.. thanks kaklong.. dunia blog mmg 'colorfull'..

Friday

Hari Ini : Alhamdulillah Rezeki...

Rezeki Allah memang kita tak boleh nak duga bila dan macammana akan diberinya..

Minggu lepas ayah kata dia sedekah RMx.00 kat masjid masa solat jumaat.. pastu balik umah malam tu aku bagi RMxx-00 kat ayah dan RMxxx-00 kat mak.. ayah terkejut sangat dan bersyukur sangat katanya.. tak sangka nak dapat duit malam tu..

Aku plak.. bagi duit kat mak ayah total sebanyak RMxxx-00 dan semalam BOARD MEETING dah approved elaun xxxx untuk semua staff dan start bulan ni ada pertambahan sebanyak RMxxx-00.. berganda daripada apa yang aku bagi kat mak dan ayah.. (mak - insyaallah tiny tambah duit bulan kat mak - time kasih mak dan ayah yang sentiasa doakan untuk tiny... kakak, amir, epy.. kaktiny tau hangpa baca.. hahahhaha... nak PAW ler tuh... hihihihii)

SYUKUR ALHAMDULILLAH... (weeeeiiihhh... aku ternampak ada gak manusia manusia lain yang dah 'terjejeh-jejeh' air liur dan otak dok pikir nak PAW aku tuh... bluek bluek bluek... "mak cik timah... bungkus pisang goreng seringgit sorang kat diorang-diorang nih....")

Betullah kata2.. WHAT GOES AROUND, COMES AROUND....

kita buat baik.. dapat balasan baik.. buat jahat.. dapatlah jugak kan kan kan..

so.. hari ni aku bakal 'dipaw' dek satu batalion.. takpo takpo.. minggu dopan acik kayo... hohohohoho... (KOMPEM AKU BAKAL DAPAT SMS/EMAIL/KOMEN/TEPON TUNTUT BELANJO..... wakakakakkakakkakahhhhhh....)

Thursday

Hari Ini : Tag and Award

Aku dapat banyak 'panggilan pulau' suh pi umah member2 amik AWARD and jawab TAG.. (wah glamer gak aku yer.. wakakakkakaka..) - podah utk aku yang memerahsantan ini..

TIME KASIH BEBANYAK PADA YANG MENGHADIAHKAN AWARD2 tu kat aku..
dan SIAPLER sapa2 yang bagi TAG kat aku.. hahahha

nanti2 aku nak pi check balik aku hutang tag kat sapa dan umah sapa aku nak pi angkut award2 aku tuh.. aku nak 'beli' lemari baru ler.. nak letak award2 aku ni.. hihihi..

tapi hari ni.. tak leh nak "berleluasa" sgt - pasai hari ni kat opis ada Board Meeting.. dan ada guess dari China datang.. adoilar... (aku tau dah ada bebudak pompuan 2 3 org yang dah pakat dok gelak.. nak perli aku bertubi2 ler tu kat shout box sat gi tu.. macam aku tak tau...)

Wednesday

Hari Ini : Dendam Semalam

Aku still bengang pasal semalam sampai awal giler ke opis.. kul 7.19am..

Hari ni jam 'azan' bunyi, aku bangun, mandi dan solat.. dah siap tapi aku lepak and sembang gebang ngan abang pasal nak beli itu ini, buat itu ini, bla bla bla.. cermin meja..bla bla bla.. astro.... bla bla bla.. bakul sampah.. semua bab masuk ler..

Jam awal lagi.. sambung sembang pot pet pot pet.. kenduri sabtu ni... pot pet pot pet...kenduri ahad nih... pot pet pot.. nak buat assignment (pun masuk senarai gak..)

Kul 7am abang baru nak mandi.. aku siapkan baju opis dia.. as usual ler.. u***e w**e, sing**t, stokin, sapu tangan, tali pinggang siap sedia atas katil and baju opis and seluar, sangkut kat tombol pintu... kuar dari bilik air jer.. terus dia capai.. kalau takder 'salah satunya'.. mula ler dia gelabah puyuh...

Dan utk balas dendam semalam.. hari ni, 7.19am aku baru kuar pintu rumah.. panaskan enjin kete.. dan 7.23am baru start drive kete...

Dan aku sampai opis kul 8.19am.. PINTU DAH BUKAK... YESSS!!!!... aku tak jadi mak pacak hari ni...



Tuesday

Hari Ini : Hari-hari yang 'PACK'..

Jumaat : 08/08/08

Amik EL.. nak kemas umah.. hari ahad orang nak angkat barang.. tapi rumah dok 'seketui' situler.. tak berkemas langsung.. kena amik cuti gak.. packing barang..


Sabtu : 09/08/08

Kelas.. dari kul 9.00am sampai kul 7.00pm.. SURRENDER weh.. statistik sampai kul 7pm.. dah hujung2 waktu tu rasa cam takleh nak absorb apa2 pun.. otak DAH TEPU!!..

balik umah nak kena kemas barang lagi!!.. (dan siap pesan kat abang apa yang patut buat utk esok.. barang ni letak mana, apa kena beli, camner kena buat.. aduhaiii...)


Ahad : 10/08/08

Tunggu lori sepagi.. kul 10.00am tak muncul lagi!! adohai... janji ngan
abanglong nak amik dadih kul 10am - jumpa kat PKNS.... gara2 tunggu lori.. dah sampai kul 10.30am (ampun abanglong...)

Pastu nak jemput si kamar plak kat LRT BTS.. (budak bertuah ni betul2 tak reti jalan KL.. sian tul... kui kui kui.. )

dari shah alam.. dah rush ke LRT BTS plak.. kamar sampai lambat skit.. dalam kul 12 lebih.. so.. tunggu punya tunggu.. baru muncul budak tu.. (bateri dia kong plak.. nasib baik aku ter'cam' muka dia.. kalau tidak.. ko tunggu ler sampai tahun depan kamar oiii.. hahahhah)

lepas tu terus ke tesco.. kak sepi and maksu dan menanti kat asam pedas linda onn... nak borak lama2 pun tak sempat coz aku rush nak amik kaklong plak gi kelas dan anak dara maksu dah tarik muncung panjang nampak.. (baby w mmg tomei giles.. best layan budak tuh.. sian kepala dia terantuk kat meja depan tuh.. adoilar...)

masa benar2 kejar aku separuh nyawa.. aku rush balik BTS nak amik kaklong plak.. kirim hadiah / buahtangan yang diberikan dek kaksepi, kamar and cabutan bertuah tuh.. suka kaklong.. (walaupun tgh rush.. aku sempat gak layan 'lagi' laksa kaklong sepinggan.. phegh.. terangkat wehh..)

then gi kelas.. kengkonon nak present awal and cabut awal.. sampai sana.. otak aku BLANK.. tajuk project paper aku LUPA BAWAK.. HAMPESS TUL!!!.. langsung aku tak present.. CHESSS...

balik pun dah petang.. tgk umah dah settle angkat barang.. (pasni nak 'UNPACK' plak.. adoilarrrr....)

Isnin : 11/08/08

Tetiba bangun pagi kepala berat giler.. malamnya takleh nak tido.. otak asik dok pikir..

1- kotak2 yang tak 'unpack' lagi..
2- tajuk assignment yang tak 'confirm' lagi...
3- SPSS statistik yang tak download lagi.. (termasuk assignment yang kena buat balik.. chesss...)
4- pikir kat mana letak talipinggang abang.. (pun masuk senarai.. hishhh...)
5- bila nak pegi beli set sofa dan meja makan baru .. (kahkahkah.. ini pun nak interframe gak malam tuh.. hampes tul..)

Malas pikir punya pasal.. terus aku call opis.. bagitau MC.. and apa lagi.. terus gi klinik Me******n kat TP tu ler.. jumpa Dr. R*s.. bagitau dia.. SAYA STRESSED ler.. citer kat dia.. Dr. gelak jer.. Dr. kata.. jgn dok pk sgt.. hmmmm...

abang teman gi klinik.. masa balik.. dok gadoh pasal nak beli meja makan.. abang nak meja bulat... aku nak meja panjang.. pot pet pot pet.. bla bla bla BLAH...

sampai umah.. tgk ada parcel.. ni mesti yang akak (kak Pah) kirim nih.. bukak jer isi bungkusan.. HAHAHHAHAH... aku tunjuk kat abang.. abang senyum (dlm paksa kot..) dan katanya "Leen menang lagi..".. kui kui kui... akak kirim alas meja makan kat aku.. (alas meja panjang utk 10 org..).. so, jawapannya MUKTAMAT.. KENA BELI MEJA PANJANG!!!.. wakahkahkahakha... SUKANYER AKU.. akak.. time kasih BANYAAAAKKKK222222... sayang akak...

habis settle siap2 baju opis abang.. (time ni ler aku bengang mencari kat mana aku simpan tali pinggang opis dia.. hish hish hish.. geram tul.. ).. abang gi kerja (masuk tengahari - tu pun sebab meeting.. kalau tidak dia pun taknak pegi keje.. hihihi) - aku rush plak ke U*M.. pi jumpa lecturer.. nak confirmkan tajuk Project Paper.. then dpt sms tokma suh tunggu kat umah kul 6.30pm.. ada SURPRISE katanya.. aku kul 6.00pm still kat U*M.. HAH.. 6.30?.. apa lagi.. BUKAK FORMULA ONE ler.. aku pintas tak kira depan belakang dah.. (tapi akak, tiny berhenti traffic light kuning.. tak langgar dah.. kan dah janji ngan akak dulu... hihihihi)... dan aku sampai UMAH TEPAT JAM 6.30pm..

tokma datang lenggang kangkung dengan seseorang... nak kata anak dia, bukan.. LAH.. SESAT BARAT MINAH NI ke sini!!.. HAHAHHAHA.... si kamar datang ngan tokma.. MMG SURPRISE sungguh aku.. tokma cari si kamar sampai lobang cacing.. hihihi.. (dan tokma bagi something.. weiiii..... hari tu tokma kirim asam pedas kepala ikan tongkol.. pehghh... terangkat sehhh...).. thank you tokma... sayang tokma...

Lepas nih berjalan sakan ler si kamar tuh.. dah ada aku ngan tokma nih.. hihihihi...

Malamnya.... kebetulan mak sedara aku datang.. dan malam tu OPEN TABLE kat Johnny's Restaurant Alamanda la plak.. (belanja adik-beradik aku yang penat payah mengangkat barang..) time kasih semua..

Dan malamnya.. aku dah 'flat' suku nyawa.. dh masuk tido.. gaduh ngan nureen plak :

nureen : ibu, nak susu.. nak ibu buat...
aku :abah buatkan bleh tak?
nureen : taknak.. nak ibu jugak buat..
aku : abah.. tolong bah.. (dgn mata terpejam dan tangan dok menghinjutkan badan abang..)
nureen : taknak.. nak ibu gak.. (isy.. budak nih.. tak dapat susu kang.. dapat pelangkung jugak..)
abah : takpa.. abanh buatkan yer.. sian ibu penat.. (minta2 ler ayat dia ikhlas.. bukan sebab perli aku yang 'tak lehnak bukak mata langsung nih..')
nureen : ibu.. ibu buat ler..
aku : abang.. tolong bang.. leen betul2 tak larat nak turun bawah.. (start malam ni aku nak bawak naik susu bebudak ni kat atas.. senang!!)
abang : jom nureen, abah buat susu kat nureen..
nureen : nak ibu buat.. ibu.. ibu..
aku : zzzzzzzzzzzzzzzzz..... zzzzzzzzzzzzzzzzz... zzzzzzzzzzzzzzzzz... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Selasa : 12/08/08

Sedar2 jam azan aku dah "bang".. dah subuh weh.. lepas mandi, solat subuh.. dgn semangat wajanya kuar awal.. (sbb tak tau jalan baru ni camner..) - kul 6.50am aku dah kuar umah...


DAN AKU SAMPAI OPIS KUL 7.19am... (dan sapa pun tak sampai lagi... dan aku tak pegang kunci opis dan aku jadi MAK PACAK tunggu depan pintu opis.. CHESSS!!!)

TOBAT AKU TAK KUAR AWAL DAH ESOK!!!!!

Wednesday

KISAH CONVO UiTM 2 : CONVO OH CONVO…

FINALLY!!! (episod final pun...)

21 Jun 2000 – Hari konvokesyen aku..
Hari aku memegang scroll dan ‘dinobatkan’ sebagai pemegang IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG dari UNIVERSITY TEKNOLOGI MARA (UiTM)....



AKU TAK SUKA CONVO DEGREE AKU… LANGSUNG TAK SUKA!!!..

Aku bersyukur sebab aku GRAD ON TIME.. aku bersyukur sebab aku berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang aku.. dan aku bersyukur sebab dapat merasai konvokesyen..

Tapi AKU TAK SUKA HARI CONVO AKU!!!.

Sebenarnya, masa aku terima tawaran ITM pada tahun 1997.. aku BERIMPIAN bahawa pada hari convo nanti aku nak MAK, AYAH, KAKAK, AMIR, EPY, TOK, WAN, BAPA2 SAUDARA, MAK2 SAUDARA, ADIK2 SAUDARA, DAN SAUDARA-MARA semua akan BERDUYUN-DUYUN datang membanjiri hari CONVO aku..

(pastuh masa dah tahun akhir, aku harap dapat ler grad ngan abang sama kan….)


TAPI..

PADA HARI CONVO… cuma ada ayah, mak kih, Paksu anak-beranak, dan Pak uda anak-beranak SAHAJA sedara2 yang dapat datang.. TAK RAMAI pun…

(syukur E dan Alin pun grad ON TIME sama aku… adik-beradik aku?.. angah grad gak tapi along dan achik tak.. sedih gak tuh..)

Dan aku paling ralat sebab MAK, KAKAK, AMIR, EPY, TOK, WAN dan ABANG tak dapat TURUT SERTA..


KENAPA?

Mak baru lepas operate.. buang rahim.. doctor nasihatkan tak boleh duduk utk jangka waktu yang lama (perjalanan Penang-KL kan jauh..).
Kakak pulak, beranak hari mak keluar wad (so, masih dalam pantang..).
Amir dan Epy.. masing2 ada exam.
Dan TOK?.. TOK MENINGGAL….. INI YANG PALING AKU RALAT SGT..

Aku sedih sbb arwah tok tak dapat SAKSIKAN saat yang SABAN TAHUN meniti di bibir dia.. Arwah tok selalu sebut nak pergi ITM tengok aku.. tapi dihalang oleh anak2 dia dengan alasan, ITM tu jauh dan nanti bila konvo, kami akan bawak tok pergi..

Tapi tok meninggal pada bulan 2.. hanya beberapa bulan sebelum aku Convo..
Aku ingat sgt, hari arwah tok meninggal.. aku meraung sungguh2....
aku ‘cakap’ kat arwah tok:
“Tok.. jangan la pi lagi tok.. tiny dah nak grad tok.. tak berapa bulan ja lagi tok.. tok kan dah janji nak tengok tiny convo..nak pi tengok tempat tiny belajaq….” (dan aku masih menangis mengenangkan peristiwa ini…)

TOK TAK SEMPAT nak tengok cucu ‘kesayangannya’ ini menyarungkan jubah konvo.. dan tok tak sempat nak DATANG ke ITM – lawat tempat aku belajar.. dan aku TAK SEMPAT nak tunjuk kat Tok kotak tepon yang aku selalu tepon tok setiap kali sebelum masuk EXAM.. AKU TAK SEMPAT!!!..

AKU RALAT SGT apabila MAK, KAKAK, AMIR dan EPY tak dapat turut serta di majlis CONVO aku.. hanya Ayah sahaja.. (ditemani yang lain2 tu..), aku tahu ayah bangga… cumanya aku nak mak dan ayah di dalam dewan itu.. (dan aku tahu mak sedih sgt sbb tak dapt pergi.. aku pun sedih..)


ABANG?..

KENAPA ABANG TAK ADA DI HARI CONVO?.. jawapannya.. sebab..
ABANG TAK GRAD ON TIME.. dia ‘tersangkut’ paper Evidence. Dia dapat C- (lecturer kata boleh buat rayuan utk naik gred jadi C, sebab dh final Sem.. tapi dia MALAS… HAMPES tul… dah kena extend paper… satu jer tuh.. buang karan jer.. DAH TAK DAPAT GRAD SESAMA.. sedih tul...)


Tapi hari ini aku tahu kenapa…. kenapa mak tak ada dalam Dewan Sri Budiman itu pada hari itu – hari aku convo IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG....


Kerana.. ke’tiadaan’ mak itulah yang buat aku TEKAD utk sambung MASTER!!!..
Aku nak sambung Master dalam apa jua bidang supaya mak dapat tengok AKU CONVO!!..

Dan sekarang aku di tahun akhir MASTER HRD dan aku BERDOA semoga segalanya berjalan lancar dan MAK, AYAH, ABANG, KAKAK, AMIR, EPY, ANAK2, MERTUA, IPAR DUAI dan sedara-mara dapat turut sama di majlis CONVO aku itu nanti… (kaklong.. kita beratur naik pentas sesame yer.. AMIN..)

DAN SATU LAGI IMPIAN TERBARU AKU IALAH.. AKU NAK SEMUA KAWAN2 BLOG AKU DATANG SAMA.. (BOLEH TAK?..)

HARI CONVO DEGREE aku.. aku rasa tak segirang teman yang lain.. sbb otak aku teringat mak.. hati aku terkenang abang (chess.. abang cuma datang sehari sebelum convo utk bagi bunga kat aku..)


Cerita lain..

AKU JELES KAT CONVO ABANG… convo abang next graduation day tu lagi meriah..

Masa convo abang nih, aku dah dapat kerja tetap (oleh kerana aku TEKAD takmau jadi lawyer, maka aku cari kerja tetap) dan ALHAMDULILAH.. aku dapat kerja kat I*U.. dan gaji aku pun ALHAMDULILLAH.. sangat2 ‘memadai’ bagi aku yang lari topic nih… (degree lain tapi apply jawatan lain nih..) dan aku rasa gaji aku masa ni ‘lebih’ dari kawan2 aku yang jadi lawyer.. junior lawyer mana ada org bayar gaji tinggi2 kan.... lainler dah jadi senior or partner, mmgler sampai skrg aku tak leh lawan kan.. hihihi

Oleh kerana, aku dah kerja tetap MAKANYA.. hari convo abang tuh.. aku sponsor 2 bilik di Hotel Shah Alam utk family abang + sedara mara abang yang datang dari JOHOR tuh.. (aku tahu masa ni abang bangga giler ler nak bagitau family + sedara mara dia yang aku sponsor bilik hotel.. hek eleh.. poyo ler tuh..)
(p/s : amir, hang jangan bagitau mak tau.. hihihi)

SERONOK abang.. aku JEALOUS kat abang masa tuh…JELES SGT.. walaupun dia tak grad on time tapi, semua org yang ‘dia sayang’ ada bersama-sama dia..

SUNGGUH AKU CEMBURU PADA ABANG…


(masa ni ayah abang punyerlah dok suh aku bergambar ngan abang.. kengkonon suker ler kat bakal menantu, pasai sekampung.. kahkahkah... ayah abang kan org kedah.. mak abang orang muar dan diorang menetap di muar.. harap2 ayah masih sayang kat aku sampai sekarang….hihihi… aku tahu ayah sayang kat aku…aku kan menantu pompuan sulung.. kahkahkah… aku memerahsantan…)
(eh…. Ni dh citer pasai abang.. lari tajuk nih..)

Makanya.. berlalulah convo DEGREE IN LAW aku dengan ‘seribu sesal’ di hati aku (aku tahu tak baik aku rasa macam itu.. tapi itulah perasaan aku yang aku tak dapat tipu sesiapa pun…)

Aku sambung MASTER utk MAK dan aku NAK sambung PHD utk BOSS aku sekarang… (ceritanya?… nanti2 lah.. bila tiba hari dan waktu yang sesuai…)



TAMMAT Kisah Tiny & LLBnyer…
ALHAMDULILLAH..
HAHAHHAAHHHA..
(syoknyer…. rasa cam baru habis buat assignment plak…hihihi)


Fuyooooo…. Kalau nanti2 anak2 @ sesapa aku nak tahu cerita aku di ITM.. aku suh jer diorang masuk blog aku nih.. senang citer… hahahahha…. Leh ler aku suh anak2 baca bila diorang besar esok.. (atau andainya aku ‘pergi’ dulu…)

Utk kengkawan yang megikuti cerita ini, terima kasih.. setinggi2 terima kasih kepada si ratu hati kerana ‘request’ cerita ini.. time kasih jugak pada semua2 yang sudi menjadi ‘pengikut setia’ siri ‘Kisah Kaktiny + LLB’.. dah pun tamat sirinya..

Tetiba dan separa sedar.. aku ada E-NOVEL rupanya… hahahhaha… time kasih sekali lagi kengkawan... kalian yang menguatkan semangat kaktiny utk MENULIS... (dan kaklong.. terima kasih mengenalkan aku pada 'alam blog' ini.. )


LOVE YOU ALL...

SEKIAN… WASSALAM…

Tuesday

KISAH CONVO UiTM 1 : Sebelum Convo

Setiap semester kan aku bagitau yang aku buat nota RONA-RONI, yang KEMAS supaya MUDAH FAHAM.... SEBENARNYA.... tujuan aku buat nota CANTIK-CANTIK tuh BUKAN UTK AKU BACA SGT PUN (bukan semata2 utk aku baca for exam.. sbb aku lebih suka buat group dicussion compare tu baca nota.. lagi mudah faham..)

TUJUAN AKU BUAT NOTA2 TU ADALAH UTK JUNIOR2 AKU!!!!

Masa part 06, aku sebilik dgn junior aku, M.. hari TERAKHIR penyerahan kunci bilik.. aku suruh M panggil semua BEKAS2 ex-rommate aku (yang Junior Law)

AKU WAKAFKAN SATU KOTAK BESAR KHAZANAH PENGAJIAN UNDANG-UNDANG AKU!!!!

Segala BUKU-BUKU, NOTA-NOTA TANGAN, NOTA-NOTA LECTURER, LATIHAN-LATIHAN, AKTA2 ORIGINAL dan segalanya yang berkaitan LAW dari Semester 01 sehingga Semester 06 aku serahkan pada diorang.. SEMUANYA… satu pun aku TAK BAWAK BALIK..

AKU PESAN kat M.. (sem tu M part 5), supaya bagi buku2 aku mengikut part kepada junior2 yang memerlukan.. kalau mereka nak ambil ker, nak photostate ker, terpulang mereka.. aku harap NOTA2 aku akan membantu mereka ‘mengenali’ dan ‘memahami’ apa yang EXAM MAHU!!!

KENAPA AKU BUAT CAMTUH?

KERANA AKU TAK NAK JUNIOR2 AKU RASA KEPERITAN DAN KEBUNTUAN SEPERTI MASA AKU MULA2 MASUK ITM DULU…
(yang hampir ‘terjun dari tingkat 6.. menangis setiap malam, fail paper tort 1.. NO.. aku tak mau mereka rasa macam tuh..)

Diorang tanya : Tak sayang ke buku2 dan Akta2 tuh.. kan mahal harganya..
Aku kata : Aku lebih sayangkan junior2 aku.. cukuplah ilmu yang aku dapat sepanjang aku di UiTM.. di luar UiTM nanti aku kutip ilmu lain pulak.. aku berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan adik2 junior aku.. aku taknak sesiapa pun RASA pengalaman PERIT yang aku rasa.. AKU DOAKAN KEMUDAHAN DAN KESELESAAN BELAJAR DAN MEMAHAMI PELAJARAN utk semua junior2 aku...


Maka.... aku tinggalkan semua khazanah aku kepada JUNIOR aku…. aku nak mereka ada GUIDELINE…

Dan Lagi.. AKU DAH TAK DER HATI NAK JADI LAWYER!!!...

Di UITM, untuk melayakkan diri menjadi pengamal undang-undang, perlulah menduduki kelas LLB (Hons) selama 1 tahun (2 semester). Tempat Hons 1 dan Hons 2 adalah terhad (sebab dalam kelas Hons ada pembahagian kawasan – ala2 Firm lah..), jadi tak boleh menempatkan ramai pelajar..

So, time semester aku tuh, ramai sgt plak bebudak yang LAYAK utk straight masuk HONS (berdasarkan CGPA) – ini gara2 bebudak PPP tak leh ‘fly’ punya kes lah nih..

Jadi, utk bertindak adil, makanya satu ‘PEPERIKSAAN KHAS’ akan diadakan utk memilih 50 yang layak sahaja.. (beratus permohonan dan termasuklah budak dari overseas yang kena completekan CPE mereka..)

(katanya Fakulti Undang-Undang terpaksa buat macam tu sbb taknak ‘kecewakan’ budak2 PPP yang telah dijanjikan tempat di UiTM dan pada masa yang sama taknak budak pure ITM ni kecik hati.. itu RUMORS yang aku dengar…)

Masa nak amik exam tuh,, aku berbelah bagi.. nak amik atau tidak.. SBB AKU DH KURANG “EAGER” nak jadi lawyer...

Balik umah, aku termenung gak.. nak ke taknak jadi lawyer?.. aku teringat betapa ‘kalutnya’ aku masa present “MOOT Paper” Part 04 dulu…

Aku ingat balik macammana pointer aku DROP teruk masa Part 05 dulu.. dan aku teringat cerita Datin Vohrah masa aku Part 03 dulu…

Semua ni buat aku TAKDAK HATI nak jadi lawyer!!!...


Kenapa aku jadi macam ni?..
FAKTOR UTAMANYA SEBAB AKU “BERCINTA” !!!
Aku terfikir, kalau aku kahwin esok... :

1- Bolehkah aku bahagi masa di antara kerjaya dengan rumahtangga?
2- Kalau aku jadi lawyer, sure ‘berterabur’ rumah kalau aku kena handle kes.. (macammana berteraburnya bilik aku masa Part 04 dulu..)
3- Kalau ada kes besar, mesti aku takkan hirau makan minum laki aku.. (masa Part 04, mooting, aku tak hirau sekeliling gara2 nak menang kes aku..)
4- Kalau aku ada anak2, mesti diorang tension tak dapat jumpa aku atau aku asyik sibuk jer.... (macam masa aku Part 05, asyik sgt berahsia bercinta, sampai pointer DROP..)
5- Aku ni MULUT JER LASER.. tapi dalam hati PENAKUT nak mampus.. bolehker jadi LAWYER?..



Seribu satu persoalan timbul dalam benak aku.
Memamg hati aku KUAT utk kata TAK NAK sambung HONS..

Finally, aku tanya ayah satu soalan pemutus seri..

Soalan aku pada ayah:

Aku : Ayah nak tiny kahwin ker atau kejar karier?
Ayah : Isy.. mestilah ayah nak tiny kahwin.. kalau pompuan tak kawin nanti apa orang cakap.
Aku : Habis tu, kalau tiny tak jadi lawyer buleh?
Ayah : ikut tiny.. ayah tak kisah. Tapi ayah tak mau la sampai anak ayah tak kahwin.

THAT’S IT!!!...

Aku dah dapat jawapan.. AKU TAK MAU JADI LAWYER!!!.. dan aku tak perlu amik exam HONS.. (good bye LLB HONS)..

DAN MEMANG SEBAB UTAMA AKU TAK MAU JADI LAWYER ADALAH SEBAB AKU NAK KAHWIN!!!..

ITU LAH JAWAPAN KEPADA PERSOALAN UMUM.. KENAPA AKU TAK JADI LAWYER… (so, abang!.. you owe me one ok… blueak blueak blueak…)

Aku kenal diri aku dan aku tahu perangai aku.. oleh itu.. untuk kerukunan rumahtangga aku... baik aku JANGAN JADI LAWYER… (dalam tak jadi lawyer pun abang asyik ‘kena’ dengan aku.. kalau jadi lawyer.. for sure aku plak ‘kena’ dengan abang.. KENA TINGGAL… waa waa waa waaa.... NAUZUBILLAH!!!)

Jadinya… kalau orang tanya kenapa aku TAK JADI LAWYER!!!.. itulah sebab dan musabab yang SEBENAR.. (TAPI dlm interview kerja, aku ‘kelentong’ ler benda lain.. takkan nak bagitau yang betul kot… hihihihi- Boss.. sorry…)


Cerita Lain.

Masa ni aku kerja temporary kat Legal Firm.. oklah.. duit gaji aku byk habis kat bayar bil tepon.. kah kah kah.. maunyer tak.. utara-selatan.. kih kih kih..

Satu kes yang menguatkan naluri aku utk TAK NAK jadi lawyer adalah apabila En.A bagitau aku dia nak pi SITA umah orang (Court Order), aku yang buat kes tu sejak awal masuk.. rasa nak nangis sangat.. aku bayangkan ‘mampu tak aku nak pi sita’ umah orang.. sedih oiiii… tgk org merayu dan menangis… (hati aku tak kuat lah..)

So.. satu lagi yang MEMASTIKAN bahawa aku TAK MAU jadi LAWYER.. dunia yang BAGI AKU.. MEMBOSANKAN.. tengok dan jumpa org yang sama.. saban hari dan saban waktu.. isyyyhh… BOSAN HIDUP.. (pendapat aku jer ok… pasai aku tak jadi lawyer.. kalau aku jadi lawyer.. aku katalah dunia law ni BEST… hihihii)
Namun, aku TABIK SPRING kepada pengamal-pengamal undang-undang semua.. aku tahu bukan senang nak 'mengekalkan' kedudukan sebagai PENGAMAL UNDANG-UNDANG!!! (kalau aku jadi lawyer, aku pun di antara yang cease from the bar kot - taknak practice.. tak tahan lah..)


Cerita lain lagi..

Masa cuti sem ni, ada satu peristiwa yang buat AKU KETAR LUTUT..

Masa cuti semester, kebetulan RAYA AIDILFITRI.. tahun tu, abang balik kampung ayah dia kat Pantai Merdeka, Kedah.. oleh kerana abang balik kedah, so, abang nak jumpa aku.. (DAH KECOH SEBELAH FAMILY ABANG…).

Aku ni yang masih ada SAKI-BAKI TAKUT (+MALU) kat ayah, mak dan adik2.. TAK BERANI nak ajak abang beraya kat umah.. (Tapi, aku ada bagitau mak.. yang aku nak jumpa kawan!) Itupun, sekadar jumpa kat JETI B’worth dan abang hantar aku balik umah tapi kat ‘tepi kedai’ jer.. (tak bagi abang lalu depan umah.. takut orang nampak…)

Balik dari kuar ngan abang tu.. petang tu, aku tido kat bilik belakang, pastu aku terjaga.. dan aku terdengar amir tanya kat mak..

“Mak, atiny ada boyfriend ker?”.. masa dia tanya mak soalan ni, aku rasa kebas kematu kaki aku.. tak leh nak bangun.. (nak terkucil pun ku tahan Jebat..), aku tak berani bangun dan keluar bilik... aku TAKUT kena BOOO siot.. korang tak tahu betapa amir dan abang ngah (sepupu aku) akan gelak golek2 kalau tahu ada LELAKI boleh 'dekat' dan 'lekat' dgn aku.. bak kata amir.. aku ni CENGEI (garang ta’ hengat...)... naiya ler sapa jadi Boyfriend aku... Chesss!!!!

Walaupun diorang ala2 mcam tahu tapi aku still buat DEEEKKKK jer..

Hari Ini : Event semalam dan Tugasan Hari Ini

Event semalam.. alhamdulillah.. simple and damn fast.. LEGA aku..

Terkezut BERUK UNGKA aku bila Boss masuk opis TETIBA:

Boss : Tiny, could you please be on standby. The other side might have a little 'tiny' (kecik sgt ler konon..) problem about the emcee.
Aku : Sure Sir, no problem. But I need to know the salutation of our guess of Honour.
Boss : Pencil please.
(Amboi.. senangnyer aku jawab.. pasai pa aku jawab cam tuh?.. sebab aku tak tahan tengok muka 'GABRA' Boss... so, aku jawab jer lah ok... 'BE CONFIDENT'.. tapi dalam hati "YA RABBI... dah main drum copacabana madagascar la is la bonita dah... - kalau boss bagitau minggu lepas, sure aku amik MC hari nih.. hahahhaha)

Tapi, dalam hati aku masih berdoa agar aku mmg sekadar 'standy' jer..

Dah sampai kat hotel tuh.. bila dah masuk dewan.. and 'the other side' dah sampai.. muka masing2 dah macam puyuh kena kejar dek ayam dah.. sama muka cam Boss aku pagi tadi.. tapi aku tengok Boss aku muka Confidence giler and smile always on his face.. (konon tak dak problem lah tuh..) - tapi paling aku tak tahan.. cara Boss kenakan 'the other side' pasal emcee tuh.. KESIAN diorang.. aku rasa PA TL hampir menitik air mata.. aku kat belakang dok menahan gelak tengok diorang di'GABRA' kan Boss aku..

Hampir 10 minit gak ler 'berdondang dendang' pasal 'emcee' nih.. last2 Boss aku kata..

"Why don't you ask the little girl over there, might be she can solve your problem."
(little girl?.. wah wah wah.. aku tahu ler aku dah saiz lebih dari anak 5 kan.. sekali pandang pun dah tahu baju aku XXXL... ayat BODEK ler tuh.. nampak sangat ler Boss... kah kah kah.. Boss Boss..).

Dan 'they owed me one'.. hahahha.. aku nak suruh belanja makan kat Restoran Berputar - Menara KL.. kah kah kah... (srue semuapun insaf nak minta tolong aku.. kah kah kah..)
Dan aku terpaksa rela jadi BIDAN TERJUN!!!..

Majlis tu mmg masuk berita kul 8mlm semalam... dah mmg diorang interview Boss aku... dan mmg nampak 'sekilas ikan di air je' muka aku (skit bebeno pun.. abang pun gelak.. abang kata, nampak baju jer.. muka tak nampak.. CHESSSS!!!!... hahahhahah).
Tapi bukan siaran TV 'popular' pun.. siaran tv lain daaaa.... hahahhaha... (akak and kaklady - penat jer tunggu, tak nampak pun berita event dan Boss tiny kan.. hihihi)

Tapi, bab yang paling aku seronok adalah dapat 'bekerjasama' dengan anak-anak 'SP'.. Ya Rasul... yang pompuannya BEAUTY WITH BRAIN, yang lelakinya SMART WITH IQ.. sungguh2 aku kagumi mereka-mereka ini.. alangkah hebatnya ciptaan Allah menjadikan manusia2 sehebat mereka... and I FEEL THAT I'M soo tiny... as tiny as my name... huhuhuhu...

STOP CERITA SEMALAM...
TUGASAN HARI INI...


AKU NAK RONDA2 LAWAT BLOG KENGKAWAN..

BOSS DAH BAGITAU DIA TAK MASUK OPIS....

YEEEEEEEEEEHHHHHHHHAAAAAAAAAAAAAAAA.. an-greee an-greee yee baaa yee baaa...

oh yer.. sambil tuh, aku kena completekan assignment statistik dan prepare tajuk presentation... hari sabtu dan ahad ada kelas lah plak.. chess.. hancus program aku...

Monday

Hari Ini : BUSY LORRR...

Hari ni kemuncak 'kebizian'.... hari ni kena attend EVENT yang di'kalut'kan sepanjang minggu lepas.. kekalau masuk berita, ituler dia eventnya.. APA EVENT NYER dan yang mana Boss aku?.. NO WAY.. hahahhaha...

Boss dah on the way.. dan aku pun dah nak pi.. rindunyer nak lawat blog kengkawan dan tinggal jejak komentar macam minggu-minggu sebelum nih..

takpa2.. start esok.. AKU RELAX KEMBALI... hihihihi... dan aku akan BALAS DENDAM.. dengan RONDA-RONDA LAWAT BLOG.. silap2 aku masuk blog kengkawan 4-5 kali sehari.. hahahahhaha... (syok ooo baca komen atas komen.. hihihihi.. aku kan mmg suka bab2 baca ni.. JANGAN BAB MENGIRA.... 100x1.20 pun aku tekan culculator... hahahhaha...)

Friday

Kisah UiTM 7 : PART 6 LLB

pada yang ikut siri kisah aku nih.. TIMA KASIH BEBANYAK.. aku seronok sangat bila dapat share kenangan aku bersama korang semua.. I LOVE YOU ALL... ni episod penghabisan di ITM tapi bukan episod terakhir lagi.. ada lagi... (cheh!!.. cam buat drama tv plak.. poyo aku nih.. hihihi)

Aku pulun habis SEM nih.. sementelaah lagi result ku yang JATUH MERUNDUM sem lepas.. aku pasang niat.. aku MESTI BANGUN semula....

Naik Sem 6, aku TEKAD….. AKU NAK CLASH NGAN ABANG…

SEM NI GAK ADA ADENGAN CERITA HINDUSTAN.... ACARA KEJAR-MENGEJAR ANTARA ABANG NGAN AKU.. (kah kah kah.. poodah tul...)



Subject dan Lecturernyer

1) Commercial Law II – ngadap Companies Act, 1965.. tak minat sgt.. tapi masa ni aku tahu sesuatu iaitu – separate entity – maknanya kalau bukak syarikat Sdn Bhd / Berhad – pengarah dan syarikat adalah 2 entiti yang berbeza dan pengarah boleh sue or to be sued by the company and vice versa. (oooo.. baru aku tahu…masa tu ler… sekarang ni, semua tu hujung jari aku jer.. hihihi)

2) Evidence II – aku minat tapi tough and killer subject tuh..

3) Jurisprudence II – masih bukan pemikir aku nih.. hihihi

4) Family Law II – masih Datin Vohrah dan mmg aku minat giler… dan mmg semua kes dan fact of the case dlm tangan aku sbb aku sgt2 meberi tumpuan pada ‘kisah kekeluargaan’ yang berlaku.. sedih ada, geram ada, sakit hati pun ada.. (aku terbayang nak jadi peguam mahkamah syariah jer masa nih.. hihihi)

5) Company Sec. Practice – sbb tak minat maka aku tak ingat..

Kesimpulan utk subject semester ni.. mmg memenatkan otak..


Cerita Fakulti:

Sem ni aku banyak study ngan abang (ooo.. satu perkara aku kagum ngan abang.. NOTA dia.. abang jenis yang suka buat nota gak rupenyer.. walaupun tak RONA-RONI cam aku punyer nota.. tapi.. COOL.. aku senang paham.. kengkadang aku cilok jer nota dia.. dan buat balik jadi nota aku yang BERONA-RONI tuh… hihihi)


Citer Kolej:

Alhamdulillah.. sehingga Sem terakhir – Part 06 aku masih dapat kolej.. (bukan senang oo... nak kekalkan rekod dapat kolej sampai Part 06... syukur betul...) so, takyah pening kepala nak menyewa rumah sewa dll.. (makan tido ditanggung.. jimat skit.. ikan jaket pun ikan jaket lah..)

Sem ni level aku conduct minggu persembahan.. aku ngan E ditugaskan buat skrip utk slot pementasan kolej D2... E yang buat banyak skrip tu (gara2 aku byk ‘berdating’ ngan abang), aku cuma tambah dan edit skit2 jer. Tapi BAB BELI BARANG untuk buat prop, dok masuk kuar kolej 80 kali tu, aku le yang uruskan – SBB AKU ADA “SUPIR” yang “ON CALL”… kah kah kah… so, barang2 utk prop, aku ler yang beli (dan aku tak claim pun – sbb terasa bersalah coz ‘ngular’ byk sgt..)

Dan pada malam persembahan (persembahan malam kemerdekaan) di Padang Kawat Delima, aku jadi “music conductor” untuk persembahan tuh.. dan sehingga kini lagu “AKULAH PENYAMBUNG WARISAN” nyanyian Allayarham Sudirman ‘terkesan dijiwaku”.. WAAAA WAAA WAAA!!!.. (time kasi E dan adik2 kerana ‘persembahan kita’ BERJAYA!! CREDIT utk ko.. ‘E’)

Satu lagi cerita lucu, walaupun sem ni aku jadi Ketua Level (LAGI!!), tapi aku dan E BYK MENGELAT terutamanya MASA GOTONG-ROYONG CUCI TOILET.... HAHAHHA.. Ini semua E punyer idea... aku dah senarai baieeekkk duty roster bilik mana utk cuci apa.. tak sampai waktu cuci tu.. AKU NGAN E SEMBUNYI DALAM BILIK!!!... alasan E, kami kan dah Part 06, so, kalau kena denda pun bukan ‘terkesan’, sbb dendanya TAK DAPAT KOLEJ sem depan.. kami kan PART 06.. so, kami tak perlukan kolej Sem depan.. kah kah kah..(E mmg ‘cerdik’ bab2 nih.. mmg selayaknya dia bergelar PEGUAM… hihihi)

Dan pernah jugak.. (sbb malas nak turun), masa orang warning FOGGING.. aku dan E berkampung dlm bilik E dan kami tutup lubang pintu dengan selimut dan kami duduk diam2.. sampai time bilik E kena fogging.. mcm nak muntah hujau aku menahan asap.. kami bukak tingkap.. bebudak yang berkumpul kat bawah dok gelakkan kami – diorang jerit : “TOLONG!!.. ada 2 mangsa kebakaran terperangkap” sambil tunjuk bilik E.... siot tul..

Dan ada sekali (masa Sem lepas sebenarnya..), time birthday aku.. E berpakat ngan bebudak bilik aku semua suh turun bawah.. kami lepak bilik achik (HN).. dalam dok cit cat baieeekkkk punyer.. E kuar bilik… tak lama pastuh… aku dengar E jerit suh aku kuar dari bilik achik.. sedang aku elok berjalan lenggang mak limah.. SRUSSHHHH…. AKU KENA SIMBAH NGAN AIR!!!... PASTUH BERKUMANDANG LAGU HAPPY BIRTHDAY… (OIT… TEPAT TENGAH MALAM 31.12….) SEJUKKKK GILER OIIII… E amik air water cooler tuh.. sebaldi aku kena air sejuk tgh2 malam… GILOS!!!.. Gamat gak ler dalam 5 minit.. dan oleh kerana aku berada di tingkat bawah.. makanya aku nampak ler berkerumun bebudak dok menjenguk.. sampai ke tingkat 6 (yang rata2nya mmg geng2 aku!!!)… tima kasih semua... (masih kurasai kesejukannya... grrrrr....) DAN AKU SAYANG E…


Cerita Lain :

KES AKU TEKAD NAK CLASH NGAN ABANG!!!...

Aku SMS abang (masa ni semua org pakat dok gila beli handphone second hand.. maklumler baru “MAMPU”… masa ni aku pakai handphone Philip.. kakak aku bagi sbb dia dpt free sbb apply credit card.. dan abang pun pakai handphone – Motorola tebal yang kalau baling kat anjing boleh patah kaki tuh.. kahkahkah…), aku bagitau abang yang aku nak CLASH dgn dia.. aku taknak KAWAN dah.. pastu dia keep on call and sms aku.. AKU TAK JAWAB.. dia bagi pesanan kat E pun AKU TAK LAYAN.. dan aku BENAR2 TEKAD.

Masa kelas Commercial Law II (bertempat di DK1), abang AMIK KESEMPATAN utk jumpa aku.. TAPI AKU CARI TEMPAT YANG JAUH DARI DIA.. bebudak lelaki kan suka duduk belakang dan kuar ikut pintu belakang.. aku plak DUDUK DEPAN sekali (dan pastinya peluang utk sembang dan menoleh amat tipis sbb depan mata lecturer).. abang try utk ‘tarik perhatian’ aku.. TAPI AKU HARAM TAK PANDANG DIA- AKU BUAT BOLAYAN jer..

Time Class habis.. aku cepat2 keluar pintu depan dengan harapan dpt jalan selaju mungkin utk balik kolej.. MASA NI ABANG KEJAR AKU.. (KAH KAH KAH..) dan kat LUAR KEBETULAN HUJAN YANG LEBAT SGT… (masa kat dalam Dewan Kuliah, tak perasan yang kat luar hujan.. Chess..) dan langkah aku TERMATI tetiba.. dan “STUCK”.. aku tak tau nak buat apa.. (MASAK KICAP AKU!!!).. dah KENA TAHAN ngan abang.. CHESSSSS!!!!!....

Oleh kerana hujan lebat sangat , dan aku dah tak dapat lari ke mana2… abang datang kat aku.. tahan aku (masa ni dah ada kat area class bebudak account… kat pintu depan tuh.. hihihi) dan TANYA AKU KENAPA AKU LARIKAN DIRI DARI DIA.. (masa ni aku rasa cam budak kecik kena marah ngan ayah dia sebab main hujan plak.. kecik jer aku rasa kat depan abang yang KURUS KERING tuh… hihihi)

Masa abang tahan aku tu.. ada BEBUDAK CLASS yang jalan saing ngan aku JELING KAT AKU.. AKU NAMPAK ler… macam aku tak tahu.. (mesti ada yang menyampah gila kat aku masa tuh kan kan kan... hihihi)

LEPAS ABANG TAHAN DAN TANYA AKU KENAPA AKU LARIKAN DIRI DARI DIA.. AKU CAKAP LER.. AKU NAK CLASH!!!...

Abang berkeras TAK SETUJU..

dan AKU PUN.. TAK MELAWAN (MMG AKU MANGKUK TINGKAT, MANGKUK TOILET, MANGKUK HAYUN, MANGKUK JAMBAN.. segala mangkuk ler…) BOLEH AKU DIAM.. dan kata abang.. DIAM TANDA SETUJU.. SETUJU UTK TAK CLASH... sekali lagi pernyataan MANGKUK2 dalam kurungan di atas LAYAK utk AKU!!!... (galak + gatai ‘merelah’ jugak aku rupanya.. hish hish hish.. kalaulah ayah tahu.. jadi sambal tumis petai aku..)


Cerita Lain lagi..

Sebenarnya masa hujung Sem 5 lagi dah rahsia aku ngan abang TERBONGKAR...
Bermula bila kami KANTOI ngan Z/S dan A (yang juga couple class kami) kat Sunway Piramid..(aku pi makan kat Mc. D tu..) chess.. esoknya kecoh BEB!! Bebudak jantan Sek. 9 mengecohkannya… Geram aku..

Cerita kami lebih dikuatkan dan terus menjadi CONFIRM pada umum oleh satu peristiwa lain.. Peristiwa ni jadi masa aku sedang baik jer tengah buat group discussion kat library utk exam, tetiba Abang N (komando) datang kat meja aku (bebudak lain pun dah start berkerumun meja aku masa tuh..).. pastu dia kuarkan sehelai kertas.. aku ni mati2 lah ingat dia nak ajar kami macam selalu...

Dia lukis pelan ala2 latihan komando.. katanya ada 2 mangsa.. dan ada 4 check point iaitu : Delima 2, Seksyen 11, Stesyen Komuter Shah Alam (masa dia sebut ni, aku terasa cuak lain macam dah..), dan Sunway Piramid!. GULP!!!.. masa habis dia tulis perkataan SUNWAY PIRAMID tu kat check point No. 4, AKU RASA CAM NAK LARI DARI SITU – sbb aku DAH TAHU DAH.... SURE AKU KENA PUNYER!!!.. tapi aku tak leh pegi mana2 sbb aku duduk kat kerusi sedangkan kawan2 lain berdiri sekeliling meja..

Lepas daripada tu semua mata TERTUMPU kat batang idung aku (yang takdak batang nih....) TENSION SIOT!!!.. aku dah tak leh mengelak dah.. HAMPESS tul.. (aku lupa dlm kelas aku ada komando dan askar2 yang aktif.. mana boleh aku nak sembunyikan apa2 daripada mereka nih.. ) – tapi hubungan aku ngan abang SANGAT-SANGAT mendapat RESTU daripada abang2 askar / pelajar matang nih.. especially abang H dan Abang S.. sampai sekarang kalau jumpa mesti diorang pesan kat abang suh abang jaga aku baik2.. hihihi…. (sayang kat abang2 ‘askar’ tu semua..)

Pssstttt…. Ada satu kisah yang aku takleh nak lupa.. dan abang akan CUBIT aku kalau aku keep on cerita.. (abang.. ampun yer.. leen nak citer gak.. kahkahkah..)

Lepas daripada peristiwa kejar-mengejar tuh.. aku rapat balik ngan abang.. dah takder kuar dating kat TANJUNG GILA dah.. dah berani makan kat PKNS, Seksyen 11, Seksyen 24, (seksyen 2 tak pegi ngan abang.. crowded sgt..hihih)..

Masa awal2 sem, aku byk lari daripada abang.. kononnya sebab nak clash.. so.. abang kerap gak ler bagi aku lagu2 (ala2 tuju lagu ler tuh.. poodddaaaahhh...) – di antara lagu yang dia bagi kat aku masa tuh.. (time nak memujuk ler ni..):
- I need to know (Marc Anthony)
- Keroncong Untuk Ana (M.Nasir)
- Suatu Masa (M.Nasir)

Jadinya.. ada pada suatu hujung bulan di Sem 6 nih.. (masa ni aku ngan abang dah b’couple semula ler..), di RADIO kebetulannya sangat tengah ‘TERKELUAR’ LAGU KERONCONG UNTUK ANA (M.NASIR) – masa ni abang CALL aku.. aku yang tengah “hanyut layan blues tahap tenuk lali” ni, PERASAN yang abang call aku sbb nak bagitau LAGU AKU berkumandang di RADIO… TAPI RUPA-RUPANYA… KAH KAH KAH KAH KAH..

(aku gelak golek2 bila ingat balik.. dan abang akan cubit dan geletek aku sampai rasa nak patah pinggang aku kalau aku cerita BAB nih.. TAK TAHAN SIOT!!!)..

(aku masih tengah gelak golek-golek.. sorry boss.. I can’t control myself..)

Rupa kisahnya abang TEPON MASA TU SEBAB dia NAK PINJAM RM90 utk bayar duit sewa umah.. ADOILAR… aku nak pengsan dengar.. bukan sebab dia nak pinjam duit, tapi sbb mengenangkan AKU YANG PERASAN JIWANG BLUES KARAT.. (aku ingat sgt masa tu aku panjat meja study sbb line tak clear sgt, so, kepala aku dah melekat kat cermin tingkap – punyer nak dapatkan coverage sambil muka senyum-senyum kambing gurun dapat tengok cahaya matahari…. Bila abang sampaikan hajatnya menelepn aku tuh… chesss…. rupanya “tipah-terperasan bang..” kah kah kah…) terus aku turun dari meja dan duduk atas katil sambil jawab… “hmm.. iyelah.. datang kul 5.. Bye”.. penat jer aku jadi ala2 Sarimah dengar P.Ramlee main sexsofon dlm Ibu Mertuaku tuh.. kuang kuang kuang.. adeh lah sakit perutku..

TAPI SEKARANG SETIAP KALI AKU BUKAK CERITA TU.. ABANG AKAN CAKAP.. “TU RUMAH YANG ABANG BELI TU HARGANYA RM xxx,990-00, kan abang dah letak atas nama leen!!!.. so ABANG BAYAR LEBIH dari RM90 yang abang pinjam dari leen dulu tuh tau..!!” OK.. explanation accepted.. THANK YOU….. tapi aku masih lagi nak cerita dan masih lagi nak gelak gak.. KAH KAH KAH..


NOTA : SEM NI AKU CLEAR PAPER JUGAK… ALHAMDULILLAH… ada peningkatan dalam CGPA aku.... DAN FOR SURE AKU GRAD ON TIME!!!!... AKU LEGA SANGAT… SYUKUR.. TERIMA KASIH SEMUA YANG MEMBANTU!!!..

Hari Ini : AKU YANG BIZIZ..

TAKE A BREAK!!!!!!!.... penat ler otak!!!....

Minggu ni menyaksikan aku yang biziz seh.. (aku tahu ramai yang dok gelakkan aku kan dan dok padankan muka aku pasai aku byk kerja... chesss..)

aku ingat slot Samarinda aku leh ler habis minggu nih.. chesss... nampaknya bersambung gak minggu depan.. dah masuk Ogos dah yer..

SALAM BULAN KEMERDEKAAN UTK SEMUA...

aku nak blogwalk pun tak sempat.. penat ooo... (cheh.. org lain tiap2 hari penat.. aku baru dua tiga hari ni jer byk kerja skit dh ngadu penat.. tak malu tul..)

tapi betullah.. penat otak nak mengarang 'speech' dan press statement.. kena sediakan dalam dwi-bahasa plak tuh.. Event hari isnin nih.. aduhai... kan best kalau mock up cheque yang kat depan meja aku nih adalah untuk aku.. amountnyer.. leh beli umah sebijik oooo.... (event apa?.. NO WAY.. nanti hangpa tau sapa Boss aku dan bagitau boss aku yang aku suka masuk blog bila dia takdak...) kah kah kah.. hihihihi...

hadoihlarrr.. (tak baik betul mengeluh.. teruk sungguh aku nih.. )

sepanjang bulan 8 pun aku akan busy giler dgn event2 yang berkaitan Hari Pahlawan dan Hari Kemerdekaan nih.. (apa kerja aku sebenarnyer yek?.. aku pun konpius!!! kuang kuang kuang...) alo alo alo.. camner nak ronda2 lawat blog nih?.. mesti byk giler cerita kengkawan yang aku kena 'ulangkaji' balik... waaaa waaa waaaa...

Petang ni lepas solat jumaat and selepas BOSS CABUT.. aku nak karang episod Part 6 yang TERGENDALA SEBENTAR tuh..

minggu ni hari ahad aku ada kelas tambahan statistik.. dari jam 9 pagi sampai jam 9 malam.. (rasa2 aku akan muntah hijau tak?.. maunyer biru muka aku time petang tu.. tak sempat malam.. aku TIDO kang... hahahaha...)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.