Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, August 05, 2008

KISAH CONVO UiTM 1 : Sebelum Convo

Setiap semester kan aku bagitau yang aku buat nota RONA-RONI, yang KEMAS supaya MUDAH FAHAM.... SEBENARNYA.... tujuan aku buat nota CANTIK-CANTIK tuh BUKAN UTK AKU BACA SGT PUN (bukan semata2 utk aku baca for exam.. sbb aku lebih suka buat group dicussion compare tu baca nota.. lagi mudah faham..)

TUJUAN AKU BUAT NOTA2 TU ADALAH UTK JUNIOR2 AKU!!!!

Masa part 06, aku sebilik dgn junior aku, M.. hari TERAKHIR penyerahan kunci bilik.. aku suruh M panggil semua BEKAS2 ex-rommate aku (yang Junior Law)

AKU WAKAFKAN SATU KOTAK BESAR KHAZANAH PENGAJIAN UNDANG-UNDANG AKU!!!!

Segala BUKU-BUKU, NOTA-NOTA TANGAN, NOTA-NOTA LECTURER, LATIHAN-LATIHAN, AKTA2 ORIGINAL dan segalanya yang berkaitan LAW dari Semester 01 sehingga Semester 06 aku serahkan pada diorang.. SEMUANYA… satu pun aku TAK BAWAK BALIK..

AKU PESAN kat M.. (sem tu M part 5), supaya bagi buku2 aku mengikut part kepada junior2 yang memerlukan.. kalau mereka nak ambil ker, nak photostate ker, terpulang mereka.. aku harap NOTA2 aku akan membantu mereka ‘mengenali’ dan ‘memahami’ apa yang EXAM MAHU!!!

KENAPA AKU BUAT CAMTUH?

KERANA AKU TAK NAK JUNIOR2 AKU RASA KEPERITAN DAN KEBUNTUAN SEPERTI MASA AKU MULA2 MASUK ITM DULU…
(yang hampir ‘terjun dari tingkat 6.. menangis setiap malam, fail paper tort 1.. NO.. aku tak mau mereka rasa macam tuh..)

Diorang tanya : Tak sayang ke buku2 dan Akta2 tuh.. kan mahal harganya..
Aku kata : Aku lebih sayangkan junior2 aku.. cukuplah ilmu yang aku dapat sepanjang aku di UiTM.. di luar UiTM nanti aku kutip ilmu lain pulak.. aku berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan adik2 junior aku.. aku taknak sesiapa pun RASA pengalaman PERIT yang aku rasa.. AKU DOAKAN KEMUDAHAN DAN KESELESAAN BELAJAR DAN MEMAHAMI PELAJARAN utk semua junior2 aku...


Maka.... aku tinggalkan semua khazanah aku kepada JUNIOR aku…. aku nak mereka ada GUIDELINE…

Dan Lagi.. AKU DAH TAK DER HATI NAK JADI LAWYER!!!...

Di UITM, untuk melayakkan diri menjadi pengamal undang-undang, perlulah menduduki kelas LLB (Hons) selama 1 tahun (2 semester). Tempat Hons 1 dan Hons 2 adalah terhad (sebab dalam kelas Hons ada pembahagian kawasan – ala2 Firm lah..), jadi tak boleh menempatkan ramai pelajar..

So, time semester aku tuh, ramai sgt plak bebudak yang LAYAK utk straight masuk HONS (berdasarkan CGPA) – ini gara2 bebudak PPP tak leh ‘fly’ punya kes lah nih..

Jadi, utk bertindak adil, makanya satu ‘PEPERIKSAAN KHAS’ akan diadakan utk memilih 50 yang layak sahaja.. (beratus permohonan dan termasuklah budak dari overseas yang kena completekan CPE mereka..)

(katanya Fakulti Undang-Undang terpaksa buat macam tu sbb taknak ‘kecewakan’ budak2 PPP yang telah dijanjikan tempat di UiTM dan pada masa yang sama taknak budak pure ITM ni kecik hati.. itu RUMORS yang aku dengar…)

Masa nak amik exam tuh,, aku berbelah bagi.. nak amik atau tidak.. SBB AKU DH KURANG “EAGER” nak jadi lawyer...

Balik umah, aku termenung gak.. nak ke taknak jadi lawyer?.. aku teringat betapa ‘kalutnya’ aku masa present “MOOT Paper” Part 04 dulu…

Aku ingat balik macammana pointer aku DROP teruk masa Part 05 dulu.. dan aku teringat cerita Datin Vohrah masa aku Part 03 dulu…

Semua ni buat aku TAKDAK HATI nak jadi lawyer!!!...


Kenapa aku jadi macam ni?..
FAKTOR UTAMANYA SEBAB AKU “BERCINTA” !!!
Aku terfikir, kalau aku kahwin esok... :

1- Bolehkah aku bahagi masa di antara kerjaya dengan rumahtangga?
2- Kalau aku jadi lawyer, sure ‘berterabur’ rumah kalau aku kena handle kes.. (macammana berteraburnya bilik aku masa Part 04 dulu..)
3- Kalau ada kes besar, mesti aku takkan hirau makan minum laki aku.. (masa Part 04, mooting, aku tak hirau sekeliling gara2 nak menang kes aku..)
4- Kalau aku ada anak2, mesti diorang tension tak dapat jumpa aku atau aku asyik sibuk jer.... (macam masa aku Part 05, asyik sgt berahsia bercinta, sampai pointer DROP..)
5- Aku ni MULUT JER LASER.. tapi dalam hati PENAKUT nak mampus.. bolehker jadi LAWYER?..



Seribu satu persoalan timbul dalam benak aku.
Memamg hati aku KUAT utk kata TAK NAK sambung HONS..

Finally, aku tanya ayah satu soalan pemutus seri..

Soalan aku pada ayah:

Aku : Ayah nak tiny kahwin ker atau kejar karier?
Ayah : Isy.. mestilah ayah nak tiny kahwin.. kalau pompuan tak kawin nanti apa orang cakap.
Aku : Habis tu, kalau tiny tak jadi lawyer buleh?
Ayah : ikut tiny.. ayah tak kisah. Tapi ayah tak mau la sampai anak ayah tak kahwin.

THAT’S IT!!!...

Aku dah dapat jawapan.. AKU TAK MAU JADI LAWYER!!!.. dan aku tak perlu amik exam HONS.. (good bye LLB HONS)..

DAN MEMANG SEBAB UTAMA AKU TAK MAU JADI LAWYER ADALAH SEBAB AKU NAK KAHWIN!!!..

ITU LAH JAWAPAN KEPADA PERSOALAN UMUM.. KENAPA AKU TAK JADI LAWYER… (so, abang!.. you owe me one ok… blueak blueak blueak…)

Aku kenal diri aku dan aku tahu perangai aku.. oleh itu.. untuk kerukunan rumahtangga aku... baik aku JANGAN JADI LAWYER… (dalam tak jadi lawyer pun abang asyik ‘kena’ dengan aku.. kalau jadi lawyer.. for sure aku plak ‘kena’ dengan abang.. KENA TINGGAL… waa waa waa waaa.... NAUZUBILLAH!!!)

Jadinya… kalau orang tanya kenapa aku TAK JADI LAWYER!!!.. itulah sebab dan musabab yang SEBENAR.. (TAPI dlm interview kerja, aku ‘kelentong’ ler benda lain.. takkan nak bagitau yang betul kot… hihihihi- Boss.. sorry…)


Cerita Lain.

Masa ni aku kerja temporary kat Legal Firm.. oklah.. duit gaji aku byk habis kat bayar bil tepon.. kah kah kah.. maunyer tak.. utara-selatan.. kih kih kih..

Satu kes yang menguatkan naluri aku utk TAK NAK jadi lawyer adalah apabila En.A bagitau aku dia nak pi SITA umah orang (Court Order), aku yang buat kes tu sejak awal masuk.. rasa nak nangis sangat.. aku bayangkan ‘mampu tak aku nak pi sita’ umah orang.. sedih oiiii… tgk org merayu dan menangis… (hati aku tak kuat lah..)

So.. satu lagi yang MEMASTIKAN bahawa aku TAK MAU jadi LAWYER.. dunia yang BAGI AKU.. MEMBOSANKAN.. tengok dan jumpa org yang sama.. saban hari dan saban waktu.. isyyyhh… BOSAN HIDUP.. (pendapat aku jer ok… pasai aku tak jadi lawyer.. kalau aku jadi lawyer.. aku katalah dunia law ni BEST… hihihii)
Namun, aku TABIK SPRING kepada pengamal-pengamal undang-undang semua.. aku tahu bukan senang nak 'mengekalkan' kedudukan sebagai PENGAMAL UNDANG-UNDANG!!! (kalau aku jadi lawyer, aku pun di antara yang cease from the bar kot - taknak practice.. tak tahan lah..)


Cerita lain lagi..

Masa cuti sem ni, ada satu peristiwa yang buat AKU KETAR LUTUT..

Masa cuti semester, kebetulan RAYA AIDILFITRI.. tahun tu, abang balik kampung ayah dia kat Pantai Merdeka, Kedah.. oleh kerana abang balik kedah, so, abang nak jumpa aku.. (DAH KECOH SEBELAH FAMILY ABANG…).

Aku ni yang masih ada SAKI-BAKI TAKUT (+MALU) kat ayah, mak dan adik2.. TAK BERANI nak ajak abang beraya kat umah.. (Tapi, aku ada bagitau mak.. yang aku nak jumpa kawan!) Itupun, sekadar jumpa kat JETI B’worth dan abang hantar aku balik umah tapi kat ‘tepi kedai’ jer.. (tak bagi abang lalu depan umah.. takut orang nampak…)

Balik dari kuar ngan abang tu.. petang tu, aku tido kat bilik belakang, pastu aku terjaga.. dan aku terdengar amir tanya kat mak..

“Mak, atiny ada boyfriend ker?”.. masa dia tanya mak soalan ni, aku rasa kebas kematu kaki aku.. tak leh nak bangun.. (nak terkucil pun ku tahan Jebat..), aku tak berani bangun dan keluar bilik... aku TAKUT kena BOOO siot.. korang tak tahu betapa amir dan abang ngah (sepupu aku) akan gelak golek2 kalau tahu ada LELAKI boleh 'dekat' dan 'lekat' dgn aku.. bak kata amir.. aku ni CENGEI (garang ta’ hengat...)... naiya ler sapa jadi Boyfriend aku... Chesss!!!!

Walaupun diorang ala2 mcam tahu tapi aku still buat DEEEKKKK jer..

40 comments:

fusarium solani said...

Itulah yang sepatutnya Kak Tiny, jadilah diri kita sendiri. Berdiri dalam kasut sendiri, bukan kasut orang. Ada yang tersurat khas untuk kita. Maka bersyukurlah.

Aliff pun asalnya belajar lain perkara di USM, bila kerja lain bidang.

Mula dari kosong. Redah seberani mungkin.

Mana gambar kahwin?

chinta said...

cerita akak nie dah habes ke?..blom lagik kan...convo belum lagi...

oh mcm tuh ke nak jadik practice lawyer, baru tau..ada 2 kawan sy jadik lawyer, tapi tak pernah tanya pon mcm mana nature kerja derang..mungkin bz kot mcm akak ckp..

mmg bila kita dah berumahtangga, kareer jadi tmpt kedua...pertama skali ialah family...dulu ada la beberapa thn keje di kilang, balik lambat, high pay, tapi quit tak sanggup..no life...so tukar bidang...skrg sy happy ngan life sy..alhamdulillah...

Anonymous said...

lbh baik buat kptsn awal cmni drpd menyesal kemudian hari. kalau still nk paksa diri ts dlm bidang tu tp ati x tenang, tensen, baik tak yah..bravo, bravu, hahaha...bytheway, tq cz sudi lawat tongkang yg terdampar dilautan maya, hehehe...insyaAllah sy akn link blog akak ke blog saya..blh kankankan...

iina said...

tiny.. setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.. berkorban untuk sesuatu yang baik lebih bermakna dari berkorban untuk sesuatu yang kita tidak pasti.. apa pun.. still respek.. walaupun tak jadi lawyer.. tapi ko tetap lawyer buruk dimataku hehehe ;)

bozzobattousai said...

syabas kaktiny krn berai jadi diri sendiri. tapi nape xnak jadi lawyer? bleh jumpa saya kat court. nanti saya menangkan kes2 kaktiny smua. wakakakakaka.......

tuan umah said...

""(katanya Fakulti Undang-Undang terpaksa buat macam tu sbb taknak ‘kecewakan’ budak2 PPP yang telah dijanjikan tempat di UiTM dan pada masa yang sama taknak budak pure ITM ni kecik hati.. itu RUMORS yang aku dengar…)""

ni luahan hati budak ppp ni..hehe..same problem pada busnis fakulti jugak.kena hadkn kemasukan budak busines nk ambik degree sb nk balance dgn ppp..kasihani la kami kak tiny..merempat di bumi utim!!hehe..

bila mix togather dgn uitm,jadi kena pulau dek lecturer dan bebudak uitm yg lain..huaaaa....

**memang sah kak tiny ni sama zaman study dgn kita..sb zaman kitalah berlakunya pemindahan kuasa tuh**

13may said...

hehhe hehhe.....bestnya baca :)

Anonymous said...

Kak Tiny,

Baru saya tau kenapa kak tiny campakkan cita-cita nak sambung 'honest' tue ke dalam tasik s.alam..gtu ghupenya...kalo saya cukupla sekali ms hons..xkan kuulangi lagi kenangan itu hehehe.....:p

en_me said...

garang memang tak hengat.. kannns

Kaktiny said...

Aliff > betul tu aliff… sebenarnya kita lebih tahu KEKURANGAN diri kita daripada KELEBIHAN diri kan… aturan Allah itu cantik sebenarnya.. cuma kita kekadang tak tahu kenapa dan mengapa kita ditakdirkan sedemikian..

Gambar kawin?.. datangler umah..


Chinta > hihihi… lom abis lagi ler chinta.. ada satu lagi episod last.. hahahhaha
Betullah chinta.. bila dah kawin nih.. rasanya tak leh nak bagi 100% commitment pada kerja.. hati, jiwa dan raga asik teringat umah jer.. kan kan kan..
Walaupun kawan2 kaktiny ramai yang kaya-raya dan hebat dgn status dan pangkat sebagai PEGUAM.. tapi kaktiny bahagia di dunia kecil kaktiny nih.. hati senang, jiwa pun tenang..


tongkangbocor > salam.. betul tu.. pasal tu kaktiny tarik diri awal2 lagi... taknak berada dlm DILEMA bila DAH KAWIN + jadi LAWYER... ngeri ooo... biarlah tak hebat, tak glamer dan tak jadi jutawan.. tapi hati senang dan bahagia..
time kasih jugak coz sudi dtg ke teratak serabai kaktiny nih.. (kena minta permission ker nak link blog?..hihihihi...kaktiny bedal link jer… hahahhaha)


iina > aku akan sentiasa jadi loyar buruk utk ko anytime if you need my ‘2 cents advice’.. FOC.. (tapi jgn lupa.. aku KOYAR BURUK… hahahahhah)


bozzo > kalau semua kes kaktiny jumpa bozo.. ok ler.. kalau jumpa karpal singh atau datuk Muhammad Syafiee?.. tak giler ketar lutut kaktiny weh…


cikpuankesum > ct.. kaktiny rasa mesti kita pernah selisih bahu kan.. kita sezaman ler time tuh.. entahnya penah solat kat surau ‘kecik’ fakulti tu sama2 (nak plak time exam.. padat ooo surau tuh.. hehehhehe)
tul ler.. kesian budak PPP.. (sori yek budak PPP.. hihihi)


13may > benda yang bestnyer… entah iyerlah tu ko baca sgt 13may oiii.. hahahahah


Ikmal > itulah puncanya ikmal oiii.. sebab apa kaktiny BUANG HONS tu ke dlm TASIK SHAH ALAM… byk gak cerita-ceriti member2 pasal dunia HONS nih (couple clash.. jumpa org lain, kawan makan kawan, kena tikam belakang, ketidakjujuran.. aduh.. byk yang perit dari yang manis…)
Ikmal pun “serik” dgn dunia “HONEST” tuh?.. faham faham faham (walaupun tak masuk HONS… hihihi)

en_me > ooo.. part garang tu ko jelas sangat yer en_me yer..

kamar hati said...

wahhhhh....berjaya gak ye...tak jadi lawyer pun takpe kak tiny...yg penting kak tiny happy ngan keje & life skrg ni... (",)

wahhhh....takkan hantaq dekat ngan umah je...alang2 hantaq, hantaq la sampai dlm umah....hihiihihi....

gambar kawin mana???? nak tgk jg.... (",)

Abang Long said...

"nak terkucil pun ku tahan Jebat.."

Hahahahahahaha .... jom main karum.

Mesti ada yang jentik buah tak masuk lubang.

Setuju dengan Fusarium. Mana gambar KAH-WIN ?

Kaktiny said...

kamar > Alhamdulillah.. kalau kaktiny jadi lawyer.. sure kaktiny tak tahu wujudnya dunia blog nih.. dan takkan buat blog nih.. bila takder blog, tak dpt jumpa kawan2 blog.. tak dpt jumpa kamar... kan kan kan.. hehehe

nk tgk gambar kawin?.. mai ler umah.. nk tgk 18 kali pun buleh.. hihihi...

Kaktiny said...

abanglong > main carom?.. saya tak main ler jentik2.. saya amik semua buah carom tuh.. masukkan terus dlm 'umah' dia.. kah kah kah...

nak tengok gambar kawin gak?.. mai ler umah.. senang citer.. nak belek kelebek lama2 pun takper.. takder hal punyer... hihihihi...

kamar hati said...

hihihih....100 markah tuk kak tiny...betul sgt2...klau tak sure kamar pun tak kenal kak tinykan....hihihihi....tak leh nak gadoh2 ngan kak tiny kan....hihiihih....

nanti tak terlayan kak tiny, klau kamar p nanti kot...hihihihi...

Kaktiny said...

kamar > nak tahu layan ker tak terlayan ker.. datang ler dulu umah kaktiny yer..

kamar hati said...

hihihih...silap la kak tiny, bukan tak terlayan nanti kot...rasanya kamar terus diam seribu bahasa kot nanti....hihihiih....

okais, ada rezeki, nanti sampai la....insyaALLAH... (",)

Ungku Nor said...

"dunia yang BAGI AKU.. MEMBOSANKAN.. tengok dan jumpa org yang sama.. saban hari dan saban waktu.. isyyyhh… BOSAN HIDUP.. "

meh sini jumpa akak hari-hari lak.
nak tengok awak buleh mati kebuhsanan ke tidak..ekekeke

MARIA said...

kaktiny...mana bab kaktiny kena 'proposed', pastu ceremony pinang meminang..nak tau gak.

NJ@Goboklama said...

hanya diri kita yg mampu memilih jln hidup kita sendiri ;)

nadahahs said...

alhamdulillah.

Sastri said...

kaktiny, baiknya hati... wat nota untuk junior... untung la junior kak tiny... :D

Sri Diah said...

Huwaaa... Tiny dah masuk cerita bab kahwin - emel la gambar kah win tu kat akak ;-)

Akak said...

Salam Tiny...

Tak jadi lawyer pun takpe asalkan Tiny happy dengan kerjaya Tiny sekarang, ramai jugak yg akak jumpa masa belajaq ambil course lain tapi bila kerja bidang yg lain dan masih mampu berjaya dalam karier..

me3n said...

baik betol akak neh bg free jek. klu ku mesti da ehem, markup sket. ehehe. lagi2 buku rujukan yg student wajib beli. jual second hand kat depa ehehe.

Anonymous said...

Salam kaktiny

Masa sekolah rendah... arwah ayah kata su boleh jadi loyer... buruk.

Bila sekolah menengah... suka cakap dpn org ramai dan ada angan2 nk jd loyer. pastu berlaku bbrapa peristiwa yg buat su kurang bercakap lagi. Dan su hilang keyakinan... ilang angan-angan...

Lalu, jadilah su spt hari ini. seseorg yg bersuara hanya bila perlu je... (ye ke?) kekeke...

Bestnya kaktiny boleh tanya ayah pasal jodoh. Su tak sempat... :(

amirhisham said...

aku x dak kena-mengena dalam ini cerita (dialog directo ahmad nisfu)........ Waaaaaaaaaaa.

atiny ada percent x jadi sub actor?....hehehe

Masy said...

:) sy mmg x pilih mane2 skang memandangkan hal kawen tu sayup2 kelihatan *mcm x nmpk je* heheh

Yana Ismail said...

huhu.happiness matters kan kak?huhu buatla apa yg akan minat, mesti akak akan happy:)huhu

alahai. kawin2..huhu

Kaktiny said...

Ungkunor > kalau dengan akak.. kerja dari 6pagi sampai 12malam pun tiny sanggup akak oii.. CONFIRM keras kejung mulut, perut dan pankreas sbb banyak sembang dan banyak gelak.. kehkehkeh..


Tokma > amvoi hai tokma.. tu dah lari dari slot samarinda punyer plot tuh.. hihihihi.. (kena buat siri lain ler bab tuh.. hihihihi – alah.. bab2 tu takyah tulis kat sini.. nanti tokma mai lepak umah tiny, kita sembang panjang ler…hihihi)


Goboklama > setujuuuuu…


Shahadan > alhamdulillah kaktiny tak jadi lawyer.. hahahhaha


Sastri > kaktiny dah rasa ‘susahnya’ study law ni sas.. taknak adik2 junior rasa susah cam kaktiny.. (dikecualikan ler mereka2 yang terror-merror tu kan.. ) – hopefully diorang betul2 ler memanfaatkannya sas.. hihihi


Sri Diah > mana ada kak.. ni pasai nak jadi lawyer ke tak ler.. hihihihi… akak nak tengok ker gambar kawin tiny?.. hihihi.. mai ler umah tiny…


Akak > memang skrg ni tiny happy sangat akak.. kalau jadi lawyer, rasanya tiny tak merasa nak sambung MASTER kot akak.. sibuk giler.. dan yang pastinya tiny sure tak buat blog… hahahhaha… dan mmg tiny bahagia ada blog dan kawan2 blog dan kenal semua termasuk akak (bila ler nak kenal reality lak yer?..hihihi)


Ad3ck > bertuah ko ad3ck… alah.. sedekah jariah.. tak rugi pun kan..


Suara > salam su.. kekadang diam lebih baik dari bercakap su... dan ada hikmahnya kenapa su alami peristiwa2 tu kan.. semoga su sentiasa bahagia yer..


Amirhisham > POODDAAAHH.. byk hang punyer percent.. hang ngan abang ngan ‘hutang’ kutuk kaktiny kaw kaw depan abg R, kaktiny tak buat surat saman malu ngan defamation tu pun dah cukup baik ok.. kah kah kah… (ooo… relax hang la ni noo.. kat tempat kerja baru.. bila hang nak START isi perabot kat umah BLANK hang tuh?..)


Masy > jgn ckp camtuh.. jodoh ketentuan Tuhan.. dah tertulis di luh mahfuz.. sampai masanya nanti.. akan bertemu juga.. no worries k..

yana > habis belajar nanti baru pikir pasal kawin.. (sambil cekak pinggang cakap kat yana..) kah kah kah...

Anonymous said...

camat petang akak..dah lunch ker.waaa..untungnyer dak-dak junior nih..siap dpt ole2 nota kaki lagik dr kak tiny...junior2 akak now dah jd pengamal lowyer ker??

Kaktiny said...

ahmoi > tak lunch hari ni.. gi jenjalan lawat blog.. lepas gian.. kahkahkahkah.. ada yang jadi dan ada yang tak jadi dan ada gak yang tak habis belajar lagi..
yang pasti.. yang jadi lawyer kat UMAH tu mmg pasti.. RAMAI DAH JADI.. hihihihi

Intan said...

OoOOoo gitu citernya... (sambil anguk2 kepala). So skrg jadi laywer kat umah je la. Akak pun kdg2 jadi judge tgk anak2 lawan sesama depa... Hihi..

Best jadi junior Tiny, mesti jasa Tiny dikenang sampai bila2. Silap2 sampai skrg pun diaorg dok fotostat lagi kot..

adie said...

aku pun taknak jadik lawyer jugak (walaupun aku seorang yg loyar buruk..hehe..) sebab aku tak suke baca dokumen² aka yg tebal²,nak kena bawak kehulu kehilir lagi.pahtu bertekak ngan orang yg kita sendiri pun tak tahu mana satu yg betul.

Kaktiny said...

intanrosnitta > ituler kisahnyer akak oii... tiny mmg sentiasa jadi lawyer kat umah kak.. dan abang jadi judge.. 'pertelingkahan di antara tiny dan anak'.. hahahah.. (ngan anak pun nak cari pasal.. kahkahkah..)

mr.penyubiru > bab bertekak ngan org tu yang aku tak tahan tuh.. kalau semua 'orang' tu macam laki aku yang dok bagi chance kat aku utk menang takper gak.. kalau kena 'orang' tu macam aku.. yang asyik nak MENANG jer.. MAMPUIIIHHH...

Neeza Shahril said...

kawan akak akhirnya decide nak jadi lecturer aje sebab jadi lawyer susah..
kena buat benda yang tak betul kadang2... contohnya.. bela orang yang bersalah..

Kaktiny said...

neeza shahril > betul tu kak.. itu yang tiny dengar cerita daripada Datin Vohrah masa part 03.. pasai tu dia pun decide nak jadi lecturer..

tiny pun ingat pasnih nak end up bidang yang sama ler.. (jadi lecturer lagi best.. leh bebel kat bebudak.. pastu diorang main angguk jer.. hahahahh)

amirhisham said...

Tulah pasai pa amir x mau jadi pilot, kalu x mana ada masa mcm nie nak dok depan pc baca blog atiny kan........hehehehe

Asyik nak terebang jer. Chewah, mcm la pernah apply.... kuikuikui

Tu la kan, Tuhan dah atur tu semuanya ada hikmah dia (Alamak jadi ustaz la plak)...hehehe

Letting the time pass me by said...

Saya pun tak nak jadi lawyer... confius pulak apabila lawyer menjadi peguambela kepada orang yang membuat kesalahan....dan confuse, siapa sebenarnya yang benar-benar bersalah...

Kaktiny said...

amirhisham > setuju setuju.. pasai tu kaktiny tak jadi lawyer dan hang tak jadi pilot.. last2 dua2 jadi ntah apa2 bidang.. belajaq lain kerja lain..
(sian kat mak ngan ayah kan.. tak dapat nak glamerkan diri anak jadi lawyer ngan pilot.. kehkehkeh...)

Betul ustaz amir (yang janggut ciput..) Allah Lebih Mengetahui..dan pasai tu gak mak ayah tak dapat menantu Doktor tuh kan.. kihkihkih... dapat ler service manager perodua tuh.. kui kui kui..

(psstt.. mak cakap kat atiny smlm dah bukak 'pencalonan' utk hang nampaknyer.. kahkahkah...)


letting the pass time > jadi apa pun yang penting kita bahagia ngan hidup kita.. kan.. (biar kat akhirat jer kita tahu kebenarannya.. kat dunia ni susah nak PERCAYA!!)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.