Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, December 28, 2009

CUTI...

Semalam baru balik dari kampung Utara nuunn... pagi ni cuti sebab nak gi amik baju ang beg sekolah si nureen tuh.. (dh nak masuk sekolah dahh... hehehe..)

Cerita di kampung.. huish... BANYAAAAKKKK sgt... nantilah cerita... penat lagi nih.. suara pon dh serak itik serati......

... TAKZIAH kepada keluarga mangsa nahas jalan raya yang melibatkan Bas Sani Ekspress - perjalanan ke Utara pada tengahmalam jumaat/pagi sabtu lepas... membabitkan 10 nyawa terkorban...

(mmg diakui pemandu tu mengaku bersalah.. tapi... adakah dia hantar sirih junjung minta pada Allah agar ditakdirkan sedemikian??... tak siapa mahu tragedi berlaku... tapi, siapa kita utk mengelak dan menghalang andai Allah dh menyatakan 'KUN FA YA KUN'??... segalanya bersebab untuk menjadi akibat)...


...ajal maut ketentuan Ilahi... cara, bila dan bagaimana.. hanya Dia yang mengetahui...

....daripada Allah kita datang... kepada Allah kita kembali...

...tapi.. jadikan ini pengajaran kepada kita semua.... BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...

(pssttt.... semalam sepanjang perjalanan balik KL pon aku jadi fobia bila abang ngan adik bergilir bawak kereta... nak pulak bila lalu dekat KM 271 tuuhhh... terasa 'kengerian' dan 'kesedihan' nya...)

.. MOOD CUTI masih berbaki...


7 comments:

Mr PenyuBiru said...

aku pun masih coti lagi sampai tahun baru.yeah! hehe

anjang said...

aku sempat juga tengok bas tu di ipd ipoh, memang ngeri dan menyayat hati

Masy said...

tu lah kan kak.. Allah mentakdirkan mata dia ngantuk n terlelap 10 saat. bila dia ngaku maksudnya hati dia ikhlas n tahu salah dia. bukan la dia org jahat. klu org jahat, terus dia lari je..

alfatihah utk mangsa dan takziah utk keluarga mangsa..~

Shifu67 said...

kat situ tiap2 tahun mesti ada kemalangan yg heavy2...

GDIZ said...

sonok time cuti ni..g keje lancar je.
next week masak la sesak dlm jam

KAKTINY said...

Mr PenyuBiru > wah.. cuti sampai tahun depan.. Selamat Tahun Baru eh..

anjang > sempat tengok eh.. sian kan.. ngeri dan sedih laa…

Masy > betul dik.. dia ngaku tu tandanya dia insaf dan nyesal.. bukan dia nak jadi camni…dan dia mmg baik pon.. rekod pun clean jer.. dugaan Allah tuh.. pasti ada hikmahnya nanti... tapi tetap sedih la...

Shifu67 > betul.. ada je kemalangan kat situ.. apa jugak reason dan musabab.. pasti ada kemalangan!!.. setuju ngan shifu... pasti ada yg ’tak kena’ ngan tempat tuh..

GDIZ > betul ns… mmg best gilers jalam.. sampai 20 mnt dari pintu rumah siap parking dan sampai depan pintu ofis….
Minggu depan.. masak kicap ler kitaaaaa….

Mak Su said...

hati maksu tak mampu nak baca berita tu :(

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.