Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, December 17, 2009

SELAMAT TAHUN BARU ISLAM - 1431 (kita tutup buku lama, kita buka buku baru.. 0-0 k..

SELAMAT TAHUN BARU 1431 KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA..

Nota: untuk kenalan, rakan-rakan, teman-taman, sahabat-handai serta saudaraku sekalian..
Sempena menyambut awal Muharam, aku mohon ampun dan maaf sesungguhnya daripada kalian jika ada salah silap dosa yang masih bersisa, berdendam serta berhasad di hati kalian di atas setiap perilakuku, setiap gerak lakuku, setiap nada kataku dan setiap detik nafasku..

Aku juga mohon agar dihalalkan makan, minum, perbuatan, segala rasa dan cerita, dulu, hari ini juga yg akan datang.... hilangkan marah dan dendam, sakit hati dan benci..
Aku redha dengan setiap layanan kalian sebagaimana aku juga mohon keredhaan kalian di atas setiap perilakuku..
Semoga kita tidak bertemu di mahkamah akhirat untuk mempertikaikan pertelingkahan dunia.. aku mohon, jangan ungkitnya di hadapan Allah kelak..
Semoga di akhirat nanti kita tenang dan senang menyelusuri jambatan ke syurga Allah..
Amiiinnnnn....


p/s for my muslim’s friend:- jangan lupa hari ni (17/12/2009), baca doa penutup tahun selepas asar (sebelum maghrib) dan doa awal tahun selepas solat maghrib..



KISAH BENAR…

(Sumber: pinjam sebijik penulisan daripada umah YB (Yunus Badawi)... petikan akhbar mingguan - Ahad lepas ).

Ianya sebuah kisah benar yg terjadi kpd seorg wanita bernama Natrah.

14 tahun yg lepas dia menuntut di UiTM di Johor.
Dia berasal dari keluarga yg berada dan memiliki kereta utk ke fakulti.
Lagaknya seperti pelajar pandai kerana penampilannya walhal dia pelajar yg lemah.
Dia tinggal di rumah sewa bersama 7 org rakan.
Tetapi Ina dan Aida selalu menjauhkan diri dari Natrah.
Lagak mereka berdua spt pelajar biasa pergi kuliah tetapi pulang rumah pukul 10 malam.

Apabila ditanya mereka menjawab ke rumah kawan utk membuat tugasan kuliah.
Akhirnya, Natrah bersama rakan rumah sewanya yg lain mengintip mereka berdua.
Rupa2nya mereka membuat kerja sambilan di kedai dobi.
Natrah sebagai ketua dan kawan2 yg lain telah bersubahat utk mengenakan mereka berdua.
Natrah telah merakam pergerakan mereka dan kemudian menyebarkan cerita kpd kawan2 yg lain di fakulti bahawa Ina dan Aida terpaksa bekerja di kedai dobi utk menyara kehidupan mereka.
Kedua2 mereka sgt malu dgn kenyataan yg lengkap dgn bukti gambar.
Kesannya, kawan2 yg lain memulaukan mereka kerana takut diejek pekerja dobi.

Selepas tamat pengajian, dgn pengaruh dan kuasa yg ada pada ayah dan ibu Natrah, dia mendapat kerja dan berkahwin dgn seorg jutawan.
Tetapi badai melanda kehidupannya.
Dia dikurniakan empat org anak tetapi mereka cacat tangan dan bisu.
Anak2nya selalu mengadu kawan2 di sekolah selalu mengejek mereka.
Keluarga Natrah, suami, mertua serta kawan2 mula menjauhkan diri. Akibatnya Natrah sgt tertekan.

Natrah mengambil keputusan menunaikan umrah.
Di sana Allah telah tunjukkan kpd dia suatu ketentuan.
Seorg lelaki peniaga tamar telah menyapanya supaya berkongsi masalah dgnnya.
Setelah menjelaskan masalahnya (Natrah), peniaga terbabit bertanya kpdnya,
"Adakah suatu ketika dulu anak telah menggunakan tangan serta mulut utk menjatuhkan atau menganiaya org lain? Jika benar pakcik rasa inilah balasan Allah atas perbuatan anak dulu. Sebab itulah anak dikurniakan anak2 yg cacat. Tetapi anak masih ada peluang utk bertaubat. Pergilah memohon maaf pada sesiapa saja yg anak telah aniaya atau jatuhkan maruahnya. Sama ada kawan2 anak melakukan kesilapan atau tidak, anak tidak sepatutnya bercerita keaiban org pada masyarakat atau org lain. Selagi masyarakat atau kawan2 anak tidak memaafkan, selagi itulah Allah tidak menerima amalan anak," kata peniaga itu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Dalam hidup ini, kita mungkin dgn sengaja atau tidak pernah secara sendiri atau bersubahat bersekongkol menjatuhkan maruah org lain atau menganiaya org.
Sekiranya tiada apa yang berlaku ke atas diri kita atau keluarga, mungkin kerana Allah masih memberi kita peluang dan tidak menimpakan ujian seperti yg dihadapi oleh Natrah.
Tapi ini tidak bermakna kita tidak akan dibalas dgn balasan yg setimpal di Akhirat nanti.
Tetapi, andai kita diuji seperti Natrah, mungkin Allah membalasnya di dunia agar kita sedar dan insaf dan kembalinya kita ke akhirat esok dengan tenang dan aman.. InsyaAllah..

Ya Allah ampunilah aku di atas segala keterlanjuran aku.
Kasihanlah dan berkatilah mereka yg telah aku aniaya walaupun secara tak sengaja.

*******************************************************************************************
Bersamalah kita ingat-mengingati, tegur-menegur dan saling maaf-memaafkan.. pastinya kita hendak sentiasa bersih dan tenang untuk mengadap Allah kelak... jadinya, sempena PENUTUP BUKU TAHUN INI DAN PEMBUKAAN BUKU BARU TAHUN DEPAN, MOHON AMPUN DAN MAAF ATAS SEGALANYA... 0-0 k...

salam sayang dan kasih mesra daripada 'kaktiny'...

11 comments:

@xiM said...

insaf baca cerita ni..

tutup buku lama,kita buka lembaran bar..salam maal hijrah untuk kak tiny sekeluarga..:)

Mak Su said...

salam maal hijrah :)

ckLah @xiiinam said...

Salam Ma'al Hijrah....

Masy said...

org ade baca kisah natrah ni. hopefully kawan2 dia baca n maafkan. tu laaa dulu2 takmo beringat.. opss..

iina said...

Tiny

Salam Maal Hijrah.. ya kita buka buku baru.. tutup buka lama ;)

anjang said...

buku lama tutup tapi buku hutang jangan tutup bayar dulu, ada lagi ke azaman ini buku hutang 0-0

kak anie said...

Salam Maal Hijrah Tiny...okay...dah 0-0 ye...hehehhe

Nek Cun said...

Salam Tiny, selamat belated "Maal Hijrah"... semoga Allah akan terus merahmati dan memberkati hidup kita semua!...

musangman said...

cerita yang penuh dengan pengajaran. Tapi dalam drama mungkin berlaku, dalam realiti susah berlaku sebab skrip tu streotype le. Kah3

KAMATO said...

cerita natrah ni baik untuk dijadikan pedoman, terima kasih, salam maal hijrah jua

Kaktiny said...

@xiM > kaktiny pooonnn… huhuhu…
Kita berhijrah kpd yg lebih baik ye..

Mak Su > sama utk maksu jugaks..

xiiinam > same goes to you my dearie cklah..

Masy > betui betui.. hihihi

iina > yesszzzaaa… buku lama masuk dlm lemari.. hahahha

anjang > hutang tetap ON.. hahaha.. (bilalah nak tutup buku hutang nih.. huhuhu)

kak anie > ye ye.. 0-0.. hihihi

Nek Cun > semoga kita semua bahagiaaa.. hihihi

musangman > tak kisahla.. janji ada yg betul2 insaf dan berani masukkan dalam paper.. dh kira bagus ler tuh..

KAMATO > mmg pengajaran betul..kan kan kan.. salam maal hijrah..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.