Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Tuesday, December 08, 2009

Wahai ISTERI.. wahai SUAMI...

Ada member hantar kat aku entri nih..

Kaki suami, syurga isteri

Okeh.. bila baca.. memang menarik.. bagi kaum isteri utk TAAT dan PATUH serta TAK BANTAH perintah suami… (yg mmg dh termaktub dlm Quran dan hadis..).. AGREED..

Antara tanda rumahtangga yg bahagia adalah rumahtangga yg suami bersenang lenang dan ’lepaking’ di rumah... AGREED..

Dan… kewajipan utk ‘melayan suami’.. TIADA KOMPROMI.. AGREED JUGAK.…

Tak buleh marah suami kalau dia kawin lain.. sebab kita kena taat..
Tak buleh benci suami kalau dia curang... sebab kita kena taat..
Tak buleh dendam pada suami kalau dia buat salah.. sebab kita kena taat..
Tak buleh tinggi suara, tak buleh kecil hati, tak buleh bising-bising... sebab kena taat..


Dan jika isteri yg main kayu tiga atau yang curang di belakang suami, maka CERAIKAN sahaja isteri tersebut... sebabnya... SAPA NAK SIMPAN ISTERI CURANG DAN NUSYUZ???... DAYUS la kann..!!... (itu kata kaum lelaki la kan kan kan....!!!!!)

Syurga di bawah tapak kaki suami.. AGREED..

Itu kesimpulan yg kita dapat ye wahai kaum isteri.. betapa mudahnya nak masuk syurga.. HANYA TAAT PADA SUAMI.. (lagi hati menderita.. lagi tinggi darjat kita.. JANJI TAAT!!... gitu kekdahnyer... kehkehkeh)

Takpe kalau suami curang... takpe kalau suami kawin lain... takpe kalau suami buat perangai... TETAP KENA TAAT.. sbb syurga di bawah tapak kaki suami...
(dan takpelah kaum isteri... kalau suami awak terlibat dalam semua tu.. TANDANYA DIA TAKNAK MASUK SYURGA.. awak masuk jer sorang-sorang.... buleh gitu??..)

Tapi aku nk cakap gak kat suami2 yg ”buat perangai” tuh.. (abang!!!.. better baca, before terlintas atau terdetik nak buat perangai!!.. kehkehkeh....)

Betul syurga di bawah tapak kaki korang.. tapi korang janganla berlagak sangat… janganla asyik nak guna ’kuasa veto’ sepanjang masa.. kalau betullah kalian sayang sangat kat isteri korang.. JANGANLA BUAT PERANGAI… JANGANLA BAGI DIA JADI AHLI NERAKA… korang tau tak korang ler punca ramai bini TERSASAR DARI MENJADI AHLI SYURGA.. TAK BAIK TAU!!!.... (korang ingat korang buleh masuk syurga dengan mudah??.. esok2 kalau anak-anak dan bini (atau bini-bini) tu tarik kaki masuk neraka sama.. PADAN MUKA!!.. bluweaaakkk!!!)

Kalau korang nak buktikan sayang korang pada bini... JANGANLA BUAT PERANGAI.. SAMA-SAMA LA jalankan tanggungjawab... jgn dok ingatkan bini jer tentang ”SERVIS + PENGORBANAN” dia.. korang tu... dah penuhi ker zahir dan batin??... dh cukup ker perhiasan yg korang beri pada isteri korang?? (kata nak bini cantik..)... dh cukup ker duit belanja dapur yg korang beli utk bini korang masak makan pagi, petang dan malam?? (kata nak makan sedap..)...

Berapa banyak solat jemaah yg korang ajak isteri dan anak korang bersama2 tunaikan?.. berapa kali korang ber”QIYAMULLAIL” berjemaah? buat sunat tasbih di rumah secara berjemaah dengan anak bini korang???... sudahkah kalian ajar/ajak mereka mengaji dan khatam Quran sama-sama??.. berpuasa selain daripada di bulan ramadhan bersama-sama... (kata nk jadi ketua keluarga...)... dan berapa kali korang tanya bini korang ’best ker’ servis yg korang bagi??... (oppssss….. terlebih sudaaahh!!!)...

SUDAHKAH korang penuhi???!!!...

Jangan nak tengok apa yg org bagi pada kita jer.. tengok jugakla apa yg korang dh bagi pada BINI korang… (sama la tu utk kaum bini.. tengok dan hargai apa yg suami dh bagi pada kita, jgn dok banding dgn apa yg tak mampu dia beri..)

ATAUPUN…. MAYBE KORANG (suami) TERLAMPAU SAYANGKAN BINI KORANG KOT….. NAK BINI KORANG JE MASUK SYURGA.. TAKPER KALAU KORANG MASUK NERAKA SELAMANYA (atau untuk tempoh yg lamaaaaa???.. kehkehkeh)....
(uish.. serius aku kagum kat laki2 yg macam nih.... terlalu berani, sampai tak takut nak tempah neraka Allah yer... hahahahhaaa...)

Tapi, nak cerita sikit la kat kaum suami... tau tak ada satu kisah di zaman Rasullullah.. di mana apabila Rasullullah ditanya oleh isteri2 baginda, dlm banyak2 isteri baginda, siapakah yg paling disayangi baginda..

Bagaimana baginda memberikan jawapannya???...

Baginda memberikan sebentuk cincin pada setiap isterinya dengan syarat ”JANGAN BERITAHU YANG LAIN”... dan esoknya.. apabila berkumpul.. baginda berkata ”siapa yg telah mendapat sebentuk cincin dariku, maka dialah org yg amat aku sayangi”..

SEE SEE... Nabi Allah sendiri tahu dan jelas benar dengan FITRAH yang Allah anugerahkan kepada KAUM ISTERI yakni ”RASA CEMBURU” dan ”NAFSU AMARAH” dan ”PERASAAN HALUS MUDAH KECIL HATI”.. jadinya baginda nak menjaga hati dan perasaan semua isteri2 nya dengan cara yg paling halus dan tersendiri (mujur isteri2 baginda tu jenis ALIM dan MENJAGA AMANAH/ RAHSIA – kalau aku, sure pecah tembelang baginda, sbb aku akan bocor rahsia kat madu aku bgtau yg aku dapat cincin tuuuhhh.. kahkahkah... opssss... ampuuuunnnn... terlajak sudah!!...)

Pompuan kan nafsu 9, akal 1... Korang (para lelaki / suami) ingat mudah ke nak kawal nafsu yang 9 niiihhh???... (ala.. korang tuuhh..... NAFSU 1 tu pon tak TERBELA!!.. hahahhaaa...)

.... dan again.. aku teringin nk jumpa wanita di Malaysia yg sebaik perempuan, ibu dan isteri yg begitu lemah lembut sopan santun dan tidak pernah mengecilkan hati suami anak2 ibu bapa hatta jiran tetangga... serius aku teringin berguru dengannya...

Aku best baca part last sekali dlm entri tuuh..

…………………… katanya……………………

Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?

Bersyukurlah!

Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu- pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab...

Nikmat mana lagi yang korang dustakan?

Sekian...

Ps: Taatlah suami korang sehingga mereka jadi mayat atau korang jadi mayat, dan tahukah korang bilakah kita akan jadi mayat? Mungkin esok.., maka taatlah suami sampai esok...


.......................................... itu pesanan penulis tu.....................................

So, para isteri… marilah sama-sama mengejar syurga Allah (dan buatlah seperti yg telah dinyatakan...)… takper kalau si suami tak mau masuk... dia kan HERO.. dia ’terror’ dan buleh duduk lama skit dalam neraka (bagi yg BUAT PERANGAI la...)... kahkahkah...

Tapi, bagi suami2 yg prihatin, yg faham amanah dan tanggungjawab yg Allah berikan kepadanya sebagi KETUA KELUARGA... mari kita sama-sama doakan, semoga dapat masuk syurga bersama-sama isteri dan anak2 – jgnla bagi chance pada isteri jer utk pilih mana2 pintu syurga, bagi jugakla chance kat diri sendiri... (walapun di sana nanti tak tentu bertemu atau tidak.. entah2 dpt pasangan lain kan.. hihihi) – semoga kita semua berpeluang menjejak dan menghuni syurga Allah... AMIIINNNN... (itu misi dan visi kita kan kan kan...)

Rumahtangga ni kan PERKONGSIAN.. sama-samala kongsi amanah dan tanggungjawab... saling maaf-memaafkan, saling ingat-mengingatkan, segalanya saling menyaling lah... dan.. APA YANG PENTING????... KERJASAMA!!!... (hahahaha.. kredit to WONDER PET!!.. atas lagu tema yg anak aku pon dh hafal nih... hihihihi)

p/s:- maaf yer kalau aku terlebih lajak daripada laju... sekadar berkongsi rasa...

15 comments:

iina said...

Aku setuju sgt.. kalau mencari keredhaan biarlah bersama2.. takleh ler hanya highlight satu pihak.. taat itu bukan untuk wanita jek sesiapa sahaja.. taat suami pada isteri.. pada ibu bapa.. pada anak2.. apa negara.. pada agama.. ;)

Kaktiny said...

iina > HIDUP IINA... hahahaha.. (tgh buat sepanduk utk sambut ko balik.. kehkehkeh)

ckLah @xiiinam said...

Sekadar mahu menitip pesan..


"Salam Sayonara!"

Hajjah Noraini @Nanie said...

Topik hangat/panas kalau di bualkan. Emm..yang senang nya, sentiasa menjalani tugas seorang isteri dan ibu. Minta maaf setiap malam sebelum tidur. Jgn tunggu raya jer....Dah selamat kot kalau macm tuh...he he he

Kak Long said...

bab mati esok tu yg selalu menghantui aku. So do the best for today!

Adliff said...

Salam,

Wah...wonderpet!

Masy said...

klu sy dah kawen nanti baru lh komen hohohoohho

Kaktiny said...

ckLah > dh tiba masa eh.. selamat jumpa lagi cklah yerr.. (temporary je kan kan kan..)


untie marina monroe > bab ni kalau bahas, 5 kali dpt peluang mati hidup balik pon tak habis kan untie kan.. hahaha...
dua-dua pihak kena tahu tanggungjawab dan ikhlas jalankan amanah Allah.. itu yg penting kan untie kan..


kaklong > tu ler.. bukan setakat ngan laki, ngan org sekeliling pon aku risau weh.. kekadang 'hati' ni cepat sgt nk ter'songsang'!!!.. grrr...grrr....grrrr


aliff > walaupun kartun, tapi mendalam maknanya dik oii..


masy > ye la tu.. nanti ko dh kawen sok, sekali lagi kaktiny letak entri nih.. kahkahkah

Lee said...

Hello Kaktiny, susa nak ikut surat tu....a lot of do's and don't, ha ha.
"Tak buleh marah suami kalau dia kawin lain.. sebab kita kena taat..
Tak buleh benci suami kalau dia curang... sebab kita kena taat..".

I wonder how many boleh tahan the above?
My isteri will puncture my 4 car tires, ha ha.
Have a nice day, Lee.

Anonymous said...

ala, bukankah isteria ada hak minta cerai...tetapi biarla beralasan yg ada bukti...tapikan. doa isteri itu kuat. kalau suami curang..bykkan doa agar hati lembut...itu sebaiknya. tapi kalau keras juga..jawabnya. kuali dan periuk belanga boleh melembutkan hati. huhuhu

anjang said...

no comment, takut nak comment,wa chow dulu ye

tasekM said...

perempuan - nk masuk syurga senang. nk masuk neraka pun senang.



.

Mak Su said...

wow! wow! huhuhu

Unknown said...

apa yang penting?? kerjasamaaa :)

Kaktiny said...

Uncle Lee > Hi Uncle Lee…. If both parties know their responsibility and sincere to each other… sure harmony.. kan kan kan...
And… if all guys can be so romantic as you are… how lovely it is.. hahahhaaaa..

Have a nice weekend Uncle Lee… hihhi


EIZAM > tu la kan... tapi nauzubillah la sampai cerai berai kan... kan gegar arasy Allah tuuuhhh…. terbang periuk belanga… kahkahkah…. Tu alasan menarik utk makan luar tuh… periuk belanga dh pecah.. hihihi


anjang > hahaha… nak komen lebih2, buat entri sendiri ye anjang.. komen kat sini kalu… kang ada jugak yang kena ‘fire’.. hahahhaaaaa.....


tasekM > sama je tasik oi… laki pun tak kurang gak dugaan diorang... kalau bini tak solat pun dia kena tanggung.. kalau anak tak solat pundia kena tanggung… dosa bini, dosa anak, dosa sedara2 pompuan dia, silap2 dosa mak dia pun dia kena tanggung..
… dan lelaki pun senang masuk syurga atau neraka kerana ‘perempuan’.. tu powernya pompuan nih.. hihihi


Mak Su > biasala maksu.. bab bab menyentuh peranan pompuan nih.. mmg sensitip terlebiiihhh… kehkehkeh…


cik EPAL > betuuuuuulllllll… bijak bijak…. (thanks dear for coming.. hihihi)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.