Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, November 27, 2008

UN"SANGKA"RABLE STORY...


AKU NAK MENJERIIIIITTTTT KAT SATU DUNIAAAA LA NIIIII...
(sapa tak mau dengar BULEH TUTUP TINGA... sapa tak mau baca BULEH BUTAKAN MATA ANDA mcm KASSIM SELAMAT...wakahkahkahkahkah...)

Aku rasa ini antara KENANGAN TERINDAH atau lebih tepat SEJARAH TERCIPTA dalam hidup aku...

TAK PERNAH... MEMANG AKU TAK PERNAH menduga atau TERFIKIR untuk MERASAKAN NIKMAT INI.. MEMANG TIDAK... sebesar hama pun tak... (ala-ala cinderella yang tak duga akan kawin dengan putera raja la plak...)

BARU AKU RASA PERASAAN ITU… terasa cam nak cubit-cubit pipi… nak hentak-hentak kepala.. nak tanya KESAHIHANNYA sebanyak 800 kali...

Memula DENGAR / TENGOK tu macam tak percaya... SAMPAI PIHAK PPL UNIVERSITY SENDIRI MENGESAHKANNYA KEPADA AKU.. baru aku yakin ini benar.... AKU TAK BERMIMPI..

ALLAH TERLALU BAIK DAN BAIK DAN BAIK PADA AKU... TERLALU ADIL..TERLALU MENGASIHI AKU... aku merasakan nikmat kasihnya… (setiap hari pun aku rasa nikmatnya.. tapi aku yang tak reti bersyukur.. teruknya aku… isyyy… aku jadi malu sgt sbb selalu mengeluh, menangis, meratap bila Allah duga dgn sesuatu yang aku TAK SUKA... rupanya DIA dah janjikan khabar gembira... Ya Allah.. ampuni hamba-Mu ini.. malunya aku pada-Mu Ya Allah.. terasa teramat kecil diri ini... TERAMAT KERDIL!!!)

Untuk PAPER INI.. aku selalu BERDOA.. semoga dapat LULUS pun jadilah... (aku sering berdoa.. tapi jauh di sudut hati aku, aku sendiri tidak yakin dengan DOA aku...) TAPI ALLAH MAHA ADIL.. SYUKURKU HANYA PADA ALLAH...

Macam lagu dalam Nujum Pak Belalang... siapa sangka cempedak dah jadi nangka... la la la la la la.... mmg aku tak sangka..

Takmau elaborate panjang2.. inilah yang MENGUJAKAN AKU... (king... patik tahu tuanku senyum jer kan kan kan... dok diam2… siot lu.. hihihihi – camner result tuanku? dh dpt tau final? hihihi)



(kalau subject lain, AKU TAK HINGIN nak citer.. tapi ini subject STATISTIC weh... STATISTIC.. maunyer tak gamat aku kecohkan dunia.. BOSS aku pun bangun dari tempat duduk bila aku bagitau dia.. aku melompat sekeliling opis weh... weiii eiiii eiiii...)

Abahnajwa.. tak sangka tiny lulus abah oiii… baca entri abah pasal statistic tu mmg buat tiny tak tido malam oooooo… (Part 1, Part 2, Part 3) – masa baca tu dok b’ckp dlm hati.. legalah abah.. at least LULUS…

Kalau ada org kata yang aku nak menunjuk ker, nak tayang ker.. nak kata aku PERASAN PANDAI ker… korang katalah… aku TAK KISAH PUN.. sebab bukan KORANG YANG DAPAT… AKU YANG DAPAT… MACAM DAPAT MENANG RM 1 JUTA – SAPA TAK BANGGA??????..

Aku nak cakap AKU BANGGA SGT.. sebab selama ni AKU LEMBAB MATEMATIK… nak kategorikan SEBAGAI BODOH pun LAYAK jugak.. (satu kisah masa aku tingkatan 5, adik aku Amir tingkatan 2, masa result final exam kuar, aku balik dengan seronok giler.. sebabnya cikgu tambah 2 markah menjadikan markah MATEMATIK aku 40 (aku dpt 38) dan adik aku si AMIR tu balik menangis... sebab dia dapat 98 (dia bajet 100) hanya kerana dia salah pandang soalan no. 1, + dia nampak cam ÷ .... aku kata kat dia.. “alah rileks lah.. 98 tuh pun A gak... anggap jer yang hang sedekah 2 markah hang tu kat kaktiny”... kehkehkeh… siot jer kan.. wakahkahkah…)


Di sini aku taknak lepaskan peluang untuk MENGUCAPKAN TERIMA KASIH kepada mereka-meraka ini:

ungku nor iina cikgooden tokma abahnajwa intanrosnita aliff ady kak sepi maranggie (iera) Akak (Kak Pah) cikgujawe kakpiah kaksridiah kamar maksu masy reen si ahmoi cute sastri jowopinter flurryblurrybubbly genies ryann KV Zino tie LaTahzan (ckLah) King kingbinjai kadok tasikmerah Suara (Su) gdiz (ns) whitetulip cik bunga rampai Liyana dukeamienerev (citer seram) en.13may sdr bima-sakti eiba cahaya Benjamin...


kerana kalian yang ‘memberikan’ kata2 semangat di ruangan :

§ ESOK!! 2 cerita
§ STATISTIK lagi
§ OH STATISTIKKU...


Ketika itu, aku BENAR-BENAR berperang dengan perasaan takut, gusar dan risau yang amat utk berhadapan dengan FINAL EXAM STATISTIK… (kan aku FAIL masa mid term exam..)

Sedari awal aku menyatakan kegusaran pada exam statistik ni, doa kalian tak putus mengiringi aku..

Aku tahu.. usaha aku tak berapa.. mungkin buleh setakat lulus... tapi oleh kerana komen, doa dan sms korang tu semua lah yang buat aku dapat MERASAI result di atas...

Jadinya.. sudi apalah kiranya menerima tanda hati yang tak seberapa dariku ini.. dan sematkan di blog kalian... hihihii...

- walaupun semua tahu itu simbol apa.. aku cilok jer... hehehe..
tapi interpretation aku ialah... tanda S tu ala2 utk Statistik ler kan.. yang di pasak di dalam berlian yang bersinar – itulah kalian… yang menimbulkan cahaya terang ketika aku tergapai-gapai di dalam kegelapan (yang hitam semua tu..) – buleh tak explanation camtuh... hihihihi...


(letak dalam lemari blog korang yer... hihihihi)

Dan untuk mereka-mereka ini juga.. aku tahu korang sering singgah.. kehadiran korang menyemarakkan jiwa aku… dan aku nak bagi kat korang jugak.. sudi-sudikanlah yer..


(bagi yang jadi SILENT READER.. kehadiran kalian juga amat aku hargai dan ucapan terima kasih juga untuk kalian...)

Jugak aku ingin sangat nak ucapkan terima kasih yang istimewa kepada yang ‘cik kak sorang nih..’ yang sms aku masa aku tgh berHEMPAS PULAS menjawab exam.. hihihiiii…. Aku suka baca sms nih.. sebab aku tahu beliau benar2 risaukan aku... hhihihihi…

SMS 1 – kul 11.38am : Jawab soklan leklok naa.. all the best to my dearest sis, amin.
(masa ni aku tgh exam paper Rekabentuk Latihan – kul 9.00am – 12.00pm)

SMS 2 – kul 5.13pm : Weih minah, amacam peksa? Ok ka? Gua lak yang tak sng idop dok pk lu jwb cmna hehe siyot btol laa.
(ni masa aku tgh jawab paper STATISTIK – kul 3.00pm – 6.00pm)

Melihatkan kepada waktu – sms masuk taim aku tgh jawab exam.. oleh kerana exam pagi tu open book, buleh bawak masuk beg.. makanya aku letak henpon dlm beg.. henpon VIBRATE mode.. jadinya.. tak dengar ler…

Tapi masa exam petang.. takleh bawak masuk sebarang buku.. MAKLUMLER.. STATISTIK.. dan henpon masih vibrate mode… tapi bila MASUK SMS.. bergerak meja aku.. TERKEZUT gak weh… (mujur semangat tak ilang.. mujur ilmu penghafalan aku tu tak terjun lombong… kalau tidak… hihihii)

Aku nak buat peraduan ler.. SAPA BULEH TEKA, TU SMS DARIPADA SAPA?.. (SMS 1 dan 2 daripada orang yang SAMA... sapa teka buleh ikut aku pi makan kat johnny ngan orang tuh.. kahkahkahkah.. – aku dpt agak, mesti korang semua teka dengan betullah.. hhahahahhahaaa... sambil “jeling-jeling mata” kat ‘cik kak tu’.. takut kena KEBABOOM.. kehkehkeh…)


“Salah satu doa yang tidak ditolak oleh Allah, adalah doa seseorang yang mengasihi seseorang yang lain seikhlasnya”.. aku penah dengar ustaz cakap cam tuh.. dan aku pegang sampai hari ni..

TERIMA KASIH SEMUA.. aku sayang kalian.. aku berhutang budi pada kalian..

“Doa orang yang teraniaya akan disambut Allah tanpa sempadan di antara langit dengan bumi” – aku pasti itu juga... (terima kasih juga kepada ANDA itu semua... hihihi)

Sorang sahabat aku ni kata - hubby dia kata kat dia : "kdg2 niat jahat seseorg itu.. kdg2 allah jua yang terbitkan dlm hati dia dismping godaan dari syaitan.. tapi kdg2 kita terpaksa juga lalui sebab allah nak kita jadi kuat.. nak kita belajar sesuatu dari pengalaman itu.. percayalah.. seorang yang buat jahat pada kita.. allah balas dengan jutaan perbuatan baik dari orang lain pada kita.. seorang kawan yang buat jahat pada kita.. sejuta doa-doa dari sahabat baik yang kita dapat.. jika tidak ada perbuatan jahat tu kan.. mungkin kita pun takkan dapat semua doa-doa yang baik dari rakan-rakan tadi.. betul tak??" (betuuullllah.... aku sokong cakap org kt glasgow ni... takleh aku nak simpan rahsia dari ko weh.. ko mmg ada 6 sense...cayalahhh... hihihi)


DAN UCAPAN TERIMA KASIH YANG PALING TULUS MULUS ADALAH UNTUK SAHABAT... kaklong (hang pun amik ler symbol tu letak kat blog hang tau.. kihkihkih…)

Mana mungkin aku mampu BELAJAR sorang2 kalau takdak SAHABAT yang setia di sisi… I LOOOVVVEEEE YOOOUUUUU kaklong…

p/s : kaklong.. kiranya betullah kata hang .. BELAJAR CARA BELAJAR... MUJARAB WEH... (dan betul gak ler ideologi kanda hang tuh... I’m still the Follower... ko dah upgrade jadik Leader... hehehheheee...)


dan sebenarnya aku patut lebih ucap TERIMA KASIH pada Dr.Bahaman.. yang mengajar subjek ini.. kerana IKHLAS menurunkan ilmunya kepada kami...

(isy.. kalau nak buat senarai.. kang habis kuar mak ayah cucu cicit bagai... sudah sudahlah tu.. pi tepon terus ler diaorang tuh.. hihihihi...)


AKU HAPPY GILER B*** WEH...
(aku rasa b*** pun tak buleh rasa hepi macam aku…. Hehehehheee…)

pesanan penaja : untuk itu adik-adik, anak-anak.. JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH... KAU BOLEH... (betul kan uncle zino...)

pssttt.... tak caya sgt...aku yang Bodoh lagi Dungu dalam bab MENGIRA.. buleh dapat A.. setelah MID TERM yang membawa carry mark sebanyak 30% itu - AKU GAGAL.. FAIL.. dan untuk Final Exam.. AKU DAPAT 94/100.. CAN YOU BELIEVE IT?... I STILL CAN'T till I received call from the PPL Staff (University) to CONFIRM that I'm THE BEST STUDENT for STATISTIC.. and the only person who gets A for this paper..!!!!!..

- bukan aku tak pernah dapat A utk paper lain.. tapi utk PAPER STATISTIK????... aku tak PERNAH MENDUGA.. INI SEJARAH TERCIPTA DALAM HIDUP AKU...

Tuesday, November 25, 2008

Nak cuti PANJAAANGGG..

Hajat hati aku pada mulanya memang NAK CUTI PAAANNNJJJAAAANNNNGGGG dari memblog ni..

Sehari aku diam.. ok lagi.. masuk hari ke-2, 3 dan seterusnya.. aku dihujani e-mail (puas aku baca sehari suntuk...hihihi), sms (bape kedit ko abis weh.. berjela-jela..), panggilan tepon (tak dapat malam.... ko bantai pepagi time kaktiny tgh drive nak ke pejabat yer adik oii.. hiihihi)... tak cukup dgn tu, ada aku nampak nama aku muncul di blog kengkawan lain.. menanyakan 'mana perginya aku'...

Aduhai... indahnya 'ukhwan persahabatan' yang terjalin melalui dunia blog ni...

walaupun aku baru 6 bulan dlm 'bidang blog ni'.. tapi terasa ala2 artis 'DIVA' plak.. kehkehkeh... ni gara2 aku 'bersahabat dgn DIVA UNIBERS' ler nih.. auranya melekat kat aku sama... hahahahha.... (sila ambil baldi yang agak besar untuk anda semua muntahkan segala isi perut akibat kegelian hulu hati dan pankreas membaca ayat 'perah-santan' di atas itu yer... takper.. aku tak marah...hahaha) wakahkahkahkah...

Banyak yang aku nak tulis bab 'terharunya' aku dengan talian dan jalinan persahabatan yang terbina melalui dunia blog ni, tapi kang 'OVER ACTING' plak.. (tak pun jadi skrip anugerah skrin - yg interview belakang pentas tu plak.. kehkehkeh)

Dulu, mulanya aku menulis atas dasar 'syok sendiri'.. tulis DARI HATI... dan aku suka singgah mana2 blog yang menambat hati aku.. tak kira diorang dtg atau tidak ke blog aku, tapi aku tetap akan pergi ke blog mereka2 itu.. sebab 'aku minat' nak baca 'tulisan' mereka... kalau rajin aku tinggalkan komen.. kalau keadaan 'tak mengizinkan'.. aku akan hanya membaca cerita-ceriti harian mereka.. aku bukan spesis u come to my place, i go to your place.. suka hati akujer aku nak pegi ke tak.. (kan skrg ni WAKTU MEMBATASI MASA BLOG AKU... huhuhu - tak macam DOLU-DOLU tuh dah...)

Bila aku tulis blog ni, (dulu punyer citer nih.. masa memula kaklong kenalkan aku ngan blog nih..) aku tak pernah sama sekali menduga akan ada yang akan datang singgah dan seterusnya 'ikut' blog aku (meskipun menjadi silent reader).. sebab aku BUKAN SAPA-SAPA... (dan aku tak tahu pun rupanya buleh main singgah tinggal2 komen bagai... naifnyer aku di awal kaklong kenalkan aku dgn 'blog' nih weh..)

Dan aku 'terlupa dan terleka' bahawa sesiapa sahaja boleh sampai ke blog aku melalui 'direct line', lompat masuk dari umah jiran, atau tersasar singgah dan seterusnya menjadi pembaca sambilan atau tetap... (mana aku tahu weh yang ada gak yang nak baca cerita merapu aku nih....)

Dalam ramai-ramai yang datang.. ada yang menjadi sahabat di alam nyata, yang kekal sebagai kenalan blog, yang tidak pernah munculkan 'diri' (silent reader), ada yang sekadar singgah dan berlalu pergi dan tak ketinggalan juga 'mata-mata' yang membaca bait demi bait.. ayat demi ayat...

Aku menulis SESUKA HATI.. dengan rentak dan nada bahasa AKU SENDIRI.. kononnya mengharapkan sabahat, kenalan dan taulan membaca dengan rentak dan nada bahasa yang sama denganku.. tapi aku silap... rambut sama hitam (sapa kata... skrg kan org dh buleh kaler rambut warna sesuka hati..)...

Sekali lagi AKU TERLUPA... manusia hatinya lain-lain... dan MANA ADA SATU PUN INSAN YANG BERNAMA MANUSIA... YANG DISUKAI DAN DISENANGI OLEH "SEMUA" INSAN...
sedangkan NABI YANG MAKSUM itu lagikan dibenci, dicemburui, dikhianati, disakiti.. APATAH LAGI "AKU"..... yang banyak kelemahan dan kekhilafan...

Untuk semua yang singgah dan meninggalkan komen dan menerima kehadiran aku di dunia blog ini sebagai kawan aku.. TERIMA KASIH.. AKU AMAT MENGHARGAI... kalian tak pernah tahu betapa 'KOMEN' kalian yang terpapar di screen komputer ini memancarkan cahaya indah dalam hati dan sanubari aku...

Bagi yang benci membaca tulisan aku.. silakan.. aku tidak boleh memujuk hati kalian.. andai ada dosa aku di atas tulisan aku yang membuat kalian 'JELAK'.. aku mohon maaf... jika kalian masih ingin men'caci' maki atau mengutuk mengata... aku mohon agar TIDAK MEMASUKI LAMAN ini... kerana aku tidak mahu kalian memakan 'dagingku' di akhirat kelak.. (tauler aku 'berisi' kan.. sian aku korang makan daging aku weh..) dan aku tidak mahu kalian MENAMBAH DOSA KERING plak.. takut korang tak sempat minta maaf kat aku... kehkehkeh...

Dalam proses BELAJAR... Aku mempelajari satu perkara iaitu aku harus seiring dengan rentak dunia... keluar dari zon 'manja' dan 'cengeng'... kentalkan hati, tebalkan telinga.. berpaling dari yang membenci... menoleh pada yang menghargai... merapati pada yang sayang...

Oklah.. aku BELAJAR.. dan masih terus belajar... untuk itu.. JAGA DIRI, HIASI PERIBADI.. (ingatan utk diri sendiri...)

aku suka baca sms 'si bertuah' nih.. (jenuh gak ler lidak aku sikit tergeliat.. org utara nak ckp bahasa minang.. den cumo tau.. AYAM DEN LAPEIH yo..)


"Mangkoyo si layang-layang,
Tarobang tinggi alun beralun,
Tagangnyo tali dikandua.
Kandua tali ditagangkan.
Lenggoknya angin,
Turunnyo hujan,
Esok kita bamain laie.
Laloklah dulu kalo panek.
Kato urang nan tuo tantang hidup."


(cheh.... aku mmg SENGAL.. tak pandai menyimpan rahsia hati... tapi ini kan 'blog' aku.... kahkahkah...)

Monday, November 24, 2008

Dah balik...

Aku dah “BALIK DARI BERCUTI” – tak pi mana pun.. teman bebudak ni jer...

Seronoknya nureen mandi.. (bengong betui mak nureen nih.. dh tau anak nak mandi, tak plak bawak baju mandi… memang sengal ler mak nureen nih.. )

Amboi hai.. bahagianyer ‘dapat lepas’ sorang2 cam tuh.. (eee... shame shamenyer.. hihiihihi)


Zaqwan.. baru muncul muka anak ibu ni kat sini.. hehehehe.. cam marah jer... sejuk yer sayang.. hihihi..


On the way balik..

Nak gak tu singgah kat sini… oit.. tada letih ka ini budak?..

Naik jer lah nureen oiittt.. 'lepas rindu' minggu dulu2 yang tak jadik tuh.... kihkihkih...


Bestnyer dapat balik umah... TIDO LENA.... hihihi...

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sahabat : Hang ok ke? Bla bla bla bla.. du du da da di di di. Nana nana le la la le... Nanti hang gak yang migrain.
Aku : Aku ok.. LAPAQ. Kehkehkeh.. Thanks to hang yang always accept me as what I’m.. dan yang buleh buat ‘dek’ ja ngan perangai poyo aku. Hihi.. I’m fine.
Sahabat : Hang tu mmg melampaula. Geram aku.
Aku : Hehehe. Hang tak luku kepala aku pasai perangai aku pun dh cukup baguih kan kan kan. Hihihi. Luv u 2, 3, 4EVER…
Sahabat : Memang ikut hati aku nk luku. XXXXXXX sampai semput ngalah org kena tinggai laki.
Aku : Wakahkahkah..

Dialog yang singkat.. tapi mengundang 'senyum' dibibir...

BELAJAR CARA BELAJAR… itu pesan sahabat…

juga pesanan dari sahabat yang jauh di mata dekat di hati...

"Senyumlah selalu walaupun hati kita menangis.. tapi percayalah bila kita tersenyum, sedikit sebanyak senyuman itu pasti berbunga juga di hati.." - aku pegang itu.. sahabat...

Dan pesanan sahabat taulan lain... AKU SEMAT DIHATI… AKU JADIKAN SANTAPAN MINDA.. KEMAS DALAM DAKAPAN JIWA …

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

pssttt.... janji dah ditunaikan... jgn nak "UGUT" lagik k.. ingat pesanan PENAJA... kalau mungkir janji... SIAP ko.. heheheheh.... (berapa kedit ko yang abis weh.. kehkehkeh...)

Tuesday, November 18, 2008

NAK REHAT JAP!!


BENAR ANDA MEMASUKI BLOG INI..

DAN BENAR PEMILIK BLOG INI SEDANG "BERMALASAN" UTK MENG-UPDATE WAIMA MEMASUKI BLOGNYER SENDIRI..

KEPADA RAKAN, TEMAN DAN TAULAN..

MAAF ZAHIR BATIN..
ADA MASA KETEMU LAGI DI LAIN WAKTU DAN KETIKA..

SELAMAT BERCUTI...

hehehhehe...


Monday, November 17, 2008

Kena Belajar

Banyak yang aku tak tahu rupanya..

Banyak lagi yang aku kena belajar...

Rasanya lagi susah dari subjek STATISTIK..

takperlah.. itukan rencah kehidupan.. tak belajar maka TAK TAHU..

tapi kena betul caranya.. macam kata kaklong (masa nak exam statistik dulu..)
"BELAJAR CARA BELAJAR.."

hmm.. betullah tu.. aku kena belajar cara belajar dan ambil iktibar atas pengajaran..

kekadang aku leka dan terlupa.. terima kasih kerana sedarkan aku..


UNTUK ITU.. AKU NAK PEGI BELAJAR..

dan BILA AKU DAH MAHIR AKU AKAN KEMBALI..

dengan itu..

TERIMA KASIH DAUN KELADI...
PANJANG JODOH JUMPA LAGI...


blog milik peribadi.. (itu yang aku tahu duuullluuuuuuuu....) tapi oleh kerana ia boleh dikunjungi, maka ia seolah-olah HAK BERSAMA.... AKU LUPA.. mungkin sebab AKU ALPA...

tapi bagi aku.. "Sapa baca dgn nada positif.. maka positiflah jadinya... sapa baca dgn nada negatif.. check balik hasad dan imannya... dosa pahala ditangan sendiri.. suka hatilah nak pilih yang mana.."

- dan aku adalah antara manusia yang paling CEPAT TERASA.. (susah giler nak buang perasaan ni... mungkin faktor aku anak no.2, dan pompuan bongsu kot.. AGAKNYE LAH.. mungkin tu BIDAAH aku jer kot..)

Oleh itu - menurut kata MAK AKU.. "Hang tu toksah dok kawan ngan orang.. pi kawan ngan BUKU.. hang kalau kawan ngan orang.. sungguh2.. tapi telinga nipis.. bila org cakap sikit, cepat terasa hati..."

Aku rasa mujur aku ni ANAK MAK dan AYAH.. kalau ANAK ORANG LAIN.. mesti dah lama mak hantar aku balik ke KELUARGA ASAL.. kan kan kan... aku sendiri susah nak faham perangai aku...

Dan aku perlukan KAKLONG ketika ini... huhuhuhu....

Tertanya-tanya

Pasti ada yang tertanya-tanya.. (aku agak jer.. tak tanya lagi BAGUS...)

Apa hadiah anis yang aku war-warkan oleh kerana KETEROVEREXCITEDNYER aku tuh.. (aku ni kan over the acting.. taunyer tulis DARI HATI.. apa yang aku RASA... maka aku catatkan ... bukan tujuan nak canang sana sini.. tapi MAAF andai ada yang salah mengerti...)

Janganlah ada sesiapa tanya aku, anis, mak anis, adik-beradik anis waima yang sayang menyayang pada anis... apa HADIAH aku pada anis.. SEBABNYA... aku dah BATALKAN niat utk bagi hadiah kat anis.. (pun jgn ada yang buat spekulasi liar membabitkan mana2 pihak okeh.. tak baik tau tuduh2.. jgn TAMBAH DOSA KERING plak.. kalau nak salahkan aku.. SILAKAN.. dgn tangan dan hati terbuka luas..)

Untuk mak anis.. sorry ler gue ter'kansel' nak bg adiah kat anis tuh.. jgn marah yer.. hehehhehe... (gue tau lu tak marah kan kan kan...)

untuk yang menyayangi anis.. ku turuti nasihat anda.. sesungguhnya kalian lebih tahu apa yang baik utk anis kan kan kan.. sori ler aku asik tumpang menyelit jer.. (cam menumpang kasih plak.. kahkahkah...)

Untuk Anis.. Insyaallah nanti anis masuk U.. bila anis dah lebih 18 tahun.. untie bagi hadiah yer.... kehkehkeh...

Semoga anis terus berjaya... ikhlas untie doakan..

- alah anis.. untie beli coklat 'kedberi' tu jer.. (kan ada kedai cekelat kat pavilion tuh... takdelah harga riban-riban pun...)- tapi oleh kerana anis tak dibenarkan terima adiah.. makanya.. untie korbankanlah jer cekelat tu bagi kat nureen yer yer yer.. sorry yer sayang...

Aku ni mmg 'kalah' kalau dgn adik pompuan ni.. sbb aku TAKDAK adik pompuan.. huhuhu... mujur aku dapat SORANG anak pompuan.. alhamdulillah.. tak sabar tunggu nureen besar...



Saturday, November 15, 2008

Tag si Eiba

Bertuah ko eiba.. sempat gak ko selit nama kaktiny utk di'tag' yer..

mujur tag ko senang nak di buat.. (sorry ler lambat skit nak buat.. sbb nak post entri skrg kena buat kat umah... so, pepaham jer lah kalau nak bukak pc kat umah nih.. nak taip 5 minit jadi sejam.. gara2 si nureen dok 'kalut' nak tekan gak keyboard nih.. ni pun dok berkuntau ngan dia nih.. tu yang suka bukak pagi2 subuh tuh.. masa dia tak bangun tido lagik.. heheheh... eh.. terpanjang plak explanation.. hahahahaa... bab bagi alasan.. hehehehe.. serahler... )

ok.. ni gambo work station kaktiny.. satu workstation yang mmg buat keje OFFICIAL..... dan satu lagi kat bilik utama umah no.23 nih.. yang buat kerja tambahan yakni BLOGSPHERE tuh... hahahahha...




Which one is which... teka ler sendirik.. (tapi takdak hadiah.. ni bukan peraduan teka dan menang okeh..)..

Bab-bab yg bersangkut paut ngan OP*S nih.. eden maleh nak ELABORATE panjang.. bak kata aku pada diri aku... sediakan bot sebelum BANJIR BAH untuk kali ke-2.. kehkehkeh...


oh yer.. luper.. satu lagik.. berdua lebih baik nih.. hehehhehe.. (ni kegunaan waktu terdesak dan waktu BOSAN menghimpit jiwa dan waktu assignment perlu dibawak ke hulu ke hilir ke sana ke sinun.. hihihihi...)

ok.. itu jer peraturan 'tag' nyer kan kan kan... hehehehheee... ehh.. tak tak.. ada peraturan ler..

Ini cara-cara atau peraturan dia :-

1) snap work station anda.
2) then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
3) iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
4) tengok contoh yang dibuat nih...
5) begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
6) sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
7) kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
8) tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..

okeh.. ni link dia :

@liyaNNuar / Azza / Tirana / Kamezaim / Eibalives / kaktiny

Now.. Aku nak tag.. hahahhaaa.. suker gak bab kenakan orang nih.. bulehler kalau nak kenakan senarai2 di bawah nih... (aku dh langgar peraturan.. peraturan kata 7.. tapi.. alah.. blog aku kan.. hehhehehheheee...).. so.. jawabler yer.. (yang dah kena.. nasib ler kalau kena lagik.. kehkehkeh..)

cukup ler dulu senarai tuh.. lain kali aku kenakan org lain plak.. buleh tak?.. buleh jer.. NI KAN BLOG AKU.. (dan utk kalian.. buleh jer kalau TAKNAK BUAT... TU KANBLOG KORANG.. tapi.. kalau BULEH.. BUATLER OITTT... hehehehheheheheee...)

salam hujung minggu utk semua...



Friday, November 14, 2008

ANIS.. upsr + 5A

Aku tak tau apa entri kak unibers kita.. samada dia nak citer ke tak..

TAPI AKU NAK CITER GAK!!!...

ANIS DAPAT 5A... ALHAMDULLILLAH....
(AKU PLAK YANG MELOMPAT MASA DIA BAGITAU RESULT DIA!!!...)

Aku tepon mak anis.. (kak ungku kiter tu ler.. dgn ring ton buai laju2 yang buat aku rasa nak baling henpon jer..) pastu dengar "hello".. suara anis.. tak sempat aku nak bagi salam.. (aku dh terover excited jer.. terus aku tanya "dapat berapa?".. "5A"..

Aku tanya mak bagi apa?.. belum sempat aku DENGAR apa yang anis cakap.. aku 'terlebih dului' dengar SAYUUP-SAYUUP.. suara (sumbang mambang) MAK anis.. "NAK LAPTOP".. (POOODDDAAAAHHHH).... anak tak menda menda.. MAK YANG LEBIH PLAKKK... BLUWEAAAKKK...
Pasal hadiah tu pun.. aku tau kak ungku tu bergurau... kalau tak bergurau ngan aku.. ngan sape lagik kan kan kan..
Syukur alhamdulillah.. meskipun kak ungku tu suka sgt buat ayat exploitasi anak2 sendiri, tapi aku tahu dia BANGGA gilers ngan anak2 dia.. (mak mana tak seronok anak berjaya kan..) AKU TUMPANG BANGGA.. semoga Nureen ikut jejak KAKAK ANIS yang bijak.. amiiinnn..

Cam nak jer aku pinang anis utk adik aku si amir atau epy.. tapi nanti nureen kena panggil anis makcik anis atau maksu anis.. kalau anis nureen panggil makcik atau maksu.. MAK ANIS??... hah.. NENEK KAKAK... orait ler tuh.. HHAHHAHAHHA...

Jumaat!!...hmmm.. rehat yang panjang... "AKU NAK PI PAVILION.. SHOPPING UTK ANIS..." ada sesapa NAK TEMAN????!!!... (yang pasti aku TAKKKKKAAAANNNN BAWAK MAK ANIS TEMAN... BAHAYA OOOOOO...... silap2 anak tak dapat benda sgt.. si mak yang terlebih plak.. SUDAH!!!)..

Apa aku nak beli utk anis yer?.. hmm...hmm... hmmm....

(kak ungku.. sabtu naik KL.. gue nak bagi adiah kat anis..)

* Maaf kalau aku TEROVER!!!... aku memang dari dulu sukakan adik pompuan.. (sbb aku takdak adik pompuan..).. sbb tu aku suka sgt dekat anis tuh..

MAAF juga kalau ada yang terasa hati dgn tulisan aku.. jgn spedo kak ungku tau.. she's ok and very nice person.. aku suka kebabom dia.. sbb dia jer buleh tahan kebabom aku.. org lain tak tentu kebal cam dia.. pasal tu lawak aku agak kasar.. sorry kalau org lain plak yang terasa...

mujur Allah bagi aku anak pompuan.. tak sabar rasanya nak tunggu nureen besar..

Thursday, November 13, 2008

Citer Ngan Anjib

Rombongan aku ke Johnny Seremban tak berakhir di situ pabila si ady (Dato’ supir setia kak ungku tuh.. hahahhahaha).. mencadangkan ke IOI.. maka, kami pun nak bertolak ke IOI.. aku takut rombongan tergendala sebentar, maka aku ajak anis ikut aku.. pastu anjib ‘impliedly’ mengoffer dirinya naik kete aku.. hehehhehehhe.. (dan aku tgk batalion sebelah sana dgn senang dan suka hati ‘melepaskan’ anjib pada aku...)


Memula.. anjib duduk belakang ngan anis.. tapi nureen nak duduk dengan KAKAK ANIS dia.. jadinya anjib TRANSFER KE DEPAN dari belakang..

Masa dia (korang bayangkan badan dia itu k.. bukan badan nureen tau..) transfer ker depan.. tetiba.. “pssstttt”..

Anjib : Opss.. sorry.. anjib terkentut..
Aku : aa… (tak sempat aku nak cakap walau sebaris ayat)
Anjib : Alah.. sikit jer.. anjib terkentut sikit jer.. tak der apa-apa lah.. tak per tu.. sikit jer (OIITTTT… BUKAN ITU SEPATUTNYA JADIK AYAT AKU KER?.. pehal dia yang BUAT DIALOG DULU?????.. sapa ajar weh??.. tak mak dia sure abang ady dia.. tul tak tul tak?..)

Aku bukan rasa nak marah.. tapi bantai ketawa berdekah-dekah.. TAK TAHAN SIOT!!!..


Sepanjang perjalanan.. Nureen asik dok main ngan KAKAK ANIS dia jer.. (siap salin baju tuh.. tgk gambo.. nureen dah pakai baju lain.. KAKAK ANIS yang tolong salinkan.. hihihihi….)


Aksi Anjib…


Dah melayang ke awangan dah pooonnnn…

Siap terlentok2.. suku lagi jer kepala nak jatuh ke sit..

Ni aksi dia baru bangun.. tu pun dah sampai tol.



.
(pisat2 mata..)

Sambil berkata : Anjib tak tido pun..(ada untie tiny tanya ker ko tido ker tak?.. pehal nak buat statement melulu?.. ha?ha?ha?.. pastu dia sambung lagik tuh…) macam mana nak tido.. yang kat belakang asik bising jer..

Iyer lah sangat!!!!... ko tau tak ko tido dari mana?.. sebelum kilang benang lagik tau!!...ni sampai tol KAJANG baru nak ngaku TAK LEH TIDO?????.... mmg alasan cam MAK ANJIB ler jugaaakkkk... SAH SAH.. benih kak ungku.. wakhakhakahkahkahkah...

Sesampainya di ALAMANDA.. (oleh kerana kitaorang sampai dulukan kan kan..), makanya aku memenuhi impian Nureen untuk naik KUDA kat ALAMANDA..

Ni ler salah satu KUDA kegemaran Nureen...Memula aku suh anjib naik sama... pastu dia mengeluh.. “Hissshhhh”... sebaik jer benda alah tu bergerak.. dia LOMPAT TURUN... sanggup jadik peneman Nureen dari belakang jer...


Aku tanya naper anjib taknak naik sama..

Anjib : “Tu (sambil tangan tunjuk kat notis kecik kat benda alah tu).. dia tulis budak besar tak boleh naik”..
(masa ni aku kagum giler kat Anjib.. sebab DIA PANDAI BACA DAN PAHAM TULISAN ORANG PUTIH – statement notice tu dlm English..)..
pastu aku pun baca ler..


CHES!!! HAMPESS!!!.. dia tulis “Coin 0.50, 0.20 and 0.10 cents are accepted!!”... TAK DAK KENA MENGENA PUN NGAN “BUDAK BESAR TAKLEH NAIK”!!!!.. grrr grrr grrr.. (anis kata dia mmg PENAKUT WEH!!!)… AKU TERKENA LAGIK!!!... aku mmg rasa tak sabar nak hantar balik budak ni kat MAK DIA!!!...


Tunggu kete satu lagik tu tak sampai.. aku pun offer ler ice-cream kat diorang… aku tanya anjib..

Aku : Anjib nak ice-cream tak? Untie belikan.. (aku nampak ada booth sekerim Mc.D kat situ..)
Anjib : Hmm.. Hmm.. kalau Baskin-Robin tu buleh jugak.. (PAAANNGGG!!!!... mak aiii… TAK HENGAT PUNYER DEMAND!!! CAM MAK DIAAAAA!!!!)
Aku : (tak patah semangat untuk mengelat).. eh.. ada ker Baskin Robin kat sini?.. untie tak perasan pun..
Anjib : Tu haaaa… (sambil tangan tunjuk kat tingkat atas…)
Aku : Aaaaaaa…
(melangut sambil terngangaaaa…. BUDAK NI DUDUK SEREMBAN KER DUDUK PUTRAJAYA?.. ke dia tido umah acik lupakanje tiap2 hujung minggu?...)


(jadiknya.. aku lagik yakin penuh percaya.. kalau anjib hilang.. jgnler risau.. ORANG PASTI AKAN PULANGKAN KEPADA MAK DIA!!!! PAASTIIIII!!!!!!!)…

Tengokler aksi bahagianya anjib dgn sekerim baskin-robinnya ituew… (selamat “BATALION” satu lagik LAMBAT SAMPAI!!!...kehkehkeh…)



*************
Sampai ker hari ni Nureen kalau naik kete, mesti dia kata.."abang anjib kentut kan bu.. alah.. abang anjib… yang kentut tu..”

AMIK KO.. Nureen dah cop abang anjib “KENTUT”.. camner nak meminang esok ni?????.... kalau Nureen reject?.. alahai.. takder harapan ler nak berbesan ngan kak Unibers tuh…huhuhu… kahkahkahkah…

(BARU KU TAHU BAGAIMANA PERASAAN SEISI UMAH KAK UNIBERS KITER TU MELAYAN KARENAH SI ANJIB TU.. HAHAHAHHAHAHAH... HAMIK KORANG.. kahkahkah...)



Nureen seronok dok main ngan belon yang dia 'mintak' dari Badut kat JJ Seremban.. sambil molot dia dok pot pet.. "kakak anis.. abang anjib yang kentut.. kakak untie..kakak anis... cincin ... alamanda... kuda.. alamanda... kakak anis..." (berapa banyak KAKAK ANIS daaa... Encik Naga.. sila jeleskan diri anda k.. hahahah)


Mak Anis.. minggu ni coti sekolah kan.. hari Jumaat tulun bawak Anis naik KL.. hari ahad eden antor dia balik seremban.. eh.. coti sekolah kan.. minggu dopannyo baru den antor balik.. buleh tak buleh tak?... buleh ler… (Anis.. roger untie berapa result UPSR.. kalau result best.. ada hadiah menanti.. taraaaa…)

Wednesday, November 12, 2008

Johnny : Back to Back and Repeated Action…

Bak kata achiklupakanje.. aku kena mandrem ngan Johnny.. aku rasa pun mungkin ler.. (tolong sesapa pi berubatkan aku weh.. tapi sebelum bawak pi berubat.. teman aku makan kat Johnny dulu tau… hahahhahahaaa…)

(sambung citer semalam...heheheh) Sesampainya di JJ Seremban.. terus menapak laju jer carik Johnny.. dlm aku dok berjalan tu, timbul soalan dari akak unibers:

Akak unibers : ko tau ker Johnny tu kat ner?.
Aku : tak
Akak unibers : beh tu, yang ko laju sgt naper?
Aku : Alah..orang jalan biasa jer lah.. dia tu yang langkah ‘kecik’ (hehehe).. (tapi tu ayat aku dlm hati jer lah.. kahkahkahkahkah....)

Order bermula.. oleh kerana aku sibuk melayan nureen makan ‘Thai Chicken Rice” (sepinggan dia sorang ooo… nampak jer kecik… hehehhe.. bukan ikut mak dia tau.. BUKAN!!!)… makanya, taklah byk gambar yang aku leh snap.. TAK SEMPAT AKU NAK AMIK GAMBO “BANANA SPLIT ALL COKELAT PLEASE” yang kak unibers pesan “Bring it NOW okeh” kat org Johnny tuh.. (aku dengar-dengar ler.. ada org DEMAM + BATUK… aku tak tau ler SAPA YANG KENGKONON SAKIT TAHAP KRONIK TAK LEH BANGUN DARI KATIL… SAPA YEK????? Acik lupakanje.. tolong JAWABKAN.. sapa yang dok mengadu sakit demam kepialu batuk tibi pelbagai tuh!!!)

Seusai menyuapkan nureen nasi ayamnya, aku suruh nureen pi main2 kat luar ditemani Anis yang cantik itu… Elok aku toleh jer nak start makan… KORANG TAU APA YANG AKU TENGOK????... korang tengok sendirik ler… maleh den nak citer..


Aksi akak unibers korang tgh menonggengkan periuk sup Johnny mengikis segala yang terlekat dan tersumbat.. KE MANA DITUANGNYA???



KE MANGKUK DIA LER!!!...
siap kikis saki baki yang melekat tuh.. dan dituangnyer terus sos belen belen tu dlm mangkuk kecik yang terakhir tuh...


dan lihatler AJNIB yang dah kekenyangan tak mau layanz citer diorang yang tgh "MENGUTUK" dia.. hehehhe

Ches ches ches.. ni SAPA YANG MENGIDAM SEBENARNYA NI???.. SAPA TEMAN SAPA TAK TAU????... konpius aku... (MCM NI LAGI NGAKU DEMAM + BATUK + SAKIT PELBAGAI???.... POOOOODDDAAAAA!!!)


Habis sessi bayar membayar kat Johnny tuh… kami ronda2 kat luar JJ tuh… Nureen nak naik “kuda”.. (sebab kalau kat alamanda, dia akan naik ‘kuda’ – alah menatang yang kena taruk duit tu kalau nak naik.. yang ada kete ler, motor ler, bob the builder ler… tapi nureen bantai balun summer dipanggilnya kuda..), si ady kata.. kalau nak naik kuda, baik pegi IOI.. mmg sah sah ada “KUDA”.. “Merry Go Round” tuh… IOI?.. PUCHONG?.. hohohohoho… AKU SUKER AKU SUKER… AKU ON JER.. (pasal Puchong dah dekat ngan area umah aku dah weh.. maknanya DIAORANG KENA NAIK KL.. kahkahkahkahkah…)

SET… ke IOI.. sebagai syarat perjanjian tidak DIBATALKAN di saat akhir.. AKU CULIK SI ANIS NGAN ANJIB naik kete aku.. SO, takder alasan UNTUK TAK JADI dipertengahan jalan kankankan….

(kisah aku ngan anjib dlm kete, esok ler aku citer… sakit jiwa ooooo… hahahhahahhaa..)

Sampailer kami ni di IOI… dan tujuannya HANYALAH….




ITU JER!!!.... sekadar naik menatang tu jer… dan TUKANG BAGI IDEA tu ler yang jadik TUKANG MENEMAN BEBUDAK TU NAIK KUDA.. hahahhaha.. tenkiu UNCLE ABANG… (nureen pun konpius nak panggil apa.. abang ker uncle.. last-last dipanggilnya ady ... "uncle abang".. yang kak ungku plak dipanggilnya "KAKAK UNTIE"… kakak lagi ker??? Kahkahkahkah… )


Dalam dok ronda2 masuk Nichii Fashion House, Nureen nak minum.. then semua tanya nak minum mana.. (kak ungku tgh dok ber Roger ngan achik lupakanje), katanya acik kat putra height.. so, aku suggest ke ALAMANDA.. (sian Nureen kan.. aku kan DAH JANJI.. tgk muka cam tak puas hati jer sbb semua tempat yang aku bwk tu BUKAN ALAMANDA!!! Huhuhuhu)… aku ckp kat semua.. jom minum kat ROTI BOY ALAMANDA.. semua kata OKEH… SET…

Sekali lagi Anis ngan Azib naik kete aku.. aku rasa aku cam tau jer jalan nak pi alamanda dari Puchong nih.. (aku pakai instinct ler…).. so, aku cilok sioni dan sana.. MAKANYA AKU SAMPAI DULU KAT ALAMANDA WEH!!.. (acik, instinct gue buleh pakai ler.. tak macam instinct acik.. boooo booo boooo… blueweakkk..)

Pun ada citer aku ngan anjib yang akan diceritakan dlm entri khas “AKU NGAN ANJIB”!!!!....

Dah semua sampai Alamanda, pakat bertanya ler nak lepak mana.. konon kata tadik kat ROTI BOY kan kan kan.. tapi kak ungku kata.. tempat open sgt (kononler tuh..).. pastuh aku apa lagi..

DAH SAMPAI ALAMANDA KAN KAN KAN.. kaki aku taunyer nak tuju satu tempat jer… kat mana lagi?.. JOHNNY!!!!!!.... bila aku bagik cadangan… SEMUA.. AKU ULANG… SEMUUUUAAAAAA….. (ketujuh-tujuh orang MEREKA SEMUAAAAAAAA……) SEPAKAT BAGI KATA SETUJU!!!!!....

SO, LET’S JOHHNNNNNYYY…. AGAAAIIINN!!!!!....
(so, korang mesti ‘terpengaruh’ ngan kata2 aciklupakanje yang AKU ngan KAK UNGKU kena MANDREM ngan JOHNNY kan.. hahahahhahahahahhaaaa…..)

Kali ni oleh kerana Nureen dah kekenyangan (dan KELETIHAN akibat perjalanan ke ALAMANDA YANG MAHA JAUHNYA...), makanya.. PELUANG AKU PLAK NAK MELANTAK JOHNNY PUAS-PUAS.. Nureen yang dah KELESUAN dah tuh... hehehhe


Ni plak muka-muka yang cam NAIF BARU SAMPAI tanpa MAKAN APA2 LAGIK.. (KONOOONNN)... muka maintain cam baru datang dari JAUUUHHHH....

laskar-laskar cinta hati kak ungku nor.. yang SABAR MENANTI... hihihhii...

ni plak muka "KAKAK UNTIE" Nureen yang cam baru bangun tido jer.. (MUKA ORG DEMAM.. korang percaya ker????....) - cam NAIF jer kan..
Percaya tak orang naif di atas tu taknak makan STEAMBOAT JOHNNY... cam INSAF jer kan.. tapi korang tau apa yang dia mintak???.. Tengok tuh!!!..

Nasi + Daging Black Pepper…
(DIET????... KAK UNGKU NAK DIET?????.... AKU GELAK GULING GULING GOLEK GOLEK KELILING ALAMANDA LAH WEH..)

Lihatlah njib yang DAH SERENDER tuh...


Selepas SELESAI makan.. kak ungku kata ACIKLUPAKANJE ada kat ALAMANDA.. kat dlm K4... aku suh jer dia masuk Johnny.. jumpa kat dalam Johnny lagik senang..
(RUPANYA ACIK DH SAMPAI LAMA.. TAPI DIA TAK BERANI NAK MASUK JOHNNY – KERANA MENGIKUT INSTINCT DIA, TAKKAN KAMI PI JOHNNY LAGIK.. TU YANG DIA DOK MELILAU SAMPAI MASUK K4 TUH... CES CES CES.. MMG ACIK TAKDER DERIA KE-6 TUL LER... HAMPESSS TUL...)

Rugi acik.. kalau tidak leh join makan.. barang sepinggan ‘Banana Split” ker.. (org nak belanja pun jual mahal yer acik yer.. takper takper…)

Lepas sessi membayar, kitaorg pegi tempat WAJIB TUJU SELEPAS JOHNNY… mana lagik.. FEMES D EMES tu ler… (kak ungku dh tak tuju ke eskeleter dah.. dah TERRERR dah.. hahahhahaaa…)

Seronok plak rasanya jalan2 camni.. selalunya kalau hari minggu, nak jalan kena tunggu abang jer.. ni aku dah terror jalan ngan kawan2 weh… BILA LAGIK ABANG NAK GI OUTSTATION YEK?... hehehehheee… (AKU HEPI GILER KUAR NGAN DIORANG YANG BEST NIH.. BEST SESANGAT... duit buleh carik.. KEBAHAGIAAN DAN GELAK KETAWA.. lahirnya dari hati yang ikhlas.... I LUV THEM!!)

Sepanjang jalan balik, Nureen mengaruk nak suh ajak KAKAK ANIS tido umah.. masa kat alamanda, aku beli cincin kat nureen.. masa balik umah.. nureen bising kat aku.. “Ibu, naper ibu tak beli cincin macam nureen kat kakak anis?..”.. SUDAH!!!.. SAH AKU KENA PINJAM ANIS LEPAS NIH.. HEHEHHEEE… (encik NAGA, sila jangan JELES… hehehehhe).
.
.
.
.
HABIS SETAKAT SINI?... nehi nehi…

Oleh kerana AKU DAH JANJI NGAN AMIR & THE BOYS (sepupu sepapat..) NAK BANJER MAKAN SEBAB TOLONG BETULKAN STREAMYX AKU AND SEBAB TOLONG PASANG MEJA DAN ALIHKAN PERABOT UMAH AKU..

Makanya… aku tak mau citer banyak.. TENGOK JE LAH KAT MANA DINNER KAMI MALAM TUH!!! Kalau rasa-rasa kenal tempat, sit meja no. 10 dan 11 tuh.. andai tau kat mana kedudukan dan jenis menu yang dihidangkan.. MAKA TERJAWABLAH PERSOALAN!!!!


nureen setia dgn nasik ayamnyer.. kali ni maktok plak yang suap.. ibu nak 'rehat'.. hehehhehe..

bebudak yang banyak BERJAAASSAAA dalam mengangkat barang perabot umah aku weh.. nak plak si baju putih tu.. mmg byk membantu weh.. ada problem jer.. dialah tempat aku meroger... hatta nak pinjam duit pun aku roger dia... kahkahkahkah... patutnya adik pinjam kat kakak kan kan kan.. tapi ni terbalik kuang.. hahahhaa (amir ler tuh.. adik aku yang no.3 tu.. single, bachelor and ebelebel.. sapa nak jadik adik ipar aku.. sila ym aku .. kahkahkah.. ampun amirrr....) - yang lain2 tu sepupu-sepapat aku.. semua single and available.. nak try yang mana?.. meh aku kenalkan.. hhahahahhahaha...



INILAH KISAH AKU DAN JOHNNY... sekian wassalam..

WAKAHKAHKAHKAH..HAHAHHAHAHHAHHAHAHHA….

Tuesday, November 11, 2008

SEREMBAN.. Here I Come...

Oleh kerana tahap kebosanan bermaharajalela.. (oit kamar.. hang ingat kaktiny tak reti bosan ker?.. kaktiny bosan kalah si ladylikeme yang tgh berpantang tu tau.. hahahhaha..)

So, aku roger ler akak unibers tu.. ajak teman ‘merealisasikan impian aku’ untuk balas dendam kat Johnny… hehehhe… DAN OLEH KERANA AKU TAKMAU RANCANGAN AKU GAGAL (menunggu kak ungku ngan ady dok main o-som sapa nak drive kete naik KL… ) MAKANYA… AKU YANG DRIVE PI SEREMBAN..

Aku roger tokma gak.. tapi dpt balasan tokma : “Kita keje wak”.. adoilarrrr…. Kurang sorang teman tapi mesra aku weh.. (dah ler kaklong dah berbahagia kat kampung dia nuh.., abang plak dok berconference kat Pulau CEBU Filipina tuh..).. maka sapa aku nak ajak teman.. hah… TARAAAA!!!!.... buah hati pengarang jantung Puteri sulungku itulah dia orang nyer… ngeh ngeh ngeh… nak bawak nureen jumpa CALON mak mertua dia.. (tokma lagi awal dah masuk senarai dah… hihihi…)

Aku ajak nureen.. cakap kat dia nak pi Alamanda.. suka lah budak tuh.. Dek kerana melayan persoalan demi persoalan si nureen ni.. aku terSASAR skit.. aku dah kuarkan touch and go dari smart tag, kengkonon nak top up kat tol sg.besi.. TAPI NAPER TAKDER “TAMBAH NILAI?”.. pastu lagik konfius… SEJAK BILA TOL SG.BESI BAYAR TUNAI?.. bukan amik tiket ker?.. (sambil dok layan nureen punya persoalan demi persoalan... isy isy isy..).. RM2.20????.. NAPER AKU KUAR TOL KESAS???????.... Ni nak pi shah alam.. bukan SEREMBAN… dah tak pepasal aku kena U-TURN kat Bukit Jalil…

Dah selamat TOP UP T&GO, then.. roger kak unibers.. tanya nak kuar TOL MANA?.. dia kata SEREMBAN LABU.. ok ok.. SEREMBAN LABU.. ingat tuh!!!... pesanan penaja lagik.. “sampai NILAI.. msg tau...”.. aku tak berani bagi JANJI PALSU yang aku buleh sampai awal.. so, aku suh diorang TIDO dulu sementara tunggu aku sampai... nanti kat NILAI AKU SMS LER...
Nureen aku tgk dah BOSAN TAHAP TENUK SEMPUT dah... tengokler aksi nureen menanti detik ketibaan di ALAMANDA.. dgn pertanyaan yang tak putus.. “Ibu, naper Alamanda jauh bu?..”.. ko ikut jer lah anak oii…



(ANAK SAPA LA NI!!!... aciklupakanje.. jgn nak memandai call teledera plak k.. bluweakk...)

Nak dekat2 sampai Nilai.. baru aku nak sms.. tetiba ada INCOMING CALL.. eh eh.. abah nureen call ler.. borak ngan abang.. abang borak ngan nureen.. (bukak loud speaker okeh.. handsfreeeeeeeeee……)…. Borak punyer borak punyer borak.. then sesudah abang kata… “Bye.. take care.. Luv U”, makanya aku off henpon sbb nak msg kak ungku kiter tuh, nak bagitau aku dah lepas nilai..

Tapi aku TERNAMPAK SIGNBOARD SEREMBAN LABU lagik 1KM(dalam hati berkata.. “kalau ikut masa pi umah kak ungku ngan kaklong dulu.. tol nak pi umah dia lepas dari port dickson… tol senawang rasanya... tapi tadi dengar2 cam dia suh masuk tol Seremban-Labu.. isy.. musykil musykil… nak kuar tol ni ker tak.. kuar ke tak?...)..

Utk tak kena KEBABOM kali yang kedelapan juta kali ngan akak unibers tuh…, makanya aku check balik sms tol mana nak kuar.. HAAAHHH.. TOL SEREMBAN LABU.. elok aku nak msg.. aku mmg tengah beratur kat line SMART TAG.. OPSSS… aku sms ler yang “Dh kuar tol Seremban-Labu”.. dan... dah aku dapat balasan “SENGAL”… aku dah agak dah.. MESTI KENA PUNYER… wakhkahkahkahkah… (aku bajet mesti kak ungku menggempitakan seisi rumah dia suh semua masuk kete cepat sbb aku dah sampai.. dan mesti molot dia dok menyumpah seranah aku sbb TAK SMS masa kat NILAI tadik.. wakahkahkahkahkahkah…)..

Menunggu ketibaan gerombolan yang PACK tu.. aku park kat sebelah kiri jalan sambil layan nureen yang dah BOSAN HABIS dah tuh.. Akhirnya.. sampai gak ler kami ke JUSCO SEREMBAN……

Nureen bersama calon mak mertua...


Anjib yang "takut-takut" nak pegang nureen.. (tambah seribu duit hantaran k..)


Nureen ngan anjib dan KAKAK ANIS kesayangan.. (nama anis jer yang disebut sepanjang hari..)



KISAH JOHNNY?.. kena ada citer khas.. sbb.. KORANG PASTI SETUJU NGAN CAKAP ACHIK LUPAKANJE.. yang aku ngan kak ungku unibers kita tu KENA MANDREM NGAN JOHNNY!!!... tak caya??.. tunggu entri selepas ini... (terpaksa ngaku... hehehehhehe)


Jugak entri KHAS.. AKU NGAN ANJIB…… hohohohohoho…. (mmg seminggu ni penuh citer pasal hari sabtu haritu ler.. tu baru sehari aku ngan kak ungku dan laskar2 chentanya.. kalau seminggu.. rasanya setahun entri aku penuh citer diorang jer...)


Monday, November 10, 2008

Pulau Sibu?.. HAMPES...

Cerita 1 :

Pulau Sibu? Bukan Sibu tu kat Sarawak ker?.. bukannye pulau kan?.. konpius lak aku bila abang cakap dia nak pegi Pulau Sibu… dan bila masa plak conference dia buat kat sabah atau Sarawak.. selalunya kat over the sea nun.. (tu ler kalau bajet dah terlebih kan kan kan.. baik bagi elaun lebih kat anak2 buah.. lagi bagus.. alah, meeting kat dalam mesia pun buleh gak nak majukan kompeni.. takyah ler perabis duit nak buat jauh2.. isy.. aku lak yang over.. hehehhehe…)

Hmm… aku tanya abang..

Aku : Pesal diaorang nak buat mtg kat Sarawak plak kali ni?.. ‘seb kos’ ker?.. eh.. sibu tu Pulau ker bang?
Abang : isy leen nih.. mana plak buat kat Sarawak.. Pulau CEBU ler.. kat Filipina lah, bukan Sibu, Sarawak…
Aku : oooo…. Ye ker… (chesss…. kantoi geografi aku weh….)


Abang pegi 4 hari.. Khamis sampai Ahad.. makna kata.. hari minggu aku akan BOSAN giler ler… adoihai.. dahler exam baru habis.. ingat nak joli katak ronda2 kotaraya… tak dapek ler.. hmmm...

Cerita 2:

Hari minggu besday kaklong.. so, aku cadang nak buat advance besday utk dia.. tepon dia sepanjang pagi jumaat.. tak berangkat.. hampes tul.. aku cadang nak seleberet kat Chili’s (gara2 tgk entri si Sastri ler nih.. hehhehe)…

Tengahari tu aku tekad gak pegi Chili’s walaupun kaklong tak kompemkan lagi ‘kehadirannya’… aku beli advance kek utk surprisekan dia jumaat malam tuh.. (KONONNYA..)..

Last-last AKU YANG KENA SURPRISE… bila kaklong kata opis dia baru buat advance besday utk ‘anak2 kelahiran November’… dan malam nanti dia tak leh kuar sbb nak kena sediakan dinner utk family dia.. (betul gak, kan mentua dan adik ipar kaklong dah duduk ngan dia skrg nih..) dan jugak kaklong NAK BALIK KAMPUNG minggu tuh.. ADOILARRRRRR….. bertambah parah tahap kebosanan aku weh.. ABANG takder.. KAKLONG pun takder.. HUHUHUHUHU….


Cerita 3 :

Oleh kerana aku mmg dah MENGIDAM TAHAP TENUK BUNTING nak makan JOHNNY.. makanya aku roger “tukang teman sain mati makan Johnny”.. serta laskar2 cintanya.. sapa lagi kalau bukan akak Ungku yang unibers tu dan si ady yang sentiasa setia menemani tu.. DAN JUGAK... kerana BOSAN takder aktiviti (abang dan kaklong takder..), MAKANYA.. aku amik KEPUTUSAN.. untuk DRIVE ke SEREMBAN!!!!..

Cerita lanjut… kemudianlah.. aku nak pi keje.. hehehhehe...

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.