Salam kepada semua yang sudi berkenalan dan bersahabat dgn aku..
Cepat jer masa berlalu kan.. hari ini – 31.12.2008… adalah penghabisan dan penghujung tahun 2008… esok.. 1.1.2009 bakal mengganti calendar 2008… (maaflah sbb aku ikut calendar masihi.. ada sebab mengapa aku ikut calendar masihi utk menentukan ‘akhir tahun’.. so.. TAKYAH SPEDO aku k… aku dh takmau ‘sentap-sentap’ dah.. AKU NAK BERAZAM BARU utk LEBIH COOL… LEBIH “MENERIMA DENGAN REDHA”.. - cam poyo ler plaks.. ahaks… hihihi).
SEMOGA KAKTINY LEBIH TABAH, LEBIH BAHAGIA DAN LEBIH BERJAYA di tahun hadapan dan tahun-tahun mendatang… amiiinnn…. Heheheheheheeee….
Seharian semalam bizi nak settlekan urusan “penghantaran pulang TERUUSSS” maid aku.. legaa bila dh settle urusan imigresen…
Cuma tunggu ‘hari’ utk hantar dia balik terusss jer… naik kapal dari Melaka tuh.. adoilarrrr…. Nak kena gi Melaka plak.. (tasik.. ooo tasik merah… mana si tasik merah ni ntah.. hehehehehe…) - tokma.. jom ronda melaka jom... hehehehehe...
Senang giler berurusan nak 'hantar balik' nih.. tak macam nak apply masuk dulu.. hihihi...
Lepas selesai di imigresen… abang bagi IDEA BERNAAASSS gilers.. ajak pi jenjalan ronda-ronda kota raya… abang kata nak bagi HADIAH kat aku.. sempena dapat 4 flat.. oleh kerana aku dapat 2 A.. makanya.. 2 hadiah utk aku… aku bleh pilih hadiah apa aku nak.. wah wah wah…(gue terharu babe… bluweaaakkk….).. dan tempat shoppingnya adalah di…. (aku tahu kalu aku tak tulis pun.. senang jer korang nak isi tempat kosong… heheheheee…) mana lagi kan kan kan (nureen pun buleh tulun jawabkan...).. "ALAMANDA"…
Dan hadiahnya adalah… hehehe….
Kata 2.. naper 3?.. 2 tu kerana aku dapat 2 A.. extra tu sbb aku dapat 4 flat.. (bleh ker camtuh?.. warghkahkahkah.. sebenarnya aku tak tahan daulat kalu masuk nichii tuh.. hehehe…).
Tapi hadiah paling best adalah.. panggilan tepon dari “sahabat jauh”.. aku baru melangkah kuar dari toilet, abang ckp ada call.. dari “iina – no. pelik”…melompat aku sbb aku ada sorang jer kwn nama “iina-no pelik” (nombor panjang sgt.. 44xxxxxxxxxx”..) hahahahaaa….
Tapi oleh kerana aku DI TEMPAT AWAM.. makanya aku kawal suara aku supaya tak “over d acting”.. abang dah bagi signal isyarat jari telunjuk di bibir ('SLOW').. so.. aku takleh bising2 sgt.. (eh eh… sound aku ‘slow’ masa cakap ngan ko kan iina kan kan kan… hahahahaha..) – mau tak excited, org tu call dari jauh… thanks sbb ko call aku … rindu ko.. huhuhuhu…
2008 dah nak tamat… aku nak ucapkan selamat tahun baru.. selamat meninggalkan kenangan silam 2008, selamat panjang umur, selamat murah rezeki, selamat bahagia, selamat dari segala kejahatan diri dan hasad dengki orang dan segalanya selamat dalam setiap tingkah, niat dan pekerjaan…selamat segalanya kepada KALIAN SEMUA....
Bermula tahun 2009.. maka bertambah satu lagi “UMUR” kita… dan kurang “SETAHUN” lagi jangkahayat kita.. jadinya.. aku ingin TUTUP BUKU LAMA dengan ucapan – MAAF ZAHIR BATIN… di atas segala salah silap tutur kata, perbuatan, perkataan, gurauan, yang sengaja, tidak sengaja, yang sedar juga tanpa sedar, termasuk yang salah faham dan salah difahami.. MOHON KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN IKHLAS DARI HATI..
….. sebagaimana aku inginkan kerahmatan dari Allah, kebahagiaan, dan kejayaan di dunia dan di akhirat… makanya aku mendoakan kebahagiaan dan kejayaan utk kalian juga.... untuk kita semua hendaknya… AMIIIINNNNNN…..