Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday

Hari Ini : STATISTIK OH STATISTIK

Hari Sabtu hari tu dh start class... sepatutnya class statistik petangnya.. tunggu punya tunggu punya tunggu.. lecturer tak timbul2.. rupa2nya dia clash dgn class lain.. and dia kata pihak 'tertentu' tak bagi apa2 surat / notis pada dia pun pasal class statistik kami nih.. (hish.. ni yang nak komplen kat pihak2 'tertentu' nih.. hihihihi..) makanya.. class ganti pada hari ahad jam 9.00pagi - 12.00 tengahari.. (tapi end up kami habis kul 3.30ptg oiii.. kepala aku dh suku ting tong dah.. tapi menarik gak class nih.. heheheh)

Masuk class statistik (oitt.. aku berjaya rembat adik aku punya culculator yang selama ini aku tak penah 'impikan' utk pakai.. culculator scientifik tuh.. adoilah..), lecturer tanya sapa yang takut amik class statistik dan susah hati dengar senior2 ckp 'killer subject' and so on and so on.. aku pun apa lagi.. dgn "bangganya" angkat tangan paling tinggi (kalau boleh nak berdiri atas kerusi nak bagitau lecturer yang aku paling ngeri dgn angka2 apatah lagi formula2 math nih..).

Lecturer tu ckp.. jgn takut.. yang penting tahu asas campur tolak darab dan bahagi.. insyallah takkan ada masalah.. (aku iyerkan jer lah..)..

Kenapa aku amik Law masa buat degree dulu?.. sbb law takder pengiraan dan nak masuk Law UiTM, mathematik tak dijadikan subjek wajib kredit.. so.. itu salah satu sbb aku amik law dulu.. mmg sesangat utk 'lari' dari pengiraan.. masa aku part 4 dulu - amik subjeck land law - ada satu soalan pengiraan cukai tanah.. HARAM aku tak jawab.. pasai kena kira - aku sanggup choose soalan penyelesaian kes yang panjang gila kena jawab dan kena hafal kes2 segala.. (3 booklet aku jawab soalan land law... hehehehh) - tutor aku masa tu (Pn. Noraziah) kata rugi aku tak jawab soalan cukai tanah tu sbb senang sgt.. pengiraan dia skit jer.. aghhh tak kira - janji ada nombor, aku takmau.. titik!!!. (tapi aku dpt B+.. ok ler tuh - entah2 kalau aku jawab soalan tuh, akuleh dpt A- kot.. heheheh).

Ni kena amik Statistik.. Ya Rabbi.. selama ni aku sasarkan le langit.. utk statistik aku nak sasarkan ke mana yek? (dgn mengukur kemampuan sendiri..) - alahai.. camner korang semua leh terror math and culculation pelbagai nih hah?.. naper aku hampessss sgt bab2 nih?..

Dulu masa aku amik SPM, adik aku no. 3 (yang tingkatan 2 masa tu) yang ajar aku.. heheheh.. kalau dia tak ajar aku 'last minit' rasanya - masak jugak result aku tuh..

Tapi dalam hati aku mmg tekad dan think positif yang Insyaallah aku boleh buat (janji lulus pun tak per..).. aku tekad nak belajar betul2.. aku nak minta lecturer buat class tambahan ler.. aku akan buat sehabis baik.. kalau sesapa nak buat class tution pun aku sanggup bayar.. janji aku leh dpt buat dan lulus statistik nih.. smlm aku mencari perisian SPSS.. tak jumpa pun?.. adoi la.. aku nak start buat latihan la.. tapi sapa nak ajar aku?.. lagi adoi lah..
tambahan : psstt.. tadi aku masuk bilik Boss mintak sign apa yang patut, sblm aku kuar, Boss tanya aku:

Boss : So, you already started your class? (rasanya sbb dia nampak ada buku atas meja aku tadi masa dia masuk..)
Aku : Yes Tan Sri. Semester 3. But this semester I've got one 'killer subject' which is Statistic.
Boss : Statistic?.. ohh.. for that's subject - don't ask me..
Aku : Alamak.. even you also give the same expression..


Boss aku yang terror merror tu pun surrender dgn statistic.. CAMNA TUH?.. (selalunya aku mmg suka pinjam buku2 management Boss aku dan tanya pendapat dia pasal topik assignment aku - ada time rajin, dia betullkan spelling / grammar assignment aku.. Boss aku mmg best giler - ala ayah2 gitu.. pasai tu aku tak mau cari kerja lain.. selagi Boss aku kat sini, selagi itulah aku akan terus berkhidmat kat kompeni nih..)

Tapi mujur aku ada sang sahabat - sapa lagi kalau bukan kaklong.. (oitt cik kak sayang.. hangla tongkat paruh aku... hhihihii).

Friday

Hari Ini : Pergilah Bosan..

Terus-terang cakap.. mmg aku tgh bosan.. bosan yang amat2.. apa aku nak buat kat opis nih?.. Mmg aku bersyukur sgt sbb berada di pejabat ini, di tempatkan di bilik ini, menjawat jawatan ini (walaupun tak glemer pada org lain kan..terutamanya pada kengkawan sekuliahku di U dulu), dgn gaji sebanyak ini, dengan mendapat Boss sehebat dan sebaik ini, dengan kemudahan dan faedah yang ditawarkan sebegini.. mmg aku bersyukur dan bahagia sgt.. (sbb tu sapa2 nak amik tempat aku - aku bom dgn C4 - opss.. isu sensitip..)..

TAPI.. HARI INI.. SAAT INI.. DETIK INI... WAKTU INI dan KETIKA INI.. aku terasa BOSAN yang teramat.. AKU BOSAN SBB BOSS TAKDER AND AKU TAKDER KERJA NAK BUAT!!!!!!!!! TOLONGLAH.. AKU DAH JADI TENUK SEMPUT DAH NI.. MANDDOOOOOOMMMMM GILER.. TAK TAHU NAK BUAT APA...

AKU BOSAN... tadi Boss masuk jap sblm solat jumaat.. tapi adalah 2-3 minit.. naik opis, sain itu ini.. tanya lebih kurang.. dah.. kuar balik.. aduhaiiiiii...

Mujur class start esok.. so aku akan ada kerja nak buat.. dan hari yang Boss tak masuk akan aku penuhi dgn buat assignment..

Thursday

Hari Ini + TINTA 8 : Menyintai vs. Ingin Memiliki

Sepatutnya smlm cadang nak tulis tajuk – SUCCESS.. sbb dgn jayanya telah :

1) TAK DAK ENTRI DLM BLOG (tapi sebenarnya.. hehehe.. sempat gak pegi dua tiga blog member and tinggal komen .. kui kui kui.. sebab tu tulis tak dak entri.. bukan tak bukak blog.. hahahha)

2) tengahari - daftar Sem. (amik kaklong kat opis dia – bank in duit yuran – Pi U – DAFTAR – amik Modul..)

3) Belanja kaklong makan kat Johnny Steamboat kat Alamanda.

4) Hantar kaklong balik opis.

5) petang - Pi SPA.. buat manicure, pedicure and full body massage.. (BERJAYA!!!!! tapi manicure cam tak puas hati skit – sbb staff baru buat.. takperlah bagi peluang dia belajar kan…)

6) Balik umah – lepas maghrib amik kaklong kat umah dia..

7) Pi GSC Alamanda – tengok AYAT-AYAT CINTA (tiket kul 9.30mlm – abang bagi ‘green light’.. hahahahhah)

8) Hantar kaklong balik (kul 12.30 sampai umah.. mak aii.. tak hingat dunia punya pompuan dua org ni.. tak penah hayat aku buat keje camni lepas kawin.. ) Pastu aku pun BALIIIK.. tidurkan anak and abah anak and aku pun TIDOOOOOORRRRRR.. hahahhaha..

Berjaya aku melakukan aktiviti yang tergendala hari tu.. kan senang.. tak yah list panjang2.. pi buat jer.. dapat lak aktiviti tambahan (ini mencukupkan angka 8 – number list tu utk Sastri heheheh)

Ehh.. tajuk entri aku lain lah?.. hmm.. pasal “menyintai dan ingin memiliki..”

Ia adalah salah satu dialog dlm Ayat-Ayat Cinta (AAC).. hmm.. aku rasa aku faham apa bezanya sbb mungkin ia ada sedikit kena kat aku kot.. KOT LA.. aku rasa.. AKU RASA jer lah.. aku dapat faham apa yang dimaksudkan dan apa PERBEZAANNYA..

Aku tafsirkan mengikut tafsiran aku sendiri dan mengikut apa yang berlaku pada diri aku sendiri..

Menyintai adalah apabila kita merasa amat memerlukan dirinya dan bersedia malah redha dengan kelemahan dan kelebihan dirinya.. seadanya – bukan utk mengubah dirinya mengikut apa yang kita mahukan..

Ingin memiliki – kita meng’agung’kannya (salute / too much respect) . Hanya nampak kehebatan dirinya dan terasa ingin bersama-samanya sentiasa.. kita ingin merasakan kehebatan dan kelebihan di dalam dirinya itu dengan berada di sampingnya.. dan kita hanya nampak yang indah sahaja tanpa sedar kecacatan dan kecelaannya dan tanpa kita tahu apakah kita boleh menerima kelemahan yang ada..

Aku rasa.. (RASA ajer lah..) Menyintai dan ingin memiliki.. yang berlaku pada aku :
Aku tahu dengan yakin bahawa aku amat menyintai abang..
‘Dr. XI’ – sebenarnya, aku hanya ingin memiliki dirinya.. seperti yang ku gambarkan tadi.. dan jika.. JIKA.. aku bersamanya.. aku tak rasa aku boleh menerima ‘kelemahan atau kekurangan’ nya…
TAPI.. aku boleh utk ‘tutup mata’ melihat kelemahan dan kekurangan abang kerana aku amat memerlukan abang dalam hidupku.. (again.. what a typical women thinking.. oh my oh my..)

(rasanya sapa yang dh kawin lama mesti nak muntah darah dengar ayat aku nih..)

AAC.. banyak pengajaran yang aku dpt.. (sebanyak air mata kaklong yang dibiarkan menitis laju di pipinya.. hehehehehhe.. akucuma satu babak jer yang buat airmata aku bergenang.. bab lain - aku byk 'cebik'kan bibir jer.. heheheh..'protes dlm diam tuh'..)

Tapi.. sebanyak mana ‘ilmu’ yang cuba di sampaikan.. aku tetap BERKATA “NO” untuk POLIGAMI..

Meskipun begitu.. aku kagum sebenarnya pada sapa yang mampu berpoligami dan bersedia hidup bermadu.. kerana ia memerlukan kekuatan emosi, perasaan, nafsu, akal dan iman yang kuat, gigih dan jitu.. baik si lelaki mahupun yang perempuan.. I believe that only selected people can go through all kind of hardship in POLIGAMI... and surely.. I CAN’T.. (and STOP.. this is very the very sensitive issues.. aku tak mau elaborate panjang-panjang.. tak pasai2 jadi thesis lak.. hmm.. takyah aku pikir tajuk lain dah utk project paper semester nih.. hihihi)

Tapi bak kata aku pada entri King bertajuk “Kenapa Beta menulis tentang mereka – part I" (ampun King, patik link entri tuanku plak..) “tak siapa pun makhluk di dunia ni yang hantar dan sembah sirih junjung kepada Tuhan dan meminta perkara buruk terjadi dlm hidup mereka.. cuba tanya pada 'mereka' - siapa yang mahu derita?.. mungkin mereka berkata - "kami tidak berupaya"..

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” ~Surah Al-Baqarah ayat 286

Dia lebih mengetahui .. dan Dia memberi apa yang kita PERLUKAN bukan apa yang kita MAHUKAN..

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” ~ At-Taubah ayat 129

Oiitt.. apa aku melalut nih??

Nak komen pasai AAC?.. huis.. kalau aku komen.. mesti sama tebal dengan novel dia.. aku takmau komen.. yang pasti .. AKU ENJOY.. mmg sebab jalan cerita dia best.. TAPI yang aku lagi enjoy adalah.. sebab aku BERJAYA keluar BUJANG berdua dengan KAKLONG.. best best best.. kaklong.. I LOVE U sooooo muchhhhh… hihihi… next plan please?.. heheheh..

Citer aku kat SPA?.. hmm, tak se’best’ aku tgk wayang and balik tengah malam dgn kaklong..(sesekali dpt ‘lesen terbang’..)

Tuesday

Hari Ini : AKU HANYA MERANCANG..

Betullah.. kita hanya merancang.. Allah juga yang menentukan..

Kalau dilihat pada list aku yang pagi tadi.. pheh.. penuh semangat kesukanan aku melaporkan 7 aktiviti yang aku nak buat sepanjang hari.. tapi kerana 2 sebab :

1) Ter'jalan-jalan' dan layan blog kengkawan
2) Phone call dari Kaklong

menyebabkan ketujuh-tujuh agenda aktiviti berapi aku tu - satu pun - aku ulang tulis.. - satu pun - TAK DAPAT AKU PENUHI... (ady.. oleh kerana kaktiny tak pi masuk duit kat maybank tasik permaisuri tu, so tak dapekler nak belanja ady makan...hihihihi...)

MEMANG AKU HANYA MAMPU MERANCANG...

Sepagi aku tunggu phone call abang utk jemput dia.. tapi dia tak call gak.. so, aku layanler blog kengkawan.. kononnya kul 10.30am, aku nak cabut jer.. ter'ralit' layan blog member2... tetiba lak ada 'Latihan Kebakaran' yang menyebabkan aku terpaksa menghabiskan masa di bawah 'sinaran mentari' yang panas terik tuh sehingga jam 11.45am... abang call kata tak dpt keluar sbb dia kena pegi HQ utk conduct interview.. then.. kaklong plak call.. ajak teman gi lunch ngan kawan dia.. kul 12.15pm aku kuar amik kaklong kat opis dia.. (dan aku dah tahu dah.. if kuar ngan kaklong kul 12.15pm.. agak2 dpt ker aku pi buat spa kul 2pm?.. TAKDER MAKNANYER... ) so, awal2 lagi aku dah tepon Spa tu mintak postpone ke hari lain..

Kuar lunch dgn kaklong and kawan dia kat Danau Kota.. then aku hantar kaklong balik opis.. dan aku - nak buat apa lagi?.. pi menyebok kat tempat kawan2 opis lah... (maklumler boss aku takdak.. kalau aku ber'aktiviti liar' camni - maksudnya Boss aku takdak kat opis.. atau lebih tepat ada di luar kawasan KUALA LUMPUR.. atau PI OVERSEA... KALAU Boss aku ada.. akulah 'anak' yang paling soleh lagi solehah - tak caya tanya bebudak opis aku - kuar lunch pun tak.. angkat handphone pun tak... tinggal tempat duduk cuma kalau nak pi solat atau nak terkucil or nak buang yang besar tu jer ler - tapi selagi aku bleh tahan, akan ku tahan sehingga boss punch out keluar opis... mithalikan aku?..heheheh.. kalau Boss takdak.. hahhhahuahauhaahh.. toyol kepala hitam tu akuler.. hihihi - ehh... bertudungler - tapi jgn tak caya.. Boss aku 'REDHA' dan tahu aku buat aktiviti2 camni - kata dia : "If I'm not coming to the office - you may do as what is necessary.." - WHAT IS NECESSARY??.. very wide meaning... so, aku tafsir dgn cara aku sendirilah yer.. JGN MARE!!! (mesti ada yang nak ganti tempat aku kan kan kan kan???.. aku sula sapa berani apply post aku.. aku bakar resume korang.. hihihihih).

Petang ni.. aku tak tau nak buat apa.. sekali lagi aku meronda2 kota raya lawat blog2 member.. time kasih maksu sbb jawab tag.. mmg best siot layan gelak kat 7 perkara pertama berlaku dlm hidup maksu..

dan aku gelak guling2 baca cikgooden punyer entri.. "kreatifnyer anak cikgooden.. MAMA - BABA......." (nasib baik Boss aku takdak.. kalau tidak sure peristiwa baca entri ayobkelubi berulang kembali.. hihihihih)...

Conclusion : semua ketujuh2 list aku pagi tadi.. satu pun tak leh pakai.. TUJUH?? (si JP suke ler nombor nih.. takper Sas.. nanti kaktiny buat list 8 lak.. hihihihi)

So, petang ni aku tekad.. nak buat post entri awal hari ni.. so, utk esok.. aku TAKNAK bukak blog pepagi.. sbb aku akan 'ter-ralit' kalau bukak blog.. and aku nak buat apa yang aku patut buat.. (sure sesapa yang layan blog aku hari ni akan mengagak bahawasanya 'esok' kaktiny mesti dgn merak kayangannya nak cerita pasal dia pi SPA...) 'nehi nehi nehi' (tidak dlm bahasa Hindi...) - bukan setakat tak cerita pasal SPA - malah TAKDAK entri pun utk 'esok' (hari ni ler maknanyer tuh..).. tapi...

TAPI.. entri skrg adalah pada petang 24/6.. ESOK?.. AKU HANYA MERANCANG..
(mana tahu timbul plak entri esok..) huahuahuaahua... sekali lagi :

"AKU HANYA MERANCANG.."


Hari Ini : NAK PEGI MANA DULU...

Hmm.. hari ni nak pegi mana dulu yer?..

1) Keluarkan duit.. (wajib tuh..)

2) Pegi amik abang kat Subang (nak gak teman pi U)

3) Pi U (daftar and amik modul - kaklong, nanti aku teman hang plak k..)

4) Lunch (nak belanja abang makan kat mana yek?..)

5) Hantar abang balik opis dia..

6) Pi Spa.. hehehheh (dah booking utk full body massage, manicure and pedicure.. thafiexq, dah try yang kat alamanda tuh?)
p/s : Rudy, kalau nak buat full body massage sesama ngan Suri, nanti kaktiny bagitau pi kat mana.. husband + wife layan SPA together-gether..best ooo... tak caya, tanya hubby kaktiny - ni pun dia dah tanya bila lagi nak pi .. hihihihihi... utk lelaki, yang massagenyer lelaki gak.. kalau pompuan yang buat- TAKDER MAKNENYER KAKTINY BAGI CIK ABANG PEGI!!!..)

7) Pi Gym (alah.. ni macam kena cancel jer.. kaklong ada dinner lah plak malam nih.. nak pi sorang tak best.. )

Any additional?.. cukuplah utk hari ini.. hihihi...

Jom.. sapa nak ikut?.. (kaklong... tak best hang takdak.. but.. as been told before - June 08 - Kaklong is 'untouchable'.. heheheh - next month kita rancang lagi yek..)

pssst : oh ya.. abang wafa.. bawaklah MH gi SPA (amik set lulur pengantin.. sure berseri2 nanti... ooo.. pilih khamis malam jumaat yer... hehehehhihihih.. semoga berkaaattttt... NRIC No. please.. do sms or e-mail me k...)


ni entri tambahan..
pagi tadi mmg aku dgn semangat wajanya nak pi buat semua yang dlm list kat atas tuh.. tapi dok 'ralit' 'lawat and layan' blog kengkawan.. and tunggu phone call abang.. tetiba bunyi 'kringgggg kringggg.. kringggg.. - diminta semua penghuni xxxxxx xxxxx mengosongkan premis masing2.. ini panggilan kecemasan dari pihak bomba.. ada kebakaran..' ADUHAI FIRE DRILL.. HAMPEH betul.. aku pun dgn semangat wajanya turun tangga tak toleh kiri kanan dah.. (warga cemerlang la katakan).. masa kat tingkat 3 (aku tingkat 7 okkkkk...), en. bomba tu kata - wah bagus.. antara yang terawal.. siap amik gambar aku lagi (wehh.. aku angkat kain paras mana yer tadi?.. mak aii.. aku saman malu en. bomba tu kalau gambar aku tgh angkat kain turun tangga terpampang kat notice board bawah nanti..)
dan seperti kata kaklong smlm.. kita hanya mampu merancang.. kan kaklong kan.. tapi yang pasti SPA kul 2ptg akan tetap aku gagahi.. walau sebanyak mana rintangan mendatang.. kui kui kui..

Monday

Hari Ini : MENGANTUK..

Mengantuknya..

Smlm baru balik dari kampung - kulim, kedah..
berkesempatan jugak lawat tok abang dekat tikam batu, sg.petani, kedah (tok sebelah ayah abang..)

Yang di muar tu , kampung sebelah mak abang dan kampung 'tetap' abang.. kampung muar adalah kampung yang mak dan ayah abang tinggal sekarang ini.. yang kerap kami pulang..

Yang di Kedah ni, rasanya jarang sgt mak dan ayah abang termasuk abang dan adik beradik abang balik melawat.. - cuma semenjak kawin dgn aku, barulah kerap abang jenguk tok dan wan dia tuh.. itupun sebab balik kampung aku di Kulim, for sure kami singgah tikam batu kejap..)

Apa lagi nak tulis?.. mengantuk.. even Boss ada dalam bilik dia, aku still kureng semangat hari ini.. plus.. mood monday blues kot.. alahaiiii..

Class start this week.. daftarnya bile?.. member2 ckp sabtu hari tu dah daftar and amik modul.. tapi takderpun dlm portal?.. aduhai.. esoklah gi UPM.. amik half day.. lepas daftar nak gi SPA.. kui kui kui..

p/s: esok gaji.. yea yea... sapa nak ikut gi SPA?.. rudy, nak kaktiny bawakkan wife rudy sekali? heheheh...

Friday

Hari Ini : 'LAWATAN SAMBIL BELAJAR'

AKU PEGI MELAWAT REBAN AYAM!!!.. Percaya tak?.. tak pasal-pasal.. apa kaitan aku dengan projek BELA AYAM??..

Ini semua kaklong punya pasal..

kaklong : ko nak ikut aku lawat projek koperasi tak?
aku : nak nak .. kat mana?
kaklong : Kuala Kubu Baru
aku : tang mana tu?
kaklong : kat area ulu selangor sana tu
aku : ok gak..
kaklong : hang tau dak nak pi tengok projek apa?
aku : projek apa?
kaklong : kita pi lawat REBAN AYAM?
aku : HAH?!!.. reban ayam?.. reban ayam pun reban ayamlah..
kaklong : Hang pakai kain ka pakai seluar?
aku : pakai kain ler..
kaklong : aku pun.. ni aku nak pi beli baju and seluar nih.. takkan masuk reban pakai kain..
aku : hang beli kat aku sama.. sat gi aku bayar balik..
kaklong : ok, sat gi aku amik hang..

wallahhh.. gi lawat ayam tuh..

Menaiki kereta dengan Bos-Bos besar (tahap billionairre dah tuh..) koperasi "KOXXXX" + seorang lawyer mereka.. aku ingatkan mungkin suasana serius lah.. TAPI.. YA AMPUNN.. sepanjang perjalanan pergi dan balik.. sesak nafas dan nak putus urat perut + usus besar aku menahan gelak dgn cerita-ceriti especially daripada Tuan Haji tu..

Aku yang pada mulanya taknak ler involve apa2.. (maklumler siapalah aku di sisi mereka-mereka itu.. takder kaitan pun..) TAPI.. dek kerana lawak dan 'humble' nya hartawan2 tu bercerita.. aku bantai gelak berdekah2 sampai mengalami 'kekejangan' perut..
Banyak lawak yang mmg tak pernah aku dengar selama ini diceritakan oleh Tuan Haji.. BEST GILER... di entri lain aku akan selitkan lawak2 Tuan Haji..

Aku nak cerita plak pasal 'LAWATAN SAMBIL BELAJAR" aku ke Reban Ayam milik KOXXXX tu.. wah.. aku kagum sgt dgn 'otak dan jiwa business' mereka-mereka ini (Tuan Haji & En. Din terumatanya..).. semangat, minat, iltizam, dan komitment mereka amat aku KAGUMI.. SANGAT-SANGAT dan SUNGGU-SUNGGUH aku 'RESPECT' mereka-mereka ini.. walaupun duit berjuta-juta (beli tanah dan rumah macam aku beli kasut jer - berapa harga?.. hah.. angkat.. pheh..) tapi cukup HUMBLE dan bersahaja.. takder riak, sombong atau nak menunjuk2.. padahal siapalah aku di sisi mereka-mereka itu.. projek mereka yang kat situ.. bukan sahaja tertumpu pada projek ayam (cost 1/2 juta.. penternakan moden.. langsung takder bau ayam atau 'taik' ayam bila kita ada kat situ.. kwsn bela ayam tertutup kemas..) tapi ada jugak kebun dsbgnya...

Lawatan hari tu.. aku dan kaklong tak pulang dgn tangan kosong.. ubi kayu, pisang, daun limau purut, daun kari, serai, tomato kecik, cili padi, buah limau purut adalah di antara buah tangan yang diberikan kepada kami (banyak giler tuh..) - aku dan kaklong berebut 'tolak' sapa amik yang banyak.. sbb sapalah nak makan sgt kat umah tuh.. (yang betulnya.. siapa nak masak banyak2 tuh? hehehhihihihi..)

Antara yang aku belajar drpd lawatan tu?
1) Berbakti pada tanah - pulangannya hebat.
2) Berniaga - mmg berbaloi dan puas hati.. sendiri Boss - sendiri kuli..
3) Tinggi mana pun taraf kita - Be HUMBLE.. org pun suka, hati pun senang..
4) Jgn sombong, riak dan takbur - kita akan dihormati
5) Pangkat, kekayaan, duit ringgit - bukan jaminan kebahagiaan dan ketenangan jiwa
(Tuan Haji benar2 menginsafkan aku.. dan aku TABIK HORMAT pada Tuan Haji..)

LAST BUT NOT LEAST - KAKLONG.. thanks for the opportunity given.. aku menimba pengalaman baru.. really appreciate it.. thanks again.. love u..

(p/s : kalau aku bujang.. mesti aku teman ko gi Langkawi ptg ni utk mesyuarat kat sana....hehehhehe...)

Wednesday

Hari Ini : JOM JALAN-JALAN NAK?

Abang call tanya aku nak gi trip tak?.. Hmm.. trip ke mana lak kali nih?..
Trip ke.. AFRIKA SELATAN.. HAH???!!!.. (typical ortodoks thinking about AFRIKA)..


Aku : gi Afrika?.. bukan hari tu kata nak gi Europe ker?.
Abang : Tak jadi gi Europe.. diorang tukar gi Afrika..
Aku : Alaaaaaaaa...
Abang : nak ikut tak?.. iye lah, trip ke Perth and Surabaya dulu leen tak leh pegi sebab exam kan.. trip ni takder clash dengan class kan.. jom lah..
Aku : AFRIKA... hmmm.. berapa hari?
Abang : 10 hari..
Aku : HAH????.. 10 hari.. weh.. habis cuti leen camtu jer.. malehler.. taknak ikut takperkan...
Abang : terpulang leen
..
(masa aku tergedik2 nak ikut gi Perth dulu, clash ngan mid term exam.. masa aku tgh berangan nak shopping kat surabaya, clash dgn final exam.. bila aku TAK HINGIN nak pi AFRIKA.. takder plak apa2 'aral melintang'.. aduhaiiii...)
Oleh kerana aku taknak ikut trip dia itu makanya aku telah men'suggest'kan sesuatu pada dia.. heheheh..

Aku minta izin utk gi jalan-jalan jugak.. dia tanya nak pi mana.. aku kata tak tau ler lagi tapi kalau diizinkan baru aku nak merancang.. and guess what..

HE SAID : "Oleh kerana result exam leen maintain above 3.5 pointer maka abang bagi peluang pada leen.. so, "OK" BOLEH.. abang izinkan leen pegi either dalam or luar negeri.. abang support leen..


Hah .. ok? boleh pegi jalan2 without him?!!... YEEEPPPEEEE..
(icon aku lompat-lompat golek-golek naik turun bukit terbang tinggi sampai langit ke-7 - ops.. ter'over' lak.. terlupa silap lompat aku leh jatuh 7 petala bumi kat bawah tu...hehhhehe).
So.. aku dah berkira-kira nak gi mana2 destinasi ni (tapi terhad kepada 3 hari 2 malam atau paling lama 4 hari 3 malam jer - tak kisahlah) :

Dalam Negeri :
1) Sabah
2) Mana2 Pulau
3) Balik Kampung (best gak tuuu..)

Luar Negeri :
1) Singapore
2) Bandung
3) Bali
4) Korea
5) Beijing

So.. mana nak pi hah?..

p/s : kaklong.. hang leh ikut aku tak?.. try pujuk2 laki hang - kot2 dia bagi ker.. hang check diary laki hang kot2 dia ada outstation on 4 - 7 July (and diary hang gak.. hang pun bz giler lately..) jom ler.. jom ler.. jom ler..

oh ya.. satu lagi p/s : aku dpt banyak (takler banyak sgt - 10 bilik jer) voucher free 2 hari 1 malam ke Awana Genting @ First World Hotel.. sapa nak ikut? (tapi kena aku yang bawak ler.. sbb voucher tu atas nama aku.. Boss bagi.. hehehehehhe... jom jom jom..)

Hari Ini : BOSANNYER...

Hari ini / minggu ni bosan betullah kat opis.. dah banyak hari Boss tak masuk.. esok pun dia tak masuk, lusa Boss gi oversea.. pun tak masuk.. erggghhhhh... BOSAN TAHAP CIPAN dah nih.. Assignment si gadis teman sepejabat tu pun dah disiapkan semalam.. nak tolong buat assignment kawan2 yang lain, ramai yang class tak mula lagi..
Nak buat apa lagi yek?.. nak study, class hujung bulan baru start.... makanya perabis 'reta' company je lah.. dgn layan blog.. heheheh... next month nak terminate streamyx kat rumah and beli broadband.. so, leh bawak laptop ke mana2 and pasang broadband.. even kat opis.. tak sedapler 'dok balun rheta kompeni selamba badak jer..'..
Bosan... bosan.. bosan.. itu jer lah.. hari ni nak jalan-jalan lawat blog dgn semewah2 nya... hihihihi..
p/s : ni entri tambahan.. (slps dpt komen dari si ady... "streamyx tuh broadband jugak. cuma wired broadband. broadband yang akak maksudkan wireless broadband yang di provide oleh celcom or maxis" ).. OK OK OK... nak tukar streamyx yang wired broadband and ganti dgn celcom wireless broadband.. BOLEH CAMTUH?.. hehehehhihihih... maklumlah kaktiny ni kan 'kurang skit ilmu IT' nih..

Monday

TINTA 7 : DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK

Dah nak dekat kul 7.00pm.. malas aku nak balik awal hari ni.. cam takder mood jer… abang ada conference kat KLCC.. so, aku takyah masak malam nih.. dah berhajat besar nak gi swim.. kaklong plak ada mesyuarat koperasi malam ni (diorang tak reti nak buat siang ker kaklong?..tau ler multi-millionaire kan).. dan aku – dok layan blog sambil dengar cerita bebudak opis yang tgh ber’gym’ kat bilik gym (diorang ni ber’gym’ ker bersembang?..)

Aku pinjam entri hazelsyd bertajuk MOOD :

...the mood that is as cold, wet and gloomy as the weather outside..
...it's that time once in a while when depression and feeling down knocks my door...

Dalam entri semalam – Kisah : Sudah Tiba Jodohnya, sang sahabat si tasikmerah telah memberikan komen berbunyi : kadang2 apa kita nak dan Tuhan tak bagi... kita marah... tapi sebenarnya Dia lebih tahu apa yang terbaik utk kita kan.... :) ..

AKU SETUJU SANGAT – terus aku terteringat kisah ulat bulu dan kaktus.. dan kisah ini aku sentiasa pegang dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya apabila aku tidak dapat apa yang aku hajati..


KISAH ULAT BULU DAN KAKTUS..

Tertarik dengan keindahan bunga dan kecantikan rerama, seorang hamba Allah berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama untuk dijaga dan dibelai. Maka berdoalah beliau sungguh-sungguh, sepenuh jiwa dan seikhlasnya. Berjanji beliau bahawasanya akan menjaga bunga dan rerama tersebut jika Allah memakbulkan permintaannya.

Allah kemudiannya memberikannya kaktus dan ulat beluncas. SEDIH, MARAH, GERAM, segala perasaan kecewa bercampur baur kerana doanya tidak diperkenankan. Terfikir oleh beliau “Kenapa?..kenapa permintaanku tidak dimakbulkan?. Mungkin aku bukan hamba terpilih yang Allah dengar permohonanku”..

Kerana kecewa, beliau memutuskan untuk tidak mempersoalkannya lagi dan membiarkan ‘pemberian Allah’ itu di satu sudut di ruang rumahnya.

Suatu tempoh, beliau tergerak untuk melihat apa yang terjadi dengan ‘pemberian Allah’ tersebut.. (meskipun dalam diam beliau sudah melupakan ‘impiannya’ dulu)

DAN ALANGKAH…

Kaktusnya menghasilkan bunga yang sangat cantik dan ulat beluncas hijau tersebut bertukar menjadi seekor rerama yang sangat berwarna-warni.

BENARLAH..

Rancangan Allah lebih hebat daripada segala-galanya.

Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Kita mungkin kecewa apabila doa kita tidak diperkenankan..

TETAPI..

ALLAH LEBIH TAHU APA YANG KITA PERLUKAN MELEBIHI APA YANG KITA MAHUKAN..

DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK..
KESAKITAN HARI INI ADALAH KENIKMATAN HARI ESOK..


Untuk itu.. BERSYUKURLAH DAN JANGAN PUTUS BERDOA.. DAN REDHA dengan setiap PEMBERIAN-NYA.




Sunday

Kisah : Sudah Tiba Jodohnya

Aku tak tau nak tulis tajuk apa.. bedallah labu.. tapi aku rasa cam nak tulis pasal dia nih.. pasal dia?.. takderlah apa2 sgt pasal dia.. Ini pasal 'platonic friend' aku.. sahabat (platonic friend) aku dari aku darjah 5.. Dr. XI..

Kenapa aku tulis pasal dia hari ini? Hmm... sbb tadi masa aku tgh tolong laki aku buat report / meeting presentation kat opis laki aku, aku dapat satu SMS berbunyi :

"A'kum..tiny apa khabar? nak bgtau tiny, sy dah tunang baru 2 weeks dgn org pendang, kedah. family arrange - i****."
dan lagi antara smsnya menyatakan..
"... cikgu I**** yang kenalkan.. sebulan kenal then on 30/5 tunang. Cikgu I**** g wakil tunang.." (Ohh.. Cikgu I****... dan cikgu juga suatu ketika dulu pernah "menyatukan" kami berdua.. hihihih... NOSTALGIA NOSTALGIA.. )

ALHAMDULILLAH.. finally.. sahabatku si Dr. XI tu akan menjadi suami orang jugak.. syukur ke hadrat Allah.. akan berumahtangga sahabatku ini.. dah sampai seru.. katanya, si gadis baru keluar maktab.. (ooo..cikgu rupanya..) and tengah risau takut kena posting kat sabah sarawak.. eh.. if baru keluar maktab, umur berapa yek? lupa nak tanya.. takperlah, nanti balik sana bleh jumpa and sembang panjang...

Aku tumpang seronok dengar dia dah nak kahwin.. awal2 aku dah bgtau dia yang aku 'cop' nak sponsor bunga telur and goodies utk guest masa majlis kawin dia nanti..... hmmm..

Betullah.. jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. kita merancang.. Dia yang menentukan..

........dan untuk itu aku amat BERSYUKUR sekali abang yang menjadi suamiku kini.. I LOVE YOU so much ABANG.. and so proud to be your wife.. semoga jodohku dgn abang berkekalan hingga ke akhirat kelak (andai aku diberi memilih pasangan di akhirat kelak - aku mohon pada Allah agar abang adalah pasanganku di sana nanti..)


Dan sekali lagi.. aku teramat bersyukur dgn berita ini..

(Hmmm... utk 'XII' - bila lagi???.. saya dah anak 2, XI dah nak kawin hujung tahun ni - awak bila lagi?.. tunggu bidadari turun dari syurga ker?..)


Thursday

Hari Ini : Budak LLB Shah Alam

Jarang aku buka internet kat umah, tapi malam ni mcm terasa nk layan blog...

Tetiba aku bukak email yahoo.. lama aku tak bukak.. dlm buka email yahoo, terbuka yahoogroups legalclan (group member2 LLB 1997-2000 - UiTM Shah Alam).. dan ada satu mesej menyatakan bahawa sorang kawan kelas aku pun ada blog.. dia ni memang 'pemes' giler masa kat UiTM dulu - skrg still 'pemes' lagi dgn aktiviti politik dia tuh.. aku panggil dia Fahmi jer... tapi skrg kena panggil YB kot.. layan blog si fahmi tu, tersentuh gak bila tgk dia post gambar batch kami.. dah 8 tahun rupanya aku tinggalkan UiTM.. (sesapa yang tersinggah kat blog si fahmi tu - kaktiny yang duduk hujung sekali sebelah kanan - andai kira mengikut kita mengadap komputer ler.. pakai tudung putih di sebelah yang tudung hitam tuh.. kalau korang nampak ler ... cik abang yang no.6 berdiri dari kanan tu.. hehehehhihihi...)

Melihatkan gambar tu, terasa kecik sgt diri nih.. se'tiny' nama aku.. rasa jauh sgt aku di belakang berbanding barisan "peguam-peguam" yang mula mencipta nama dan berkredibiliti tuh.. hmm.. tahniah kengkawan..

Teremosi plak aku tgk gambar2 lama dlm photo legalclanyahoogroup... aku tak ditakdirkan 'hebat' mcm mereka..

NOP.. ENOUGH..don't be so emotional...

Yang penting aku sgt HAPPY AND PUAS HATI with my current life.. SYUKUR PADA ILLAHI..
bahagia dgn cara aku sendiri.. di atas tafsiran aku sendiri.. utk diri aku sendiri..

kalau aku jadi lawyer.. tentu aku tak jumpa kaklong.. if aku tak jumpa kaklong, mesti aku tak join dunia blog and if aku tak join dunia blog, mesti aku tak kenal korang2 semua kan kan kan..
So.. NO REGRET.. I LOVE YOU ALL... muah muah muah muah muah muah.. aku teramat happy ada kawan2 blog yang best giler.... dan ada kawan cam kaklong yang kepala pun sama gila ngan aku.. hehehhe.. tak lupa pada budak2 opis yang lagi gila daripada aku... hihihihihi.. jugak boss yang sporting gila.. dah dah dah.. hmm... mmg dah gila aku nih.. gila memblog!!!!....

ALLAH LEBIH TAHU APA YANG AKU PERLU.. dan perancangannya teramat indah - yang tak terjangkau dek pemikiran dan tak pernah salah.. (yang salahnyer aku.. asyik lalai, leka, alpa...)
SEMOGA SETIAP KALIAN MENIKMATI HARI-HARI MENDATANG DENGAN TENANG DAN SENANG...

Hari Ini : Jawab tag si Ahmoi

7 ISTIMEWA DIRIKU...

Kena tag dgn si ahmoi (azni) .. apelah kaktiny nak meraban pasal kaktiny ni hah?.. 7 perkara lak tuh.. (si JP sure suka tgk no. 7 nih – dia pun dh kena tag dah..) Istimewa ker aku nih?.. istimewalah kan.. jika tak, takkan wujud kat dunia ni.. antara beribu2 sperm ayah yang kuar – aku jer yang dpt lekat kat ovum mak aku.. pada satu waktu di tahun 1977 dulu tuh... kiranya istimewa lah tu kan kan kan.. ehehehe

7 TENTANG DIRIKU

i- Anak kedua pasangan Yahaya Marzuki dan Zakiah Hashim
ii- Isteri kpd Mohd Rizal Abd Rahim dan ibu kepada Nureen Fierzanah & Muhammad Zaqwan (setakat hari ni ler)
iii- Lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari UiTM Shah Alam (tapi tak jadi lawyer pun..) dan tgh amik MASTER HRD kat UPM Serdang.. pasni nak sambung PhD plak..(kalau boleh nak sambung kat UK.. doakanlah yer..)
iv- Suka berkawan, suka ada kawan, tapi tak suka kawan makan kawan.. (mak aku penah marah aku masa sekolah dulu – ayat dia sensored skit.. tapi aku bantai jerlah tulis – bukan ada lembaga penapisan blog pun kan..hehehe.. mak aku kata : “Hang ni, kalau pasai kawan, “jilat pungkoq” pun hang sanggup”.. pedih tak?.. pedih oii kalau tau makna tersirat..) – and suka sgt tolong kawan (assignment budak2 opis, aku buatkan – sapa nak suruh aku buat assignment – yang aku tahu ler.. meh aku buatkan.. aku ni mmg rajin bab2 nih semua – tapi result exam sendiri – ntah aper aper)
v-Aku suka manjakan diri aku – pegi spa (dgn kaklong especially), berjalan2 (cuti-cuti Malaysia – overseas belum lagi – pasnih lah..), shopping (tapi aku benci window shopping and takkan beli masa sale, sbb aku malas nak berebut dgn org dan beratur panjang..) – dan utk itu semua, aku kena kerja kuat dan usaha lebih utk ada duit yang cukup sebelum anak2 start sekolah..
vi-Suka membaca (masa sekolah ada koleksi buku2 cerita yang teramat banyak – tapi di makan dek anai2 – dah kena buang semuanya.. huhuhu), suka menulis dan mengarang (byk tulis sajak dan cerpen.. tapi nasib sama cam buku cerita – kena buang semuanya sbb dimakan anai2 kat kampung.. rugi tak bawak dtg KL.. skrg dh malas nak tulis guna pen and kertas – tulis kat blog ler plak.. hehehe – tq tu kaklong yang memperkenalkan dunia blog ini kpdku..) – skrg aku mmg kena byk baca dan menulis – utk exam and project paper..huhuhu..
vii-Aku kaki sembang – korang boleh lepak 5 jam dgn aku and sembang.. (sama cam kaklong) - bak kata kaklong, sapa yang duduk dgn kami berdua, kena pandai mencelah, kalau tidak, korang layan cerita kami jer lah.... hahahahah… kan kaklong kan.. kuikuikui.. dan aku kekadang ‘teramat sensitive’ tahap super gaban punyer..

(lah.. tujuh jer ker.. byk lagi yang nak tulis nih… hahahahhaha….kuang kuang kuang..)


7 YANG MENAKUTKAN (aku definisikan sebagai menyeramkanlah..)

i-Takut kena buang kerja – tak der gaji and tak leh nak bayar hutang – especially hutang PTPTN aku tuh..)
ii-Takut laki aku tinggalkan aku.. aku takut if anak2 derita sbb mak hulu ayah ke hilir (oh my.. what a typical woman thinking I am?..) – (Ya Allah, semoga rumahtangga kaktiny kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. AMIN..)
iii-Takut duduk sorang2 (aku benci tinggal sorang2.. BENCI SGT.. bukan setakat mati kutu,.. kuman, lipas, nyamuk, hama, kala jengking pun mati kalau aku duduk sorang2..)
iv-Takut kehilangan mak ayah, abang, anak2 dan kawan-kawan (sbb aku takut duduk sorang..)
v-Takut (geli sebenarnya) pada kucing (kesian kucing.. kesian lagi kat aku.. org kata kucing binatang kesayangan Nabi… Ampunlah, yang ni aku tak leh ikut ‘kata’ Nabi..)
vi-Takut kena fitnah dan dikecewakan (sbb pernah kena, PEDIH, PAHIT, PERIT.. hanya Allah mengetahui.. SAKITnya tu dan KESANnya .. tak dpt digambarkan dgn kata2..)
vii-Takut korang semua takmau layan blog aku lagi – hahahahahhah… kuikuikui.. (sebenarnya tak tau nak tulih apa dah.. aku ni jenis “tak heran” punya makhluk.. walaupun sensitive kadang2 tahap cipan.. )


7 LAGU AKU SUKA

i-Suatu Masa – M.Nasir (aku minat tul kat M.Nasir...)
ii-I Need to Know + Baby You by Marc Anthony + Dewi (Dewa) – lagu2 yang abang dedicate kat aku.. (melayang perasaan aku bila abang siap nyanyi kat dlm kete sambil pegang tangan aku.. lalalallalalalala...)
iii-Masih Aku Terasa – Gersang (bukan minat sgt tapi sbb.. ‘Masih Aku Terasa”..)
iv-Biar Bulan Bicara (Broery Marantika)
v-Andai ku Tahu (Ungu) + Berita Kepada Kawan (Ebeit G. Ade)
vi-I Will Survive (Gloria Gaynor)
vii- layan melody kat blog si rudy bluehikari (lagu wajib pc opis aku dari kul 8pagi sampai 6 ptg..)

(sorry amoi.. kaktiny ngelat skit.. kira2 balik.. lebih 7 tuh.. heheehh)


7 PERKARA AKU SUKER SEBUT

i-Ok...
ii-Yup
iii-Yes
iv-Wokeh
v-Alright..
vi-A’ah..
vii-Hmm..


7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI

i-Mak Ayah, Abang, anak2.. adik-beradik aku yang 3 orang tuh..
ii-Kerja aku..
iii-Pelajaran aku.. (sijil2 dan testimonial utk aku – senang nak mintak kerja..)
iv-Pengajaran yang aku dpt setiap hari, detik masa dan ketika..
v-Perhubungan dgn sahabat, saudara-mara dan kenalan..
vi-Reta-benda yang aku beli sendiri dan yang orang bagi kat aku..
vii-Kawan2 blog aku.. yang membawa aku menjengah ke dunia baru dan melebarkan sayap perkenalan dan persaudaraan..


7 PERKARA PERTAMA BERLAKU DALAM HIDUP

i-Aku amik periksa (semua periksa ler, UPSR, SRP, SPM, STPM, Degree, Master.. termasuk periksa amik lesen memandu..)
ii-Dapat kerja.. merasa pegang duit gaji sendiri.. ada payslip, EA form, isi e-filing..
iii-Graduate kat UiTM Shah Alam ( tapi tak best.. mak takder sbb baru lepas operate, kakak takder sbb baru lepas bersalin, tok takder sbb meninggal, adik2 takder sbb exam.. sbb tu aku pulun amik Master lak.. nak semua ada masa aku convo nanti.. kecuali arwah tok dan wan..)
iv-Kahwin
v-Beranak and berpantang
vi-Alami satu kejutan (dh takmau ingat dah.. sakit ulu hati dan urat saraf bila ingat balik..)
vii-Buat blog and berkenalan dlm blog..(best giler..)


Hmm.. nak kena tag tujuh orang lain plak ker.. takperlah... aku buat jer.. bukan kena bayar cukai pun and tak kena potong gaji pun.. ao aku tag :

i- kaklong (wajibler ko kan - hehehehhe..)
ii- ros (chentahatinana)
iii-akak shopforshoppers
iv-sepi
v-thafiexq
vi-tasikmerah (kalau ko dh kena tag, sorry ler...)
vii-kaksridiah (aku minat giler novel dia weh.. byk collection dia nih..)

Bagus gak layan tag ni.. sbb hari ni aku tak tahu nak tulis apa.. so, bleh ler aku karang mengarang tag nih.. hmm..

agh.. tak kira.. aku nak tambah lagi dalam list kena tag ngan aku.. hahahah.. peduli aku kalau ada rules and regulation utk takleh tambah apa2 bila dah post.. bukan masuk jail pun if I break the rules.. "Law has made is to be broken.." ayat best tak (kalau aku lawyer - confirm kena cease from bar - kahkahkah) - kalau korang dah pernah kena tag - takper.. if belum (and if terbaca).. sudi-sudikanlah yer.. cam ahmoi cakap.. boleh lebih mengenali... hihihi - bukan minta gaji korang pun.. minta listkan 7 kepada 7 perkara jer..

1-rudy bluehikari
2-ady tentangseseorang (padan muka - nak ngelat yer..)
3-scarlett
4-maksu
5-mamaranggie
6-King
7-Kingbinjai
8-kakteh
9-MABrood
10-adikcome

suka hati .. suka hati ... suka sesuka hati..

Wednesday

Hari Ini : Deman Panas

Semalam balik dari ofis, siap2 barang kat dapur utk masak.. tapi dalam hati 'dok' mengatur ayat camner nak 'serang' abang utk bg print out keratan akhbar mufti perlis yg si ady attachkan smlm tuh.. Mak aku pesan, kalau nak tegur husband biar dia mandi (sejuk) dan bagi dia makan dulu (kenyang).. jgn 'tegur' masa dia baru terpacak depan pintu..

So, masa abang balik, aku tgh 'berkuntau' kat dapur.. menu smlm cuma ayam masak merah, sayur pucuk + petola masak air and ikan bilis goreng + bwg besar + cili padi (gara2 tgk bawang si
Sepi, langsung teringat nak goreng ikan bilis + bwg besar..hehehe).. cam biasa gak abang akan duduk depan tv and sesudah bagi air kat dia, aku sambung masak balik.. dalam dok ber'monolog dalaman' sorang2 ayat yang aku nak gunapakai utk 'attack' dia tetiba - "eh leen.. berita cerita pasal peraduan celcom tu lah.. celcom hentikan sementara peraduan tu utk kaji balik - sbb ada percanggahan pendapat dgn mufti2.." - abang bersuara..

Aku pun apa lagi.. tinggalkan kejap ayam yang tgh digoreng tuh.. terus gi depan and menyampuk..

aku : "ituler bang.. kawan2 blog leen dh ckp, yang permainan ni haram.. mujur abang tak menang kete tu, or else, nanti kita makan duit haram.. konsep dia sama mcm main judi nombor tu .. abg bayar utk soalan utk menang.. sama mcm main judi nombor kan.. sekali beli nombor utk menang, tak menang - beli lagi.. bahaya tu bang.."

abang : iyelah kan.. ish.. camner boleh tak perasan ..cara 'halus' tu kan.. ish..

aku : itulah.. nasib baik tak menang, kalau tidak... (sambil berjalan balik ke dapur dan diikuti dek abang..)

abang : rugi RMx,xxx-xx nak kena bayar.. menyesal lak abang main.. kena buat solat taubat lah ni.. takut weh..

aku : hihihi.. takperlah bang.. if itu harga yang kita kena bayar utk 'sebuah pengajaran'.. redhakan je lah.. biar kita beringat sampai bila2.. Allah bagi apa yang kita perlu kan.. bukan apap yang kita mahu.. cukuplah bang dgn apa yang kita ada skrg ni.. tak mewah sgt dan tak susah sgt.. yang penting leen ada abang, mak ayah, anak2, adik-beradik dan semua yang rapat dgn leen.. leen dah cukup bahagia.. kita tak perlukan camry "free" bang.. kete yang ada ni pun dah cukup.. alhamdulillah.. tapi, bil tepon abang tu nak tak nak kena bayar gak.. kalau tidak.. hehehe.. nanti bebudak abang kata.. bos gaji ribu2, kete company bagi, pakai barang branded, handphone O2, tapi takleh call out.. kahkahkah.. bikin malu kompeni jer lah.. hihihihi..

abang : amboooi, kalau dpt 'smash hit' abang.. tak lepas peluang..

aku : rezeki bang.. rezeki.. bukan senang nak dpt 'rezeki tergolek'.. hahahahah..
(sudahnya aku kena cubit kat 'bontot' - cheh.. mujur tak terangkat sudip aku tu, kalau tidak..dgn ayam, dgn aku, dgn abang masuk spital - kena minyak panas..)

Lepas makan malam.. abang gi solat isyak (aku still heheheh - 'red carpet').. tapi lamanya kat bilik, tak kuar2 lagi.. aku gi jengah.. hmm.. lamanya sujud - aku rasa betullah dia buat solat taubat.. then aku biarkan jer lah.. smlm takder plak dia nak layan bola.. tido jer..

Bangun pagi tadi.. pegang dada abang.. panasnya.. weh.. pehal lak nih.. pegang dahi dan leher - panas sgt.. pegang kaki dia..sejuk.. Ya Allah.. kenapa nih?.. kejut abang bangun.. solat subuh.. perlahan2 dia bangun.. lepas solat, dia masuk bilik - tido balik.. tanya abang nak pegi kerja ke tidak.. abang kata tak larat and nak gi klinik.. hmmm.. mau tak mau kena amik time off ler.. hantar abang ke klinik.. ni pun tunggu abang bangun tido.. biar dia tido kejap.. pasnih nak gi klinik..

Tiba2 abang demam panas.. kesiannya.. (terkejut kot baca keratan akhbar mufti perlis tu & insaf kot lepas buat solat taubat smlm.. tapi bersyukur sekiranya sakit ini untuk buang dosa yang pernah dilakukan.. amin...)

Nak hantar abang gi klinik..

Tuesday

Hari Ini : Yang Kaya Bertambah Kaya

Mmg betuller kata orang (kata org ler.. bukan kata panda gemuk - si kungfu panda tuh..) yang kaya bertambah kaya .. kenapa aku kuarkan statement ni pepagi buta?.. sebab aku TGH BENGANG GILER gara2 contest 1 day 1 camry - CELCOM tuh.. tetiba minggu ni handphone abang dah tak leh nak buat call out.. sebab apa?... phone dia dah kena block gara2 dah reach credit limit?.. HAH?? tak sampai tgh bulan dah reach credit limit?.. BIAR BENAR!!!
Call Celcom Call Centre.. tanya berapa dah yang abang dah pakai (sbb dh reach credit limit - giler tuh..).. celcom cakap dah RM x, xxx-00.. WHAT????????.... dah sama harga dgn sepasang kasut Ermenegildo Zegna atau handbag TODs atau jam TISSOT atau erggghhhhhh.... TENSION nyer.. tgh2 gawat dan gamat pasal petrol, beras dan segala barang yang dah naik harga.. tetiba plak bil melambung camtuh.. and hujung minggu ni nak kena bayar?.. GERAMNYER...
Berbalik pada tajuk aku.. mana taknyer aku kata yang kaya bertambah kaya.. bayangkan, baru 5 hari masuk contest tu, abang dah kena bayar "banyak tu".. just imagine kalau sesapa yang main sampai 100 hari dok giler menjawab soalan2 tu.. aku kira2 maunyer lebih RM20,000-00 kena bayar.. dah boleh bayar deposit Camry.. sedara aku cakap, sejak peraduan tu bermula, celcom untung banyak giler - keuntungan sehari daripada contest tuh boleh dapat "3" aku ulang - "3" biji kete camry.. jadi apalah sangat kalau diorang nak bagi 1 kete camry sehari and 100 kete 100 hari - sebab pulangannya berkali2 ganda harga 100 biji kereta camry tuh.. so, sesapa yang kaya pasti akan terus bermain peraduan tuh hingga hari yang ke seratus.. dan mereka yang akan dpt kereta tuh.. (taktau ler sapa yang menang tu, entah berapa 'mata' yang diorang kumpul.. aku tgk jumlah 'mata' permainan laku aku dah mencecah "jutaan mata".. bukan puluh atau ratus dah.. itu pun tak menang pun lagi.. berapa billion 'mata' yang org yang menang tu kumpul yek?..and berapa ribu dah bil telefon diorang?..)
ituler padahnya kalau dah taksub sgt dgn kete nih (ampun bang, bukan leen nak mengata abang - tapi mmg dh mengata pun..), apa jer peraduan pasal kete semua nak masuk.. dapatnyer tak pernah pun.. so, NO CONTEST ANYMORE!!!!.. aku selalu ingatkan diri aku yang aku bukan insan 'terpilih' utk dpt barang2 free mcm menang contest or apa saja - so, if aku nakkan sesuatu aku kena usaha lebih and kerja kuat untuk dpt beli apa yang aku nak beli... aku tak 'ditakdirkan' utk dpt 'rezeki tergolek' dgn mudah.. sbb tu aku mmg tak suka masuk contest2 or apa sahaja peraduan.. coz I'm not so "lucky" to get all the "lucky draw" or "lucky contest" or whatsoever "lucky2 things"..
Aku cuma "lucky" to have me as myself, anak kpd mak ayah aku, bini kpd laki aku, ibu kpd anak2 aku, sedara kepada adik-beradik aku dan sahabat kepada teman, kenalan dan rakan2 aku.. aku 'amat bertuah' kerana Allah pilih aku untuk bersama2 korang semua dalam mengharungi dan merasa warna2 kehidupan di muka bumi ini..
Berbalik kepada bab suami aku masuk contest gara2 toyota camry punya pasal.. mmg bengang sangat.. masa mula2 dulu, sokong ler juga.. takperlah, dah dia nak masuk, mana tahu if ada rezeki dia kan.. tapi bila angka bil dah sampai macam tu sekali - sapa tak hangin?..
Baru semalam bacan entri ayobkelubi and dia pastekan citer keperitan sorang hamba Allah ni yang dihantar kepada Tun Mahathir - nicknamenyer 'copetro'.. rasa insaf menjalar di hati.. Rasanya (? - MMG PUN) aku dan abang agak 'boros' dlm berbelanja - mentang2 anak kecil lagi, takyah pk pasal baju sekolah, psl yuran periksa, psl tambang bas.. dan konon2nyer simpanan kecemasan dah letak sebelah.. too much lah kami nih..
Tapi, aku balik kepada inspirasi aku di Tinta 2 : PERLU vs MAHU , Allah lebih tahu kenapa kami kena bayar bil telefon mencecah harga ribuan ringgit tuh - mungkin kerana nak kami insaf dan lebih sedar akan kepentingan berjimat-cermat dan insaf dgn nasib org lain yang lebih memerlukan.. (malu rasanya - if duit tu dpt diberikan kepada 'adik sufi' - alangkah!!!.. sedih sangat..)

Sunday

Hari Ini : Kung Fu Panda

Hari ni kekononnya pagi2 subuh 'syafie' nak gi pasar pudu - beli barang untuk seminggu.. tapi oleh kerana hujan yang teramatlah membahagiakan di pagi ahad nan gembira ini.. maka aku dgn penuh bangga dan bahagianya sambung peluk bantal ler.. (maklumler 'hari cuti wanita' datang..) - triple bahagia aku memeluk bantal.. lepas solat subuh, abang tanya nak beli barang dapur bila.. aku kata - tunggu hujan 'sereyat'..heheheh...

tapi.. tak reti nak tido lama2.. kul 8.00am pusing kiri pusing kanan.. bergolek kiri kanan.. last sekali - bangun dan sembang pasal aktiviti hari ni.. abang ajak pegi tengok wayang.. Long Khong2.. weeeeiiiiiitttttttt.... NO WAY.. tak mau aku tgk citer2 camtuh weh.. then abang suggest tengok Kung Fu Panda.. bawak nureen sekali.. wah best gak tu.. first time bawak nureen tgk wayang... camner le agaknya si kecik tuh tgk wayang yer..

Kul 10am gi pasar kat blok polis tu jer.. beli barang utk minggu nih.. then makan kat kedai mamak jer lah.. sbb jap gi nak gi MINES..

Lepas zohor, siap2 nak gi MINES.. bwk sweater si nureen, takut dia sejuk kt dlm wayang tu nanti.. sampai MINES - beli tiket kul 5.30pm.. gi ronda2 jap.. bawak nureen naik 'kuda' dia (gajah2 beroda tu ler..) and beli 'ayam gerak' kat dia.. suka sgt ler tuh.. kul 4.15pm, nureen dah mengantuk sgt..alamak... dpt ker dia nak tgk wayang nih?.. gi lepak jap kat bench depan kedai baju sementara tunggu abang solat asar.. perlahan2 kejut nureen bangun..

kul 5.20pm - beli pop corn, air dan 'kopok' utk nureen.. 5.30pm, masuk panggung.. and ...tarrraaaa.... nureen tgk wayang.. seronok sgt tgk dia dan abang happy and gelak terbahak2 tgk kungfu panda.. ada satu bab time semua org khusyuk tgk gambar - si nureen gelak2 siap tanya pasal kartun tuh.. alahai.. bila time semua org gelak.. nureen pun gelak sungguh2.. mmg pasal kartun tu lawak, plus org lain gelak and dia pun gelak gak... end of the movie.. tanya nureen.. best tak.. dia kata best and nak pegi lagi.. wah... (sapa salah kalau esok besar anak kaki tgk wayang and kaki berjalan?.. mak bapak yang ajar - tu ler.. ) hehehehhe..

Memang enjoy sgt.. dpt baju 2 helai.. abang belanja..hehhehehhahahhaha.. double syok weh..
malam - masak yang simple2 jer.. dpt gak masak resepi yang akak shopforshoppers post kat entri dia tuh.. makasih akak.. really give me an idea what to cook... kebetulan adik ipar dtg rumah.. langkah kanan budak tuh.. then layan blog jap.. dah.. nak layan abang and nureen tgk tv lak.. good night..



Saturday

takperlah..tak penting

Tujuan aku buat blog adalah utk menulis apa yang aku terasa nak tulis.. sbg terapi kepada 'ketensionan' yang aku hadapi dan alami sblm ini (melalui nasihat kaklong dan kisah rudy bluehikari yang terkenal di dunia blog - kata kaklong)...

then dah ada blog sendiri, aku dpt melawat blog2 lain dan meninggalkan komen.. dan seronok bile membaca komen dibalas dan ada pulak yang dtg melawat blog aku dan meninggalkan komen.. maka terjadilah interaksi di kanvas maya tanpa mengenal wajah dan rupa.. SERONOK SANGAT.. itu sahaja yang dapat aku perkatakan apabila semakin 'menyertai' dunia blog ini.. tak pernah langsung terlintas di pemikiran aku yang agak kurang ilmu dlm IT ini bahawa akan tercetusnya perhubungan 'maya' sebegini rupa melalui 'blogging'.. dan perasaan ini amat seronok sekali.. aku dpt ramai kenalan..

NAMUN.. hari ini aku ter'kejut' sikit apabila menerima komen daripada 'moderator' GJ dlm entri hangin berangin di ruangan emotional - terbaca komen Moderator.. oh.. ada rules and regulation rupa2nya dlm menulis di ruangan GJ.. tak sangkalah plak.. itulah padahnya kalau terajin sgt nak participate and suka sgt nak 'be an active member' dlm setiap sesuatu..

Semakin lama memblog semakin seronok terutamanya bila ada yang tinggal komen.. sbb tu aku buat link kat entri dlm GJ - sebabnya aku dh penat taip panjang dlm blog sendiri so, dlm GJ buat link jer lah.. supaya sesapa yang nak baca, dtg and leave their comment in my blog.. tapi tak sangka plak yang 'perbuatan' tu tidak dibenarkan.. AMIK KAU... kan dah kena..

Maaflah kalau apa yang aku buat tu salah.. tak terniat untuk apa2 pun.. tapi tertanya plak, kenapa perlu ada rules and regulation mcm tu.. salahkan mengajak org lain singgah di blog kita?.. ada apa2 yang aku tak tahu ker tentang 'invite' org dtg ke blog kita atau jumlah org yang dtg ke blog kita?.. MAAFLAH.. aku tak nak sebarang anugerah atau pendapatan sampingan atau peningkatan jualan atau apa -apa jawatan dalam apa2 jawatankuasa di dalam memblog ini..
yang aku nak cuma 'jalinan perhubungan dan ukhwah sebagai teman dan kenalan'.. (perkara yang aku tak tahu boleh terjadi semasa pertama kali buat blog ni..)

Kenapa aku join group GJ, sbb aku tgk ukhwah mereka sgt menarik.. mmg teringin sgt nak jadi part of them.. maklumlah aku ni kan 'penyibuk' skit.. suka sgt berkawan.. (kalau laki aku tahu- sure dia padankan muka aku..)

and lagi suka sgt berfikir sampai langit ke-7 sampai adakalanya terlupa sekejap rumput yang dipijak dan kerap gak leka dan lupa kat 7 petala bumi di bawah tu.. (sampai dah terfikir nak sponsor gathering GJ utk jumpa mereka2 ni semua).. tapi... sebenarnya aku 'over acting' siot..

Hmm.. kenapa dgn aku ni?.. emotional tak tentu pasal pulak.. itulah, suka sangat nak involve sana sini - bila kena tegur sikit - dah terasa.. dah tahu awak tu emotional, pehal yang nak menyibuk dlm ruang org lain.. buat kerja sendiri cukuplah.. padan muka bila dah kena camtu.. baru nak sedar diri supaya tak menyibuk tak tentu hala..

Takperlah.. ada atau tidak aku dlm dunia blog ni tak penting kepada sesiapa pun.. so aku back to my basic root - tulis apa aku nak tulis - sesapa yang nak berkawan dgn aku maka itulah kawan aku.. and I still have a lot of things to think rather than thinking of the moderator's comment.. ok kaktiny.. pegi tido.. dah malam.. esok pagi abang ajak pergi pasar pudu (alahai abang, malas betul nak masuk pasar besar..)



Hari Ini : 06/06/08 - 4th Anniversary

Semalam 6 Jun 08 - Ulangtahun perkahwinan yang ke-4... sebenarnya apa yang dirancang langsung tak menjadi.. and.. malas nak cerita apa yang jadi dan apa yang tak jadi.. yang pasti - tak berapa best sbb tak jadi sebagaimana yang hendak dijadikan.. takperlah.. Allah lebih mengetahui kenapa dan mengapa ia perlu jadi atau tak perlu jadi..

Sebelah malam - memenuhi jemputan kahwin sepupu di 'Kampung Pengantin' - Jalan Ampang.. punyalah lamanya duduk KL ni.. mmg tak pernah dengar ada nama Kampung Pengantin - dan areanya Jalan Ampang (?).. rupa2nya belakang Proton Edar Jln Ampang Show Room.. lah.. situ rupanya.. menurut cerita-ceriti, kawasan seluas 3 ekar yang disewa daripada seorang taukeh cina tu yang dijadikan 'perkampungan pengantin' itu bernilai RM20 juta.. pheh.. 3 ekar jer.. hmm.. tanah KL.. berjumpa sanak-saudara sepupu sepapat.. bukan 'reti' /boleh nak balik awal.. end up, pukul 2.00 pagi baru sampai umah.. (aku ni kena badi balik pukul 2 pagi ker?)..

Hari ini - memenuhi jemputan kahwin lagi and balik rumah.. tertido (ter???) dgn husband + anak2 dari pukul 2.30pm - 6.30pm.. mak aiii.. lamanya.. 'qada' tido smlm..


Thursday

Hari Ini : Hangin dan Berangin - petrol punya hal..

Smlm beriya-iya aku takmau sentuh bab petrol naik harga.. takder maknanya kalau aku sorang jadi 'anjing yang menyalak bukit'.. takkan runtuh bukit tuh.. (tapi, kat sini rasanya bukan menyalak bukit, tapi menyalak konkrit - mmg tak dpt nak buat apa2 pun.. kebal dan be***)..

Dan semalam jugak aku beriya-iya nak memboikot masak hanya kerana takder gas malam kelmarin.. tapi sebenarnya semalam aku ada perjumpaan utk program belia yang dikelola oleh
IDEAL. Oeh kerana si sahabat aku, kaklong tuh balik kerja lambat, makanya aku tak pegiler dgn dia - dan aku pegi sendiri - abang dh bagi green light and oleh kerana jugak Ketua Fasi aku ckp nak pakai fasi lagi (sapa minat nak jadi fasilitator program kemasyarakatan - leh hantar resume kat aku - then aku bagi kat IDEAL.. Abg Nizal Mohammad is one of the Director.. and Chef Ismail is one of the Fasilitator..), aku pun ajak ler budak opis aku ikut.. jadinya, aku kena gi amik dia yang tinggal kat Jalan Sentul untuk ke mtg kat Rebung, Bangsar..

Perjalanan dr umah aku ke umah member aku adalah dari Sg. Besi melalui Jalan Tun Razak menempuh bulatan pahang, masuk Sentul Baru untuk ke Kampung Puah (naper aku ikut jln nih?.. sbb aku tak pandai jln 'shortcut' lain - aku ni adakalanya 'buta' jalan sikit..)

Aku bertolak dari rumah kul 7.50mlm - DAN PUKUL 10.50PM AKU MASIH BERADA DI HADAPAN IJN (mujur adik Sufi dah discharge - kalau tidak, mmg aku masuk IJN utk sembang dgn Elly..), perjalanan yang sepatutnya 45minit - JADI 3 JAM.. aku dah nak muntah darah + migrain + hangin + menyumpah seranah (kalau aku mati smlm - habis hilang pahala amalan aku - sure ada M****** yang masuk syurga bulat2 sbb kena sumpah ngan aku... sapa suruh umum smlm - bgailer notis sampai hujung bulan ker atau hujung minggu ni ker - ini berkuatkuasa esok??.. G*** B*** - sorryler aku rasa B*** pun tak gila macam tu.. nak saman pun samanla - aku dah bengang giler.. bukan diorang yang ada kat atas jalan tu smlm.. tapi AKU.. AKU yang merasa perit dan pedihnya 3 JAM YANG TAK BERGERAK LANGSUNG.. semut merah dan kunang2 putih penuh atas jalan raya.. dan aku salah 'sekor' drpdnya!!! mangkuk tingkat betull..)

Sampai umah member aku dah kul 11.30mlm.. then aku teruskan jugak dgn penuh 'semangat setiakawan dan atas dasar janji', aku ke Bangsar.. setibanya di Bangsar, aku dpt msg dr Ketua Fasi - "Tiny, mtg dah habis. Abang update esok ye." HAH!!!.. AKU KAN DAH KAT BANGSAR!!!.. aku pun balas balik, "Tiny dah kat BANGSAR".. tak sempat Ketua Fasi balas, aku dah nampak kelibat dia, Chef, A.Nizal, Zul (Kastam) dan beberapa org lagi.. so, aku meluru keluar kereta dan DAPATLAH JUGAK JUMPA WALAUPUN REBUNG DAH TUTUP...

Daripada aku kekononnya nak 'melantak' kat Rebung - terus cancel (sbb Chef dah mengantuk tahap cipan tak boleh jalan), terus Ketua Fasi ajak makan kat Bangsar Seafood.. pukul 12.00tgh malam - nak makan apa - aku dah makan angin dan makan hati dan makan s***** s******..) - aku order mee-hoon tomyam jer lah dgn Fresh Orange.. then Ketua Fasi cerita ler serba sedikit pasal program yang akan berlangsung dari hari ini sampai hari ahad ni (5-8 June) Program Wawasan Desa Rakan Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan - turut melibatkan International Student UiTM Shah Alam dan komuniti area Taman Desa..

Stop citer pasal program - sbb esok2 aku akan citer gak bila program dah habis nanti.. bebalik ke citer pasal semalam and HANGIN SATU BADAN AKU tuh..

AKU MMG BENGANG DAN MARAH betul :
1) pengumuman terkejut tergempar yang dibuat oleh P** M******..
2) org ramai yang beratur kat stesyen minyak..

Dua benda nih buat aku m*** h**** dlm kete selama 3 jam (entah apa yang dibebelkan DJ Fly FM pun aku tak dengar dah..) - aku tak paham kenapa perlu berkuat kuasa 'mlm ini'?.. kalau dah "hard up" sgt duit "kami" - rakyat - ni, bagilah notis dulu - at least hujung bulan ni ker, so, any appointment boleh dibatalkan atau di re-schedule.. dan aku tak paham dgn "thinking" rakyat Malaysia ni.. petrol dh naik harga - itu sudah pasti - yang beratur panjang TERUK-TERUK tu sapa suruh?.. bukannya dgn isi full tank mlm ni, jimat petrol korang sampai hujung tahun ni... if isi penuh smlm then takyah isi sampai tahun depan.. aku RELA turut serta beratur mcm b**** kat stesyen minyak tu utk isi minyak bagi penuh tank.. (sesapa yang beratur panjang smlm tu - maaflah yer kalau terasa - tapi aku rasa - mmg perkara yang menyusahkan org ramai.. menyusahkan AKU..)

Akibat daripada 2 perkara yang bagi aku 'terlampau BIJAK TERLAKSANA' tu.. aku tersadai 3 jam atas jln turun razak (dari depan Menara AA nak ke IJN - 1 jam.. B******...)

DAN RUPANYA PERBUATAN YANG BAGI AKU SIA-SIA ITU TURUT DISUMBANGKAN OLEH SUAMI KESAYANGAN AKU.. BIKIN MALU KOMPENI JER....
(ingatkan dia nak pegi main badminton - rupanya dia pegi teman partner badminton dia tu - pegi isi minyak - 2 jam beratur nak tunggu turn - daripada kul 10.00pm - 12.00pm baru dpt isi minyak - end up - dia sampai umah kul 1.00am - HAHAHHAHA - PADAN MUKA - SAPA SURUH - SENDIRI CARI BALA!!!! - tak kiraler walaupun pegi teman member - kira turut 'menyumbanglah' jugak..)

DAN AKU?.. nak dekat 2.00pagi baru sampai rumah - punyerlah risau - bukan takut h**** tapi takut persekitaran yang mengerikan.. iyerlah, aku kan pompuan - drive sorang2 - tgh2 pagi.. memang aku TOBAT NASUHA.. if ada perjumpaan malam, mmg aku tak pegi sorang dah lepas ni.. walaupun dah berjanji sumpah setia.. NO WAY!!!!.. aku rela call pakai 3G atau buat video conference dari umah aku ke handset Ketua fasi atau laptop mereka drpd menempuh malam yang gelita (walaupun lampu jalan banyak tapi still.. MALAM).. teringat pesan mak aku masa sekolah dulu :
Kata mak : hangpa semua, kalau nak keluaq, paling lewat, takat pukui 6 ja - lebih dari maghrib, kalau takdak kat rhumah lagi, mak kunci pintu, hangpa tidoq la kat luar.. nak sgt keluaq malam kan.. hangpa nak rasa, hangpa buatla.. (MAK AKU GARANG GILER OITTT....)
(tu ayat depan) - sambungan ayat belakang :
mak kata : bukan apa, kalau siang, hangpa hilang, mak boleh jugak pi redah mana2 dgn motor ayah hang tu nak pi cari hangpa.. tapi kalau malam - mak tak tau nak cari tang mana.. ayah hang tak cam jalan.. mak tak tau nak pi rhumah sapa.. takkan mak nak kacau rhumah kawan2 hangpa tgh2 mlm buta.. (OHH MAKKK... SHAHDU LE PLAK..)

--- dan alhamdulillah, sorang pun tak pernah kena tidoq luar - aku pun ternyaris2 kena, tapi back-up baiieeekkkk punyer.. siap mintak tolong bapak kawan aku hantar balik umah, so bapak kawan aku bagitau aku takleh balik awal sbb hujan lebat.. heheheh... aku ada excuse, so tak kena tidoq luaq.. kakak dan adik2 aku pun, sorang pun tak penah kena - baguih betui anak2 Pak Ya dan Makcik Kiah nih.. hehehehhihihi.. oit.. mak aku jgn main2 oo.. apa di kata akan di kota.. entry lain nanti kalau rajin aku citer apa yang mak aku penah buat kat kami2 nih.. TAPI kalau mak aku tak garang, aku tak rasa aku ada kat sini hari ni.. aku BERSYUKUR sgt Allah jadikan aku anak kepada pasangan YAHAYA MARZUKI & ZAKIAH HASHIM.. I LOOOOVEEEE mak ayah..

Masuk bab mak ayah ni, tetiba hati aku jadi 'cooollll' sgt lak.. tadi masa first nak tulis dlm entry nih.. berangin berasap badan aku.. the end aku rasa sejuukkk sgt bila aku taip nama mak dan ayah.. so..ok lah.. aku nak siapkan notis mesyuarat AGM Sport Club ofis aku.. ada team nak lawan bowling ngan team sport club ofis aku nih? (aku boleh gerenti team korang menang.. huwaahhhahhahahahha)..

Wednesday

Hari ini : Pasal Minyak dan Gas

Pepagi lagi.. sampai jer kat opis, dua tiga rakan 'sepengumpatan' tgh lepak2 kat depan reception counter.. aku straight ke bilik, bukak pintu bilik, simpan handbag dlm drawer, bukak pc, bukak blog wajib 'bluehikari' (biarkan melodi mendayunya berkumandang menyelinap ke segenap ruang bilik aku - termasuk ke bilik boss aku jugakler, dahnyer bercantum.. ), tgk jam.. awal lagi, belum kul 8am.. (awalnya aku sampai - iyerlah jalan tak jammed - still cuti sekolah..)..

Dgn pantas dan tangkas, aku keluar bilik, pegi ke reception counter, amik suratkhabar aku.. then aku dengar org berborak..ooo.. ada 'discussion'.. join ler.. apa topik 'hangat'?, sambil mata tgk paper.. oo..pasal minyak.. lagi dan lagi dan lagi.. aku pun menyuarakan jugakler pendapat '3 kupang' aku.. paling aku menyampah bila ada satu paper tu.. siap senaraikan perbandingan harga minyak Malaysia dgn negara2 lain.. pheh.. dari mata kasar (aku taktau mata kasar sapa yang b****).. nampak macam 'mulianya' Malaysia pasal paling rendah harga minyak masa kini - kalau nak di bandingkan dgn harga minyak di Brunei juga Singapore (ada lagi yang lain yang ditulisnya..) .. POOODDDDAAAAAHHH.. anak aku si nureen or zaqwan pun aku rasa tahu yang mata diorang kena tipu.. yang pi letak ikut harga "RM" sapa suruh memang ler nampak macam Malaysia ni terendah.. cuba pi 'convert' mata wang negara tu - berapa sebenarnya seliter harga minyak dia ikut harga duit dia? and tgk skit gaji yang negara tu bagi kat rakyat2 dia?.. aku malas nak cerita panjang pasal bab ni.. buat tambah dosa and sakit hati dan otak aku jer..

Yang si abang plak.. lagi aku tak leh nak relate apa point dia masa cerita pasal harga minyak naik.. dialognyer:

abang : leen, harga minyak nak naik nih.. I think we should do something.
aku : amboi.. abang nak gi sound Pak Lah kat kabinet ker?..heheheh
abang : takderlah sampai camtu..
aku : abis tu, abang nak buat apa?
abang : abang ingat kita kena tukar kete lah?..
aku : hah! tukar kete?.. kete apa lak nak pakai?
abang : kita tukar Honda City jer lah.. jimat minyak..
aku : hmm (berkerut giler dahi aku - bukan pasal heran kenapa nak tukar Honda City tapi...) eh.. abang kan dapat petrol allowance - kete abang tu pun company provide... jadi apakedehei kaitan harga minyak naik dgn nak tukar kete.. alasan tak 'munasarawak' langsung.. dah dah.. takder maknanya..
abang : (buat muka 'deeeekkkkk' jer..)



Tu citer pasal minyak.. ni ada citer pasal gara-gara gas habis.. kisah petang semalam.. semalam punyer cerita..

Masa aku lawat blog sorang akak ni :
shopforshoppers : aku nampak resepi kacang buncis udang goreng.. terus teringat nak masak utk mlm tadilah..
as usual.. balik kerja, aku akan menyinggah menyinsing kain ke kedai / pasar basah tepi blok polis tu.. and beli bahan utk masak malam tu.. (hari ni nak masak, hari ni pi beli barang - itu ler perangai aku..).. aku dh berhajat besar nak masak kacang buncis udang goreng tu.. so, aku beli ler udang, kacang buncis.. and nampak ada ketam.. huish.. hmm.. kacang buncis udang goreng.. kering.. apa kuah aku nak buat yer.. wahahahha... ada ketam.. aku nak buat masak lemak cili padi.. wieeee.. beli santan jugak and segala bahan ramuannya.. so, menu aku malam ni will be :
1- ketam masak lemak cili padi
2- kacang buncis udang goreng
3- sambal belacan + ulam kacang botol
4- pekasam ikan sepat - goreng dgn cili kering
(sapa ada penyakit, atau dalam 'pantang' atau yang pantang makan atau tgh diet atau jaga makan dsbgnyer.. jgn ler dtg makan menu aku nih.. kolestrol + lemak + pedas etc etc etc.. and lagi dah sah sah si rudy takleh join makan ngan aku nih.. tapi si
ady aku rasa on jer.. si thafiexq pun sama gak kot..).. kaklong baca menu aku nih, sure 'jeles' giler, sbb if dia masak, sure dia sorang jer yang makan.. (susah2 kaklong, ko dtg jer lah umah aku, join aku makan, if laki ko taknak makan, kita goreng ikan bilis jer kat dia..heheheh)

dgn penuh 'ke-passionate-tannya' aku pun balik ler rumah.. siap siang semua - baru ingat maid aku bagitau yang 'gas habis'.. tepon abang - suruh tepon org kedai hantarkan gas.. abang kata ok - dia dah call.. dlm kul 6.45pm, aku menanti penuh harapan kat dapur (since semua aku dah siang, dh blend, dah kupas, dah potong.. tunggu nak tumis jer..) tetiba laki aku call..

abang : leen.. tadi orang kedai tepon abang..
aku : napernyer?..
abang : dia kata dia takleh hantar gas ptg nih.. sbb hujan lebat sgt.. maybe mlm skit kot - itupun kalau hujan reda..
aku : hah?.. bestu, leen nak masak camner?.. semua dah siap siang nih?.. nak makan apa?..
abang : camnilah.. leen simpan semua tu dlm peti sejuk.. gi mandi, siapkan anak2.. lepas solat maghrib kita kuar makan..
aku : agggghhhhhhh... @#$%%^&&*.... bencinyer..


kempunan aku nak makan menu yang dh aku rancangkan dan bayangkan.. SEDIIIIIHHHHHHH sgt.... tu ler.. lain kali sedia kan gas 'spare'.. padan muka aku... dgn kecik hatinyer aku simpan semua sekali dlm peti ais -

So.. keluarlah kami anak-beranak pegi makan kat luar.. geram punyer pasal, aku ajak laki aku pi makan kat bangi - pi restoran Hot Soup & Bun.. sekaligus dia tolong isikan minyak untuk kete aku (as usual- heheheh - sori ler perabih duit company dia - dah org bagi.. amik jer, mintak tidak...)

Hari ni aku boikot - aku taknak masak (taktau aku marah sapa sebenarnya.. bengong betul..), malam ni aku nak pi Restoran Rebung Chef Ismail kat Jln Bangsar.. (takper kaklong, aku tau ko sibuk + migrain + tension + mcm2 kerja yang tak sudah.. lain kali kita gi sesama k.. ).

Monday

Hari Ini : Geng Jurnal

Kalau dah bukak blog.. yang wajib aku bukak ialah blog rudy bluehikari (rasanya dari kul 8.30am - 5.30pm - if Boss tak masuk lah.. ) sebab nak dengar muzik latarnya yang sooo relaxing.. (cam duduk dlm spa la plak.. sambil buat manicure then pedicure + foot spa sekali dengan hair cream bath - pastu buat SABAI full body massage & SABAI facial .. pastu ..) wei.. ni kat opis lah.. pehal plak melalut-lalut sampai ke SPA..

Apa topik aku sebenarnya?.. oh ya pasal Geng Jurnal.. selain drpd blog2 kaklong, ady, JP, tokrimau, dan banyak lagi blog melalui link-link mereka-mereka ini.. aku rajin gak masuk geng jurnal everytime aku layan blog nih..

tapi.. semakin lama aku baca persoalan dalam cerita pemilihan MT GJ, pemilihan think-tank (apa tu sebenarnya?).. dan macam2 dialog yang sambung-menyambung tu.. rasanya banyak cerita yang aku tak tahu yang pernah berlaku.. (if cerita tak best - aku takmau amik tahu lah).

Dan rasanya member2 GJ nih semuanya 'close to each other' more than berforum kat dlm blog nih.. hmm.. bagusnya mereka2 nih.. mengeratkan dan menjalinkan ukhwah sesama saudara.. tanpa pertalian darah, tanpa bin dan binti yang sama, latar belakang yang berbeza.. dapat berjumpa dan bertegur sapa.. bagusnya.. kagum aku dgn semangat mereka2 ini..

Namun, ada beberapa persoalan dlm benak aku nih bila terbaca dialog2 yang macam ada berbaur marah, tak puas hati, geram, cerita yang tak sudah.. tapi takpelah..

Hari ini Boss takder... bosan jugak.. minggu ni tak banyak kerja.. end of this month, result exam keluar.. oshh.. next month mesti start busy.. project paper dah start.. leh tak aku jadikan Geng Jurnal 'target audience' aku?.. apa topik kajian yang best yek?.. yang boleh relate dgn GJ?.. "Profesionalisme dalam menulis blog".. kahkahkah.. mesti Vice Chancellor UiTM (soriler Dato' Seri) mintak finding research aku or mintak aku present paper kat conference... tolonglah.. minta maaf sesangat, tapi aku mmg tak sokong utk ada format tertentu / belajar menulis blog yang betul.. ini diari maya aku.. punya pasal akuler aku nak tulis style apa pun.. takkan if tulis dlm diari pun nak kena ada format.. habis tu nanti esok lusa, nak berfikir dengan akal dan nak merasa dengan hati pun kena ikut format jugak?.. TOLONGLAH!!!!!...

Daripada aku amik paper penulisan blog.. banyak lagi paper lain yang aku boleh amik.. sekarang aku tengah amik MASTER HRD ... pasnih aku nak amik Profesional Certificate lak, then sambung PhD (ada tak mana company nak sponsor aku pi study kat overseas?..) member aku kata if nak pegi melalui sponsor, jalan mudah is jadi lecturer - surely kena hantar (wajib lak tu) sambung belajaq kat mana2 U pilihan kat overseas nun.. iya ka?.. naik semester nanti aku nak ricky kat lecturer aku.. betul ker?.. if betul, next year aku apply jadi lecturer.. if aku jadi lecturer, one day tak mustahil aku dpt jadi profesor kan kan kan.. (teringat lak cita2 aku masa kecik2 dulu..).

Mengimbau kenangan silam jap..
Masa kecik sampai besaq.. bila nak isi form cita2.. aku isi benda yang sama - sedari darjah satu sampai tingkatan 6.. (1) Peguam (2) Profesor (3) Perdana Menteri.. pheh.. aku pikir2 balik.. camana aku boleh nak jadi 3 benda alah tuh hah?.. aku tak terlintas pun nak jadi guru, kerani, askar, polis, jururawat atau pramugari..

Cita2 no. 1 tu.. hmm.. dah ke arah tu.. study line pun dah canteeekkk dah.. bila tiba bab kerja.. plooopp.. aku tersasar pi tempat lain.. sijil Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang aku dapat dari UiTM Shah Alam (1997-2001) tu aku simpan dlm fail jer lah.. camna leh jadi 'lagu' ni?.. ni gara2 aku gatai nak menikah la nih.. takut tiap2 hari gaduh dgn laki aku kalau aku jadi lawyer.. (if kalah kes, mesti aku bebai sampai kat umah..heheh)
Cita2 no. 2.. macam boleh jer if aku nak pi.. tapi kena jadi lecturer dulu.. then belajaq and belajaq and belajaq lagi kat dalam U tu utk naik gred ke gred ke gred ke gred.. baru dapat nak jadi Prof..
(Prof. Emiritus Dr. Tiny Azleen Binti Yahaya..) fuyoooo.. aku tgh gapai langit ke-7 weiii...
Cita2 no. 3.. weit.. aku KUNCI je lah dalam locker blog gelap aku.. aku TAKMAU ler jadi PM negara (aku) yang - entah - tak tau nak describe.. aku jadi follower jer lah.. jadi PM kat umahtangga aku lagi BESHHH... (laki aku YDP Agung..dlm umahtangga aku ler..)

Ehh.. apa aku melalut tengahari ni.. mentang2 bos confirm tak masuk.. melampau aku weh.. apa sebenarnya yang aku nak tulih?.. tajuk pasal geng jurnal.. end up pasai cita2 aku lak.. hmm..apa2 lah - blog aku... aku punya suka aku nak tulis apa kan kan kan.. hehehhehe... aku nak pi lawat blog2 lain plak lah..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.