Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Saturday, June 07, 2008

takperlah..tak penting

Tujuan aku buat blog adalah utk menulis apa yang aku terasa nak tulis.. sbg terapi kepada 'ketensionan' yang aku hadapi dan alami sblm ini (melalui nasihat kaklong dan kisah rudy bluehikari yang terkenal di dunia blog - kata kaklong)...

then dah ada blog sendiri, aku dpt melawat blog2 lain dan meninggalkan komen.. dan seronok bile membaca komen dibalas dan ada pulak yang dtg melawat blog aku dan meninggalkan komen.. maka terjadilah interaksi di kanvas maya tanpa mengenal wajah dan rupa.. SERONOK SANGAT.. itu sahaja yang dapat aku perkatakan apabila semakin 'menyertai' dunia blog ini.. tak pernah langsung terlintas di pemikiran aku yang agak kurang ilmu dlm IT ini bahawa akan tercetusnya perhubungan 'maya' sebegini rupa melalui 'blogging'.. dan perasaan ini amat seronok sekali.. aku dpt ramai kenalan..

NAMUN.. hari ini aku ter'kejut' sikit apabila menerima komen daripada 'moderator' GJ dlm entri hangin berangin di ruangan emotional - terbaca komen Moderator.. oh.. ada rules and regulation rupa2nya dlm menulis di ruangan GJ.. tak sangkalah plak.. itulah padahnya kalau terajin sgt nak participate and suka sgt nak 'be an active member' dlm setiap sesuatu..

Semakin lama memblog semakin seronok terutamanya bila ada yang tinggal komen.. sbb tu aku buat link kat entri dlm GJ - sebabnya aku dh penat taip panjang dlm blog sendiri so, dlm GJ buat link jer lah.. supaya sesapa yang nak baca, dtg and leave their comment in my blog.. tapi tak sangka plak yang 'perbuatan' tu tidak dibenarkan.. AMIK KAU... kan dah kena..

Maaflah kalau apa yang aku buat tu salah.. tak terniat untuk apa2 pun.. tapi tertanya plak, kenapa perlu ada rules and regulation mcm tu.. salahkan mengajak org lain singgah di blog kita?.. ada apa2 yang aku tak tahu ker tentang 'invite' org dtg ke blog kita atau jumlah org yang dtg ke blog kita?.. MAAFLAH.. aku tak nak sebarang anugerah atau pendapatan sampingan atau peningkatan jualan atau apa -apa jawatan dalam apa2 jawatankuasa di dalam memblog ini..
yang aku nak cuma 'jalinan perhubungan dan ukhwah sebagai teman dan kenalan'.. (perkara yang aku tak tahu boleh terjadi semasa pertama kali buat blog ni..)

Kenapa aku join group GJ, sbb aku tgk ukhwah mereka sgt menarik.. mmg teringin sgt nak jadi part of them.. maklumlah aku ni kan 'penyibuk' skit.. suka sgt berkawan.. (kalau laki aku tahu- sure dia padankan muka aku..)

and lagi suka sgt berfikir sampai langit ke-7 sampai adakalanya terlupa sekejap rumput yang dipijak dan kerap gak leka dan lupa kat 7 petala bumi di bawah tu.. (sampai dah terfikir nak sponsor gathering GJ utk jumpa mereka2 ni semua).. tapi... sebenarnya aku 'over acting' siot..

Hmm.. kenapa dgn aku ni?.. emotional tak tentu pasal pulak.. itulah, suka sangat nak involve sana sini - bila kena tegur sikit - dah terasa.. dah tahu awak tu emotional, pehal yang nak menyibuk dlm ruang org lain.. buat kerja sendiri cukuplah.. padan muka bila dah kena camtu.. baru nak sedar diri supaya tak menyibuk tak tentu hala..

Takperlah.. ada atau tidak aku dlm dunia blog ni tak penting kepada sesiapa pun.. so aku back to my basic root - tulis apa aku nak tulis - sesapa yang nak berkawan dgn aku maka itulah kawan aku.. and I still have a lot of things to think rather than thinking of the moderator's comment.. ok kaktiny.. pegi tido.. dah malam.. esok pagi abang ajak pergi pasar pudu (alahai abang, malas betul nak masuk pasar besar..)



7 comments:

kingbinjai said...

terima kasih lawat blog saya :) selamat bebrlog. lama gila saya tak masuk gj hehehehe

en_me said...

GJ tuh amender? me tak pernah dengar laar..

Anonymous said...

permasalahan ini saya jawab dekat forum ye kak. sebarang terguris rasa saya minta maaf. kami selaku admin tak berniat nak menyusahkan sesiapa :D

Kaktiny said...

kingbinjai > saya suka layan sajak2 awak..

en_me > me.. pegi ler layan GJ (geng jurnal) if nak tahu apa dia..

ady > takperlah.. tak penting..

(yg penting k.tiny ada blog sendiri and kaktiny leh pegi blog2 org lain tanpa sekatan kan kan kan... nk tinggalkan komen kat blog ady ada rules and regulation tak?.. if ada, TAKUT dah nak masuk.. heheheh)

Anonymous said...

tapi jgnlah sampai tidak menjengah lagi diforum ya?

Kaktiny said...

ady > sejuk hati dengar ayat ady.. hehehhe.. mesti mentua sayang sbb menantu pandai 'pujuk'.. ady dah kawin lum?.. if belum boleh bagi kat adik ipar kaktiny.. kahkahkah..

Anonymous said...

woh....lom kawen... eheheheh

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.