Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, June 16, 2008

TINTA 7 : DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK

Dah nak dekat kul 7.00pm.. malas aku nak balik awal hari ni.. cam takder mood jer… abang ada conference kat KLCC.. so, aku takyah masak malam nih.. dah berhajat besar nak gi swim.. kaklong plak ada mesyuarat koperasi malam ni (diorang tak reti nak buat siang ker kaklong?..tau ler multi-millionaire kan).. dan aku – dok layan blog sambil dengar cerita bebudak opis yang tgh ber’gym’ kat bilik gym (diorang ni ber’gym’ ker bersembang?..)

Aku pinjam entri hazelsyd bertajuk MOOD :

...the mood that is as cold, wet and gloomy as the weather outside..
...it's that time once in a while when depression and feeling down knocks my door...

Dalam entri semalam – Kisah : Sudah Tiba Jodohnya, sang sahabat si tasikmerah telah memberikan komen berbunyi : kadang2 apa kita nak dan Tuhan tak bagi... kita marah... tapi sebenarnya Dia lebih tahu apa yang terbaik utk kita kan.... :) ..

AKU SETUJU SANGAT – terus aku terteringat kisah ulat bulu dan kaktus.. dan kisah ini aku sentiasa pegang dalam menjalani kehidupan seharian terutamanya apabila aku tidak dapat apa yang aku hajati..


KISAH ULAT BULU DAN KAKTUS..

Tertarik dengan keindahan bunga dan kecantikan rerama, seorang hamba Allah berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama untuk dijaga dan dibelai. Maka berdoalah beliau sungguh-sungguh, sepenuh jiwa dan seikhlasnya. Berjanji beliau bahawasanya akan menjaga bunga dan rerama tersebut jika Allah memakbulkan permintaannya.

Allah kemudiannya memberikannya kaktus dan ulat beluncas. SEDIH, MARAH, GERAM, segala perasaan kecewa bercampur baur kerana doanya tidak diperkenankan. Terfikir oleh beliau “Kenapa?..kenapa permintaanku tidak dimakbulkan?. Mungkin aku bukan hamba terpilih yang Allah dengar permohonanku”..

Kerana kecewa, beliau memutuskan untuk tidak mempersoalkannya lagi dan membiarkan ‘pemberian Allah’ itu di satu sudut di ruang rumahnya.

Suatu tempoh, beliau tergerak untuk melihat apa yang terjadi dengan ‘pemberian Allah’ tersebut.. (meskipun dalam diam beliau sudah melupakan ‘impiannya’ dulu)

DAN ALANGKAH…

Kaktusnya menghasilkan bunga yang sangat cantik dan ulat beluncas hijau tersebut bertukar menjadi seekor rerama yang sangat berwarna-warni.

BENARLAH..

Rancangan Allah lebih hebat daripada segala-galanya.

Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.

Kita mungkin kecewa apabila doa kita tidak diperkenankan..

TETAPI..

ALLAH LEBIH TAHU APA YANG KITA PERLUKAN MELEBIHI APA YANG KITA MAHUKAN..

DURI HARI INI ADALAH BUNGA HARI ESOK..
KESAKITAN HARI INI ADALAH KENIKMATAN HARI ESOK..


Untuk itu.. BERSYUKURLAH DAN JANGAN PUTUS BERDOA.. DAN REDHA dengan setiap PEMBERIAN-NYA.




31 comments:

suara said...

Salam...
Doa adalah senjata yang paling berharga. Jangan putuskan doa dari hati kita. Berdoalah selalu agar kita diberikan hati yang bersyukur.... Su selalu tulis ni sbb nak ingatkan diri su sendiri dan nak jadikan doa tu sebati dalam diri.

p/s: ada nampak kerbau tak... su nak masak telor mata kerbau kat akak ni...hehe

Kaktiny said...

Suara > bagus sgt su.. 'sampaikan walau sebaris ayat'.. semoga ganjaran pahala utk su..

p/s : adohai su.. tak habis lagi ker ko mengejar kerbau sedari pagi tadi.. habis semua org su nak jamu 'telur mata kerbau'.. berapa ekor ler kerbau yang tumbang dek su ni hah?..hehehehihihhii..

chinta said...

"Rancangan Allah lebih hebat daripada segala-galanya.

Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya".

tapi selalu hambaNya yg sorang nie berfikir2 dan berkira2 tentang perkara yg dah jadik....susah nak lupakan yg lepas2 dan let it go...

doa is the best..

CikguZue said...

salam ziarah...
walau tak tahu ape2, saya doakan segala yg dihajati akan dimakbulkan Allah...

zino said...

kita hanya mampu merancang dan Allah akan menentukan nya.. apa yg telah di tentukan itulah takdir utk kita

Anonymous said...

kadangkala..apa yg kita hajati tidak semestinya akan kita dapat..sebab yg diatas sana lebih mengetahui...:)

Kaktiny said...

cikguzue > salam ukhwah.. takder ape2 pun.. sesaja muhasabah diri jer.. semoga doa kita semua diperkenankan Allah.. Amin..

zino > batul tuh.. ketentuan Allah dah cukup superb kan..

kadok > Allah dah aturkan yang sgt perfect utk kita kan..

Hazelsyd said...

Salam kak tiny,

I like this entry..sangat bermakna...ditambah pulak ada nama saya kat atas tu kan *emoticon poms poms* heheheh

Whitetulip Tales said...

salam kaktiny,
sebagai manusia, kita kena yakin qada dan qadar-NYA. Yakinlah bahawasanya, kesakitan, kepedihan, kepahitan yang dirasai sekarang ini, suatu ketika bila sampai ketikanya, Allah akan gantikan dengan kenikmatan, keindahan dan kemanisan. Oleh itu, ubat yg paling mujarab untuk selamanya adalah Doa dan tawakal..Semakin lama kita menanti janji Allah itu, maka semakin banyak yg menanti di hadapan..InsyaAllah..

Anonymous said...

haaaa...jadi janganlah ditanya bila si adik akan kawen ye? sebab perancangan Allah itu lebih sempurna. :p

Kaktiny said...

Chinta > faham sgt perasaan 'susah nak lupakan yg lepas2 dan let it go...' heheheh..

hazel > salam.. sori yer.. amik entri..

whitetulip > betullah.. semoga Allah berikan uang indah meskipun diuji yang pahit...

ady > oooo... bagi ayat mengelat yer.. takpa takpa..

adie said...

memang betul.kekadang kita tidak sedar yang kita bereaksi sperti itu.sebab tu kita perlu selalu berpesan-pesan dan ingat mengingati sesama kita.supaya kita tak alpha

kamar hati said...

hmmm...yup, betul tu...bersyukur la dgn apa yg kita ada...ALLAH S.W.T lebih tahu apa yg terbaik buat kita... :)

Mak Su said...

tq kaktiny

aNIe said...

KakTiny...memang betul...ALLAH lebih mengetahui dan tau apa yang dirancangkan untuk kita.

Dulu...banyak rancangan akak yang tergendala dan tak menjadi...ada kadangkala rasa sesal...tapi bila dah lama melalui hidup ini...dan diimbas kembali...kenapa ALLAH tak beri apa yang aku pinta dahulu...rupanya DIA ada perancangan yang lebih baik untuk akak...dan ALHAMDULILLAH akak bersyukur...dan kini akak sentiasa mengucap syukur atas apa yang terjadi...kerana disebaliknya pasti ada hikmah yang kita tak dpt melihat...

Akak said...

Tiny...

Allah lebih mengetahui segala2nya...

Rajin memohon & berdoa kepada Allah SWT tak kira masa kita susah maupun senang..

Kaktiny said...

mr.penyubiru > saya yang sering alpa dan leka.. sob sob sob..

kamarhati > nak kena sentiasa ingatkan diri supaya bersyukur dan jgn asyik merungut..

maksu > sama-sama.. (?)

kaklady > betullah kaklady.. saya pun terasa benda yang sama..

akak > sentiasa berdoa kak..

Anonymous said...

mana de ngelat...ayat escape je ahahahahaha

Anonymous said...

salam kak tiny..ani suker sangat entri ni.inilah yang dikatakan qada dan qadar allah..setiap apa yang berlaku kita perlulah redha dan bersyukur pada apa yang kita ada..jangan mengeluh kalau doa tak terima sebab pasti kita ada kekurangan..yang penting terus berusaha.

Kaktiny said...

ady > ko tu mmg pandai bab nak 'larikan' diri dari soalan2 cepu mas ni kan kan kan...

ahmoi > betullah ani.. qada' dan qadar.. mmg dah ketetapan-Nya kan..

Anonymous said...

suke lah entri ni.. cukup menyentapkan.. waaaa

Kaktiny said...

thafiexq > yang baik kita sama2 jadikan teladan..

Qaseh Bidadari said...

betul tu kak tiny..allah maha mengetahui kan...dan die tidak pernah menghampakan hamba2nye!

asuhara sue said...

salam.

saya mmg memegang kata2 ini: kadang-kadang Dia tidak berikan apa yg kita mahu, tapi Dia memberikan apa yg kita perlu. syukurlah dengan pemberian Nya.

p/s: thanks singgah blog saya yg tak seberapa tu!Arigato neh!

Kaktiny said...

mamaranggie > iye kan mama kan.. Dia lebih tahu...

asuhara > manusia ni mmg.. mahunya beribu - banyak songeh kan.. mmg perlu sentiasa bersyukur.. masih belajar menginsafi diri..

p/s : kagum tgk org yang mampu berdikari di negeri asing..

tasekM said...

kadang2 rasa tak layak meminta... apa2 aku terima....

bahaya...

takut jd sombong pada Dia...

Kaktiny said...

tasik > aku bab ber'impi' - gapai langit ke-7.. bab berdoa nih.. ya ampuuunn.. beribu2 lemon..

tapi.. iyerlah... masih belajar menginsafi diri.. kerdil sgt aku disisi-Nya kan...

King said...

Atok penah bg kt beta:

" If ALLAH answer your prayer,
ALLAH is increasing your faith.
If ALLAH delays,
ALLAH is increasing your patient.
If ALLAH doesn't answer,
ALLAH has better plans for you in future."

renung2kan dan selamat beramal..

Sri Diah said...

Salam Tiny;
Terima kasih dengan entry ini. Amat bermakna. Akak lalu teringat pada lirik lagu Raihan;

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu. Ampunkan dosa ku, terimalah taubat ku. Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar...

Ilahi lastu lil firdausi ahlaaWa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi... Fahabli taubataw waghfir dzunuubiFa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi...

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai. Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhan ku. Wahai Tuhan selamatkan kami ini. Dari segala kejahatan dan kecelakaan. Kami takut, kami harap kepadaMu. Suburkanlah cinta kami kepada Mu...

Salam Tiny, semoga kita dalam redha Allah.

Sri Diah said...

Eh eh... kena tag kat bawah tu. Tak wajib jawab kan?

Kaktiny said...

king > yer yer yer.. betul tu King.. time kasih tuanku..

kak sri diah > akak.. rasa sebak dan takut pun ada dengar lagu tu.. acm lagu Andai Ku Tahu - Ungu..

p/s : takper kak... tak kena saman kalau tak jawab.. but.. kalau rajin.. and ada masa .. jawabler yer.. (tau akak sibuk kan...)

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.