Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Thursday, July 24, 2008

Kisah ITM 4 : PART 3 LLB

PART 3.. part yang aku tunggu2..

INI SEMESTER YANG AKU NANTI-NANTIKAN!!!..... (dan entri terpanjang rasanya yang aku tulis… baik sediakan biskut dan kopi kalau nak habiskan baca.. kalau tak habiskan pun takpa.. tak masuk exam pun.. AND AGAIN.. BLOG AKU KAN.. suker hati ler…)

Subject dan Lecturer :

1) ACAD/OCCU English III

2) Asas Keusahawanan (ETR) – ni subject ala2 nak bukak business sendiri.. dan kumpulan aku buat PROPOSAL ‘Butik Pengantin’ – siap sirih junjung, bunga telur berbagai masa presentation tuh.. dpt ler lecturer2 tu bunga telur sorang satu walaupun hari tu takdak kenduri kawin sapa2.. (group lain yang ala2 nak bukak kedai roti, siap serve roti and coffee tu – sungguh2 BODEK nampak.. markah sama gak weh.. hihihi…)

3) Land Law I – Puan Saodah!. SUBJECT KESAYANGAN AKU!!!.. subject yang memerlukan aku beli National Land Code (NLC).. YES!!.. dan Puan Saodah... (muka dia ala2 Saadiah masa muda.. cantik ooo… hihihi) GARANG ooo.. tapi aku sayang kat dia (walaupun dia garang.. sebab aku suka subject ni.. maka aku sayang dia.. hihihihi…) dan of course ler aku score subject ni kan.. dah aku minat!!!

4) Equity and Trust 1 – Datin Jamilah. Fakulti panggil Datin J jer.. (ada aku penah mentioned nama dia sblm nih?.. ooo... tak penah.. hihihi). Datin J ni lawa orgnya.. walaupun dah kawin dan baya2 mak aku masa tu.. tapi.. phergh.. mengancam siot.. (bebudak lelaki suka sgt kalau Datin J yang mengajar.. aku yang pompuan ni pun suka tgk kecantikan dia.. apatah lagi yang jantan2 tuh.. hihihi)

5) Criminal Law 1 – En. Helmi.. dia ni ‘SEMMPOOOIIII” punyer lecturer.. bebudak laki ‘KLIK’ giler dgn dia ni.. sapa couple dgn sapa.. dia lah tempat rujukan dan yang cepat tangkap berita dan cerita – juga dialah orangnya…

6) Undang2 Islam – aku paling suka subject2 yang ada nama “Islam” nih.. sbb leh jawab dlm BM dan surely subject yang bagi aku harapan utk dapat A.. hihihi

(subject law.. hmm sikkkkssssaaaa giler ooo, even nak dpt A- pun suuusaaahhh (akuler yang rasa payah, kawan lain taktauler kan.... jenuh berairmata darah ler!! Untuk dpt A+ ?... lagiii HARAM aku tak pernah dapat!!!..)

7) Law of Sales & Credit (SOGA – singkatan kepada Sales of Good Act) – yang ni pun Madam Vohrah yang ajar.. (dan ada satu cerita di sem ni – kenangan Datin Vohrah masa dia jadi Majistret dulu – buat aku terasa ‘sedikit dan secalit’ cuak dan down utk jadi lawyer..). Tapi Madam Vohrah ajar mmg best.. buat aku paham AS CLEAR AS CRYSTAL.. dan for sure aku score subject ni.. dh aku minat kan.. hihihi

8) Law of Tort II – Lecturer pompuan.. dia tinggal di Tanjung Malim.. setiap hari berulang dari TM ke Shah Alam.. dia kata – dekat jer..
betullah.. alah bisa tegal biasa..


Cerita Fakulti :

Aku paling seronok Semester ni.. dan paling aku suka sangat bila pegi kedai buku kat PKNS… beli NATIONAL LAND CODE!!..
aku puas mengendongnya, aku bangga membimbitnya.. aku kepit, aku peluk, aku jinjing.. aku tido dengan NLC… (kalau boleh aku nak hafal setiap section dan sub section.. tapi GILA ka?.. Hakim Mahkamah Tinggi Malaysa pun tak hafal isi kandungan sebutir2 semua AKTA!!! dan aku mmg hafal setiap landmark case, tarikh, judgement, lawyer statement, judge quote dan apa shj utk Land Law nih..)

Teh Bee v Maruthamuthu [1977] MLJ – sedih kes ni - pasal tanah TOL, perebutan hak di antara registered owner (yang baru register tanah tu) dan org yang dah menetap lama kat situ (yang duduk lama kat tanah tu yang diperolehi secara TOL) – yang akhirnya tanah tu dpt kat registered owner.

Valliappa Chettiar [1954] MLJ – title of “the person for the time being registered as proprietor” “shall not be indefeasible”. Privy Council held the latter phrase means “that the title of a proprietor is liable to be defeated.” Therefore, no collateral attack upon a registered title.

Dua kes ni mmg TERAMAT terkesan dijiwa ku.. dan masih ku ingati sehingga detik ini.. Betul tak nama kes, tahun dan pernyataan kes wahai kakladypotpet and ikmal? (kalau salah.. harap betulkan lah yer - dah lama benor - kot kot tersilap… hihihihi)


Land Law class.. aku tekun memahami setiap butir cerita yang keluar dari mulut Puan Saodah (dan cara dia ajar pun mmg mudah faham).. Ada pada satu hari, class tutor land law (aku kelas sessi ke-2..) bebudak sessi pertama kalut nak jumpa aku.. PEHAL?.. (budak2 matrix yang bijak2 laksana tu nak jumpa aku?.. musykil aku.. ) – diorang nak tahu sapa aku (??? Lagiilah pelik dan musykil..) – dah masuk dlm kelas, Puan Saodah panggil aku amik paper... baru aku tahu yang assignment 1, aku dapat antara yang tertinggi dalam kelas rupanya (HAH??!!!.. aku sendiri tak percaya.. betui ka?..), padan lah bebudak sessi pertama tu beriya2 nak jumpa aku.. pasai nak PINJAM PAPER AKU... pastu masing2 pakat photostate paper aku (biasalah bab2 ni.. sapa yang dpt highest score dlm class, mesti paper dia diphotostate.. dan aku salah sorang yang suka buat camtuh.. tapi HARAM aku tak penah baca pun paper2 yang aku photostate tuh!!! wakakakakaka)

Setiap tahun Fakulti Undang2 akan ada acara2 yang dikendalikan oleh setiap Part. Dan Part 3 kena kendalikan acara “NO WINE and CHEESE PARTY”.. Part akuler yang kena buat persediaan dan perancangan.. budak2 Part aku memilih tema “LET’S PAINT THE TOWN RED”.. dan semua student dan staff DIWAJIBKAN berpakaian warna TEMA – MERAH!!!... dan aku dan E (dan bebudak pompuan Kolej Delima 1 & 2) ditugaskan di bahagian penyediaan makanan… E buat bihun goreng dan aku buat kuih.. (aku bantai buat kuih popia goreng dan kuih sagu – warna merah kan.. hihihi)

Program sukan.. anjuran Part 4.. tahun ni Part aku banyak menang hadiah… paling cemerlang game bola sepak ler.. (masa ni ada satu citer lucu pasal abang..) - game bola sepak, dia masuk main... aku dgn E kat luar padang ni biasaler.. jadi penyorak wanita yang ‘bertudung’.. masa abang dapat bola.. aku JERIT NAMA dia (konon nak bagi semangat.. wei..sesapa dpt bola pun aku jerit nama diorang ler!!!) tetiba abang berhenti (bola kat depan kaki dia dah..) dan dok tercangak2.. kami ni punyerlah confuse.. apekehal si mamat tu tak tendang bola kat depan bijik mata dia?.. last2 pihak lawan amik bola tu dan GOLLL!!!!... bebudak kelas (termasuk aku ler) punyerlah maki hamun dia kaw-kaw punyer.. kami tanya “kenapa tak tendang bola?”.. Alasan dia - dia kata dia ‘tertegun’ dengar ada suara pompuan panggie nama dia.. dan SEMUA ORG TOLEH KAT AKU... WHAT???!!! SALAH AKU KER????... POOOODDDAAAAAHHHH!!!!! ALASAN!!!.. Menyampah aku… (masa ni, aku rasa macam nak hempuk jer botol air kat kepala dia tau.. dan aku dok maki hamun dia spjg perjalanan balik ke kolej... grrrrrrr....) – Mujur menang gak team kami (dan dia dikeluarkan terus dari game seterusnya.... kah kah kah...)


Cerita Kolej :

Aku dapat kolej lagi.. Alhamdulillah... sebilik dengan Kak T.. budak Law Part 4.. dia org terengganu.. bekas budak KUSZA.. (geng2 KUSZA if masuk ITM, mrk lompat terus ke Part 3..).. so, aku rapat dengan kakak2 senior.. dan geng2 Kak T suka lepak bilik aku..

Aku buat solat syukur sbb dpt ‘jejak’ Part 3.. (oh yer.. percaya atau tidak.. aku teramatler ALIM TAHAP SUPERB Sem nih – walaupun aku tak pakai tudung labuh..sbb mak aku tak bagi). Percaya atau tidak.. di Part 3 nih, 2 kali aku khatam Quran.. hampir tiap 2 bulan aku dpt buat Qiyamullaill kat Pusat Islam.. dan kerapnye wuduk sentiasa melekat padaku.. terbatal, aku pegi angkat wuduk semula.. seterusnya begitu... dan tak pernah aku miss solat dhuha, tahajjud, hajat, taubat, sunat syukur, sunat tasbih, segala solat sunat lain (yang wajib, jgn cakapler.. dh sah2 PERFECT!!! Kecuali ler kan time aku uzur..) - puasa sunat pun hampir segala hari yang disunatkan berpuasa.. aku turuti.. mak kat kampung pun aku ingatkan jika ada tarikh2 islam yang perlu diperingatkan..

(WAH!.. AKU KAGUM DENGAN SENDIRI, MACAM MANA AKU BOLEH BUAT CAMTUH?.. DAN SKRG?.. MALUNYER AKUUUU!!!!)

Sem ni aku dah kurang rapat dgn ‘adik-beradik’ aku tuh.. sebab masing2 class dan tutor dah lain time.. So, aku rapat dengan kakak2 KUSZA nih.. aku penah bawak balik 2 orang kakak KUSZA ni ke rumah aku di Kulim, Kedah (fully sponsored!! Maklumler aku dpt PTPTN.. – naik keretapi – seat amik yang tempat tido lagi..), aku bawak diorang pusing2 Penang.. aku heppi sangat… sbb diorang semua baik dengan aku.. walaupun kalau diorang berkumpul.. “aku dok pahang ceghito mung”..hihihi.. ampun org ghanu yer..

Dan Sem ni aku jadi sangat rapat dgn E.. sbb kami sama2 amik subjek yang sama (dh start ada pilihan subjek dan kami sama-sama ‘clear’ paper – ada ‘adik-beradik’ aku tuh ada yang still sangkut paper – jadi kelas dah ‘lari’ time..). Si E nih, suara dia sedap giler.. ala2 Siti Nurhaliza.. sungguh aku tak tipu.. dan berkawan dengan dia amat aku hargai.. kerana dia mengajar aku erti ‘mengejar cita-cita’!.

E (HZ). Latar belakang keluarganya.. sama seperti aku.. kami tidak mewah wang ringgit tapi kami teramat bahagia dengan kasih sayang keluarga yang melimpah ruah.. yang terlalu banyak.. dan kami byk persamaan dlm menghayati kebahagiaan dan kasih sayang keluarga.. aku sering ke rumah E di Jerantut, Pahang dan keluarganya sayangkan aku mcm anak sendiri (mak dia siap nk jodohkan aku dgn abang sulung dia – heheheh – tapi E tak bagi.. katanya abang dia askar jer, sedangkan aku bakal menjadi peguam.. kui kui kui) Aku? No komen!!!!.. (aku taknak ‘fikir’ pasal ‘perhubungan’ sepanjang aku bergelar pelajar...) dan E kerap juga aku bawak pulang ke kampung ku (mmg dia mesra sgt dgn keluarga dan saudara mara aku.. dah jadi sebahagian daripada keluarga aku..)

Kami study sungguh-sungguh.. dengan E, aku lekat dan dekat dengan library di PTAR II (biasanya library ni utk budak Law dan Business).. dengan E, baru aku jejak kaki ke PTAR I (library umum)..


Cerita Lain :

RANCANGAN AKU DI CUTI SEM 2?.. (ni aku nak mintak ampun beribu ampun kat A dan bebudak lelaki kelas aku yang tinggal di Sek.9 – termasuklah laki aku skrg ini..)..

Sem ni aku TIPU bebudak lelaki itu semua.. menyatakan bahawa aku “DAH BERTUNANG” masa cuti penggal 2 hari tu.. dengan bakal Doktor dan sekarang (masa tu ler) masih menuntut di UM… kuang kuang kuang!!!...

Kenapa aku ckp macam tu?.. SEBAB AKU MALAS NAK TERLIBAT DALAM MUSIM MENGAWAN BEBUDAK NIH!!!! So, siang-siang aku dah LETAK TANDA "NO ENTRI".. (HAHHAHAH.. surely cikabang marah kalau aku citer bab nih.. suker aku suker…hohohoho) – walaupun aku sedar aku bukan dari ‘senarai pilihan mereka’ – tapi sebagai tanda ‘keselamatan’ utk 2 perkara :

1) Supaya aku tak di ‘try’ oleh mana2 jantan ITM nih (diorg ni kan suka main betting.. alah jantan.. cam aku tak tau taktik korang..)..
2) Supaya aku tak dituduh ‘perasan yang jantan tu nak kat aku’- if aku sembang ngan mana2 budak jantan kelas aku nih.. (susah betul kalau pompuan lagi ramai dari lelaki…) asal sembang skit, mesti ada yang kata pompuan tu minat kat lelaki tu.. kalau close sikit, dah kena ‘cop’ GATAL.. PAYAH!!
3) Supaya sesapa yang punyer ‘pakwe’ tu, tak tuduh aku nak “RAMPAS” jantan dia sekiranya aku ‘terpaksa rela’ satu kumpulan dgn group ‘pakwe’ diorang.. (hohohoho... ada oooo yang jeles TAHAP TENUK SEMPUT nih....hihihi)

Jadinya dengan menyatakan aku dah BERTUNANG.. maka peluang aku di ‘tackle’ dan dituduh cuba ‘menackle’ jantan2 ITM ni adalah SIFAR!!!!.. dan ramai bebudak laki class aku tak takut utk rapat dan sembang dgn aku.. dan bebudak lelaki nih semua “RESPECT” kat aku sbb aku TUNANGAN ORANG… (dan ada yang siap tanya aku camner persiapan bertunang - aku bantai bagi cerita ala2 Erra Fazira bertunang - masa ni kes Erra bertunang ngan Awie.. kih kih kih) kah kah kah..

Tapi, ada sekali tuh, si budak Z dtg kat meja aku di Dewan Kuliah.. tepuk meja aku.. tanya aku “Bila hang bertunang? Berapa hantaran tunang hang bagi? Aku bayar triple lah..” Terkejut badak aku (badak pun tak terkejut cam aku – mujur aku tak sakit jantung..) Aku balas balik : “Berapa dia nak bagi, hang peduli apa?.. kalau dia tak bagi hantaran pun aku tak kisah.. aku redha terima dia.. janji sekampung ngan aku.. ni pun dah cukup… dan dia kan bakal Doktor.. jgn jeless.. hihihi” (aku siap tayang cincin ‘permata biru’ yang aku pakai…) kah kah kah.. (aku tahu Z bergurau jer..)

Aku sedar diri... Sapalah nak kat aku?.. akukan ‘gadis melayu dari kampung yang naif lagi bodoh dan dungu’!! Cincin tu sebenarnya aku paksa mak aku beli dan MAK dan AYAH dengan BESAR HATI pergi cari dan pilih utk aku.. (sebab ayah mmg TAK BAGI aku ‘BERCOUPLE’ dgn JANTAN masa STUDY!!!)

Dan sem ni betul2 menyaksikan ‘penyatuan’ kisah ramai di antara mereka-mereka ini.. dan aku bahagia dengan ‘tunangan rekaan’ aku.. so.. aku selamat lah..hahhahahhaha.. (tunangan rekaan?..hmmm realitinya ‘dia’ mmg wujud… hohohohoo.. tapi bukan sebagai tunang but – He’s my Platonic Friend…) Dan Sem ni aku pegi UM atas JEMPUTAN kelab Kaunseling Rakan Sebaya (dan aku terkezuuut bila si I menjadi Ketua Program – tapi aku tak berani nak pegi jumpa dia? Sbb apa hah?)



Lagi Cerita Lain

Aku dapat pinjaman PTPTN.. masa cuti Sem 2 hari tu, duit masuk, backdated dari 1st SEM... aku pi Bank Simpanan Nasional cawangan Bagan Ajam Butterworth utk print statement.. RM1X, XXX-XX (WOWH!!!).. AKU KAYA!!! AKU KAYA… masa tu plak RAYA PUASA.... RM5000 aku bagi kat mak aku buat belanja raya.. RM100 kat ‘arwah tok’ (nama dia Chik) dan RM100 kat ‘arwah wan’ (nama dia Hashim) dan aku siap bagi RM50 sorang kat SEMUA ke spuluh 10 orang ‘mak-mak’ sedara aku (seronok bukan main diorang – walaupun aku tahu RM50 tu ‘langsung tak ada apa2’ pada mereka yang ‘berkemampuan’ – tapi diorang really appreciate it.. AKU TERHARU!!!).. dan pada setiap adik2 sedara aku yang berduyun-duyun cam rail keretapi tuh – aku bagi sorang RM5... DAN PERBELANJAAN “GATHERING RAYA” (acara alternate tahunan – 2 tahun sekali) keluarga ‘RICH’ (Rukyah Insaniah Chik dan Hashim – kaum kerabat aku ler nih.. sebelah mak aku..), aku ‘sponsor’ HALF (aku beli barang2 utk buat BBQ dan duit collection buat beli hadiah cabutan bertuah..)

AKU HAPPY SGT (rasanya doa depa semua di pagi raya tu memohon aku lulus cemerlang dlm exam benar2 dimakbulkan Allah.. terima kasih semua..)

Dan duit PTPTN aku tu pun aku habiskan dgn beli akta2 dan buku2 rujukan yang ORIGINAL (takdak photostate2..). Dan oleh kerana E adalah sahabat aku masa tu.. byk nota2 aku bayarkan utk dia (sbb aku sayang kat dia, aku berterima kasih padanya kerana jadi kawan aku dan sbb dia tak dpt pinjaman PTPTN..).

Oh ya.. Raya tahun ni aku pi umah I kat BA.. aku bagitau dia yang aku pi ‘Program’ yang dia kendalikan tu. Dia BEBEL kat aku sbb aku tak pi jumpa dia dan tak tegur dia.. aku katalah yang aku tak mau ler ‘interframe’ sbb aku tgk ramai sgt ‘SISWI2’ yang dok ‘mengendeng’ kat dia.. dia MARAH lagi.. dia kata semua tu cuma AJK2 dia saja, aku ni kan kawan baik dia, pasai pa aku tak pi jumpa dia.. itu yang dia bebel kat aku.. (cheh.. berani dia marah aku.. dan pasai pa aku tak lawan? Tetiba aku jadi tak reti nak cakap.. HAMPESS tul..)

Masa cuti sem ni jugak aku pegi berkelah dgn kakak, si I dan adik2 dia dan jugak bawak adik aku yang bongsu tu... dan masa cuti sem ni jugak kakak aku jumpa si I personally.. DI LUAR PENGETAHUAN AKU.. (cheh.. skrg baru aku tahu cerita..) dan mereka membicarakan sesuatu tanpa mahu berkongsi dgn aku... TAKPA TAKPA.. ada lori ada bas... lama2 nanti aku akan tau jugak.. Dan Sem ni kakak aku putus tunang!!... (impact besar dalam hidup aku.. aku tak tahan tgk kakak aku sedih.. aku rasa nak 'teraj***' jer mamat tuh.. alah - TAK RUGI PUN AKAK AKU TAK KAWIN NGAN DIA.. DIA YANG RUGI SAMPAI SEKARANG TAK KAWIN LAGI.. KAKAK AKU ANAK DAH 4 DAH!!!!)


Nota : DAN HARUS + WAJIBLAH KAN SEM NI AKU CLEAR PAPER LAGI!!!!... DAN SEMESTER ni adalah RESULT TERBAIK AKU.. SUPERB – CGPA aku lompat melambung – iyerlah dah aku suka paper2 dan lecturer2 Sem nih..!!!

(AKU TERINGIN JADI AKU DI PART 3.. ANDAI AKU DAPAT ULANG MASA, AKU NAK KE SINI LAGI DAN LAGI DAN LAGI DAN LAGI..)

49 comments:

mama ranggie said...

dulu 10k dah banyak kan kak?x sama nilai dgn skrg!

kamar hati said...

perghhhh...berpinau bijik mata den baca entry kak tiny kali ni...panjang berjela bak rail ketapi...huhuhuhu....

apa pun...nak tabik spring la kat kak tiny....salute....

ni yg buatkan semangat saya nak sambung study makin berkobar2 balik ni.... (",)

tak sabaq nak tunggu entry yg akan datang...tak sabaq nak berpinau biji mata lg...bertambah2 la power mata kamar macam ni...huhuhuhu...(gurau je....hihihi...)

KAKTINY said...

mama > mmg baaaannnyyyyaaaaak giler.. dan mcm2 rasanya boleh beli.. skrg?.. 10K?.. seminggu pun tak sempat..

kamar > mmg ko kena tambah power sementelaah nak tunggu kaktiny habis cerita... kah kah kah... sambung kamar.. selagi terdaya.. tak rugi menimba ilmu nih.. ada peluang jgn sesiakan.. (kaktiny mmg SOKONG PENUH) sapa nak sambung belajar nih..

cikgooden said...

HUH!...panjang nya ( Tahap panah petir 27 kali ganda dah...)...sori kaktiny (rasa muda pulak...) Tak dapat nak baca habis...tunggu la tgh-tgh malam masa sunyi sunyi aku baca entri hang!...

ladylikeme said...

wah..naseb bek bos i xde tau.....bleh la i menghayati entri kak tiny nieee..huhuhu

next episode please ;)

Sastri said...

wuih... memang panjang ni kaktiny... tapi tetap enjoy baca... keskeskes...

terima kasih sebab bagi award tempohari... u r so sweet... nanti sas masukkan dalam n3 sas yea... :D

Intan Rosnitta said...

Hohoho...nasib la akak dah bekfes tadi. Nasib baik jugak bos cuti hari ni...

Byk benda masih jadi tandatanya ni. Tapi x apa akak akan sabar menunggu n3 seterusnya.

Oh ya, ada satu yg akak salute dgn Tiny...duit loan tu semua dpt merasa. Mesti diaorg doakan yg terbaik utk Tiny masa tu. Alhamdulillah...

Next....pls :)

blackpurple @ jowopinter said...

Ini entri ke novel ni. He he he.

Dalam cerita ada cerita. Tak boleh sekali baca, kena sambung-sambung, berhenti minum-minum dulu, ambil nafas panjang-panjang, kemudian sambung baca balik. He he he.

Wafa Nokman said...

Ni Back to the Future ke? hahahaha

Neeza Shahril said...

mmg best bila ingat zaman belajar dulu kan. Malangnya akak dah banyak lupa experience tu kalau nak kira satu2 laa..
ada a few je yg akak masih ingat.. for surelah class yg selalu akak score A hehehee..

KAKTINY said...

cikgooden > sambung baca tahun depan pun takpa cikgooden.. tak masuk ujian PTK.. takpa takpa.. hhahahahaha..

ladylikeme > ooo... 'mengular' lagi yer.. hihihihi

sastri > time kasih sbb baca sayang.. and time kasih sudi 'amik' award tuh.. luv u..

intanrosnitta > akak ni betul2 'pengikut drama bersiri samarinda tv3' ler kak.. hahahhaha - thanks 4 d support.. muah muah muah... sayang akak

BP/JP > ni baru namanya 'diari hati'.. tulis sesuka isi perut kepala tangan jari kaktiny jer.. hihihi - takpa takpa.. kalau boring.. pi tido dulu pastu minggu depan sambung baca pun takpa.. tak masuk dlm KPI and tak effect appraisal tahun nih.. hihihi

abang wafa > ada org request suh citer zaman study.. and bout me.. once dh start menulis.. payah nak berenti (tapi kalau suh jogging... tiga langkah, dah patah balik.. FAIL!!!!) hihihihi - biziz yer skrg dgn persiapan bergelar 'raja sehari'.. hohoho

KAKTINY said...

Neeza Shahril > biasalah kak.. sama ler ngan tiny.. suker ingat yang best jer.. (yang tak best malas fikir..) hihihi
tu pun byk dah yang lupa dan sengaja dilupakan kak.. hahahahha

nadahahs said...

hehehe.. UiTM dihatiku jugak rupanya...

Akak said...

Salam Tiny...

Seronok baca cerita Tiny, akak rasa Tiny kena tulis buku yg menceritakan pengalaman Tiny sebagai student/law student, mesti best, sure budak2 yg baru start nak belajaq mesti beli (akak pun beli juga).

Pengalaman Tiny tu rasanya sangat berguna utk jadi panduan bagi pelajar 2 baru..

p/s nie suggestion dari org yg tak sekolah tinggi lerr

KAKTINY said...

akak > terharu tiny dengar akak cakap macam tu.. dan lagi terhari sbb akak ikut semua cerita tiny.. (nak pelok akak.. uhmppphhhmm..)

kalau tiny buat buku.. tiny bagi free kat akak.. hihihi.. siap letak gambar tiny jadi penanda buku utk akak..

tapi tiny lagi ler nak kutip pengalaman dari akak.. camana nak kekal jaga rumahtangga sampai cecah usia perkahwinan 20 tahun.. 20 tuh.. tiny yang 4 tahun ni pun.. mcm2 hal jadi.. (mujur talak bukan kat tangan tiny.. kalau tidak.. asal 'bendera jepun' dtg, sure cikabang kena talak.. kah kah kah....)

KAKTINY said...

shahadan > UiTM SENTIASA DI HATI KU.. SELAMANYA!!!...

Akak said...

Salam Tiny...

Pengalaman berumahtangga senang nak dapat sebab ianya akan dilalui oleh semua orang (percentage org yg tak mau kawin nie tak tinggi sangat kot!)..

Pengalaman belajar hingga keperingkat yg lebih tinggi susah nak dapat bukan semua orang berpeluang belajar sampai keperingkat yg tinggi mcm Tiny..

sesetengah orh tak belajaq tinggi mungkin sebab tak mampu dari segi financial, atau apa2 jerr reason..

Senang cerita akak mmg suka baca cerita pengalaman Tiny nie..

nadahahs said...

actually baru dapat menghabiskan kesemua part LLB tu tghhari ni.. sebelum ni tak smpat baca pun...

waktu kaktiny daftar kat seroja mei97, aku masuk pre-science kat arau. cuma kaktiny dari form6, aku plak dari form5. aku grade diploma kat arau tahun 2001. then dapatsambung kat shah alam pada 2005 sampai 2007. kenapa UiTM sahaja menjadi pilihan aku.. sebab UiTM dihatiku..

now 2008 aku masuk semula ke UiTM.. tapi bukan sebagai student lagi.. dan ada 3 kelas PreLaw yang aku curahkan ilmu Computer Fundamental pada mereka. Aku cuma berharap aku akan ada peluang untuk menjadi salah seorang warga UiTM di masa hadapan. Sekarang ni baru melangkah sebelah kaki.. part time ajer..

KAKTINY said...

akak > senang cerita tiny SAAAYYYAAANNNGGG akak.. (kalau tiny buat buku.. mesti kat column penghargaan ada nama akak.. hhihiiihihii)

citer kenkawan lain pun lagi hebat dari tiny kak.. yang dari keluarga yang susah betul.. yang datang dari keluarga berada betul.. yang dpt jadi best student.. kalau lah diorang buat blog.. mesti akak tak habis baca citer diorang..

dan rasanya ramai lagi kawan2 blog ni yang byk citer pasal zaman2 belajar.. nanti kita pakat suruh diorang buat plak yer... habis citer tiny, sambung citer org lain plak (mcm rancangan samarinda tv3 ler plak..)

Nun yang kat over the sea tuh lagi hebat kak.. tiny yang setakat kat shah alam tu pun.. nangis nak balik tiap2 minggu.. camner lah yang belajar kat oversea tu kan?..
diorang tu bagi tiny yang benar2 hebat kak.. yang boleh tahan dgn persekitaran dan budaya org asing.. uishh.. tiny tak tahu ler tiny mampu ke tidak cam diorang tuh..

masni qisrine said...

kaktiny, igt tak dkt koperasi itm tu kan ada bilik studi kecil tpt study. nma glamer - bilik 24hrs..

nadahahs said...

sokong 'akak'.. kita kita ni patut bersyukur kaktiny, bukan senang terpilih utk sambung belajar. aku pernah kecewa tak dapat sambung belajar pada tahun 2003. last2 lepas kawin pada 2004 baru dapat sambung belajar. rezeki lepas kawin kot.

tapi ada betul jugak kata kaktiny, bukan senang nak hadapi asam garam rumah tangga sampai duaplo tahun macam 'akak' tu.. mesti ada resepi punya..

nadahahs said...

satu lagi lupa komen.. jangan salah anggap sapa sapa yang ambil adasi yer.. minded kitaorg kat arau, adasi tu lebih kepada rakan masjid... then one more .. aku pun student Mr. Choy jugak.. hahahaha.. okaylah kaktiny nak pi makan dulu..

KAKTINY said...

masni > ingaattt!!.. dan masni ingat tak kedai photostate + komputer _ pritner yang diorang buat ala2 style 'layan diri' di antara area PTAR II dengan kolej cempaka kenanga tuh?.. hahahah (mahal gak charge dia ooo...)

shahadan > betullah.. bab bersyukur tu mmg teramat sgt bersyukur.. tak pernah sedetik pun kaktiny 'ralat' dgn perjalanan hidup kaktiny di UiTM (dihatiku) itu..

tapi bab rumahtangga ni pun lagi banyak arusnya berbanding alam study.. masa study kaktiny cuma tumpu study.. ni bila dah kawin.. byk ooo.. husband, ofis, bos, family, mertua, officemate, study, kawan study, balik umah nak masak apa kat abang, baju apa abang nak pakai gi ofis, anak2 camner, sakit pening deman diorang, duit gaji nak bayar apa dulu.. dan byk lagilah.. huishh.. nak mempertahankannya bukan senang oooo....

kaktiny takler kata budak ADASI macam tu.. bebudak ADASI (yang kekal dlm ko ADASI) mmg bagus.. cumanya kaktiny maksudkan bebudak class kaktiny yang amik ADASI sbg subject ko pilihan... lepas habis subject ko.. haram diorang tak penah jenguk Pusat Islam dah pun..
(itu ler bezanya masuk ADASI sebab 'subjek' dan masuk kelab ADASI sebab ko.. dan kaktiny pasti shahadan masuk adasi sbb ko bukan sbb subjek - mcm cikabang kaktiny tuh..)

jadi part time lect yek.. alhamdulilah.. semoga diserapkan jadi tenaga pengajar sepenuh masa.. amin..

student mr.choy gak yer.. dia ada nyanyi lagu melayu asli tak or lagu sudirman?.. hahahah -

fahmi said...

perghh..aku sempat pergi ke toilet lagik..iklan penaja..:)

cayalah dapat tulis panjang2 macam nih.

dan yang paling respek sebab dapat ingat semua memori ini dengan baiknya.

KAKTINY said...

fahmi > ooo.. gi toilet pastu sambung baca balik yer.. takpa takpa.. pi amik buah hati yang tersadai kat workshop tu pastu sambung balik baca pun takpa.. no hal.. takdak tarikh tutup punyer..

bab menulis ni.. bagi jer ruang dn peluang kat kaktiny ni.. jgn cakapler.. lecturer pun maleh nak baca.. meraban tu lebih sgt..

alah.. kenangan yang masih 10 tahun usianya.. ingatler.. cuba tanya masa kaktiny umur 75 esok? (kalau idup lagi ler..) - ingat nama cucu pun dah kira superb dah tuh..

KAKTINY said...

fahmi > ooo.. gi toilet pastu sambung baca balik yer.. takpa takpa.. pi amik buah hati yang tersadai kat workshop tu pastu sambung balik baca pun takpa.. no hal.. takdak tarikh tutup punyer..

bab menulis ni.. bagi jer ruang dn peluang kat kaktiny ni.. jgn cakapler.. lecturer pun maleh nak baca.. meraban tu lebih sgt..

alah.. kenangan yang masih 10 tahun usianya.. ingatler.. cuba tanya masa kaktiny umur 75 esok? (kalau idup lagi ler..) - ingat nama cucu pun dah kira superb dah tuh..

masni qisrine said...

NLC - hari2 sy kene mengadap kitab nih. sbb sy keja kt land office
chishuahua...

ikmal said...

Kak Tiny,

Betulla tue kes land akhak ingat hehe, walaupun saya 'budak nakal' kelas pn saudah (dekan sekarang tau!). Jeles sy sbb akak rapat ngan dia dan dapat skor tinggi tau. Saya? Kene malu ngan puan pun penahla....huhu jelesss ngan ahkak..................

KAKTINY said...

masni > ooo.. keje kat land opis yer.. bawak balik NLC tu buat bantal.. hahahha

ikmal > BETUL KE year and fact of the case tu ikmal?.. yehaaaa.. (leh pakai legi ler yer otak kaktiny ni.. kui kui kui.. hehehhe..) Puan Saodah DEKAN?.. kat ner? kat FUU S.Alam ker? Biar benar!!!.. waduh waduh..

Bab Ikmal 'dimalukan' dek Puan Saodah - kaktiny tak terkejut ler.. kalau sendiri dah ngaku 'budak nakal' - mmg CONFIRM dpt 'sedas' dari Puan Saodah punyer.. hahahhaha (rindu kat dia.. tapi stiull cuak gak ooo nak tgk muka dia.. GARANG SIOT!!!)

Jeles kebendanya?.. awak tu bakal balik jadi lecturer pun nak jeles ngan kaktiny ker?.. (balik mesia nanti siap dia.. cepuuk satu kang..)

Hazelsyd said...

Adoii kaktiny... ni dah jadi cerpen nih.. bukannya blog entry lagi kekeke

KAKTINY said...

hazelsyd > camner nak tulis pendek2 yer?.. ajarkan.. hihihi...

Danielle_Corleone said...

CGPA saya tak pernah naik, asyik jatuh, jatuh dan terus jatuh. hahaha!

ikmal said...

Adoii garangnya kak tiny...yup mmg Puan Saudah Dekan baru merangkap bakal boss saya hehhee....cuak memang cuak tapi biasala saya menurut perintah cuma..

apakan daya, saya cuma mentimun dilenyek oleh durian pun luka, melenyek pun sakit woo..sobsob....:( ;p

KAKTINY said...

ikmal > oooo... kisahnyer... belajar ngan Puan Saudah best (tapi cukupler satu semester kan.. hihihi) tapi kalau keje 24-7 ngan dia... hihihi.. (I reserve my comment..) wakakakakakka...

Mak Su said...

saya boleh nampak kegembiraan kaktiny

KAKTINY said...

danielle > pssttt... sem tu jer lah yang 'booomm' (compare sem lain).. hihihi


maksu > masa tu mmg seronok maksu.. pasal tu nak pegi sana lagi.. (kalau boleh ler..) hihihi

fusarium solani said...

giler panjang entri, namun amat seronok baca, cayalah kak tiny!

jeles aliff dengan situasi pembelajaran yang kak tiny miliki!

iina said...

aku gelak sorang2 baca cite ko.. best22

bozzobattousai said...

mak aihhhhhhh....
panjangnye entri. cam baca novel plak rasanyer

Princess Liyana said...

Alahai kak..huhu panjangnya entry:)
uhuhu,tapi tetap baca:)

lady pot pet said...

Tiny...
Aisay man..you ask me about all these law codes....gue maner tau..gue tak ajar law la..gue ngajar English kat Faculty law tu...bagi service English dorang jer kat law students tu....sentap ngajar budak Law ni!

BasH said...

adoi kak...panjangnya entry...naik juling mata nak baca..hehehe...bagus2 smangat kan..

::.. a t i q a h ..:: said...

Woh. Selamat bergaya di semester baru. Eheh.

Hmm..kenapa mak tak bagi pakai tudung labuh?

chinta said...

kaktiny mmg hebat la amik law...tengok nama subjek2 law nie buat sy pening kepala..lom lg belajar law kan..mau kemas beg blk kmpung before abes sem lagik..

agaknnye, mcm mana la student describe sy yek...ntah2 x ingat!!

lepas nie n3 cinta berputik plak ke?

KAKTINY said...

Aliff > kalau citer pasal part 3 ni.. 1001 malam pun kaktiny sanggup citer.. heheheheh..
Ni sorang lagi nak main jeles ngan aku.. cobet perut tu kang.. jgn jeles ngan kaktiny dik oii.. masing2 ada pengalaman tersendiri kan.. ni cuma secebis kisah sorang kaktiny – aliff pun ada cerita yang menarik kan..

Iina > ko jgn bca tgh malam weh.. nanti laki ko confuse.. tak pun jejiran hang pelik dengar bunyi org dok gelak.. kih kih kih…

Bozzobattousai > (makkkk aiiii.. nak menulis nama ko jer.. nak kena patah balik dua tiga kali.. takut salah eja.. hahahhah) – panjang yek?.. tu pun dah byk cut dah tu.. kalau tidak bukan jadi novel dah.. jadi buku teks.. hehehe

Princess Liyana > panjang ek?.. hihihi... (baca nota lecturer pun tak panjang cam ni kan yana kan.. hihihi).. tapi time kasih sbb masih ‘meneruskan pembacaan’... time kasih yer… hahaha

Ladypotpet > ooo.. aiseh mentol laksa.. ‘lekcerer’ English rupenyer…. AMPUNNNN…. Se’kapai’ ngan Mr. Choy, Mrs. Ben ler nih.. (tapi mmg lecturer English ‘ana’ ada skit luperlah sapa yang ngajar.. sbb kerap bertukar kan.. (aural ngan lecturer lain.. grammar ngan lecturer lain..).. tapi mesti akak penah mengajar tiny gak kan.. (Cuma kalau tau nama and tengok org , sure kena..) – nak nak plak akak ‘lecturer pompuan’ – sure femes punyer.. (biasalah kan budak lelaku FUU ni..) – tapi mmg ada lecturer pompuan english yang bebudak lelaki kelas tiny suker sgt nak tunggu dia dtg mengajar..

Tension kan ngajar bebudak law.. ngajar org yang ‘perasan’ diorang tu kekonon cam ‘gifted’ dgn kepandaian mrk (keterperasanan sebenarnya kan..) – tapi saya terkecuali ler.. saya sendiri ‘gerun’ tgk bebudak ‘law’ nii.. always feel as ‘tiny’ as my name… uhuhuhu..

Bash > tu ler kaktiny dh pesan…. Gi amik kopi and biskut.. kalau duduk lelama kat sini mmg bleh ‘penin’.. hihihi

Atiqah > mak kaktiny tak bagi pakai tudung labuh sbb takut kaktiny join group yang ‘fanatik agama’ – coz sepupu kaktiny ada sorang yang masuk U, then start pakai tudung labuh pastu purdah pastu kahwin ngan ‘ketua group’ pastu berhenti belajar pastu pindah ikut laki dia dan pastu hilang tanpa dikesan.. sampai sekarang.. mak kaktiny takut kaktiny jadi camtuh.. (fobia and trauma kot)..

Chinta > hebat kaktiny jer awak nampak.. yang awak tu lagiler dasat.. ingat kaktiny tyak tau ker seekkkkssaaaanyer amik engineering.. (adik kaktiny amik aeronautical enginering – kaktiny tgk paper dia.. rasa cam nak terjun laut.. tak paham sepatah haram..)

Kalau kaktiny jadi student chinta.. kaktiny describe…. (uish.. kang ruang komen jadi ruang entri plak.. hahahahh)

N3 lepas ni.. cinta berputik?.. hahahah... tungguu.. samada betul atau tidak.. kih kih kih...

Cik Puan Kesum said...

kak tiny,shian akak tuh putus tunang tp kan ada hikmahnya kan..skrg dh anak 4 da..kalau khwin dgn mamat tuh,lum tentu lagik

** cara kak tiny nipu tunang tuh,mcm ct pernh buat dulu.hihi..nipu ckp ada pakwe,padahal 1 pakwe pun tarak..sb tak mo kena kacao dek member sekelas..hihi...

KAKTINY said...

cikpuankesum > mmg ada hikmah atas setiap kejadian.. padan muka mamat tu tak kawin2 kagi .. wakakakaka

geng ler kite yer..hihihii (menipu utk kebaikan.. takper kan.. hihihi)

Anonymous said...

Mmadam vohrah tu high court judge la

farel★ said...

bleh x nk tahu psai kes teh bee v maruthamuthu dengan lbh lanjut

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.