Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Friday, July 25, 2008

Kisah ITM 5 : PART 4 LLB


Subject dan Lecturer :

1) ACAD/OCCU English IV

2) Mooting (Presentation) – Sir. Lee – Sem ni.. aku ada MOOT Presentation di mahkamah olok2.. kami diberi kes dan akan dibentangkan di mahkamah olok2 dalam Fakulti Undang-Undang UiTM.. phegh.. kami diberi tugasan berkumpulan.. pheh.. MMG KALUT GILER SEM NI SBB KENA BUAT KES TU dan kena compile kes!!!.. psstt.. masa ni, buku2 rujukan, CLJ, MLJ, kat PTAR II tu ber’terabur’ dan ada gak yang ‘tak ada di rak’ nyer.. hehehhe... sebab apa?.. SBB MASING-MASING PAKAT DOK SEMBUNYIKAN APA2 BAHAN BUKTI YANG BOLEH MENGUKUHKAN KES PIHAK LAWAN.. hahahah (TENGOK!!.. kat sini lagi dah ‘terajar’ perangai perut busuk, dengki, khianat, sellfish... kah kah kah...)

3) Land Law II – bukan puan saodah dah.. tutor aku Puan Noraziah.. baaiiikkkkk sgt ngan aku.. ada satu soalan final exam kena buat kiraan utk kira ‘cukai’ tanah.. (aku haram tak pilih soalan nih.. pasai ada pengiraan) – aku sanggup pilih utk jawab soalan isi form (nak tukar milik tanah tuh..) dan soalan esei yang panjang berjela.. (aku tau ada budak kelas aku yang cuak bila aku angkat tangan mintak booklet.. sampai 3 booklet.. kah kah kah.. (TULISAN AKU BESAR, PASAI TU LER AKU BUAT SAMPAI 3 BOOKLET.. BUKAN PASAI AKU PANDAI TARA MANA PUNNN!!!)

4) Equity and Trust II

5) Criminal Law II

6) Civil & Criminal Procedure – Utk civil procedure, yang ngajarnyer lecturer muda.. nama dia En.Rizal.. muka dia ala2 saleem iklim dan kurus pun cam seleem iklim gak.. heheheh..

7) Undang2 Kontrak dan Niaga Islam


Cerita Fakulti :

Citer Mooting presentation ni lawak tuh.. masa ni semua budak2 ni (termasuk aku ler tuh..) PERASAN TAHAP CIPAN PENCEN kengkononnyer kamiler LAWYER terbaik dunia.. mau taknyer.. kena patuhi segala kod, etika, peraturan, sahsiah rupa diri dan segala mak nenek yang berkaitan dgn ‘perbicaraan dalam mahkamah’.. dan utk ini kami diberi “KES SEBENAR” dan diarahkan utk cari, compile, submit dan LAWAN di mahkamah (MOOT Court) – mmg kami ada mahkamah ‘olok-olok’ di Fakulti Law.. (masa ni semua pakat KALUT beli suit, kot, baju putih, kain hitam, tudung hitam putih, ABBA File... maklumler kena pakai hitam putih.. macam lawak bila aku ingat balik.. kui kui kui..) dan GROUP AKU LAWAN NGAN GROUP ABANG!!!!... (KEBETULAN plak.. kes aku lawan kes abang.. DAN KEPUTUSAN UTK KES AKU…. AKU MENANG OK!!!... kah kah kah… and sampai sekarang pun rasanya – utk sebarang ‘kes’ yang timbul.. AKU MENANG.. kui kui kui.. )

dan KEBETULAN masa tuh, Malaysia terpilih sebagai tuan rumah acara INTERNATIONAL MOOTING COMPETITION kat Sunway Pyramid, Subang.. part kami terpilih utk jadi ursher.. kami gabung ngan budak law UIA utk conduct event nih.. kat sana aku jumpa ramai tokoh2 terkemuka dunia Undang2 nih.. termasuk yang jadi hakim kes DSAI dulu tuh.. hihihihi… seronok sgt.. (kat sini pun ada
sorang mamat UIA tu nak tackle aku.. TAPI ‘SORRY’.. SEE MY CINCIN PLEASE… hahahhaha)..


Cerita Kolej :

Naik Part 4..still dapat kolej.. Alhamdulillah.. sem ni menyaksikan ramai yang tak dpt kolej sbb bagi tempat pada bebudak baru.. syukur aku dapat.. dan aku sebilik dgn junior aku gak.. dan aku masih setia berkepit dan ‘berbelangkas’ dgn E… aku senang sgt berkawan dgn dia.. masa ni, aku dh jarang bersama along dan angah.. tapi dgn achik.. masih close jugak.. (sbb tahun ni kelas member2 masing-masing dah berterabur.. daftar subject lain-lain..)

Aku nyaris2 tak dpt kolej next sem.. sbbnya, semasa staff pejabat kolej buat ‘spot check’ bilik aku.. YA RASUL.. BILIK AKU BERSEPAH GILER.. sampaikan rasanya kalau kucing beranak 18 pun aku tak sedar mrk duduk mana.. aku biziz giler dgn moot paper aku tuh..

Dan Sem ni si sahabat aku si E tu, pun ada cerita menarik.. cerita sang gadis melayu yang ingin ‘mengubah’ persepsi masyarakat terhadap “PERIGI MENCARI TIMBA”.. MAMPUKAH beliau?.. episod seterusnya menyaksikan jawapannya... (jeng jeng jeng... hihihihi)

Oh yer.. masa semester ni aku terpilih jadi Ketua Level.. so, dah sah sah ler aku akan dapat bilik kolej sem depan kan.. hihihihi (sbb tu aku tak kisah even bilik aku bersepah.. kah kah kah…)


Cerita Lain :

Oh yer.. masa semester ni.. kakak aku bertunang dgn pilihan keluarga (lagi)..(setelah putus dgn yang first.. yang juga pilihan keluarga.. sian kakak aku…I LOVE YOU KAK!!!)

Dan Sem ni jugak kakak aku datang jumpa aku di kolej dgn si I tuh!!!... OMG.. apa si I buat kat sini?.. parti pakatan apa diorang pakai hah?.. Tapi bagus jugak kakak aku bawak si I ni datang sini…ini mengukuhkan lagi tanggapan teman2 bahawa aku MMG TUNANGAN ORANG!!... plak tu aku kenalkan pada kengkawan yang dia adalah budak medic di UM, teman sekampung.. MMG SAH.. itu ler orangnyer (kata mereka la!!!) – oh yer.. sem ni jugak aku pergi lawat I di UM di hari konvokesyen dia.. dan dia khabarkan bahawa dia nak ke Ireland melanjutkan pelajarannya...(Bye I.. semoga selamat pergi dan selamat pulang dan bergelar Doktor.. itu doa aku..)

CERITA PERTEMUAN RAHSIA!!!!... Aku diberitakan oleh I bahawa dia mempunyai ‘SESEORANG’.. YA.. I cerita pada kakak aku... (masa ‘pertemuan rahsia’ di antara kakak aku dan I... masa aku cuti Sem Part II dulu tuh..).

Kata I, masa dia sakit di UM, ada sorang budak Akademik Islam ni minat kat dia dan selalu lawat dia kat wad (?) dan satu hari budak ni ckp kat dia I...awak tak tahuker yang selama ini saya sukakan awak? Sayangkan awak? Kenapa awak tak nampak?”.. Dan kerana kasihan dan hanya kerana ayat itu, makanya I ‘declare’ bercouple dgn budak tu.. (kakak aku mmg close ngan I ni dan selalu jadi tempat rujukan dia, sbb I takder adik-beradik perempuan…)

Dan kata KAKAK aku, I tanya pada dia : “WHY DON’T WE GIVE A CHANCE TO WOMEN TO START FIRST?”..

HAH???.. DAN PRINSIP AKU : AKU TAKKAN JADI PERIGI MENCARI TIMBA… (itu janji aku!!!!) dan untuk itu AKU PASTI – kami hanya DITAKDIRKAN UNTUK BERJUMPA.... TAPI BUKAN DIJODOHKAN BERSAMA… (Hari ini – aku pelajari bezanya LOVE and ADMIRE – hek eleh.. POYO!!!).

Dan aku bersyukur utk itu.. kerana sehingga ke hari ini, aku masih kekal bersahabat dengannya.. HE’S REMAIN AS MY PLATONIC FRIEND.. (terus-terang.. AKU TAKDAK KAWAN LELAKI… He’s the only ONE!!..)


Lagi Cerita Lain

Kenapa aku tak kawan dgn lelaki?.. Kenapa aku selalu SOMBONG dan MENGELAK daripada BERKAWAN dengan budak lelaki???... sebab apa aku selalu kata “AKU HARAM TAK PANDANG MANA2 JANTAN?...

SEBAB, ayah penah warning kat aku and kakak.. kata ayah : “kalau ayah nampak hangpa keluar dengan budak lelaki atau galak dok bercinta masa dok belajaq nih, dengan hang dengan budak JANTAN tu AYAH PENAMPAQ.. tak kira depan orang ka depan sapa ka”!. (GILA nak makan penampaq ayah aku?.. )

JADINYA SBB TU AKU HARAM TAK PANDANG MANA2 JANTAN!!!.. SBB AKU TAKMAU ‘MAKAN’ PENAMPAQ AYAH AKU!!!..
(Cuma I jer lah ‘terlepas’ jadi kawan aku sbb mak aku ‘support skit kot’.. tu pun pasai masa dia sekolah rendah, dia ‘scorer’ + Best Student + masuk Sek. Asrama Penuh + Masuk MTD + Masuk UM + sambung study kat Ireland + Bakal Doktor – so, mungkin pasal tu kot ayah aku bagi ‘kelonggaran’ utk berkawan dgn dia.. supaya aku jadi ‘PANDAI’ macam dia gak .. KOT lah… dan maka itulah… hanya dia sorang jer lah kot benar2 KAWAN LELAKI yang aku ada..)

NOTA : Sem ni sem aku ‘dok’ melayan ‘blues’ jiwang karat sorang2.. – berkajang2 diari aku mendengar keluh kesah dan cerita.. TAPI AKU MASIH ‘MAINTAIN’ CLEAR PAPER OK!!!... (Cuma skeetttt jer ‘drop’ pointer.. skit jer.. tapi jatuh ler gak… huhuhuhu

34 comments:

kamar hati said...

wahhh...mmg confirm kena tambah power mata la klau macam ni...sib baik arini pnya entry pendek skit dr semalam...hihihihi...

akak...kata2 warning dr ayah akak tu....lebih kurang macam warning dr abang sulong saya kat saya time sekolah dl...ihihihiihih....serius time tu takut giler...abang plak mmg garang sgt...hhiihihi...
kenangan2... (",)

KAKTINY said...

kamar > mmg pesanan yang 'ganas' dan 'ngeri' dan teringat sampai dlm mimpi ooo.. sbb tu kaktiny kata kat bebudak lelaki.. "jgn rapat ngan aku, kalau tidak aku penampaq.. sblm ayah aku penampaq aku, baik aku penampaq hangpa dulu.. kih kih kih)..

mama ranggie said...

zaman dah maju kak!x kisah lah siapa yg mulakan dulu..hehehe..mcm mama dulu,mama yg start tackle...opppsss,kan dah bocor rahsia...

KAKTINY said...

mamaranggie > betul tuh mama.. pepatah tu tak leh pakai ler dah.. "not applicable at this century".. kaktiny masa tu pasai TAKUT ngan WARNING ayah tuh.. pasai tu yang jadi lagu tuh tu.. hihihi (sebenarnyer dh mmg jodoh kaktiny ngan abang kan kan kan... hihihi)

Akak said...

Salam Tiny...

Kalau mai sini kak ralit la dok baca crita pengalaman Tiny nie, dok tunggu novel keluaq..

KAKTINY said...

akak > senang citer.. nanti tiny compile semua bab, print, buat buku - hantaq kat akak jer lah.. hahahhaha...

(psstt.. dulu penah gak buat novel, cerpen, sajak, lirik lagu bebagai... tapi.. dh kena makan dek anai2.. huhuhu.. pastuh terus dah maleh dah.. sejak2 jadi isteri, ibu, pekerja dan pelajar nih.. hihihi)

Akak said...

Salam Tiny...

Buat lerr balik semula..

Bukan kak sorang jerr yg suka ramai yg suka baca crita Tiny tau..

ikmal said...

Nampaknya part 4 ahkak kurang 'kick' sket la hehe...land law II memang killer paper dan ramai yang terbunuh dengan paper ni..huhu sadizz

oo en.rizal ajar ahkak yea....best x blajar ngan leckcerer muder huahuahua :p

fusarium solani said...

hm, leh buat buku karangan kak tiny ni. menarik.

KAKTINY said...

akak > nak buat balik??.. aduhai kak oii.. tak sempat nak mengarang, anak2 dh melalak.. lama2 'ralit' menulis.. si abah plak 'memekak'.. kui kui kui...

ikmal > land law II - sbb masih ada saki baki minat kat NLC.. so, alhamdulillah.. okler..

aliff > ni bukan buku karangan dah aliff oii.. ni dah ala2 buku teks "Sejarah Melayu" tingkatan 6 dah nih.. hahaha

Intan Rosnitta said...

Tiny,

Graf entry kali ni menurun sikit. Mcm pointer Tiny yg turun tu...tapi sikit jer la..dun wori!

Byk benda lagi yg jadi tandatanya.. emmm...Tapi tak pe, akak akan wait & read!

Kali ni dah nak masuk bab munga-munga cinta. "Oh, cinta dah berputik ya!" (sila baca ikut slang org2 lama. terima kasih)

Next..
:)

KAKTINY said...

intanrosnitta > akak.. sem ni mmg 'down' skit kak.. sbb dpt 'berita tak best'.. uhuhuhuhu..
tapi still 'munga-munga' cinta blom kuar lagi.. hihihiih..

cikgooden said...

dok ikut cerita hang ..nak tunggu sampai bab bagi-bagi bunga masa konvo...makan-makan kat benteng masa bukak posa..hah hah hah ha,,,,

ahmoi said...

HAI AKAK..HEHEHE..ERMMM..PESANAN AYAH AKAK TUU SAMA NGAN MY MAMA NYER PESANAN.HEHEHE..BEST LAYAN CITER2 AKAK NI..

KAKTINY said...

cikgooden > wah wah wah.. cikgooden cam tau2 ler episod seterus-seterusnyer esok.. kui kui kui...

ahmoi > apa lagiler yang org tua nak pesan dak?.. itu ler yang diorang tak mau sgt tuh.. hihihi

Miim said...

jiwang karat sorg2 yea...
ada cuba baca balik tak diari tue lepas dah kawen...

saya bila baca balik diari lama leh gelak menonggeng sorang2
tah hape2 tah tulis

hebat kat tiny menang kes sampai la nie...powerr tu

Mak Su said...

skrg dah pandang lelaki?

Cik Puan Kesum said...

ari ni bru ada masak masuk umha kak tiny,adei...jenuh duk abiskn entry cerpen ni..menarik wei..nanti leh buat tatapan utk anak2 bila besay..sonok..tp hebat aa kak tiny,leh ingt satu2..ct dh byk lupa da..rasa mcm tak pernh jejak uitm tuh..rindu rasanya nk jejak lg..ada2 big changes ke kt sana?

KAKTINY said...

miim > ada gak sesekali balik kampung, baca balik diari2 tuh.. rasa cam nak bakar ngan diesel jer.. macam B**GO* dan B**G*NG dan pastuh gelak golek2 sampai nak terkucil... hihihi

maksu > la ni dah anak 2 maksu oii... ni silap2 pi no. 3... lagi tak pandang?.. HAHAHHAHHA...

cikpuankesum > hah.. balik dah pun budak bertuah nih.. bab nak mengingat nostalgia ni.. mmg keje kaktiny .. hihihi.. UiTM skrg byk brubah rasanya.. (kaktiny pun lama tak jejak..) - nanti bbila balik sini.. kita pi sama2 nak.. mngimbau kisah lama.. hahahhaha..

kai @ izwan said...

best lak dgr citer part 4 kak tiny..
kebetulan plak sem ni sy pn part 4..kehkehkeh..
mooting kitorg br buat grup...nnti 2 mgu lg ada break 3 minggu utk prepare kes..cuak~~hehe..

tp mcm takut gak sem ni..sebab administration of trust tu dah la kelas x gi lg... ;p

p/s: nk g tgk 7mlm7duri ek?jom g skali..hehehe..

Beruang Madu said...

OMG... haram sebijik aku tak faham kecuali akan makan penampar bapak ko sebab main mata ngan jantan... tu jer

Mr PenyuBiru said...

terus terang cakap, mata aku dah start tukor kaler dah. kejap merah,kejap hijau,kejap coklat.tapi aku nak baca jugak sampai habis.

Abang Long said...

Baru baca entri, dah nak pitam. Itu belum jadi peguam.

kesum said...

yeke..nanti bila jejak,g ambik gmbo tau..dlm blog kak tiny ni,ada tak budal law/business?nk suh deme ambik gmbo..rindu aaaa...

**kak tiny skrg lawyer ke?**

Tokyo BLUE said...

mencabar betol jadi student! eheheheh

marjerin said...

wahh..such a good experience. the best part is, kamu still remember semua yg berlaku..

reen said...

hihhihi...best baca cerita kaktiny kat uitm dulu... tetiba teringat gak memori2 lepas kat uitm... makan kat seksyen 2... gerai teringin...hihihihi... syok ingat2 balik kisah2 waktu study dedulu... hehehhe...

Bunga Rampai said...

Oh, tak habis lagi cerita ... ni boleh jadikan buku - sebuah memoir :) Teruskan.

Salam.

nadahahs said...

tapi still 'munga-munga' cinta blom kuar lagi.. hihihiih..

Ni kira duk peram lah yer?

....
ayah aku tak pernah pesan apa pun time belajaq dulu.. apatah lagi nak bagi penampaq..
tapi abg aku pesan kat aku,
"masa kat IPT laa cari awek lawa-lawa.. abg hensem adikpun hensem, ngorat-ngoratlah jangan takut..." Last2 aku ada 10 org aweks.. fuhh!! sorang pun tak jadi isteri aku..

Danielle_Corleone said...

alamak! takutnya saya kena penampar! huhuhu.

kad0k. said...

pandang2 dan jeling2 pon xkan xdok sis? hahahaha

KAKTINY said...

izwan > hohoho… khai part 4 sem ni hah.. ada mooting ler tuh.. dpt kes apa?.. lawan elok2 tau.. hihihihi
paper trust tu.. kaktiny cuak gak ler.. ala2 tak brapa nak paham gak.. tapi kalau kaktiny, mmg kena gi kelas.. kalau tidak mmg tak paham kebenda pun…

p/s : nk tgk 7mlm 7 duri.. jom jom..


Beruang Madu > tak paham?.. takpa takpa.. tak masuk dlm exam pun.. no worries..


Mr.Penyubiru > TIME KASIH BEBANYAK SGT.. sbb masih sudi membaca kisah hijau, biru, merah, coklat, kelabu seorang kaktiny nih.. heheheh.. hohoho (sure if ko tgk keluar tingkap, tetiba ko nampak pelangi.. hahahahh)


Abang Long > Kalau jadi peguam, bukan setakat pitam.. rasa nak bunuh diri kot.. hihii


Kesum > ct nak tau kaktiny jadi lawyer ker tak?.. tunggu entri hujung2 esok.. wakakakak.. (jahatnyer kan.. ni dh jadi drama siri samarinda dah nih… hihihii)


Tokyoblue > tau takper.. (alah.. thafiexq pun merasa jadik student gak kan..)


Marjerin > everyone has their own path of life.. and this is one of mine.. ada yang ingat dan ada gak yang dah lupa.. dan ada yang masih ingat tapi tak leh tulis dlm nih.. takut nanti dah jadi ‘novel’ bersiri plak… takut nanti biru, hijau, kuning kelabu mata kengkawan blog nak ngadap entri nih.. hihihhihi… time kasih singgah..


Reen > betul2… sek. 2 dah kedai2 photostate kat situ.... aduhai.. takkan leh lupayer.. hihihi


Bunga Rampai > tu ler.. bila ntah nak habis ntah citer pasal “Kisah ITM” nih.. dh naik malas nak tunggu... hehehehhe... salam..


Shahadan > itu munga-munga baru nak pi cari benih dan tanah daaaa... hahahha

Peram buat jeruk pekasam... kui kui kui.. (pasai hang ‘jantan’ leh ler dpt ‘pesanan’ camtuh.... kalau kaktiny ni ‘jantan’.. sure ayah kaktiny tak pesan ‘lagu’ tu…. Kalau kaktiny ni anak jantan dia, sure dia pesan : “Hang nak kawan berapa ramai pun ayah tak kisah.. tapi jgn sampai mak ayah dia tepon umah suh hang menikah ngan anak depa, sudah!”..) wakakakkakaka..


Danielle > pasal tu kaktiny tak berani.. takut kena betul2.. kes naiya tuh..


Kadok > mmg TAAAKDAAKK… pasainya aku dok ‘teringat’ kat ‘warning’ ayah aku hooo.. NGERI siot..

whitetulip said...

hehe..ni baru citer kembang, kuncup. kembang, kuncup. lom lg citer 'indostan' yg nari, lari berekar2 tanah tuh..citer lagi kaktiny. setia menanti hingga ke gerbang perkahwinan akak ngan cek abe...kih!kih!

KAKTINY said...

whitetulip > episod2 seterusnya ada adengan lari2 tukar baju kt dlm hujan.. wakakakakka..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.