Dengan Nama Allah..



Aku menulis untuk meluahkan rasa hati, menyampaikan pengetahuan, pengalaman dan pengajaran untuk dikongsi. Bukan untuk pujian, apatah lagi sanjungan dan kedudukan. Aku menulis untuk mengasah ilmu ’aqli, memantapkan emosi, dan sebagai santapan rohani. Aku menulis berdasarkan ruang lingkup minda yang menaksir, akal yang berfikir dan jemari yang pantas menaip. Penulisanku adalah harapan kepada diri untuk menyalur INSPIRASI. Permulaan, pertengahan dan pengakhiranku adalah doa, untuk mendapat redha Illahi bagi meraih syurga firdaus yang abadi.


"Ya Allah, redhai aku kami, hamba-hambaMu".

Monday, July 21, 2008

Kisah ITM 2 : PART 1 LLB

Subject dan lecturer :

1) ACAD/OCCUP. Eng 1 – lupe sapa lecturer dia..

2) ASABINA – subject korikulum.. kebanyakkan budak baru amik Kesatria (kami panggie katak hijau, sbb uniform diorang hijau). Ada jugak yang masuk ROTU (ngeri aku tgk diorang kena ragging!!). Kebanyakkan budak class aku amik ADASI – kengkonon tak pandai agama ler..(padahal sbb ADASI senang skor). AKU?, mmg nak lari dari ‘kawat’ kestria dan ROTU, so, aku amik ASABINA – ala2 kaunseling rakan sebaya la ni.. dan aku tak amik ADASI pasai aku tak mau tipu aku tak reti solat.. buat apa aku menipu?.. malu mak ayah aku kalau aku kata aku tak tau solat..!!! (psstt.. cikabang amik ADASI, padahal dia budak kelas khas agama kat muar johor tuh.. hampeh tull!!!!...)

3) Intro To Malaysian Law – lect. MR.DARBI (DEKAN Fakulti.. hohoho… aku minat dia ni oiii… muka dia sejibik cam M.Nasir.. sora dia pun sedap cam M.Nasir.. tulisan jawi dia pun cantik.. dan dia ni bagi aku seorang “pemikir dan berjiwa seni” (gamaknyerlah).. TAPI AKU GERUN GILER KAT DIER NIH!!!!....

4) Law of Torts 1 – Lect. : Mr. Federick (“open your book.. page bla bla bla..” tapi ayat yang kuar dari mulut dia, sepatah haram pun aku tak paham…)

5) Constitutional LawDr. Shad Saleem al-Faruuqi. Dia ni ‘femes’ giler dlm dunia undang2.. sesapa rajin baca pasal Law.. muka dia selalu kuar majalah dan surat khabar bila membincangkan topik Undang-Undang.. dia punya slang.. (aku tak mau elaborate pjg2.. nanti aku kena saman.. eh, tapi Dr.Shad ajar pasal Const. Law – Article 10 : Freedom of Speech.. pasal dok pakai ‘benda’ ni ler kot aku jadi camnih gamaknyer.. dan masa ni aku sangat2 ler mengagumi Sultan Azlan Shah – Sultan Perak tuh.. Judge yang ada anak yang hensem dan pandai cam bapak dia..hehehehh)

6) Law of Contract 1 – Lect : Ms. Shiela (aku suka subject nih.. subject pertama aku beli AKTA.. tapi first assignment aku dapat KOSONG!!.. di ulang taip.. KOSONG!! – sbb SALAH APPLY ACT!!!... sepatutnya INVITATION TO TREAT, tapi aku bantai bubuh CONTRACT – HAMIK KO!!! KOSONG – senang dia xyah peksa kertas aku… aku INGAT sampai LA NI!!!..)

7) Islamic Principles – Ini lah subjek yang aku paling suka sbb exam dlm BAHASA MELAYU… (hahahahha)…



Cerita Fakulti :

Di Fakulti.. aku belajar mcm biasa.. class dah start bercampur dgn budak2 matrix.. wah.. diorang ni POWER2 giler oiiit... ENGLISH BERPETIR BERDENTUM.. latar belakang yang hebat dan aku sentiasa ‘takut’ nak geng dengan diorang.. (diorang pun takkan nyer nak geng dgn aku..).. tapi ada sorang yang 'baik sgt dan close' dgn aku - aku panggil dia 'alin' dan dia panggil aku 'achu'.. stay kolej yang sama gak... dia budak Kedah (dan skrg Lawyer kat alor setar... still BEST SIS aku till now...). Ada budak A-Level dan ada jugak pelajar matang.. (aku ingat lagi Abg NT (komando), Abg S (Tentera Darat), Abg SN (TLDM), Abg H (TDM) ) abang-abang yang sporting dan baaaaiiiikkkkk sgt.. suka menolong adik-adik yang ‘lemah dan lembab’ macam aku nih.. dan kalau duduk dalam class, aku cari duduk selang semeja dengan abang2 pelajar matang ni.. supaya ‘depa’ leh cover aku - ‘gadis melayu dari kampung yang naif lagi bodoh dan dungu’ … heheheheh

Subject yang paling menakutkan..Introduction to Malaysian Law – di ajar oleh Dekan fakulti – Mr.Darbi.. ooo.. dia ni.. oooo.. AKU TAKUT.. aku ingat lagi bila aku kena soal pasal “MORALLY WRONG, LEGALLY RIGHT" dan perbandingannya dengan "MORALLY RIGHT, LEGALLY WRONG.." dan isunyer adalah ABORTION.. dan aku ‘gadis melayu dari kampung yang naif lagi bodoh dan dungu’ ni mengutarakan QURAN dan HADIS.. (aghhh… LAUK gulai masak lemak ikan kering sambal tumis udang ler aku..) apalagi.. bertubi2 aku disoal balas.. habis satu satu dan tak putus2…. sampai satu tahap aku rasa cam nak keluar dewan kuliah lah (kaki aku dh lembik giler masa nih).. mujur aku ‘diselamatkan’ oleh abang2 pelajar matang yang ‘potong’ bahas Mr.Darbi.. (dah ler aku budak baru.. pelajar baru.. English pun ‘berterabur’ lagi.. mmg aku GABRA giler…)

Psstt.. daripada En.Helmi (lecturer ni tak ajar aku, tapi dia nih ramah dan best giler..) kami tahu ‘kisah silam’ Mr.Darbi dgn XX (lecturer kami gak)..hihihi – wallahualam ler betul ker tidak.. (kena saman tak aku tulis ni hah?)..hehhehe...

Dan paling aku tension.. SUBJECT TORT!!!.. kena time tahun aku tu plak ler, fakulti nak test power, buat OPEN BOOK TEST!!!… aku ni dari UPSR, SRP, SPM, STPM.. mana penah hayat dengar open book.. diorang kata boleh bawak masuk seberapa banyak buku atau nota yang kita nak.. WOW!!!.. bestler tuh.. dan, hari exam, aku bawak ‘sebanyak’ mungkin BUKU2 dan NOTA2 (tapi HARAM tak bawak masuk ILMU dlm HOTAK!!!).. bila time exam.. aku tak tahu nak buka yang mana.. sbb soalan “OUT OF ‘MY’ MIND”!!!!

Dan result aku? AKU FAIL..di ULANG TAIP.. AKU FAIL TORT 1.. dapat D.. D for DUNGU.. D for DANGKAL.. dan akuler tuh.. yang dpt D tuh.. DAN AKU BENCI SEBENCI BENCINYE “OPEN BOOK TEST”.. PADAHNYA.. aku kena repeat TORT 1 di semester 2..

Subject lain Alhamdulillah aku lulus.. termasuk subject Mr.Darbi (kata senior, utk subject Mr.Darbi, JGN JAWAB IKUT LOGIC.. JAWAB IKUT “SUKA HATI”). Dan YES!!.. FORMULA tu berkesan.. bilamana aku jawab NTAH APA-APA NTAH.. aku LULUS.. kah kah kah


Cerita Kolej :

Sem ni aku dapat Kolej lagi.. still D2... tingkat 5.. sebilik dengan budak Pre-LLB (Allah mendengar doa aku - dpt junior).. walaupun junior tapi dia tua setahun dari aku – kak B. Dia ni alim orgnyer.. tapi brutal nak mampuih… bebudak class dia (Pre-LLB) rajin dtg lepak bilik aku… dan aku, menjadi ‘sang percerita’ yang setia, (juga pembekal stok dikala kelaparan menjengah perut masing2..) pemotivasi yang sentiasa meransang jiwa dan minda mereka agar kuat dan kental… KERNA AKU TAK MAHU MEREKA RASA APA YANG AKU RASA.. SEPERTI SEMESTER LALU!!!!

Sem ni, segalanya berjalan dengan lancar di antara aku dan ‘adik-beradikku’ itu.. byk perkara yang kami lakukan bersama.. ke mana sahaja kami bersama.. 4 serangkai.. (kecuali kalau mereka ber’kepit’ dgn abang2 senior tuh.. aku duduk kat bilik jer lah..).. tapi, aku hargai sgt2 mereka2 ini.. aku sayang mereka.. dan sehingga kini kami masih ber ‘along’, ‘angah’, ‘achik’, dan ‘achu’… jika sesiapa terdengar ada orang yang panggil aku “achu”.. mereka-mereka ini ialah kisah zaman aku di ITM.. (hatta junior2 aku pun panggil aku achu)..

Dlm 4 orang adik-beradik tuh.. aku paling rapat dgn achik.. dia cantik sgt orgnya.. sapa pandang sekali pasti toleh dua tiga empat dan lima kali utk tgk dia.. dia cantik sgt.. ada sekali birthday achik.. aku bagi cincin emas aku kat dia..sbb aku sayang dia.. (dan ada sekali aku jumpa achik, dia gantung cincin aku di rantai leher dia.. iyerlah masa jumpa tu dia dh kawin, mestilah dia pakai cincin kawin dier..), aku terharu sangat...

Dan utk study.. selalunya aku byk study dgn E.. senang ‘klik’ study ngan dia.. sbb kami sama2 ‘gadis melayu dari kampung yang naif lagi bodoh dan dungu’ dalam BAHASA INGGERIS!!!.. Dan oleh kerana dia satu bilik ngan kakak2 senior.. so, dia dpt maklumat lagi pantas dan terkini.. juga sumber rujukan yang boleh dipercayai.. hihihi


Cerita Lain :

Aku rajin gak pi Pusat Islam dengar ceramah dan sessi soal jawab agama.. dan masa nih aku “berintention’ nak pakai tudung labuh (tapi mak aku berleteeerrr paaaaaanjaaaaaang).. dia kata, “macam mana aku pegi, macam tu aku balik..” maksudnya... jgn ter’over’ nak pakai tudung labuh dan jgn ‘langsung’ bukak tudung.. (meaning that.. NO purdah2, NO t-shirt and NO jeans.. seadanya… dan bukanlah 24-7 kena bertudung.. takkan nak pakai tudung masa nak tido kot..).. so, ok.. aku tak jadi pakai tudung labuh.. (mak aku garang weh.. kalau dia tak garang.. mesti aku tak jadi ‘orang’ la ni kan..) AKU SAYANG MAK AYAH.. walaupun aku berjauhan ngan mak ayah tapi aku rasa “MATA dan TELINGA” mak ayah sentiasa memandang aku dan mendengar percakapan aku.. buat aku tak berani nak ‘OVER THE ACTING”…

Dan PART 1 ni menyaksikan aku yang kerap “BALIK” (bukan balik kampung tapi balik umah sedara aku). If tak ke rumah Pak Chak aku kat Semenyih.. mesti ke rumah Pak Uda aku kat Bangi.. TIAP2 MINGGU.. if balik umah pak chak – lepas rindu aku pada mak (pak chak adik mak) dan if ke rumah Pak Uda – lepas rindu pada ayah (pak uda adik ayah..) – dan bersama-sama sepupu2 aku buat aku rasa cam ada kat kampung.. (JADILAH.. utk melepaskan saki baki ‘HOME SICK’ yang masih ketara...)



Nota : OLEH KERANA FAIL TORT SEM NIH – AKU TEKAD… ITULAH KALI TERAKHIR AKU AKAN REPEAT DALAM MATAPELAJARAN AKU.. SAY NO to C- and below!!!! (di ITM C- dah FAIL and kena REPEAT!!!).. AKU NAK CLEAR PAPER EVERY SEMESTER!!!!! ITU JANJI AKU PADA DIRI…. AKU TEKAD!!

37 comments:

Anonymous said...

wah..bestnye pengalaman kak tiny..jeles eira tau!kite x pernah masuk 'u'..

Kaktiny said...

mamaranggie > sapa kata eira tak penah masuk U?.. 'University of Life' adalah U yang tak perlu yuran pendaftaran dan peperiksaannya 'on the spot'!!.. tul tak?.. markahnya sedang di catit setiap masa oleh penjaga 'peperiksaan' kita di kiri kanan.. sijilnya akan kita kutip di 'sana' kelak.. (masuk U bukanlah 'kehebatan' kepada kehidupan!!) jadi.. jgn jeles ye mamasayang yer..

Anonymous said...

Kak Tiny,

Prof Darbi,n En.Helmi hahaha nasib baik aku tak belajar dengan dia,tp dorang memang sporting....

Prof Shad..he's the greatest in our faculty tau..nak jd mcm prof gak 1 day...rajin menulis....

Bahasa Inggeris..ala kak kita pun sama saja, BI pun taklah gempak sgt..kiter dok UK ni pun xla gemar nak speaking mcm mat salleh, speaking biasa udahler..aku nak 'tubik' je kalo bebudak ni sgt slang Mat salleh ngan aku hahahahaha...

Tort 1- standard, saya tak bercakap lepas abis exam tu wlpun kwn2 panggil..memang tensen tapi alhamdulillah lepas..but smp skrg Tort 1 is the killerr paper!!!

chinta said...

wah...dr entry kisah PRE-LLB sehingga lah entry nie mmg tak sempat tarik nafas...betul2 menghayati la crita kak tiny nie..tapi bilanye nak kuar kesah bercinta ngan cikabang nie??

presentation english mmg tergeliat jek lidah nie..tapi takyah la rasa rendah diri sbb kita bukan native speaker kan....janji sampai message yg nak disampaikan...omputih pon tak gelakkan kita ckp english terabur..sbb mmg bukan bahsa kita..bahkan derang kagum sbb kita pandai ckp english but derang tak tau pon malay language!

bila baca komen ladypotpet baru tau law uitm nie ramai anak datuk2 yek..masa kita blajar dulu mmg tak campur budak2 course yg lain2 sbb kampus asing..medic kat kelantan, eng kat tronoh (now utp but now eng kat transkrian/dkt ngan pt buntar)..jadiknye takde la luas sgt dok nengok cara dak lain study camner..

anyway...i'm waiting for the next entry

Danielle_Corleone said...

wow! tekad yang sungguh membulat kan? hehe.

MalayConfinementLady said...

chaiyok2 kak tiny...
tulis lagik n lagik n lagik
baca cerita2 kaktiny nie mmg teringat sgt2 zmn study dulu2...
walaupun kisahnya jauh berbeza

tuan umah said...

bila nk kuar kisah bagi2 bunga ni..belanja mkn...dan kisah ehem..ehem..hihi

**dulu pernh ambik basic law..mak oii...basic saje dh susah gilo..ni kan dh belaja memang bidang law tuh..pergh tabiklh budak law even tak dpt 3pt pun..pyh aa

Yana Ismail said...

English berpetir berdentum?huhu menarik kak:)

Good luck kak:)huhu

cikgooden said...

isk...syok pulak baca cerita kaktiny nih..(bila guna perkataan kak...terasa diri muda..he,..he..he..)

masa blajaq dulu, selalu usha budak pompuan isap rokok ngalahkan naga.Gelak ketawa berdekah-dekah pukul 3 pagi kat warung roti canai kat jalan Reko.Sekali, esoknyer terjumpa kat Fakulti Law.

Hebat budak Law!...

Kaktiny said...

Ikmal > mujur ler ikmal tak kena ngan Prof Darbi.. ooo.. siksa oo.. setiap kali ada class dia, kaktiny rasa cam nak demam kepialu jer… hihihi
Prof Shad.. semoga kita mampu menulis dan berfikir macam dia.. mmg hebat..
Ikmal leh ler nak “tubik”.. kaktiny ni nak nangis dengar ‘slang’ mlang diorang.. terasa so “tiny”.. hihihi..
Menyampah tul ngan Tort 1.. hahahah…

Chinta > kisah ngan cikabang? TUNGGGUUUU.. kih kih kih… pasal BI.. kaktiny kalau ckp ngan org yang terror BI nak nak plak yang berslang.... kaktiny mmg jadi “BLUR” dan rasa “tiny” sgt…. Mmg kat UiTM Shah Alam ni esp. budak Law, ramai anak2 org berpangkat.. anak sedara judge / lawyer terkemuka Malaysia pun ada yang belajar kat sini.. time kasih sudi mengikuti kisah kaktiny.. tq sayang..

Danielle > memang bulat sebulat bulan penuh dipagar bintang DC oii.. hihihi

Miim > time kasih baca crita-criti kaktiny nih.. tunggu next entri yer.. (macam sambungan cerekarama lak.. hihihihi) – setiap org ada kisah dan sejarahnya kan..

Cikpuankesum > amvoi amvoi amvoi.. menanti kisah ‘itewww’ nampak.. hihihi TUNGGUUUUU… mmg LAW susah sayang oiii… kalau tak pasal doa mak ayah, arawah tok dan doa sendiri.. rasanya kaktiny pun tak lepas law nih… sapa leh dpt 3.5 and above tu.. mmg kaktiny buat standing salute lah.. lulus subject pun dh kira ‘BERTUAH’ gileeerrr rasanya… (ooo.. ct penah rasa amik law lah yer.. )

Princess Liyana > aah yana oiii… punyalah laju + slang mlang yang berbelit anak lidah ngan gusi bertembung gigi – kekadang kaktiny sendiri ngeri mendengarnya..

Cikgooden > selamat saya letak nick name kaktiny, kalau makngah tiny?.. hohohoo… bab rokok dsbgnya itu.. hahahha… mmg ada cikgooden oiii… dan saya ‘gadis melayu dari kampung yang naif lagi bodoh dan dungu’ ni selalu rasa ngeri je bila tgk gaya sosial diorang.. (setakat jadi naga, gelak cam nak runtuh bangunan.. tu baru suku jer tu cikgooden..)

kamar hati said...

wahhh...dayat tul pengalaman kak tiny ni...caya la...macam2 ayat best kuaq ni...hihihi...

saya pun ambil ASABINA gak...sbb time tu tak tau nak ambil koku apa...hhihi...

Kaktiny said...

kamar > betui betui.. asabina paling senang kan (selain adasi ler) dan kaktiny mmg takut kalau diorang bagi KESATRIA.. weh.. tak larat berkawat weh.. pastu kena pakai 'baju hijau' tuh.. aduhaaiii..

ladylikeme said...

wah..wah kutuk Kesatria..i amik kesatria..sebab kena amik kesatria...wah berkawat giler..pakai baju hijua mcm komunis pun ader tapi yang best..we all menang pertandingan berkawat tau....

Intan said...

Hohoho...assignment lari tajuk ek? Mesti ingat sampai bila2 kannn...heheheh :D

Skandal lecturer dgn lecturer pun dia tahu... dasatlah Tiny!!! Oh, patutlah Mr. Darbi bagi Tiny pass... bukan sebab teori jawab "suk hati" kot. :P

Next episode please!

Anonymous said...

katak hijau tu selalu lalu sebelah bilik sy..sebab padang kawat dia kat sebelah stadium tu aja..hidup katak Hijau!!!...hahaha

bagus jugak buat n3 pengalaman masa kat uitm ni ekk..tp mls nak menaip arrr...hahhaa

Anonymous said...

CAMAT TENGAH HARI..AKAK ELOK SGTLERRR AMBIK ASABINA TU CZ AKAK MMG SUKER BG NASIHAT..ANI CKP RESSSPECT LAA KAT ORG AMBIK LAW TU..PE TAKNYER..BKN SENANG NAK INGT AKTA YG TAHAPA-HAPA TU..MOI NAK HBSKAN BUSINESS LAW PUN RASA SKT SGT2.HEHEHE

Kaktiny said...

ladylikeme > (adoi kamar.. member kita ni 'katak hijau' rupanya.. kui kui kui..) tahniah tahniah.. menang kawat.. hahahah..

intanrosnitta > mmg saya ingat sampai mati kak.. perbezaan di antara INVITATION TO TREAT dgn CONTRACT.. first assignment yang ada akta lah katakan.. kan buleh bukak akta.. apa lagi.. sesuka hati ler saya menaram akta tanpa baca soalan betul2.. hihihi

kadok > alah.. kalau rajin tulis jer lah.. seronok bila baca entri org lain dan tau tempat2 atau perkara2 yang diceritakan..

ahmoi > apaler nak respect sgt ani oii.. Akta tu buleh bawak masuk masa exam.. (GILER KO NAK HAPAL AKTA!!!??? - Hakim Mahkamah Tinggi Malaya pun tak hafal semua akta dik oiii...)

fusarium solani said...

seronok membaca pengalaman kak tiny!
kita serupa budak kampung!

Kaktiny said...

aliff > dan kaktiny bangga sebab kaktiny datang dari kampung.. kalau kaktiny asal dari bandar.. mungkin kaktiny tak jadi macam apa yang kaktiny jadi skrg.. (agaknyerlah) - maybe it can be much better or even the worst.. who knows?.. (only Allah has the answer..) dan kaktiny bersyukur utk itu...

m.q said...

hahaha..sy pun masuk asabina gak
keh keh keh..dgn baju putih kain itam..rasa cm pramugari asabina laaa...

betol..kesatria tu kitorg pgl katak ijo jugak.

Kaktiny said...

masni > kan kan kan.. sekali rasa cam lawyer.. sbb pakai kain itam putih.. pastu rasa cam chef pun ada gak sbb baju depan ada butang tuh.. kah kah kah... tul tak?.. eee.. cute... (psss... kaktiny paling tak tahan kalau gerombolan 'katak ijou' tu balik dan 'serbu' dewan makan... KAH KAH KAH.. (mampuih kena maki ngan geng2 KATAK IJOU..) hahahahah

uranus said...

saya suspek la kat akak sebab masih ingat dengan semua ini..

walaupun saya jenuh dok ngejar dari 100 km dibelakang..maklumlah..banyak citer yang perlu dibaca dalam blog ini..

hehehehe

Kaktiny said...

fahmi > byk gak yang dh lupa (esp. nama lecturer.. hihihi) danbyk gak yang tak leh nak tulis.. kalau kaktiny start tulis details.. rasanya terus fahmi TIDOOOO... maleh nak layan... hihihihi

13may said...

hehhe...menarik la citer kaktiny nih...

bukan senang nak jadi senang kan???


hehhe hehhe

Kaktiny said...

13may > PERNYATAAN YANG AMAT TEPAT DAN BENAR.. bukan senang nak senang!!!!!!!!! DAN BUKAN SUSAH NAK SUSAH!!!...

tasekM said...

penat tak blajo law nih?

Kaktiny said...

tasik > ko baca citer aku yang baru setakat Part 1 tu ko rasa2 camner?.. ada lagi 5 semester utk aku tulis.. otak aku yang nak 'mengimbau' kenangan silam pun cam nak terburai dah - lagi ler masa aku belajar dulu.. wiihihihi...

@xiM said...

WAHHH AKAK DULU SAYA MASUK KESATRIA TAU..HUHU

Kaktiny said...

axim > ADOILARR.. lagi sorang rupanyer geng 'katak hijou' di sini.. hahaha.. (pasal tu badan axim tough, macho, segak, ada six pack.. hihihihi - ayat bodek balik weh...) hahahha

Anonymous said...

kalu aku dapat kembali semula ke U, aku nak perbetulkan beberapa kesilapan yg ku lakukan masa first sem dulu.aku patutnya ambik banyak subjek kerana skrang nie aku rasa cam senang je subjek² tu.hehe

eedany said...

Saya dulu ikut ADASI... hikhikhik.

pakai tudung labuh warna biru...sangat best waktu itew...

:)

ZABS said...

Salam Kaktiny,
Kunjungan balas ni. Menarik pengalamannya. Saya ada beberapa orang kawan dan ipar yang masih betugas di sana.

Kaktiny said...

mr.penyubiru > ANDAI masa boleh diputar.. ANDAI!! (saya pun nak.. hihihi) - tapi yang penting saya nak 'balas' cakap Mr.Darbi tu sbb skrg ni saya dh 'reti' skit BI berbanding dulu (yang bodoh dan dungu..)

eedany > oooo... cam cikabang kaktiny weh.. hihihi

uncle zabs > time kasih berkunjung datang.. di FUU UITM Shah Alam?.. Lecturer2 tu semua hebat2 kan..

aNIe said...

kaktiny...dpt bayangkan betapa ensemnya Mr. Darbi tu...

Jadi sang pencerita ke...heheheh...macam sama aje kita...kan kan kan...

CikguZue said...

bila baca cerita kaktiny ni, memang teringat time belar dulu. best ada, kelakar ada, bab sedih dan homesick pun ada....ringkasnye macam2 ada kan.

dugongsenyum said...

ROTU tu menatang apa? ROTI aku taulah...

Aku pun tak pernah masuk U, sekolah atap jer dulu :P

Kaktiny said...

kaklady > mr.darbi.. tak hensem sgt tapi 'mengancam' le gak.. hahahah - sbb tu ler kita bahaya kalau jumpa kak.. mmg getah sekerap + magnet ler.. hihihi

cikguzue > betul betui betui cikguzue.. MACAM-MACAM ADA...

dugongsenyum > ROTU tu ala2 train budak jadi askar pelapis.. ngeri ooo cara diorang ni - ala2 komando.. en.dugong mmg sesuai ler utk masuk - boleh membentuk 'six pack'.. hohoho..

YA. INILAH KAKTINY

My photo
Happy with my status as a daughter, wife, mother, sister, in-law, staff, friend, cousin, relative, umat Muhammad, as muslim and as Hamba Allah... Alhamdulillah.